Showing posts with label Kerang/ Kepah/ Kupang/ Lala/ Remis/ Siput. Show all posts
Showing posts with label Kerang/ Kepah/ Kupang/ Lala/ Remis/ Siput. Show all posts

Thursday, June 1, 2017

Lemak Cili Padi Pisang Muda Dengan Lala

Assalamualaikum & salam sejahtera....

Hari ni dah masuk Ramadan hari ke 6. Sekejap je masa berlalu. Selamat berpuasa MaDiHaA ucapkan pada semua pengunjung setia blog suam2 kuku MaDiHaA ni... hihi....



Hari ni MaDiHaA nak kongsikan resepi yang MaDiHaA masak dua hari sebelum Ramadan. Waktu tu MaDiHaA dapat MC 2 hari sebab sakit mata. Lepas je balik dari klinik sempat singgah pasar besar PJ & beli ikan, lala, pisang muda dan lain2 lagi. Balik rumah terus tung tang tung tang kat dapur. Dapatlah makan tengahari dengan en. suami yang kebetulan kerja shift malam minggu kelmarin. Rindu sangat nak makan masak lemak pisang muda ni apatah lagi bila ternampak mama Hamka iaitu Puan Yatie dok pos kat FB. Dalam sakit2 mata pun sempat gak singgah pasar beli bahan2 untuk masak hari tu... heheh.... Sesuai sangat menu ni dimasak untuk menu berbuka puasa.  Manalah tau kalau2 dah jemu dengan menu sendiri, bolehlah cuba menu kampong macam ni.

Resepinya biasa2 je. Tapi MaDiHaA kongsi jugalah dah nama pun blog masak2 kan... hehehh..



Lemak Cili Padi Pisang Muda Dengan Lala

Bahan2
1 sikat pisang muda ~ disiangkan ikut citarasa
1 kg lala ~ dibersihkan
2 biji kelapa parut ~ ambil santan secukupnya
2 keping asam gelugur
3 keping serai ~ dititik pangkalnya
sedikit serbut kunyit jika perlu
garam secukup rasa

Bahan2 tumbuk halus
25 biji cili padi
6 ulas bawang merah (MaDiHaA guna bawang merah saiz besar)
2 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup

MaDiHaA kupas kulit pisang seperti dalam gambar ni, kulit tu dimasakkan sekali.

Cara menyediakan
1.Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk yang agak besar. Masukkan pisang muda yang siap dipotong. Tapiskan santan ke dalamnya. Masukkan serai, garam serta sedikit serbuk kunyit. Jerang sehingga mendidih. Perlu dikacau selalu supaya santan tidak membuak.
2. Agak2 pisang nampak lembut sedikit terus masukkan lala yang telah dicuci bersih, asam keping. Masak sehingga kuahnya mendidih & lala bertukar warna & terbuka. Bila dah yakin lala sudah masak (apabila kulitnya semua sudah bertukar warna, bolehlan matikan api setelah sesuaikan rasanya.

Selamat mencuba!

Tuesday, May 21, 2013

Lala Masak Rasa Tomyam

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Selamat bersua kembali.   Apa khabar semua? Ada yang rindu dengan MaDiHaA? Ehh tersilap.. sebenarnya nak tanya ada yang rindu dengan masakan MaDiHaA tak? hehe... perasan pulak... hmm.. nampak ceria je kan MaDiHaA hari ni... Minggu lepas macam takde mood je setiap kali update blog. 3 Hari tak update blog... sekarang En. MahMOOD sudah mari ka? haha... Takdelah.. biasa2 aje.. 

