Showing posts with label Puff. Show all posts
Showing posts with label Puff. Show all posts

Tuesday, October 24, 2017

Sardin Puff

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Dah minum petang semua? Petang2 macam ni sedap juga kalau pekena sardin puff suam2 dengan teh o panas kan? Nak buat pun mudah yang amat. Hanya perlu ada kulit pastri puff & sardin. Selebihnya bahan2 lain memang dah ada kat rumah. Jomlah kita ke dapur... hehe...

Sardin Puff

Bahan2
1 pek Pastri Puff jenama kawan
1 biji kuning telur

Bahan2 inti
2 tin kecil sardin
1 biji bawang besar ~ didadu
2 ulas bawang putih ~ dicincang
10 biji cili padi ~ hiris halus
sedikit perahan limau nipis/kasturi
minyak untuk menumis

Tumiskan bawang & cili padi. Masukkan garam, perahan limau serta sardin & hancurkan sardin. Masak sehingga sosnya kering. Sedia digunakan. 


Cara menyediakan 
1. Lembutkan pastri puff terlebih dahulu. Keluarkan sekeping & bentangkan. letakkan inti di sebelah bahagia pastri puff & sebelah lagi dibiarkan kosong. Katupkan pastri & tekankan keliling pastri dengan menggunakan garfu. 
2. Kelarkan bahagian atas puff secara menyerong menggunakan pisau tajam.
3. Ulangkan proses sehingga habis kulit puff. Sapukan dengan kuning telur yang dipukul sedikit atas puff & bakar dalam oven dengan suhu 200C selama 15 minit - 20 minit (bergantung oven masing2). Buka kipas supaya puff naik lebih gebu.



Selamat mencuba!

Thursday, July 26, 2012

Krim Paf / Cream Puff

Assalamualaikum....

Mulakan hari ini dengan resepi Krim Puff / Cream Puff / Pastri Choux ni pula ye... Memang sedap sangat2 & berbaloi2 kalau buat sendiri.  Adunan ni agak muai & dapat agak banyak juga.. puas anak2 makan.  Anak2 & en abang pun suka... alhamdulillah..

Masa buat ni dulu... godek2 pafnya lepas bersahur... then bila balik dari kerja baru buat krim kastardnya... macam nak kena buat balik je cuti ni... heee...

Terima kasih pada Mat Gebu yang berkongsi resepi dari Chef Alex Goh ni ye... akak ulang tayang siarannya kat blog pulak.. mintak halal ye.. Owwhh.. lupa nak cakap.. resepi ni dulu ambil dari blog Mat Gebu yang pertama dulu tauu... bukan blog Mat Gebu yang sekarang nih.. haa.. jangan tak tau.. Mat Gebu kita ada dua blog... hee... sekadar berkongsi je.. may be ramai yang dah tau... I memang tau sejak dulu sebab memang peminat no. 1 blog Mat Gebu ni.. hehehe...

Ok kat bawah tu resepinya ye... krim kastardnya tu resepinya MaDiHaA godek2 sendiri je...





Cream Puff/ Krim Paf
Resepi : Chef Alex Goh
Sumber : Che Mat Gebu

 Bahan Cream Puff / Pastri Choux
100 g mentega
250 ml air
½ camca teh garam
150 g tepung gandum, diayak
3 biji telur gred A

Cara membuatnya
 
1. Dalam periuk satukan air, mentega dan garam. Masak hingga air mendidih dan mentega cair. Masukkan tepung dan dengan pantas kacau adunan sehingga menjadi seketul doh yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan dan kacau hanya satu arah.
2. Panaskan oven pada suhu 200C. Lenser dulang pembakar dengan sedikit mentega atau alas dengan silicone paper.
3. Masukkan doh tadi dalam mixer dan pukul hingga doh menjadi suam. Pecahkan telur dan kacau dengan garfu. Masukkan sedikit demi sedikit telur ke dalam adunan doh hingga habis. Pukul hingga adunan menjadi pes yang lembut.
4. Masukkan pes tadi ke dalam piping beg yang dipasang muncung bintang atau muncung biasa. Paipkan bentuk siput/spiral atas dulang pembakar. Buat hingga habis dan bakar 20 minit hingga kuning keemasan.
5. Bila masak, alih cream puff atas jaringan dan biar sejuk. Belah sedikit puff (jangan sampai putus) dan bolehlah paipkan kastad di tengah2nya. Sedia dihidangkan.

