Showing posts with label Side Dishes. Show all posts
Showing posts with label Side Dishes. Show all posts

Wednesday, April 8, 2015

Creamy Chicken & Mushroom Soup

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Ini menu yang MaDiHaA dok gilir2 masak selain bubur nasi semasa en. suami MC lepas operation tonsil aritu.  Hanya yang lembut2 gini je yang dia boleh makan. Itupun khas untuk en. suami MaDiHaA kisar halus semangkuk sup ini untuk dia & sejukkan dahulu barulah en. suami boleh santap.. itupun hanya dengan roti putih tanpa bakar sebab dia hanya boleh makan yang lembut2 sahaja.  Kesian sangat dia masa tu... tersilap makan sayur dalam bubur yang kasar sikit pun tekaknya boleh berdarah.  Sensitif betul kesan luka di tekak tu kan.   Selepas hampir 3 minggu barulah dia boleh makan makanan biasa.  Alhamdulillah... sekarang kesihatannya sudah bertambah baik.  Tidur malamnya juga sudah tiada gangguan pernafasan, dengkuran pun dah berkurang atau boleh dikatakan tiada lagi.  Memandu pun dah tak mengantuk macam dulu2.  Syukur sangat2.


Ok jom kita tengok resepi untuk hari ni.  Resepi ni MaDiHaA adaptasi sahaja dari resepi Creamy Chicken Soup yang pernah MaDiHaA buat dahulu iaitu resepi dari en. Mohammad Roslan yang dikongsi oleh Tun Telani.  Terima kasih buat kedua2nya ye.  Cuma kali ini MaDiHaA tambahkan dengan cendawan butang dalam tin tu sebab anak2 sukakan cendawan tu.  Selamat mencuba ye. 




Creamy Chicken & Mushroom Soup Adapted from Creamy Chicken Soup: Mohammad Roslan Sumber: Tun Telani

Bahan2:
    50 g butter/margerine
    1 bj bawang besar- dadu
    2 ulas bawang putih- tumbuk
    1/2 cawan tepung gandum

    1/2 bahagian isi dada ayam (dari seekor ayam) ~ hiris nipis
    1/2 tin cendawan butang dlm tin - hiris nipis
    2 kiub ayam
    1 liter air
    1/2 tin susu sejat
    1 sk dried oregano
    garam

Cara2:     1. Cairkan butter/margerin dan tumis bawang besar sampai layu.
    2. masukkan bawang putih dan tumis lagi.
    3. masukkan isi ayam & cendawan dan kacau rata biarkan hingga ayam masak. masukkan sedikit air dan kiub ayam. masak sampai kiub ayam larut.
    4. kecilkan api dan masukkan tepung gandum. kacau sampai rata.
    5. masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga tiada ketul2. gunakan whisker jika perlu.
    6. masukkan susu dan masak dgn api sederhana sampai sup mendidih.
    7. perasakan garam dan masukkan oregano.
    8. siap! sgt sedap dimakan bersama garlic bread.


Selamat mencuba!

Tuesday, May 27, 2014

Sup Kentang & Brokoli Berkrim

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Selamat menyambut Israk & Mikraj... Selangor kerja seperti biasa... hari ni pun merupakan hari terakhir anak2 bersekolah & mulai esok anak2 dah mula bercuti selama 3 minggu.  Hmm.. lepas ni hari2 kena fikir apa nak masak untuk anak2 sebelum tinggalkan mereka kat rumah tu.  Kakak Dini ayahnya jemput dengan bas je.. kurang sikit kos.. lagipun hanya hubby je ambil cuti.. Cuti sekolah mula hari Rabu.. kalau hari Sabtu tu senanglah boleh balik semua.. MaDiHaA selalu sebut balik bila nak jemput anak kat asrama tu bukan apa.. sebab sekali jemput anak.. balik rumah mertua sekali.. maklum memang tak jauh dari rumah mertua MaDiHaA sekolah & asrama anak tu... hehe..

