Showing posts with label Hari Lahir. Show all posts
Showing posts with label Hari Lahir. Show all posts

Wednesday, February 19, 2014

Kek Coklat Kukus Moist untuk birthday Haziq & majlis tahlil...



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Deko seadanya... buat kat kampong.. semua bahan kek & bahan deko bawak dari PJ.. itu je yang ada dalam simpanan.. belasah jelah.. hihi..

Rindu weh sehari tak berblog.. hehe.. Nak buat macamana... dah sebati.. dulu sebati dengan Fotopages.. sekarang dengan blog pulak.. Tapi kadang tu kekeringan idea jugak nak berblog ni.. terutama bila poket kering.. idea pun keringlah. Sebab setiap apa yang kita nak hidang dalam blog ni memerlukan duit sebagai modal. Eh! betul apa.. kalau takde duit macamana nak memasak? Kalau tak masak macamana nak update resepi dalam blog? heheheee...

Ok ok.. dah cukuplah membebel.  Kali ni nak kongsi resepi kek coklat yang teramat sedap di tekak MaDiHaA.. yang ni memang betul2 sedap & moist.. tak syak lagi.  Boleh kot nak stick dengan resepi ni kalau ada yang nak order kek coklat. hehehe..  Memang tak mengecewakan... Alhamdulillah terima kasih para sahabat yang berkongsi resepi ni... MaDiHaA ambil dari blog Yatie. Resepi asalnya tak pasti pula dari siapa.. Resepi ganache simple tu dari Kak Nor Secubit Garam.  Memang mudah sangat resepi kek & ganache ni..
Majlis tahlil hanya jemput ahli keluarga saja.. Itupun dah penuh rumah sebab mertua adik beradiknya ramai... jadi anak saudara (sepupu suami) pun ramailah.. cucu2 sedara lagi.. memang meriah!

MaDiHaA buat kek ini masa pulang ke kampong mertua cuti raya Cina hari tu.  Kebetulan husband nak buat majlis tahlil keluarga.. teruslah MaDiHaA buat sekali kek sempena ulang tahun kelahiran anak teruna MaDiHaA yang ke 8 tahun. MaDiHaA buat terus 2 biji kek sebab ahli keluarga kami ramai.. kalau buat sebiji nanti ada pula yang tak dapat rasa.. hihi.. Menu kami malam tu simple aje.  Kami masak mee kari untuk hidangan utama.  Pencuci mulut pula MaDiHaA buat 2 loyang serimuka & seloyang puding marble pelangi selain 2 biji kek coklat yang dipotong selepas majlis tahlil.  Tahlil diketuai oleh sepupu en. hubby (berbaju oren dalam gambar) yang kebetulan boleh di anggap macam ustad (kat kampong memang orang panggil dia ustad.. muda lagi.. hihi..) sebab dia dulu pun belajar kat sekolah agama.  Kerja pun dengan JAIP bahagian Pusat Zakat... pernah jadi imam masjid kat kampong mertua.  Jadi dia jelah orang yang paling layak dalam ramai2 sepupu yang sekolah agama tu.. kalau takde dia.. barulah jatuh ke adik hubby yang nombor 7.. hehehe.. adik beradik suami semua pun habis sekolah agama belaka.. antara yakin dengan tidak aje nak ketuai tahlil... hehe..

Yang ni... dah curah ganache... paipkan pulak dengan coklat filling lebihan inti apam polkadot... bertambah2 sodap!

 

Ok dah jom kita tengok resepi kek coklat marbeles ni. 
KEK COKLAT KUKUS MOIST

Sumber : Yatiememories

Bahan-bahan ( 8-9 inchi  )

  • 100gm Serbuk Koko*
  • 250gm Gula Kastor *  
  • 1 tin Susu Isian Cair*
  • 200gm Minyak Masak Sayuran*
  • 250gm Susu Pekat*
  • 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
  • 150gm Tepung Gandum
  • 1 sudu kecil Soda Bicarbonat
  • 1sudu kecil Baking Powder

Cara-cara

1.     Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Sentiasalah di kacau guna whisk, tak payah sampai menggelegak.

