Showing posts with label Masakan Pakistan. Show all posts
Showing posts with label Masakan Pakistan. Show all posts

Monday, February 9, 2015

Nasi Beriani Pakistan


Assalamualaikum & salam sejahtera...


Nasi Beriani Pakistan ini adalah antara juadah yang sempat dimasak semasa anak2 cuti sekolah tahun lepas.  Bila kakak Dini balik bercuti barulah seronok sikit nak mencuba masakan yang agak istimewa.  Bila dia di asrama, rasa tak sampai hati nak masak sedap2.  Terkenang2 anak diasrama entah apalah yang dijamahnya.  Itulah naluri seorang ibu. Walaupun bila dia ada dirumah kadang2 ada gaduh2 manja.. tapi bila berjauhan tetap ingat kat dia.. hehe...

Resepi ini MaDiHaA ambil dari blog kak Ayu Singapore. Katanya resepi ini ambil dari blog kak Azie.  Terima kasihlah buat kedua2nya ye.  Resepi ini boleh juga gunakan kambing (rasanya resepi asal guna kambing kot) tapi MaDiHaA hanya gunakan ayam sahaja.  Cara memasak MaDiHaA ikut cara yang lebih mudah iaitu ikut cara kak Ayu... jadi takdelah perlu salin2 periuk lain.. hehe..

Jika nak mencuba... bolehlah salin resepi di bawah ye. InsyaAllah.. sedap ditekak kami. 


Nasi Beriani Pakistan
Sources: Azie Kitchen & Kak Ayu@curlybabesatisfaction
Dicuba oleh : MaDiHaA aka Ratna
Bahan bahan:  
5 cawan beras basmathi (rendam & tos)   
1 kg ayam, daging atau kambing (dg tulang, lagi sedap)-(MaDiHaA gunakan 1 ekor ayam)  
4 kuntum bunga lawang  
2 inci kayu manis  
8 buah pelaga-(MaDiHaA gunakan 6)    
10 bunga cengkih-(MaDiHaA gunakan 8 biji)  
1 sb serbuk ketumbar  
1 sb serbuk jintan manis  
1 sb serbuk jintan putih
1 sk serbuk kunyit
 
3 bawang besar – potong dadu
5-6 buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)  
2 labu bawang putih – tumbuk    
3 inci halia – tumbuk    
1 ½ cawan yoghurt  
2 bay leave    
Minyak olive    
4 biji telur – rebus, kupas & kelar-(MaDiHaA masukkan akhir bersama ayam)    
4 biji kentang kecil – kupas & rebus -(MaDiHaA masukkan akhir)   
½ cawan susu (optional)- Saffron & pewarna kuning-(MaDiHaA gunakan pewarna oren sahaja)
 

Hiasan 
Bawang goreng  
Daun ketumbar – hiris    
4 biji cili hidup hijau - potong 
1 inci Daun mint
Badam & kismis, jika suka (takde stok jadi tak letak)

 

Penyediaan Ayam:
Perap ayam dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam.

Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau. Saya masukkan juga daun pandan sebab suka wangian nya.
Masukkan ayam yang diperap dan kacau sehingga rata. Masukkan air sedikit sahaja jika menggunakan ayam tapi jika daging, air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk. 
Satukan yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga naik minyak.  Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa.
Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api.

Penyediaan Nasi:
Basuh beras, rendam selama 20 minit dan ditos. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak, buah pelaga, cengkih, bay leave dan sedikit garam. Masak sehingga air mendidih.
Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak.

Tutup api dan tos lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.-(Ayu masak nasi macam biasa aje, lepas tu baru titiskan pewarna, dan sendukkan kuah ayam sahaja gaul perlahan2.) (MaDiHaA ikut sama macam kak Ayu buat.. masak nasi macam biasa dlm rice cooker.. bila nasi masak titiskan pewarna & biarkan sekejap.. Bila nak hidang, keluarkan nasi masuk dalam bekas yg lebih besar sikit, masukkan separuh dari lauk ayam tadi & gaul perlahan2, kemudian barulah dihidangkan)

 
Penyediaan Beriani:
Di dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu secara random ke atas nasi. Titiskan pewarna kuning atau  ayakkan saffron dengan menggunakan penapis teh ke atas nasi. Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus. Taburkan tomato potong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun mint yang dihiris.
Letak pula lapisan kedua, iaitu ayam bersama sedikit kuahnya sehingga menutupi lapisan nasi. Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan daging tadi. Sudukan susu dan titis pewarna kuning.
Lapisan atas sekali ialah lapisan ayam. Tabur dengan bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun ketumbar.

Masukkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan masak seketika. Boleh juga ditutup dengan aluminium foil dan dimasak menggunakan microvave atau dapur gas.
Keluarkan periuk dari rice cooker dan sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah. Bolehlah dihidangkan dengan salad dan yoghurt. Taburkan daun ketumbar.

