Showing posts with label Masakan Myanmar. Show all posts
Showing posts with label Masakan Myanmar. Show all posts

Wednesday, April 29, 2015

Lahpet / Myanmar Pickled Tea Salad againnn....

Assalamualaikum & salam sejahtera...
Tekak ni tiba2 je terasa nak meratah kerabu acar daun teh Myanmar atau nama sebenarnya iaitu Lahpet.  Bila dok teringat menelan air liur dibuatnya.  Minggu lepas (yang pegi kenduri di Pekan) kami bawak balik bunga kantan agak banyak dari kampong. Jadi boleh sangatlah nak buat kerabu tu.. Bahan2 lain pun semua ada stok kecuali limau nipis.  Tapi takpe stok lemon ada jadi gantikan je jus limau nipis dengan jus lemon. Tak sangka pulak rupanya en. suami pun terasa yang sama macam MaDiHaA.  Dialah yang buka mulut dulu pasal kerabu tu.  Lepas tu terus dia ke dapur godek2 bahan kerabu. MaDiHaA jadi assistant je... hihi...

Sedapnyer lahai... kenyang meratah kerabu ni saja.  Nak makan nasi pun dah tak lalu.  Sekali lagi MaDiHaA kongsikan resepinya ye. Dah banyak kali MaDiHaA buat kerabu ni.  Kali ni en. suami tambah scrambled egg menggantikan isi ikan.  Boleh je campur apa2.. kita yang buat dia.. Tapi ikutkan resepi asli Lahpet ni.. takde campuran selain kekacang & daun teh (vegetarian).. kami je yang memandai nak kasi sedap lagi kerabu ni.. hehe..

Lahpet/ Myanmar Pickled Tea Salad


Resepi : MaDiHaA's Husband



Bahan2
½ peket Pickled Tea (Jenama SHWE seperti dalam gambar ~ guna separuh saja dr bahan2 di dalamnya)
3 ~ 4 ulas bawang merah ~ dihiris nipis
2 ulas bawang putih ~ dihiris nipis
1 kuntum bunga kantan ~ dihiris nipis
4 biji cili padi ~ dihiris nipis
1 cawan kacang tanah ~ digoreng garing dengan minyak
½ cawan ikan bilis ~ dikopek & goreng garing (kalau boleh ikan bilis jenis halus sikit)
1 biji carrot ~ disagat halus
½ biji timun ~ disagat halus
1 biji tomato ~ dipotong dadu
1 biji limau nipis ~ ambil jusnya  
1 biji telur ~ dijadikan scrambled egg   
3 sudu besar minyak masak bekas gorengan ikan bilis tadi  
garam, gula & aji secukup rasa

Cara2 Menyediakan

1. Sediakan kesemua bahan2 yang perlu dihiris/sagat dan masukkan ke dalam satu bekas/besen.  Campurkan dengan kacang & ikan bilis yang telah digoreng garing.

2. Masukkan scrambled egg diikuti pula dengan bahan2 dari paket Pickled Tea. (guna setengah je.. maksudnya sepeket tu boleh buat dua kali/ 2  hidangan).

3. Perahkan jus limau nipis, minyak masak & campurkan garam, gula & aji secukupnya. (garam jangan letak banyak.. rasa2 dulu sebab ikan tongkol rebus & ikan bilis pun dah masin). 

4. Akhir sekali bahan2 tersebut hendaklah digaul rata menggunakan tangan (pakai sarung tangan plastik ye) terutama sekali acar daun teh tadi yang perlu diratakan sebab acar daun teh tu teksturnya agak likat sikit so kena gaul betul2 rata dengan tangan.  Bila acar daun teh agak2 dah rata. Boleh sambung gaul rata dengan senduk pulak & rasakan biar secukup rasa.  Jika perlu tambah ler jus limau atau garam ikut citarasa sendiri.  

5. Dah siap pun.. bolehlah hidangkan. Sesuai untuk dimakan begitu saja. Nak buat lauk nasi pun boleh.


Selamat mencuba!

Wednesday, December 5, 2012

Sambal Pedas Isi Ikan Keli

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua....


Hari ni MaDiHaA nak berkongsi resepi yang berasal dari negara Myanmar dengan u all semua.  Tapi resepi ni mungkin hanya popular dikalangan warga desa di Myanmar sana sebab MaDiHaA dok goggle2 masakan Myanmar tak pula berjumpa dengan masakan ni.  Yang terjumpa resepi yang menggunakan isi ikan keli hanyalah resepi yang boleh dikategorikan sebagai bubur iaitu dinamakan sebagai Mohingga.  Jadi pada pendapat MaDiHaA mungkin kat sana agak mudah nak jumpa ikan keli ni maka sebab itulah resepi berasaskan ikan keli popular di Myammar.  Hari tu hubby ada bagitau nama resepi ni dalam bahasa Myanmar tapi disebabkan dah lama sangat & MaDiHaA pula lupa nak catit... maka dah terlupa la pulak.. ehehe.. Kalau teringat balik nanti MaDiHaA tambahkan namanya ye... Jadi kali ni MaDiHaA hanya namakan resepi ni sebagai Sambal Pedas Isi Ikan Keli... kira bolehlah tu ye.. hehe..