Bahan-bahan Kastard: 

Resepi : MaDiHaA aka Ratna

1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung kastard
4 sudu besar gula
1 cwn (250ml) susu segar
1 biji telur
1 sudu besar mentega

Cara-cara:
1. Campurkan kesemua bahan2 di atas kecuali mentega. Kacau rata menggunakan whisker.
2. Jerang atas dapur dengan api yg perlahan dan masak sambil dikacau2 sentiasa sehingga kastad nampak pekat.
3. Tutup api & masukkan mentega dan kacau2 lagi.
4. Biar sejuk sebelum dimasukkan ke dalam piping bag.

Selamat mencuba!

Monday, April 4, 2011

Puff Jem Nangka


Assalamualaikum & selamat petang semua...

Badan masih terasa letih & mata pun sedikit mengantuk.. kadang2 sampai tersengguk2 kat meja walaupun mata mengadap PC sambil buat kerja.. hehe.. Ni semua gara-gara baru pulang dari kampong malam tadi.. Alhamdulillah selamat sampai ke PJ semula.  Terima kasih kawan2 yang mendoakan keselamatan kami..  Malam tadi sampai awal jugak.. tapi singgah pula ke rumah SIL kat Kajang sebab ada kiriman buah durian dari MIL dari kampong.  Haa.. elok sangatlah tu.. kami bertukar2 rezeki dari kampong.. SIL bagi durian kiriman mak mertua aku, aku pulak bagi SIL ubi kayu & buah salak dari kg aku... hmmm... selain yang disebut tu.. segala macam pucuk & dedaun yang aku dah kebas dari farmville ma petang semalam.. hehe... Terima kasih ma & terima kasih jugak mak kat kg yang kirimkan buah durian melalui adik.. Melepak rumah SIL.. dinner pun kat situ sebab  masa kami sampai.. dia dah siap masak nasi & lauk bagai... berborak sampai lewat malam.. sebab tu sampai rumah lewat.. 

Oklah.. untuk hari ni.. masukkan resepi mudah jelah yer.. tapi yang penting sangat2 sedap! Nak kena buat lagi... tak puas makan... Sedap makan masa suam2... kulit pastrinya rapuh gitu.. tapi dah sejuk pun sedap jugak.. hehe...


Puff Jem Nangka
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan2
Kulit puff pastri secukupnya (guna jenama Kawan)
1 biji kuning telur
Jem nangka secukupnya
Resepi Jem Nangka
500 gm isi nangka yg cukup masak~ dipotong kiub2 kecil.
150 gm gula pasir
2 ~ 3 kuntum bunga cengkih (jika suka)


Cara2 menyediakan
1. Sediakan jem nangka terlebih dahulu.  Di dalam kuali.. Masak isi nangka yang telah dipotong kiub kecil bersama gula pasir & cengkih sehingga pekat dengan api yang sederhana.   Bila dah pekat.. padamkan api & sejukkan jem nangka terlebih dahulu.
2. Sementara itu.. defrost kulit puff pastri sehingga lembut.  Potong 4 bahagian setiap keping puff pastri.
3. Letakkan jem nangka anggaran satu sudu kecil di atas 2 bahagian puff yg dipotong tadi.  2 bahagian lagi.. dikelar bahagian tengahnya sebanyak 4 kelaran seperti dalam gambar tetapi jangan sampai putus.  Kelar dibahagian tengah2nya sahaja.  Akhir sekali.. angkat perlahan2 puff yang dikelar tadi dan letakkan di atas puff yang berisi jem nangka tadi.   Kemaskan potongan puff dibahagian atasnya supanya nampak cantik & kemas.  Tekan2 sekeliling puff dengan garfu untuk mencantumkan puff.  Letakkan puff yang telah siap diintikan di atas tray yang telah disapu marjerin.  Ulangi step yang sama sehingga habis.  
4. Sementara itu.. panaskan oven dengan suhu 190C ~ 200C & on kan kipas jika oven anda ada kipas.
5. Beruskan kuning telur di atas permukaan puff.  Bakar puff yang telah siap disediakan selama 20 ~ 25 minit atau sehingga keperangan (bergantung jenis oven).
6. Hidang semasa suam-suam atau ketika sudah sejuk sebagai minum petang. SEDAP!