Sebenarnya semalam MaDiHaA ambil cuti sehari untuk selesaikan beberapa perkara.  Tapikan.. kereta ku itu macam tau2 aje tuan dia bercuti semalam.. awal pagi start enjin kereta untuk hantar anak pegi sekolah tup-tup tak mau hidup pulak.  Waaa... ini kereta banyak pandai!  Macam tau je tuan dia taknak pegi kerja.  Tapi cemas juga sebab macamana nak hantar anak ke sekolah?  Cepat2 call en. hubby kat tempat kerjanya suruh balik segera tolong hantar anak ke sekolah.  Sepatutnya en. hubby habis kerja shift malam sampai pukul 8 pagi. Jadi semalam dia kena balik awal sejam.  Hubby yang bermotosikal dari Shah Alam sampai rumah 7.30 pagi bergegas hantar Haziq ke sekolah dulu.  Kesian Haziq sampai lewat ke sekolah.. sampai sekolah semua murid masih berada diperkarangan sekolah untuk perhimpunan pagi Isnin.  Mujurlah belum masuk kelas lagi. Hantar dengan motor jalan tak 'sangkut' sangat.. kalau dengan kereta keluar 7 pagi pun gerenti lewat..



Dan semalam semua urusan yang nak diselesaikan terpaksalah tertunda masanya gara2 kena tukar bateri kereta baru. Owhh.. dah setahun lebih rupanya patutlah bateri kong! Hehe..   Lewat juga dapat keluar untuk uruskan hal yang berkaitan.  Tapi alhamdulillah.. perkara yang paling penting dapat diselesaikan.  Syukur..

Oklah.. panjang pula mengomel.. jom MaDiHaA share resepi ringkas ni.. Lala antara lauk kegemaran MaDiHaA juga.. tapi jarang2 beli sebab anak2 belum pandai makan.  Haziq nampak macam dah pandai juga nak makan.. tapi MaDiHaA pesan jangan makan banyak2 takut juga dia allergik sama seperti dia makan udang.. jadi dia cuma makan sikit je & mujurlah takde kena gatal2 & bengkak2.

Tak tau nak letak nama apa... belasah jelah ye..


 
LALA MASAK RASA TOMYAM
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan-bahan
1.2 kg lala ~ direndam dalam air sebentar & bersihkan. Ulangi 2 ~ 3 kali & tos
3 batang serai ~ diketuk
5 ulas bawang merah ~ dihiris
5 ulas bawang putih ~ dihiris
3 - 4 biji cili padi ~ diketuk
1 sudu besar penuh pes tomyam
2 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air
minyak untuk menumis
secubit gula
garam jika perlu
2 helai daun limau purut ~ koyak2 (MaDiHaA tak letak suami tak suka)

Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak & tumiskan bawang merah, bawang putih, serai & cili padi sehingga wangi.  Masukkan tomyam paste & sos tiram & kacau rata.
2. Masukkan lala, air, daun limau purut & secubit gula.. biar mendidih sambil dikacau & tunggu sehingga kulit lala berubah warna & terbuka. Jika perlu boleh tambahkan sedikit garam. Kacau2 sebentar lagi & bolehlah dihidangkan.


Selamat mencuba!

Monday, July 16, 2012

Sambal Tumis Kupang

Assalamualaikum...


Ini menu kedua yang sempat MaDiHaA kongsikan petang ni buat tatapan teman2 yang masih setia singgah ke Dapur MaDiHaA ni... Terima kasih diucapkan buat semua yer..


Beberapa hari lagi umat Islam bakal menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak.  Sayunya hati mengenangkan sebahagian orang2 yang ku sayangi terpaksa berpuasa di rantau orang buat kali pertama dalam hidup mereka...  Tak pernah terduga oleh kami semua rumah kami di kampong mungkin tidak berpenghuni sepanjang Ramadhan ini kerna mereka2 semua masih lagi berada di Kuala Terengganu untuk menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku... Semoga kalian semua tabah & bersabar atas ujian yang menimpa ini... Ya Allah ya tuhanku.. kuatkanlah semangat kami & mereka semua ya Allah.. Jauhkanlah kami dari perkara yang amat kami geruni..  Semoga masih ada sinar kebahagiaan terpancar di Aidilfitri yang bakal hadir nanti... amin amin ya robbal alamin...