Ini yang pertama kali dimasak...

Resepi ni hubby belajar dari budak2 Myanmar kat kilangnya tu sama macam resepi Myanmar Pickled Tea Salad dulu atau dalam bahasa Myanmar di sebut sebagai Lahpet.  Hubby ni dia memang jenis minat juga bab2 memasak ni.  Kalau dia berkenan satu2 resepi tu dia mesti korek resepi sampai dapat.  Maklumlah.. nak rasa yang orang (budak2 Myanmar) masak tak tergamak pulak.. hihi.. Jadi jalan terbaik.. masak sendiri & barulah boleh makan tanpa was-was.  Kebetulan budak2 Myanmar yang kerja dibawahnya kat kilangnya tu semua jenis berjimat cermat & boleh dikatakan selalu bawak bekal & antara lauk yang kerap dorang bawak ialah lauk sambal isi ikan keli ni.  Sebab teruja nak rasa masakan ni lah hubby pun belajarlah dengan budak2 tu.  Mungkin resepi ni tak begitu lengkap maklumlah yang memasaknya budak2/bapak budak.. kalau perempuan tu mungkin lebih detail lagi resepinya.  Resepi ni pun diberi tanpa sukatan.. jadi kena pandai2 agak sendiri kuantiti bahannya.  Tapi takpelah, sekadar nak merasa apa salahnya kita mencuba.  Dalam resepi ini pun hubby ada juga tokok tambah beberapa bahan lain ikut citarasa orang Malaysia.. hehehe.. Untuk pengetahuan.. resepi ni dah 2 kali dimasak di Dapur MaDiHaA.. tau sebab apa? Haaa.. tentulah sebab sedap!  Masak pertama kali dulu hanya gunakan 3 ekor ikan keli & terlebih letak kacang botor.  Tak cukup! Masak lagi kali ke dua & gunakan 5 ekor ikan keli..yang ni kacangnya dikurangkan... haaa kauu puas makan.... berdesip2 kepedasan tapi tetap nak menambah juga.. hehe.. Tapi awas pada yang tak boleh makan pedas2 tu sebab resepi ni memang pedas! Ok jom kita tengok resepinya..


Sambal Pedas Isi Ikan Keli
(Masakan Myanmar)
Sumber : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
5 ekor ikan keli
10 biji kacang botor/botol/kelisa - dihiris halus (boleh lebihkan kalau suka)
6 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
20 - 30 biji cili padi (bergantung jenis cili padi & tahap kepedasan yang disukai ~ masakan ni mesti pedas)
1 inci kunyit hidup (resepi asal tak letak)
1 biji tomato ranum - dipotong dadu (resepi asal tak letak)
garam & perasa secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara menyediakan
1. Ikan keli dibersihkan & direbus hingga masak. Sejukkan dan asingkan isinya. Cincang halus isi ikan keli & ketepikan dahulu.

 Isi ikan keli yang dicincang & hirisan kacang botor

2. Tumbuk cili padi bersama kunyit hidup hingga lumat.

3. Panaskan minyak masak lalu masukkan isi ikan keli yang dicincang & masak hingga nampak agak garing.

4. Masukkan bawang putih dan bawang merah yang dicincang. Masak lagi hingga bawang layu & wangi. Masukkan cili padi yang ditumbuk dan masak hingga agak garing.
5. Masukkan tomato cincang, bawang besar, garam & serbuk perasa secukup rasa. Jika suka boleh tambah secubit gula.  Biarkan ia secukup rasa.
6. Akhir sekali masukkan kacang botor yang dihiris dan kacau rata hingga kacang botor nampak layu.  Angkat dan sedia dihidangkan.


Selamat mencuba!

Wednesday, October 12, 2011

Myanmar Pickled Tea Salad againnnn.....

Assalamualaikum....
Balas dendam siang tadi tak dapat nak letak 2 entry.. so updatelah quick entry belah malam pulak.. hihi.. Dah makan malam semua? Ke masih ada yang sedang masak untuk dinner? Rasanya semua dah siap ambik dinner dah ni kan.. ok.. jom cuci2 mata ajelah ye... 