Oklah.. hari ni kongsi menu sihat pulak ye.. Dah lama juga tak makan yang ringan2 gini untuk dinner.  Kebetulan ada beli brokoli lebih sikit untuk hiasan pulut kuning baru2 ni.. so lebih2 tu MaDiHaA buat sup berkrim gini... anak2 semua suka.. & yang paling penting berkhasiat.  Bagi anak2 yang tak suka makan sayur sangat bagus sediakan sup begini sebab mereka tak sedar pun apa yang mereka makan itu sebenarnya sayur!

Jom semak resepi jom... ringkas saja.. versi lain sikit dari resepi yang ada sebelum ni rasanya.. buat ikut gerak hati je.. malas dah semak resepi dulu..



Sup Kentang & Brokoli Berkrim
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
2 biji kentang saiz sederhana ~ kopek kulit & potong dadu kasar2 ~ cuci bersih
1 biji brokoli ~ potong kecil2 & cuci bersih
1 biji bawang holland saiz sederhana ~ didadu
1 sudu besar tepong gandum
2 sudu besar mentega
1 liter air
1/2 tin susu cair
1 cawan air (tambahan)
1 kiub ayam
garam secukup rasa
1/2 sudu kecil serbuk oregano

Cara penyediaan
1. Panaskan periuk dengan 2 sudu besar mentega.  Tumiskan bawang holland hingga layu & wangi.  Masukkan tepong gandum & kacau rata.  Masukkan 1 liter air serta kentang dadu & brokoli. Biarkan mendidih sehingga kentang lembut. Padamkan api & tunggu ia suam sedikit.
2. Kisarkan rebusan tadi sehingga berkrim & tuang semula dalam periuk. Masukkan 1/2 tin susu cari, 1 cawan air, kiub ayam & didihkan sekali lagi.  Biarkan ia merenih sehingga dapat kepekatan yang dikehendaki. Jangan lupa perasakan dengan garam secukupnya (tak perlu byk sebab kiub ayam pun masin). Masukkan oregano & kacau rata.
3. Hidangkan sup ini dengan roti yang disapu mentega & dibakar atau boleh juga dihidangkan sup ini dengan garlic bread.

Selamat mencuba!

Wednesday, April 16, 2014

Homemade Cheesy Wedges

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Kesinambungan dari kisah kentang russet murah yang MaDiHaA beli tempohari.. Kali ni buat Homemade Cheesy Wedges pulak.  Kalau makan kat KFC ni memang wajib beli satu sorang hok besar plak tu.  Kalau suruh share memang takmau punya. Sebekas sorang pun ada yang komplen tak cukup. Anak2 sememangnya suka sesangat. "Mahal nak oiii nak beli banyak2... ayah ibu kamu ni bukan org kaya..." hehe.. Bila buat sendiri ni memang anak2 puas makan.  Jimat yang paling penting. Tambah jimat bila dapat beli kentang russet separuh harga tempohari... dasar kedekut berjimat cermat kan... hehehe...

Resepi kentang wedges masih sama macam yang MaDiHaA buat tempohari... cuma dulu cicah sos cili & mayonis... kali ni kita letak sos keju sama mcm KFC punya tu... buat sendiri tau... bukan beli jalapeno serbuk tu.... tapi kalau malas.. boleh je beli serbuk jalapeno tu tinggal bancuh dengan air panas jer... rasa pun lebih kurang aje...