2.     Satukan dgn telur yg di pukul dgn mixer tadi. Masukkan tepung gandum yg di ayak bersama b.soda dan b.powder sedikit demi sedikit sehingga sebati. Gaul rata guna whisk je.

3.     Masukkan ke dlm loyang yg di lapik dngn kertas minyak. Loyang hendaklah di lenser dngn sedikit minyak di sekelilingnya terlebih dahulu. Tutup loyang dngn aluminium foil. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.

4.     Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing/ ganache.



GANACHE SIMPLE
resipi : K.Nor@SecubitGaram
(MaDiHaA buat 2 adunan terus utk 2 biji kek di atas.. yg satu cover penuh.. satu lagi cover sebahagian)

Bahan-Bahan

  • 150gm cooking chocolate
  • 1/4 cawan susu cair (MaDiHaA lebihkan sikit je lagi)
  • 1 sudu besar minyak (sayuran/masak)

Cara:

1.     Panaskan susu (kaedah double boiler) + cooking choc yg.dipotong kecil.

2.     Padamkan api dan.kacau hingga choc cair.

3.     Masukkan.minyak dan kacau.

4.     Biarkan seketika baru dicurah atas kek


*kaedah letak minyak ni sbg gantikan butter utk hasilkan ganache yg berkilat. Dn juga kek yg dihias.dgn ganache ni,.ganache.nya.tk mengeras/berkeping bila.dh dibiar dlm peti ais. kaedah ni k.nor pelajari kat kelas deco yg dihoskan oleh chef dr Vietnam baru2 ni..


 Sangat2 moist & teramat sedap!

Selamat mencuba! Kalau malas nak buat.. silalah order dengan MaDiHaA ye.. hehe..

Friday, August 23, 2013

Ulang Tahun ke 13 Kakak Dini hari ni..

Assalamualaikum...


23 Ogos 2013 genap 13 tahun usia anak sulung MaDiHaA.  Teringat masa baru kawin.. seboleh2nya nak lahirkan anak sulung pada tahun 2000... kengkonon nanti senang nak kira umur anak.. bila masuk 2010 anak 10 tahun.. bila tahun 2013 anak umur 13 tahun.. hihi.. Yang ye nya.. umur awak tu dah tua.. kawin lambat.. tu yang nak anak cepat2.. Alhamdulillah.. nikah September 1999, dapat anak pertama Ogos 2000.. syukur ada juga zuriat walaupun kawin lambat..

Kakak Dini, 
Sekarang kakak dah 13 tahun... dari tapak kaki sebesar 2 jari semasa baru dilahirkan... sekarang cuba tengok... kakak dah tinggi dari ibu!  Masa ibu anak dara dulu dengan ketinggian ibu 166cm.. ibu rasa diri ibu bukan main tinggi berbanding kawan2 yang lain.  Nak cari pakwe pun susah sebab kenalah cari yang lebih tinggi dari ibu kan.  Syukur dapat juga akhirnya pakwe suami yang lebih tinggi dari ibu. hehe.. Tapikan... bila dua2 tinggi.. sekali dapat anak.. haa kauu.. umur baru 13 tahun dah lebih tinggi dari ibu.. hehe.. Takpela.. dah memang baka besar & tinggi kot.. tu yang anak2 pun semua besar & tinggi.  Tak kisahla tu semua.. yang penting ibu doakan kakak sihat sentiasa.  Juga doa ibu dari kejauhan.. semoga kakak sentiasa dilindungiNYA (dijauhi dari gangguan makhluk halus mahupun makhluk kasar.. hehe) apabila berada jauh dari keluarga mahupun bersama2 kami.  Jaga tingkah laku & peribadi, jaga solat, belajarlah rajin2 demi masa depan kakak.  Ibu rasa apa yang ayah buat pada kakak ni memang tepat sekali.  Hantar kakak ke sekolah agama & berada jauh dari keluarga supaya kakak pandai berdikari. Semuanya demi masa depan kakak sebab kami nampak kemampuan kakak.  Sempena hari lahir kakak hari ni.. Ibu doakan semoga kakak dipanjang umur, diberikan kesihatan yang baik, diterangkan hati agar mudah belajar & menghafaz ayat2 suci Al-Quran.  Ibu doakan kakak berjaya dalam pelajaran & seterusnya berjaya dalam hidup.  Maafkan ibu sebab tak dapat buatkan kakak kek sempena hari lahir kakak hari ni sebab jarak kita yang jauh.. takpela kan.. bukan tak biasa makan kek yang ibu buat.. bila2 kakak balik nanti ibu boleh buatkan.. Syukurlah parcel yang ibu poskan Rabu lepas dah sampai.. itu je yang dapat ibu kirim.. harap kakak suka ye..