Tak tau ngapa sekarang ni macam dah kesedapan pulak makan ratah2 salad Myanmar ni.  Syok jer dok kunyah2 sambil tengok tv.. hehe.. Kali ni buat salad ni semata2 untuk ratah2 gitu jer.. tak makan dengan nasi pun.. Kali ni.. hubby plak yang buat.. dikurangkan sikit sayurannya, ikan bilis goreng pun tak letak..  isi ikan pun tak letak.. tapi ganti dengan udang kering yang ditumbuk.  Bawang2 pula ditumis dengan sikit minyak.  Kalau dulu buat tak tumis pun.  But sebenarnya.. tak tumis pun sedap jugak.  Secukup rasa, masin, masam & pedasnya.  Tambah2 ada hirisan bunga kantan tu.. Memang syok betul layan. Berebut2 makan dengan hubby.. Dini dengan Haziq pun dah belajar2 mkn benda ni & dah mulai suka jugak.. Apa tak sukanya kan... ramuannya tu semua dari jenis kekacang aje.. tu yang buat seronok mengunyah tu...  

Menurut staff Myanmar kat tempat kerja hubby tu.. kat sana salad ni memang  femes.  Kebiasaannya dihidang macam tu jer terutama bila ada tetamu yang datang berkunjung.. macam kita kat Malaysia ni.. umpama mkn pisang gorenglah kot.. hehe.. tapi kat sini kita hidang pisang goreng dengan kopi O atau teh O.. dorang kat sana hidang salad ni dengan teh Myanmar (mcm teh Cina gak la)... 

Ok.. cuci2 mata ajelah ye.. kalau nak tengok resepi.. boleh klik SINI.


Selamat malam...

Wednesday, April 6, 2011

Lahpet/ Myanmar Pickled Tea Salad / Kerabu Acar Daun Teh Myanmar


Assalamualaikum & salam sejahtera semua...

Pertama sekali.. aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua follower yang sudi ikut blog aku yang tak seberapa ni.  Tak sangka dah mencapai angka 500 lebih tu.  Kalau ikutkan.. aku ni bukannya kaki blog walking (BW) sangat pun.. singgah pun kat blog mana2 yang sempat aje.  Bukan tak suka atau tak sudi berBW.. tapi masa yang tak mengizinkan.. maklumlah.. kat tempat kerja ni agak terbatas sikitlah kan..  apa2pun.. terima kasih banyak2 kepada follower samada yang lama maupun yang baru yang sudi ikuti blog mamawandiha.blogspot.com sokongan kalian sangat2 bermakna buat MaDiHaA.  Terasa semakin  rajin nak berblog bila nampak ramai yang suka blog ku yang tak seberapa ni.. InsyaAllah.. mudah2an diberikan kekuatan & kesihatan yang baik agar dapat sentiasa menceriakan blog yang ku sayangi ini... amin...

Oklah.. berbalik kepada resepi hari ini... aku nak kongsikan resepi yang agak pelik sikit.  Mungkin tak ramai yang tau akan kewujudan makanan ni kat negara kita.  Makanan yang berasal dari negara Myanmar / Burma ini agak kurang terkenal berbanding makanan dari negara jiran kita Indonesia ataupun Thailand.  Tapi tidak kurang enaknya bila pertama kali aku mencuba.  Ceritanya bermula bila en. abang ternampak anak buah dia dari Myanmar (pekerja dibawah jagaannya) sedang menikmati makanan ini sewaktu dorang berehat.  En. Abang yang ingin tahu akan makanan tu pun dok survey2 lah macamana cara nak membuatnya sebab dia kata nampak macam menarik pulak.  Rupanya2.. makanan tu ada terjual berdekatan dengan tempat tinggal/hostel budak2 Myanmar tu kat Shah Alam sana.  (tak pasti kat pasaraya/di pasaran gelap.. hehehe)  Oleh kerana dapat kepastian yang makanan tersebut halal (ada chop halal Myanmar) jadi en. abang pun pesan ler kat budak Myanmar tu (yang juga beragama Islam) mintak belikan 2 paket.  Pasti u all semua pun tahu bahawa di negara Myanmar juga terdapat rakyatnya yang beragama Islam walaupun bilangannya agak kecil.  Jadi rasanya.. tiada keraguan & tak was2 untuk mencubanya...