Homemade Cheesy Wedges 
by MaDiHaA aka Ratna

Bahan2 Kentang Wedges
6 biji kentang russet (sebaiknya).. kalau takde guna je kentang yg jenis besar & lonjong2 tu
1 ¼ cawan tepong beras
¼ cawan tepong jagung
¾ cawan + 2 - 3 sudu air (kalu suka batter cair / guna telur kecil boleh letak 1 cawan air)
1 biji telur gred A
1 sudu besar rempah kari ayam/daging
1 sudu kecil serbuk kunyit
½ sudu kecil serbuk jintan manis
½ sudu kecil serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara menyediakan
1. Cuci kulit ubi kentang hingga bersih. Gunakan span basuh pinggan & sental bersih. Rebus setengah masak. Cara uji kentang.. cucuk dengan garfu... sekiranya kentang tersodok kira2 suku kedalaman kentang.. dah boleh di angkat. (JANGAN SAMPAI KENTANG MASAK SEPENUHNYA YA!) Sejukkan kentang kemudian kentang dipotong wedges kepada 8 bahagian setiap sebiji. (kalau kentang kecil.. potong 6 bahagian je)
2. Campurkan semua tepong dan bahan2 kering dalam satu bekas. Kacau2 sikit biar sebati dengan whisker. Campurkan air & telur kemudian digaul sebati.
3. Panaskan minyak secukupnya untuk goreng terendam.  Masukkan sebahagian kentang tadi ke dalam batter. Ambil kentang satu persatu & gorengkan kentang ke dalam minyak panas sehingga garing & kekuningan. Angkat & tos. Ulangi sehingga habis.
4. Sediakan sos keju seperti resepi di bawah.  Paipkan di atas kentang yang siap digoreng kemudian paipkan pula mayonis secukupnya.  Siap untuk dihidangkan.

Nota MaDiHaA : sekiranya ada lebihan batter/bancuhan tepong tersebut jangan dibuang.. boleh disimpan & digunakan utk menggoreng bahan yang lain seperti keledek, sukun atau ayam.   



Bahan Sos Cheese

Resepi : Kak Amal Hayati

Bahan2
200gm shredded cheddar cheese "Emborg" brand-yg warna oren (MaDiHaA ganti dengan cheese slices..yang warna oren jugak guna 10 keping)
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan (125ml) susu segar (MaDiHaA tambah lagi sebab agak pekat)
2 sudu besar sour cream (MaDiHaA ganti dengan yogurt perisa asli)
Mayonis secukupnya untuk dihidang bersama sos ini.

CARA-CARA:
1. Panaskan non-stick pan. (MaDiHaA guna kuali biasa jer). Cairkan butter dan masukkan tepung. Gaul sebati.
2. Masukkan susu dan kacau hingga pekat .
3. Masukkan cheese dan kacau hingga cheese mencair.
4. Masukkan sour cream dan kacau sebati hingga elok kepekatannya. (Masa ni MaDiHaA tambah lg susu segar sebab nampak agak pekat)
5. Sedia digunakan.


Selamat mencuba!

Wednesday, April 9, 2014

Homemade Potato Wedges with Chili Mayo

Assalamualaikum & salam sejahtera....

Hari ni takleh bebel panjang2 ye... ada kerja yang menanti.  Ni mencelah kejap ambik nafas... hehe... 
Minggu lepas ke Giant beli barang sikit untuk tempahan pulut kuning.. ternampak kentang russet kat meja 'reduce to clear' jual murah2... wahh!! Seronoknya... apalagi... ambil le sepeket yang berat lebih 3 kg tu... hanya separuh harga.  Kentang masih elok takde rosak.. cuma nampak ada sikit tunas2 baru nak tumbuh.. tak ketara pun.. tunas cuma 1 mm... ehehe... so lepas ni jangan jemu asyik keluar menu kentang je ye... ini menu kegemaran anak2 MaDiHaA...

Jom layan...
Homemade Potato Wedges with Chili Mayo
by MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
6 biji kentang russet (sebaiknya).. kalau takde guna je kentang yg jenis besar & lonjong2 tu
1 ¼ cawan tepong beras
¼ cawan tepong jagung
¾ cawan + 2 - 3 sudu air (kalu suka batter cair / guna telur kecil boleh letak 1 cawan air)
1 biji telur gred A
1 sudu besar rempah kari ayam/daging
1 sudu kecil serbuk kunyit
½ sudu kecil serbuk jintan manis
½ sudu kecil serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Bahan Cicahan
Sos cili secukupnya
Mayonis secukupnya

Saiz kentang russet ni memang panjang... lebih kurang panjang sebatang pen!

