Showing posts with label Pie. Show all posts
Showing posts with label Pie. Show all posts

Friday, November 16, 2012

Shepherds (Cottage) Pie



Assalamualaikum & selamat pagi semua...

Hari ke dua dalam tahun baru Hijrah 1434... semoga apa juga yang bakal kita lalui dalam tahun baru hijrah ini adalah lebih baik dari tahun2 terdahulu... moga apa yang kurang & segala kelemahan yang ada dalam diri kita dapat kita perbaiki supaya menjadi seorang insan yang lebih baik di masa mendatang... amin...


Tahun baru dengan menu western? Ehh.. takdelah.. sebenarnya Shepherds (Cottage) Pie ni dah lama juga dimasak.  Rasanya dah hampir sebulan kot. Tapi kenapa lama sangat nak update ke blog ye? Biasalah... ikut mood tuan punya blog mana satu nak update dulu... Kadang tu sebab gambar ada banyak sangat yang membuatkan tuan blog pitam nak pilih gambar mana.. padahal gambar yang terhasil takdelah lawa mana pun.. kakakakaka....

Oklah.. jika nak tau lebih lanjut mengapa nama resepi ni ada perkataan "Cottage" di tengah2 tu yang mana pada kebiasaannya kita hanya gunakan nama Shepherds Pie sajakan?  Kalau nak tahu kenapa bolehlah klik kat dapur Kak Nor@secubitgaram kat sana ada penjelasannya... MaDiHaA malas pulak nak terangkan sebab Kak Nor dah jelaskan secara terperinci.  Kalau tak faham juga.. boleh klik kat dapur Kak Ayu@curlybabesatisfaction pulak.. hehe..


Sebenarnya resepi ini ada banyak juga versinya. Jadi bolehlah cuba yang mana satu berkenan di hati.  Dulu2 masa zaman belum ada blog, MaDiHaA pernah juga buat Shepherd Pie resepi Kak Rinnchan (tapi guna nama Pai Ubi Kentang) & update di Fotopages kat SINI sememangnya sedap!  Kali ni MaDiHaA cuba versi yang diolah oleh Kak Ayu (yang menggunakan sos spagetti) yang mana resepi asalnya dari blog Chef Hanieliza.  Boleh cuba mana2 yang berkenan di hati.  Kalau menu2 sebegini.. memang jadi kegemaran anak2. Mujur satu resepi ni dapat agak banyak, jadi puaslah anak2 makan.  Kebetulan pulak masa tu adik2 & ma ada datang, jadi dapatlah dorang merasa juga. Terima kasih pada Kak Nor, Kak Ayu & Kak Liza untuk resepi ni ye. Resepi ni ku ambil dari blog Kak Nor... mohon kongsi di blog MaDiHaA pula...
 

SHEPHERDS (COTTAGE) PIE
Sources Adapted from:-Hanieliza's Cooking
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Source : K.Nor@SecubitGaram


Bahan Kentang 
1.5 kg kentang potong dadu direbus bersama sedikit garam
1/2 cawan susu segar
2 s/b mentega
garam, serbuk lada sulah

Cara:-
Rebus kentang dulu dengan sedikit garam. Bila dah empuk, buang airnya, toskan dan lecek kentang bersama dengan mentega, serbuk lada sulah, garam dan susu, hingga sebati. Bila adunan dah sebati ketepikan-(Ayu siapkan yang ini dulu supaya senang nak pipe nanti sebab dah sejuk)

Bahan Inti
500 gm daging kisar(lembu)
1 botol kecil prego sos (tomatoes/mushrooms)

2 labu bawang besar potong dadu
2 ulas bawang putih cincang halus
1 tin kecil kacang peas
 
1 tin kecil cendawan butang dihiris
3 biji buah tomato masak dipotong dadu
1 batang lobak potong dadu
1 biji lada merah dipotong dadu
1-2 sudu besar cili serbuk
~ k.nor guna 1sb jer (ikut sama mcm Kak Nor)
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 kiub stok ayam
1/2 botol air dari botol sos pregos(selepas tuang isi kandungan gunakan botol tu untuk menyukat air)
2 s/b tepung gandum
garam + perasa secukupnya

Mozarella cheese untuk taburan


Cara
Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih hingga wangi. Masukkan lada merah, serbuk cili. lada sulah, lobak merah, tomato dadu, daging kisar dan cendawan. Kacau rata sehingga daging nampak masak. Masukkan sos pregos, kiub ayam, kacang peas, garam & perasa dan air. Biarkan ia masak seterusnya. Agak2 daging dah masak dan sebati dengan bahan2, masukkan tepung gandum. Gaul rata adunan jangan pekat sangat atau cair sangat Siap untuk dibuat filling sheperd pie.
Angkat dan masukkan dalam mangkuk kaca tahan panas atau pinggan sekiranya nak buat pie dalam mangkuk kecil, atau aluminium foil.