Nota MaDiHaA : boleh buat setengah resepi aje untuk jem nangka tu.. sebab dapat agak banyak jugak jemnya.  Tapi kalau nak buat makan dengan roti pun okay jugak.. mesti simpan peti ais jika tak habis sebab buah nangka yang diguna dipotong kiub tak tahan disimpan kat luar.  Jika nangka yang dikisar lebih bertahan lama kerana ia dah sebati dengan gula.


Selamat mencuba!

Friday, November 12, 2010

Sosej Puff

Salam semua...

Ni update breakfast kami sekeluarga pagi ni... buat sosej puff ni sebab dah berjangkit dari Kak Nor Secubit Garam http://secubitgaramnor67.blogspot.com/2010/11/sosej-puff.html hehehe.. aritu Kak Nor bukan main happy lagi sebab dah dapat barang yang diidam2kan.. punyalah seronok diaaaaaaa...! hehe... Yang aku ni pulak.. benda tu memang dah ada lama dah dok bertapa dlm freezer tuh... siap ada 2 peket lagikk.. takde le pulak terasa rajin nak membuat.. Bila tengok Kak Nor buat.. tiba2 je angin R datang.. lagipun.. sosej pun dok ada gak dlm freezer tu.. mudah kerja sbb tak perlu susah2 nak sediakan inti bagai.. so balik dr kerja semalam.. terus keluarkan bahan2 dari freezer semua sementara memasak lauk dinner.  Lepas je dinner terus kerjakan bahan2 yg dikeluarkan tadi.. senang je rupanya....... maka menjadilah sosej puff yg tak berapa cun ni.. hahaha.. almaklumlaa.. aku pun baru 1st time guna puff pastri tu.. susah gak nak jumpa kat pasaraya kat rumah aku ni.. dapat 2 pek tu pun suruh hubby tinjau2 kat pasaraya dekat ngan tempat kerja dia.. 

Ok.. nak ucapkan terima kasih pada Yani yang berkongsi idea cara2 membalut sosej tu yer.... nampak cantik sangat macam beranyam gitu.. insyaAllah lenkali nak try buat cara lain lak.. kat blog Mat Gebu pun byk gak entry pasal puff ni.. cuma rasa malas lg nak cuba tu sebab tak sempat nak sediakan inti tu.. biasalah kan.. ibu2 bekerja ni sentiasa sibuk.. mana nak masak utk dinner lagi.. mana nak berkemas, nak settlekan kain baju dah tu.. bila masa nak bereksperimen?  Kena tunggu ada masa yg terluang betul2 barulah syok bereksperimen yg rumit2 tu.... Ok Yani.. akak minta izin tepek resepi yg akak copy dari blog Yani ye.. kalau nak tengok cara2 melipat puff boleh klik kat blog Yani.. Terima kasih Yani & Kak Nor yg berkongsi idea sarapan mudah ni... anak2 semua suka..

Bahan-bahan:-
  • kulit puff pastri
  • sosej
  • telur
Cara-cara:- 
 








  1. Panaskan oven sehingga suhu 180 degree.
  2. keluarkan kulit puff dari peti sejuk. Biar sekejap sehingga lembut.
  3. Buat seperti dlm gambar di http://decochoco.blogspot.com/2010/10/sardin-puff_18.html Last sekali sapu dengan telur (MaDiHaA guna kuning telur). Bakar selama 20-25 minit atau sehingga perang.
 




















Nak update juga tips yang dikongsikan oleh Kak Nor yang diperoleh dari Hana.. TQ ye Hana & Kak Nor.. mintak izin tepek kat sini pulak utk dikongsikan dengan kawan2..

TIPS DARI HANA : dah dpt penjelasan dr org di sana, nun di Jepong. Puff ni perlu dibakar dlm suhu yg tinggi lebih kurang 190 - 200C (bakar lebih kurang 20min). Kena pastikan oven dah betul2 panas baru masukkan puff yg dah siap dibentuk. Ini utk menghasilkan puff yg fluffy. Tq Ina.. :)
Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...