Cara menyediakan
1. Cuci kulit ubi kentang hingga bersih. Gunakan span basuh pinggan & sental bersih. Rebus setengah masak. Cara uji kentang.. cucuk dengan garfu... sekiranya kentang tersodok kira2 suku kedalaman kentang.. dah boleh di angkat. (JANGAN SAMPAI KENTANG MASAK SEPENUHNYA YA!) Sejukkan kentang kemudian kentang dipotong wedges kepada 8 bahagian setiap sebiji. (kalau kentang kecil.. potong 6 bahagian je)
2. Campurkan semua tepong dan bahan2 kering dalam satu bekas. Kacau2 sikit biar sebati dengan whisker. Campurkan air & telur kemudian digaul sebati.
3. Panaskan minyak secukupnya untuk goreng terendam.  Masukkan sebahagian kentang tadi ke dalam batter. Ambil kentang satu persatu & gorengkan kentang ke dalam minyak panas sehingga garing & kekuningan. Angkat & tos. Ulangi sehingga habis.
4. Sediakan cili sos yang dicampur mayonis untuk dihidangkan bersama kentang wedges.
Nota MaDiHaA : sekiranya ada lebihan batter/bancuhan tepong tersebut jangan dibuang.. boleh disimpan & digunakan utk menggoreng bahan yang lain seperti keledek, sukun atau ayam.  


Selamat mencuba....

Wednesday, March 5, 2014

Sosej Telur Gulung

Assalamualaikum & salam sejahtera....





Apa khabar semua?  Semoga kalian semua sihat2 semua ya.  Musim panas berjerebu ni ramai yang kurang sihat.  Eloklah dikurangkan aktiviti luar & banyakkan minum air masak.  Lately ni... MaDiHaA agak sibuk & masa agak terbatas untuk update blog awal2... ni dah petang baru lega & ada masa sikit.  Hari ni update breakfast kegemaran anak2 pula ya.. Tapi bukan selalu buat benda2 macam ni... Sesekali boleh la.  Produk siap proses seperti sosej ni sebenarnya kurang elok sangat untuk kesihatan.  Banyak garam, msg & banyak lemak.  Tapi inilah yang anak2 suka sangat termasuk mak & bapaknya.  Tambah pula nak memasaknya mudah kan...  hehe...

MaDiHaA namakan Sosej Telur Gulung walaupun sebenarnya.. tidaklah sempurna gulungannya tu... actually jadi bentuk tiga segi sebab proses menggulung dibuat di dalam pan aje... hehehe.. maksudnya.. telur tu melekat pada sosej.. bukan digulung gunakan telur dadar ye...

Ok jom tengok resepi mudah kegemaran anak2 MaDiHaA ni...



Sosej Telur Gulung
Oleh : MaDiHaA

Bahan2
8 batang Sosej ayam/daging
4 - 5 biji telur
sedikit butter
Sos cili atau apa2 sos kegemaran
mayonis

Cara menyediakan
1. Sosej direbus sehingga masak lalu tos & ketepikan.
2. Pecahkan telur & kacau rata. (tak perlu garam kerana sosej dah masin)
3. Panaskan non stick pan & masukkan sedikit butter.  Masukkan sesenduk kecil telur & biar telur membeku sedikit.  Sebelum telur masak keseluruhan (masih ada cairan telur) letakkan sebatang sosej di tengah2 telur dadar tadi.  Gunakan sudip kayu & kaup tepi telur & tutup diatas sosej. Kaup pula bahagian bersosej & terbalikkan sehingga ia seakan bergulung.  Biar seketika sehingga telur masak & melekat pada sosej.  Terbalikkan bahagian yang kurang garing & goreng sehingga kekuningan dibahagian lain pula.
4. Bolehlah angkat & ulang step 3 sehingga habis.  Susun sosej telur gulung di atas pinggan hidangan.
5. Bila dah siap, bolehlah paipkan cili sos & mayonis secukupnya.
6. Siap untuk dihidangkan untuk sarapan pagi.



Selamat mencuba!