 Kakak Dini masa umur 6 tahun & adik Haziq masa berumur beberapa bulan..


Kakak Dini, Haziq & Alin

Gambar2 ni sebenarnya gambar semasa MaDiHaA hantar kakak Dini ke stesyen bas Pekeliling KL untuk balik ke sekolah/asramanya di Raub, Pahang pada 19 Ramadan iaitu sehari sebelum kejadian kemalangan yang menimpa ayahnya.  Ini merupakan kali pertama kakak Dini balik ke asrama tanpa keluarga.  Tak risau sangat sebab bukan dia seorang yang balik dengan bas.. tapi ada ramai lagi rakan2 yang lain yang juga menaiki bas.  Kalau ikutkan memang dia nak minta kami hantarkan.  Tapi keadaan & masa tak mengizinkan.  Biarlah dia belajar naik bas sendiri.. belajar berdikari macam kawan2 & senior2 yang lain. 

Dah berjumpa dah dengan kawan2 yang sama2 akan menaiki bas ke Raub, Pahang.



Selamat jalan kakak.. semoga selamat sampai ke destinasi..

Friday, April 5, 2013

Carrot Cake istimewa buat Alin..

Assalamualaikum & salam Jumaat yang barakah...




Selamat pagi semua... dah sarapan ke? Sarapan apalah agaknya kalian ye? MaDiHaA hari ni bersarapan dengan bihun goreng & secawan neslo panas kurang manis.. alhamdulillah rezeki pagi ni.. 



Hari ni 5hb April dah ye... sebulan yang lalu iaitu 5hb Mac adalah hari ulangtahun kelahiran anak dara bongsu MaDiHaA yang ke 4 tahun.  Sekejap je anak2 membesar di depan mata.  Dari tapak kaki sekecil 2 jari.. sekarang ni.. nak dukung pun dah tak larat dah.. hehe... Yelah walaupun umurnya baru 4 tahun.. tapi badannya membesar bagai johan.... Nampaknya anak2 perempuan semua mengikut sangat gen ibunya ni ha... semua kembang2 belaka... redho jelah.. asalkan semuanya sihat tanpa ada sebarang penyakit... syukur alhamdulillah...



Macam biasa.. bila hari lahir anak-anak.. susah sangat ibunya nak buat kek tepat pada tarikhnya... sokmo-sokmo delay... hehe.. Anak-anak pun dah faham perangai ibunya hahahaha... Takpelah kan.. nak buat macamana kadang2 ibunya tak sempat nak buat sebab kadang2 tarikh hari lahir anak jatuh pada hari bekerja... so.. tunggu hari cuti barulah boleh buat betul tak? Walaubagaimana pun.. pada hari lahir anak-anak walaupun tiada kek... kami akan bawa anak2 makan kat luar atau kadang2 kami tapau makanan kegemaran mereka dan makan di rumah.  Jika ada rezeki lebih pula.. bolehlah buat makan2 dengan saudara-mara & rakan taulan terdekat.  Itupun kalau badan sihat & ada ektra rajinlah. hehe.. yelah kalau rasa badan tak sihat macamana nak masak banyak2 utk majlis makan-makan ye tak? So.. kalau dah tak mampu.. sambut ala kadar saja cukuplah. Ikut kemampuan diri sendiri.  Begitulah lazimnya.  Bab kek tu.. kalau MaDiHaA betul2 malas buat.. kadang2 kami beli je.  Kalau ibu masih terasa rajin nak buat.. ibu buatlah juga cuma bukan pada harinya.... tp tunggu pada hari cuti atau waktu yang sesuai.  