Bahan Sos Putih(White Sauce)
1 cawan susu segar, atau ikut kepekatan yang sesuai atau ikut suka nak cair atau pekat macam mana.
60g mentega
60 tepung gandum
sedikit serbuk lada hitam + lada hitam kasar
sedikit italian herbs

Cara:-
Panaskan mentega dalam kuali dan biarkan ia cair. Masukkan tepung sedikit sedikit dan kacau rata, hingga sebati dan tepung tak berketul. Masukkan susu, sedikit serbuk lada hitam + lada hitam kasar serta sedikit italian herbs, kacau hingga sebati dan ikut consistency yang disukai.Matikan api dan siap untuk curahkan atas inti shepherd pie.

Cara Assembling Shepherd Pie:-

Inti dimasukkan kedalam mangkuk kaca tahan panas(bakeable) atau mangkuk aluminium foil.
Curahkan white sauce diatas. Taburkan mozarella cheese. Pipekan kentang yang telah dilecek dan digaul tadi diatas inti, ikut suka pattern macam mana atau kalau tak nak pipe just ratakan aje pun boleh. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan, selama 30 minit at 200C atau sehingga kentang nya dah nampak golden yellow.. Serve hot.

Tuesday, December 21, 2010

Pai Ayam 'Melbourne'



















Salam & selamat petang semua...

Aduhh.. hari ni bz banget lah pulak.. tak sempat langsung nak update pagi tadi.. dah petang baru sempat mencelah.. itupun update gambar lama je nih sebab memang tak sempat nak edit2 gambar baru... kira okeylah kot ye daripada tak update langsung.. hehe...

Resepi pai ni ambil dari dapur lama Kak Zai Dapur Impian.. tapi sekarang ni kak Zai dah tutup dapur lama tu.. jadi boleh tengok kat dapur baru Kak Zai di SINI yek!  Memang sedap pai nih.. anak2 semua suka.. mak budak lagilah kan.... hehe.. terima kasih Kak Zai sudi berkongsi resepi yg  sedap & diambil dari buku resepi Secukup Rasa penyanyi Nora. Izinkan saya c&p resepinya kat blog pulak ye kak... tapi ada edit2 sikit dah tu.. halal ye..

PAI AYAM 'MELBOURNE'
Sumber resepi - Nora (koleksi resepi "secukup rasa")
Copy dari : Kak Zai

BAHAN2 
Untuk inti pai (filling)
1 cawan isi ayam- dihiris nipis
1 cawan cendawan butang- dipotong nipis (MaDiHa bubuh setin)
1 tin cendawan butang sup Campbell
1 tin(kecil) kacang pis (sekiranya suka) (MaDiHa masukkan frozen mixed vege)
1 biji bawang besar- dipotong dadu
1 biji kentang- dipotong dadu dan direbus
1 cmb lada sulah
2 cmb mentega/minyak
1 biji kuning telur (mengilatkan pastri)
sedikit air (sekiranya terlalu pekat)

UNTUK KULIT PAI (PASTRI) - MaDiHa guna roti pratha jenama "kawan"
100g tepung gandum
50g mentega
secubit garam
2 cmb air
atau
KULIT PASTRI SEGERA

CARA MEMBUATNYA 

1.Panaskan mentega. Tumis bawang besar hingga kekuningan. Masukan isi ayam dan biarkan seketika.
2.Masukan cendawan butang sup Campbell, ubi kentang, kacang pis, air dan lada sulah. Kacau hingga sebati & agak pekat.
3.Setelah masak, angkat dan ketepikan seketika.
4.Canai kulit pai dan letakan ia sebagai lapisan bawah(base) dan bakar selama 5-6 minit. (MaDiHa guna roti phrata jenama Kawan. Guna kaedah cut & paste utk memenuhkan sekeliling base kaserol pai)
5.Tuangkan isi pai yg dimasak tadi keatas base pai.
6.Canai kulit pai lagi setebal 2 cm dan letakan diatas isi pai tadi sebagai lapisan atas. (Guna kaedah cut & paste juga utk menutup inti pai sehingga habis tertutup). Bahagian tepi pai ditekan2 guna garfu utk melekatkan bahagian base dengan bahagian atas. Cucuk2 sedikit dipermukaan pastri agar pai tidak menggelembung ketika membakar.
7.Sapukan sedikit kuning telur yg dicampur dgn 2 cmt air utk mengilatkannya.
8.Bakar selama lebih kurang 12-20 minit atau sehingga pastri masak di dlm ketuhar yg telah dipanaskan pada suhu 200'c.  

SELAMAT MENCUBA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...