Wednesday, May 22, 2013

Kacang Kuda Pedas

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Quick update je hari ni ye... MaDiHaA tak sempat nak transfer gambar2 dari handphone sehari dua ni sibuk siapkan tempahan.  Jadi hari ni update gambar lama saja ye.  Kira aci jelah ye.. lagipun.. gambar ni rasanya memang belum pernah update ke blog lagi...

Untuk resepi kali ni MaDiHaA mohon maaf sebab betul2 terlupa siapa empunya resepi asalnya.  Tapi dulu2 resepi ni sangat popular dan menular dari satu dapur ke dapur yang lain gara2 terliur tengok kawan-kawan tayang di fotopages masing2.   Kepada empunya resepi sila beritahu ye jika kebetulan anda masuk ke blog MaDiHaA.. tak lupa.. terima masih diucapkan & MaDiHaA mohon izin masuk resepi ke sini ye... Tiada sukatan tertentu bagi resepi ini. Main agak2 & sesedap rasa je ya...

Kacang Kuda Pedas ni sedap dimakan begitu saja atau boleh juga dijadikan side dishes..  memang ralit mengunyahnya...


 
Kacang Kuda Pedas
Sumber : MaDiHaA's Fotopages

Bahan2
Kacang kuda ~ dicuci & rendam semalaman
minyak masak
biji sawi
daun kari
garam, perasa & gula secukupnya

Bahan Sambal dikisar halus
Cili kering
Bawang Besar
Bawang Putih

Cara
1. Rebus kacang kuda hingga empuk. Toskan.
2. Tumis bahan2 kisar, daun kari & biji sawi hingga wangi.
3. Masukkan segala perasa.. biar secukup rasa.
4. Masukkan kacang kuda rebus. Kacau rata. SIAP!


Selamat mencuba!

Thursday, December 13, 2012

Keledek Bakar

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Ni gara2 kesedapan makan keledek bakar masa ke Kuala Terengganu tempohari la ni.. Ada satu gerai lori yang menjualnya berhampiran dengan Pasar Payang.. Sekali rasa masyaAllah enak banget! Keledeknya manissss macam letak gula.. tapi tak pula berlengas masa memegangnya. Rasanya.. mungkin jenis keledek tu sendiri memang rasa manis.  Sedap sungguh makan masa tu.. berebut2 kami.. beli cuma beberapa ketul.. nak beli banyak harganya boleh tahan... jadi sekadar merasa ajelah.. hihi...


Bila balik kampong ku tempohari en. hubby teringin nak buat keledek bakar.. tp terbantut hasrat sebab kat rumah ma takde oven letrik.. maklum kat sana takde yang rajin nak membaking.. kekeke.. Microwave ma plak tak berapa sihat.. So bila balik PJ en. hubby bakarlah dalam oven kat rumah ni ha... Keledek Bakar kosong gitu jer... saja nak rasa.. tp hasilnya tak samalah dengan keledek bakar di Terengganu yang sedap yang amat2 tu.. maklum kitorang guna keledek biasa ni je... Yang ni kena makan cicah dengan kelapa parut gaul garam & gula sket barulah best..  layan jelah ye.. hihi...

Takde resepi... cuma bersihkan keledek kemudian bakar jelah dlm oven 200C hingga masak bergantung saiz keledek.. kitorang ritu rasanya dlm sejam jugak baru keledek masak. Kitorang sapur marjerin lepas masak.. tp takde rasa pun pd keledek tu sebab marjerin tu melekat pada kulit keledek jer.. hehe... 

Oklah jumpa lagi ye..

Friday, June 1, 2012

Kentang Wedges Goreng Tepong dengan Jalapeno Cheese

Assalamualaikum semua...


Panjang betul ye nama resepi kali ni... Saja je letak nama panjang2 sikit... malas nak guna nama resepi yang glemer kat kepci si 'Cheesy Wedges' tu... walaupun rasanya memang seiras.  Malah.. buat sendiri macam ni lagi menjimatkan berbanding yg di kepci tu... hihi..