Ini Kerabu Acar Daun Teh kali ke tiga dibuat.. yg kali ke dua & ke empat tak ambik gambar.. hehe

Untuk pengetahuan.. resepi ini telah diubahsuai sesedap rasa oleh en. abang ikut cara kerabu ala Malaysia.  Memang sedap sangat2 dengan rasa acar daun teh yang begitu unik.. Sekali cuba pasti nak lagi.  Untuk memberi gambaran acar daun teh tu.. baunya ada sikit2 persamaan dengan sawi/kobis asin/jeruk yg Chinese selalu masak tu (yang biasa kita campurkan dalam asam pedas tu).  Kalau u all nak tau.. hidangan kerabu ni kami dah buat sebanyak 4 kali dalam satu bulan..!! hehehe... sebab sedap sangat! Tak puas makan tauu.. kalau ikutkan abang nak kirim lagi budak Myanmar tu beli acar daun teh tu... tapi aku cakap kat abang biarlah dulu sebab kalau aku makan benda nih... macam tak boleh berenti.. hehe.. aku bukan apa.. takut uric acid aku makin tinggi jer sebab dok makan byk sangat kekacang ni... aritu pun doktor dah pesan kena kurangkan makan jenis kekacang... tapi itulah yang aku paling suka.. kehkehkeh...

Ok.. jom kita tengok resepinya yer. Resepi versi my husband.. kalau cara budak2 Myanmar tu makan.. en. abang cakap.. dorang cuma campurkan semua bahan2 asas yang ada dalam paket pickled tea tu aje... tapi en. abang ku dah campurkan dengan beberapa  bahan tambahan lain lagi nak bagi lebih sedap & dapat lebih banyak.. hehe....  But actually.. aritu ada aku google pasal pickled tea ni.. rupa2nya.. kat Myanmar pun dorang buat ala2 kerabu jugak.. dorang campurkan juga dengan hirisan bahan2 yang lain.. nanti aku letak gambar dari en. google tu yer.. Ok sebelum tu jom intai resepi versi en. abang aku ni yer...




Lahpet/ Myanmar Pickled Tea Salad / 
Kerabu Acar Daun Teh Myanmar
Resepi : MaDiHaA's Husband


Bahan2
½ peket Pickled Tea (Jenama SHWE seperti dalam gambar ~ guna separuh saja dr bahan2 di dalamnya)
3 ~ 4 ulas bawang merah ~ dihiris nipis
2 ulas bawang putih ~ dihiris nipis
1 kuntum bunga kantan ~ dihiris nipis
4 biji cili padi ~ dihiris nipis
1 cawan kacang tanah ~ digoreng garing dengan minyak
½ cawan ikan bilis ~ dikopek & goreng garing 
sedikit kobis ~ dihiris nipis
1 biji carrot ~ disagat halus
½ biji timun ~ disagat halus
1 biji tomato ~ dipotong dadu
1 biji limau nipis ~ ambil jusnya
1 potong ikan tongkol rebus ~ direlai2kan ambil isinya saja
3 sudu besar minyak masak bekas gorengan ikan bilis tadi
garam, gula & aji secukup rasa


di dalam paket ini terdiri dari 3 jenis kacang goreng, bawang putih goreng, 
bijan goreng & acar daun teh


Cara2 Menyediakan
1. Sediakan kesemua bahan2 yang perlu dihiris/sagat dan masukkan ke dalam satu bekas/besen.  Campurkan dengan kacang & ikan bilis yang telah digoreng garing.
2. Masukkan isi ikan diikuti pula dengan bahan2 dari paket Pickled Tea. (guna setengah je.. maksudnya sepeket tu boleh buat dua kali/ 2  hidangan).
3. Perahkan jus limau nipis, minyak masak & campurkan garam, gula & aji secukupnya. (garam jangan letak banyak.. rasa2 dulu sebab ikan tongkol rebus & ikan bilis pun dah masin). 
4. Akhir sekali bahan2 tersebut hendaklah digaul rata menggunakan tangan terutama sekali acar daun teh tadi yang perlu diratakan sebab acar daun teh tu teksturnya agak likat sikit so kena gaul betul2 rata dengan tangan.  Bila acar daun teh agak2 dah rata.. bolehlah cuci tangan & sambung menggaul dengan senduk pula.  (tak boleh gaul lama2 dengan tangan sebab acar daun teh tu dorang dah campur dengan cili.. takut tangan pijar pulak.. hehe). So sambunglah gaul rata dengan senduk pulak & rasakan biar secukup rasa.  Jika perlu tambah ler jus limau atau garam ikut citarasa sendiri.  
5. Dah siap pun.. bolehlah hidang dengan lain2 lauk.  


Nota MaDiHaA: Kerabu ni sedap makan dengan nasi atau ratah gitu pun sodap.. kalau dah makan tu rasa macam takleh nak berenti jer.. hehe...



Pickled Tea Salad (gambar encik google). Yang warna hijau gelap tulah acar daun teh tu.. 
itulah bahan penting dalam menu ni..

Lagi gambar dari encik google...
Selamat menjamu mata...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...