Waktu hari lahir adik Alin baru2 ni... kami dah bawa birthday girl makan2 di Restoren Murni & ibu katakan pada dia.. nanti kek adik ibu buat masa kakak balik bercuti ye.  Kesian juga pada kakak Dini waktu Haziq potong kek dulu pun tak dapat merasa kek hari lahir adiknya.  Jadi bila tiba hari lahir adik Alin.. ibu tangguhla buat kek sehingga kakak balik bercuti.  Dapatlah kakaknya merasa juga & dapat juga mereka bergambar bertiga sebagai kenangan. Kadang2 bila buat kuih yang sedap2 waktu kakak Dini takde kat rumah.. teringat2 aje kat dia... gitulah lumrah seorang ibu pada anak2 kan... Macam tulah juga agaknya mak2 kita dengan kita dulu2 kan.. Sebab tu setiap kali kita balik kampong.. mesti mak dah standby masak makanan yang sedap2 & istimewa sempena kepulangan kita.. Sekarang giliran kita dengan anak2 kita pula..

Deko yang sememeh... tapi adik Alin tetap sengih... hehe..

Oklah.. panjang pula mukadimah... hehe... Ni nak cerita terjadinya Kek Lobak Merah atau Carrot Cake ni.. gara2 terliur sangat dengan kek yang QH buat tempohari.  Lagi pula.. dah lama benar tak buat kek lobak merah ni.  Seingat MaDiHaA kali terakhir MaDiHaA makan waktu MaDiHaA mengandungkan Alin kesnya sebab tak sempat malu nak merasa waktu pegi open house rumah seorang sahabat.  Oleh sebab rasa macam teringin sangat... MaDiHaA pun godek-godekla sendiri kek lobak merah tu... yelah kan... bila mengandung.. risau pula kalau tak dapat makan... orang tua-tua kata takut kempunan... wallahualam.. Tapi kejadian Carrot Cake kali ni tiada kaitan dengan mengidam yang  ada isi... ini mengidam tekak aje ni... hahaha...



Ok jom tengok resepi.  Terima kasih kepada penyumbang resepi.. mohon izin kongsi resepi di sini pula ye...



CARROT CAKE

(MaDiHaA buat 2 adunan untuk loyang 9")
Sumber : Naz@ovenkecil.blogspot.com , Qaseyhoney & MaDiHaA aka Ratna


Bahan-bahan:
2 1/2 cawan parutan carrot
4 biji telur
1 cawan minyak sayuran
1 1/2 cawan gula putih (MaDiHaA guna gula perang)
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis (MaDiHaA guna 1 sudu teh)
1 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg) (MaDiHaA guna 1/2 sudu teh)
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh garam
1 cawan kacang pecan atau walnut yang dicincang (MaDiHaA guna walnut dicincang & dipanggang sekejap)

Cara menyediakan:
1. Panaskan oven pada suhu 185 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kek.
2. Ayak bersama tepung gandum, baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk buah pala dan juga garam. Ketepikan.
3. Pukul telur dan gula hingga sebati (tak perlu guna mixer elektrik, guna senduk kayu atau ballon whisk jer sebab tak perlu pukul lama). Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.
4. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati.
5. Masukkan esen vanilla, parutan carrot dan kekacang. Gaul sebati dan tuang ke dalam tin kek. 
6. Bakar selama 40 minit hingga 1 jam bergantung kepada oven masing-masing dan juga saiz loyang yang digunakan. Cucuk dengan lidi untuk memastikan kek telah masak sepenuhnya atau tidak. 
7. Bila dah masak sejukkan kek sebelum dihiaskan ikut kretiviti masing2.

 



Cream Cheese Frosting



Bahan2
250 gm cream cheese- 
125 g butter
50 g gula icing
sedikit jus lemon



Cara menyediakan


Pukul kesemua bahan sehingga gebu & & licin.  Sedia untuk digunakan.


 


Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...