Jom semua kita buat sendiri si 'Cheesy Wedges' tu.. ! Sebenarnya.. dah banyak kali pun buat sendiri kentang wedges macam ni sebab anak2 semua suka... Sebelum order jalapeno cheese dari Zura tempohari.. biasanya anak2 makan cicah mayonis yang dicampur dengan cili sos.. memang sedap! Bukan anak2 je suka.. ayah dengan ibunya pun suka jugak.. Berebut2 makan dengan anak2.. Kadang tu.. tak makan nasi hanya makan hidangan ni je untuk dinner.. buat pulak sampai double resepi (12 biji kentang)... memang kenyanglah!.. hihi...


Kat bawah ni resepinya yer...
 
Kentang Wedges Goreng Tepong dengan 
Jalapeno Cheese
by MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
6 biji ubi kentang (sebaiknya kentang russet.. kalau takde guna je kentang yg jenis besar & lonjong2 tu)
1 ¼ cawan tepong beras
¼ cawan tepong jagung
¾ cawan + 2 - 3 sudu air (kalu suka batter cair / guna telur kecil boleh letak 1 cawan air)
1 biji telur gred A
1 ½ sudu besar rempah kari ayam/daging
1 sudu kecil serbuk kunyit
½ sudu kecil serbuk jintan manis
½ sudu kecil serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Bahan tambahan
Jalapeno cheese secukupnya
air panas secukupnya


Cara menyediakan
1. Cuci kulit ubi kentang hingga bersih. Rebus setengah masak. Cara uji kentang.. cucuk dengan garfu... sekiranya kentang tersodok kira2 suku kedalaman kentang.. dah boleh di angkat. (JANGAN SAMPAI KENTANG MASAK SEPENUHNYA YA!) Sejukkan kentang kemudian kentang dipotong wedges kepada 8 bahagian setiap sebiji. (kalau kentang kecil.. potong 6 bahagian je)
2. Campurkan semua tepong dan bahan2 kering dalam satu bekas. Kacau2 sikit biar sebati dengan whisker. Campurkan air & telur kemudian digaul sebati.
3. Panaskan minyak secukupnya untuk goreng terendam.  Masukkan sebahagian kentang tadi ke dalam batter. Ambil kentang satu persatu & gorengkan kentang ke dalam minyak panas sehingga garing & kekuningan. Angkat & tos. Ulangi sehingga habis.
4. Bancuhkan jalapeno cheese dengan air panas secukupnya. Semasa menghidang.. curahkan/paipkan cheese di atas kentang wedges & sedia dinikmati.  Jika suka.. boleh paipkan sekali dengan mayonis.

Nota MaDiHaA : sekiranya ada lebihan batter/bancuhan tepong tersebut jangan dibuang.. boleh disimpan & digunakan utk menggoreng bahan yang lain seperti keledek, sukun atau ayam. 


Selamat mencuba!

Wednesday, May 16, 2012

Cendawan Goreng Rangup

Assalamualaikum....

Happy Teacher's Day buat semua cikgu2 & warga pendidik.... Terima kasih kerana mendidik anak bangsa sehingga menjadi manusia yang berilmu & berjaya dalam hidup.. Terlalu besar jasa guru2 kepada negara... Terima kasih cikgu!
Okay.. sambung pasal menu yang sedap ni pula ye... sedap dimakan bersama nasi atau dimakan macam tu saja.... tiap kali makan Cendawan Goreng Tepong ni.. mesti teringat Cameron Highland.. haii... bilalah dapat pergi ke sana lagi.. hehe...


Jom layan menu mudah ni! Lagi bertambah2 mudah bila gunakan Tepong Goreng Rangup hadiah yang ku dapat dari Give Away yang Azura Rahman anjurkan tak lama dulu... hehe.. Terima kasih Zura.. senang sangat nak gunakan tepong ni... & rasa pun sangat sedap! Kalau nak diperisakan dengan spicy atau blackpepper... just taburkan saja perisa yang dibekalkan sekali tu... tapi kali ni ku goreng macam ni jer pun dah sedap!