Ini resepi yang ku masak tak lama dulu & resepi asasnya ialah dari resepi Sambal Ikan Tongkol milik Cikgu Amie... MaDiHaA cuma tukarkan saja bahan asasnya dari ikan tongkol goreng kepada kupang.. hehe.. Terima kasih ye Amie...

Sambal Tumis Kupang
Adaptasi dari sini
Sumber : MaDiHaA aka Ratna


Bahan-bahan:
350 gram isi kupang
garam secukupnya
gula secukupnya
2 batang serai - diketuk
minyak
1 sudu teh pati asam jawa
3/4 cawan air
1 biji bawang besar - dimayang

Bahan kisar:
15 biji cili kering
5 biji bawang putih
7 biji bawang merah
1.5cm belacan


Cara:
1. Cuci bersih isi kupang & toskan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak & harum.
3. Masukkan air, pati asam jawa dan serai.
4. Masukkan isi kupang & masak sehingga kuah memekat.
5. Masukkan bawang besar hiris, garam dan gula secukupnya.
6. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
 Selamat mencuba!

Thursday, June 21, 2012

Kupang Masak Kunyit Rampai

Assalamualaikum....

Hari ni Khamis kan? Kejap je kan seminggu demi seminggu berlalu.... kebelakangan ni asyik berdebar2 jer hati ni... entah apa yang tak kena agaknya... Harap2 tiadalah perkara yang tak elok berlaku... Saja je kot hati ni nak berdebar2...  Hmm.. atau mungkin juga debaran sebab pertama kali nak berjumpa dengan Geng X-Fotopages Ahad ni... atauuuu.... mungkin juga debaran sebab nak bersua muka dengan guru kelas kakak Dini esok pada hari terbuka kat sekolahnya.. hehe... Dengar kata Dini cikgu dia rajin juga intai2 blog ibunya ni.. alahaiii.. segan pulak rasanya... :-D

Oklah jom nak kongsikan resepi kupang!  Sebenarnya aku jarang beli & masak kupang ni sebab aku kurang sukakan kupang.  Kalau nak bandingkan dengan kerang... jauhhhhh la aku lebih suka kerang.  Lagi2 kalau dapat lala atau mentarang aishhh... yg tu lagilah sedap!  Tapi adalah aku pesan kat abang kalau nak beli kupang jangan beli yang besar2.. kalau yang halus2 tu ok sikit.  Lagipun kalau kupang yang besar2 tu... kalau u all perasan.. dalam badan dia tu ada sejemput bulu yang kadang kala akan mengganggu konsentrasi kita semasa makan sebab setiap kali nak suap ke mulut mesti rasa nak buang dulu bulu2 tu baru boleh suap ke mulut... heheheheee... ada yang tau tak pasal benda ni? Ker u all main belasah jerk! hahaha..... Kalau ada yang tak tau tu.. lepas ni kalau nak makan kupang especially kupang saiz besar2 tu.. cer cuba kelebek sikit badan kupang tu & mesti u all akan jumpa bulu nan sejemput tu... kui kui kui..... Agaknya sebab itu jugak kot faktor aku kurang berminat sangat dengan en. kupang ni.. alahaiiiii kupang kupanggg.... kasihan kauu...

Ni resepi sempoi aje.... layan jelah ehh... ambik gambar pun banyak yang kabur... yang ini sekeping je yang layak masuk blog ni... itupun kabur jugak!

Kupang Masak Kunyit Rampai
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
1 biji bawang besar - mayang memanjang
2 ulas bawang putih - hiris / cincang
1 cm halia - hiris batang mancis (halus2)
4 - 5 biji cili padi - hiris halus
3/4 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji cili merah - hiris serong
5 urat kacang panjang - potong 1 inci
1/2 biji lobak merah - potong batang mancis (kasar sikit)
170 gm isi kupang
minyak masak secukupnya
sedikit air
garam secukup rasa
serbuk perasa (jika suka)

Cara menyediakan
1. Panaskan minyak masak lalu tumiskan  bawang besar, bawang putih, halia & cili padi hingga layu & wangi. Masukkan serbuk kunyit & kacau rata.
2. Masukkan isi kupang & masak sekejap sambil dikacau rata. Masukkan sayuran & sedikit air. Masukkan garam & serbuk perasa. Kacau2 biar hingga sayuran layu.  Biarkan secukup rasa & bolehlah dipadamkan api & hidang.