Kat bawah tu adalah tepong yang ku gunakan untuk menggoreng cendawan ni... selain cendawan.. boleh goreng bermacam2 lagi seperti ayam, udang & sotong..

Cendawan Goreng Rangup

Bahan2
Cendawan tiram kelabu/putih secukupnya
Tepong Goreng Rangup secukupnya
2 biji telur ~ dipukul sedikit
Minyak masak secukupnya
Cara2
Cendawan dibersihkan mana2 yg perlu, cuci sekejap kemudian diperahkan air yang menyerap sehingga kering. Sediakan telur & tepong di dalam bekas berasingan yang sesuai. Panaskan minyak dalam kuali. Celup cendawan di dalam telur kemudian golek2kan di dalam bekas tepong sehingga bersalut kemudian masukkan di dalam minyak panas. Lakukan sehingga habis. Goreng cendawan hingga garing dikedua2 belah & bolehlah diangkat, tos & hidangkan bersama sos kegemaran.

Jika kawan2 ingin merasai sendiri cendawan seperti yang ku buat ni.. bolehlah klik di  SINI untuk order Tepong Goreng Rangup dari Zura ye...


Selamat mencuba!


Tuesday, December 27, 2011

Creamy Chicken Soup.... yang diganding dengan G.R...

Assalamualaikum...

Ahaaa... inilah dia Creamy Chicken Soup yang digandingkan dengan Garlic Rolls dalam entry pagi tadi! Gandingan yang sangat mantap! Thanks pada Tun Telani dengan perkongsian resepi ini yer. Thanks juga pada owner of the recipe... but rasanya resepi ni Tun ada ubah sikit sana sini... I just follow apa yang Tun tulis.. & hasilnya memang bestlah! Anak2 & husband semua puji & order lagi... hehe...

Minta izin ye Tun letak resepi kat sini... TQ dear!

Creamy Chicken Soup
Adapted from: Mohammad Roslan
Sumber: Tun Telani


Bahan2:

    * 50 g butter/margerine
    * 1 bj bawang besar- dadu
    * 2 ulas bawang putih- tumbuk
    * 1/2 cawan tepung gandum
    * 1 keping dada ayam- hiris nipis
    * 2 kiub ayam
    * 1 liter air
    * 1/2 tin susu sejat
    * 1 sk dried oregano
    * garam


Cara2:

    * Cairkan butter/margerin dan tumis bawang besar sampai layu.
    * masukkan bawang putih dan tumis lagi.
    * masukkan ayam dan masak sampai ayam betul2 masak. masukkan sedikit air dan kiub ayam. masak sampai kiub ayam larut.
    * kecilkan api dan masukkan tepung gandum. kacau sampai rata.
    * masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga tiada ketul2. gunakan whisker jika perlu.
    * masukkan susu dan masak dgn api sederhana sampai sup mendidih.
    * perasakan garam dan masukkan oregano.
    * siap! sgt sedap dimakan bersama garlic bread.


Selamat mencuba!

Thursday, November 3, 2011

Penkek Kentang

Assalamualaikumm....
Selamat tengahari semua... Kaum ibu dah siap masak? Dah makan ke semua? Mestilah dah kan? Kaum ibu masa ni mesti dah boleh lepak2 depan tv.. Kalau yang bekerja pulak tak kiralah kaum ibu ke anak2 dara ke.. mesti semua baru masuk ke ofis semula lepas dah kenyang makan ikan bakar tadi kan... ada yang makan nasi ayam, ada yang layan tomyam.. ehh.. macam2lah kalau cerita bab makan ni. banyak sungguh pilihan. Lagi2 sekarang ni awal bulan.. mesti ada juga yang layan makan ditempat2 yang mahal yang ada 4, 5 bintangkan? hehehe.. Tapi MaDiHaA hari2 makan kat tempat yang biasa2 jer... tak kira awal bulan ke, tengah bulan atau hujung bulan.. tak pernah la merasa makan kat tempat yang berbintang2 tuh.. kecuali kalau big boss nak belanja... haha...

Oklah.. harapanku hari ni moga anda semua sihat2 belaka ye.  Hari ni  MaDiHaA agak tersentap sikit sebab pagi2 tadi masa dalam perjalanan hantar anak ke sekolah.. dapat panggilan telefon dari makcik mengatakan seorang sahabat MaDiHaA telah kembali kerahmatullah.  Semasa makcik bagitau nama Kak Rohaya dah meninggal dunia.. MaDiHaA tertanya2 dalam hati Kak Rohaya yang mana satu? Sebabnya... MaDiHaA punya 3 orang sahabat/kakak yang bernama Rohaya itupun belum masuk lagi sahabat MaDiHaA yang berada di Melaka tu yang juga namanya Rohaya.  Rupa2nya.. Kak Rohaya yang pernah kami tinggal sebumbung masa MaDiHaA bujang2 dulu yang telah kembali ke rahmatullah... Baru tahun lepas allahyarham menunaikan fardhu haji..  alhamdulilah.. Sempatlah MaDiHaA singgah sebentar melawat jenazah di rumahnya tadi lepas hantar kakak Dini ke sekolah.. Al-Fatihah buat allayarham Rohaya binti Abdul Rahman.. semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama insan beriman...Amin..


Oklah.. kita teruskan dengan menu untuk hari ni yer.. Kali ni MaDiHaA mencuba resepi yang di ambil dari majalah Rasa hasil dari air tangan Chef Mohd Suhaimi Suratman dari Hotel The Royale Bintang Seremban yang diberi nama Penkek Kentang. Penkek ni tak sama seperti penkek yang menggunakan tepong tu sebab penkek ni sangat2 lembut! Umpama makan kentang putar cuma beza dari segi rupanya saja.  Anak2 sangat suka.. lagi2 bila dipaipkan mayonis kat atas penkek tu. Sesuai sangat dibuat sarapan ataupun dibuat sebagai hidangan sampingan atau 'side dishes'.  

Jom tengok resepinya yang dah MaDiHaA edit sikit sana sini... TQ Chef!
Penkek Kentang
Resepi : Majalah Rasa (Chef Mohd Suhaimi Suratman)
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna


Bahan2
3 biji ubi kentang (besar/sederhana)
60 ml susu cair/susu segar
¼  sudu kecil garam
1 sudu besar marjerin/butter
1 sudu besar tepong gandum

Bahan tambahan
1 biji telur (hehe.. sori tertinggal tadi.. TQ Zaliedana!)
Marjerin untuk menggoreng
Mayonis

Cara menyediakan
1. Kentang dikupas, dibersihkan & belah dua lalu direbus hingga empuk. Angkat, tos & biar suam2 sikit sebelum diparut kasar. (guna pemarut utk buat kerabu mangga tu.. bukan pemarut kelapa ye!)
2. Didihkan susu cair, garam & marjerin/butter dengan api perlahan. Bila marjerin cair.. masukkan kentang parut. Gaul sebati & biarkan adunan masak sempurna. Padamkan api kemudian taburkan dengan tepong gandum & kacau lagi hingga sebati.
3. Bila adunan dah suam2 tu.. bolehlah bentukkan adunan kentang tadi menggunakan acuan berbentuk bulat seperti penkek. (guna acuan benjo pun boleh... MaDiHaA bentukkan guna penutup peanut butter jer...). Atur kentang yg siap dibentuk di atas dulang beralas plastik supaya mudah nak diambil nanti. Buat sehingga habis.


4. Pukul perlahan telur. Panaskan 1 sudu kecil marjerin/butter dalam non stick pan kecil dengan api perlahan. Celup kentang tadi dalam telur yang dikocok & goreng penkek sehingga kekuningan kedua2 belah. (berhati2 ye sebab kentang ni tersangatlah lembutnya.. jadi semasa mencelup telur harus dibuat berhati2 supaya kentang yang dibentuk tidak hilang bentuknya)  
5. Bila dah masak bolehlah angkat & dihidangkan penkek kentang dengan mayonis atau sebagai 'side dishes'. Sangat2 yummy!


Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...