Selamat mencuba!

Monday, March 19, 2012

Rendang Kerang Kacang Panjang

Assalamualaikum...

Bersua di hari Isnin pula.. 2, 3 hari ni tak berapa sihat... virus batuk & selsema tiba2 menyerang. Bila dah asyik batuk.. kepala pun asyik berdenyut2 saja. Hari Sabtu & Ahad baru2 ni dapat jemputan kenduri kahwin... kalau ikutkan hati.. rasa tak larat nak pegi & segan pun ye jugak sebab bila dah mula batuk.. faham2 sajalah kan tambah2 di tempat ramai orang macam tu.. Tapi nak buat macamana.. bertahan ajelah sebab taknak hampakan orang yang menjemput.. lagi2lah yang menjemput tu memang agak rapat dengan kita.. hehe.. Walau cuti sekolah hanya seminggu.. tp dpt mkn nasi kenduri 3 kali u! heeee... gantung periuk la beb!


Sebab tulah jugak dah lama tak letak entry lauk pauk dalam blog ni.. tentu ada yang perasan kan? Sebenarnya.. 2 minggu hubby kerja malam memang dia yang ambik alih tugas memasak sebab dia perlu makan sebelum ke tempat kerja sedangkan aku sampai rumah dah pukul 7 lebih.. jadi bila je sampai rumah.. memang abg dah siap masak.. tambah2 minggu lepas balik kg bila ada kenduri di kampong.. jadi memang takdelah masak memasak dihari cuti.  Masak rendang kerang ni pun untuk makan malam hari Sabtu baru2 ni.. jadi barulah ada resepi baru utk lauk pauk.. oklah.. layanlah resepi sempoi ni ye...

Sebenarnya jadi kepingin nak makan rendang kerang campur kacang panjang bila ternampak dirumah sabahat blogger baru2 ni... (maaf terlupa nama). Terus ku godek2 sendiri memandangkan memang ada stok isi kerang yang abang beli... Sedap juga kerang dicampur kacang panjang dibuat rendang macam ni.. kira macam menu 2 in 1 gitu... sebenarnya kat kawasan ofis sini ada sorang peniaga nasi lemak yang juga sediakan menu rendang kerang campur kacang panjang gitu... itu yg teringin nak mencuba sendiri.. dulu.. Fiza Nordin pun pernah tayang dia masak.. menu kegemaran arwah emak katanya.. tapi rasanya takde pula disertakan resepi.. jadi aku guna jelah resepi sendiri.. 

Layannn...

Rendang Kerang Kacang Panjang

Bahan2
500 gm isi kerang rebus
10 tangkai kacang panjang – dihiris serong
2 ½ cawan santan (dari sebiji kelapa)
2 – 3 sudu kerisik homemade
1 keping asam gelugur saiz kecil (kalau besar letak setengah je)
Garam, aji & gula secukup rasa
1 - 2 helai daun kunyit – dibuang tulang belakang & hiris halus
2 – 3 keping daun limau purut
Minyak masak secukupnya

Bahan kisar
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
3 batang serai
1 inci kunyit hiidup
2 cm halia
2 hiris lengkuas
20 biji cili padi
10 biji cili kering (direbus & tos)

     1.       Panaskan minyak lalu tumiskan bahan kisar hingga terbit minyak & garing.
     2.       Masukkan kerang & santan sambil terus mengacau.
     3.      Bila nampak pekat, masukkan bahan perasa, kacang panjang, kerisik, asam gelugur,  
            daun kunyit & daun limau purut.
     4.      Kacau lagi hingga rendang nampak agak kering & pastikan secukup rasanya. Bolehlah 
           dihidang dengan nasi putih panas2.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...