 
Salad  
Lettuce Tomato Bawang besar Timun – buang biji Green bell pepper Garam & gula Minyak olive Perahan lemon Daun ketumbar Potong dadu dan satukan kesemuanya. Sesuaikan rasa yang disukai.
  
Sos Yoghurt  (MaDiHaA tak buat ni...)
Yoghurt Bawang besar – potong bulat Daun ketumbar - hiris halus Garam Satukan kesemuanya dan gaul sehingga sebati.

Friday, November 22, 2013

Ayam Masak Kari Pakistan

Assalamualaikum & salam sejahtera semua...


Keluar lagi menu Pakistan kali ni.. hehe.. hari tu masak jemput2 Pakistan.. kali ni lauk pula.  Tiba-tiba je dalam bulan ni dok cuba resepi dari Pakistan atau ala2 Pakistan.  Nak buat macamana... mudah sangat terpengaruh bila ternampak gambar sedap2 kat blog atau facebook geng masak2.. hehe.. Tapi setakat terpengaruh benda baik & mengikut2 resepi yang kawan2 cuba tak mendatangkan mudarat kan? Malah.. suami & anak2 tambah sayang & memuji2 sebab masakan ibu sedap & berselera mereka makan.  Apa2pun.. nak ucapkan terima kasih pada semua kawan2 yang berkongsi resepi sedap ni terutama empunya resepi Ummi Maria Hakem. Terima kasih tersangat2 pada CT Zaliedana yang sering buat iman tergugat tiap kali nampak masakannya.  Tapi tak semua dapat MaDiHaA 'kejar' maklumlah badan gedempol.. semputtt U! hahaha.. Terima kasih juga pada Amie yang berkongsi di blog tempohari.  Mungkin MaDiHaA terlepas pandang.. CT pun copy resepi olahan Amie & MaDiHaA pula copy dari blog CT..



CT masak menggunakan daging kambing.. tapi untuk percubaan pertama kali ni.. MaDiHaA ikut selera anak2 yang sukakan ayam.  Lagipun kami memang tak pernah beli daging kambing. Kalau ada pun masak kat rumah, daging kambing korban pemberian orang.  Sebenarnya MaDiHaA masak lauk ni minggu lepas sebelum cuti sekolah bermula.  Sekarang ni tak boleh masak ayam lagi kat rumah.. nanti orang 'dalam pantang' melalak pulak nampak lauk ayam tapi tak diberi makan.. heheh... payah kalau ada 'hantu ayam' kat rumah.  Nasib baiklah dia mendengar kata nak juga berpantang bila kita cakap itu tak boleh makan, ini tak boleh makan.. Takpelah Haziq.. tinggal lagi lebih kurang seminggu je lagi kena pantang.. lepas tu mudah2an baiklah luka bersunat tu... dah boleh makan apa2 je kesukaan Haziq..

Ok jom kawan2 cuba resepi ni.  Memang takkan menyesal sebab sangat2 sedap! Berbaloi! Mas pun dah buat juga... rugi sapa yang tak cuba..



Ayam Masak Kari Pakistan
Resepi : Ummi Maria Hakem
Olahan :  Amie
Sumber : CT Zaliedana

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong 16 bahagian (Aku Guna kambing,nak tukar kpda daging pon sdap gak)
4 biji bawang besar - cincang
4 biji tomato merah - cincang
1 sudu makan halia kisar
1 sudu makan bawang putih kisar

1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh garam masala
2 sudu besar yogurt asli
2 cawan air
garam
1/2 cawan minyak

hirisan cili padi dan daun ketumbar untuk hiasan



Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar cincang hingga kekuningan.
2. Masukkan tomato cincang dan teruskan tumisan hingga sebati.
3. Tambahkan halia dan bawang putih kisar, serbuk cili serta serbuk kunyit.
4. Kacau hingga sebati dan masukkan air. Biarkan bahan tumisan masak sehingga bawang dan tomato hancur. (Menurut Kak Maria, menumis bahan ini boleh memakan masa selama 1 jam!)
5. Masukkan ayam dan gaul rata. 
6. Tidak perlu tambah air kerana daging ayam akan mengeluarkan air.  (MaDiHaA tambah juga air biar ayam betul2 empuk) Perasakan dengan garam.  Tambahkan yogurt.
7. Kacau sebati dan masak sehingga kuah kering. (sebaiknya jangan sampai kering).
8. Hidangkan bersama taburan cili padi hiris dan daun ketumbar.

Selamat mencuba!

Wednesday, November 13, 2013

Pakora / Jemput-Jemput Pakistan

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Alhamdulillah.. baru sempat update blog petang ni.. pagi tadi ke sekolah anak teruna ku Wan Haziq Azhari untuk hadirkan diri di Majlis Anugerah Cemerlang.  Tak sangka anak teruna ibu dapat juga anugerah.  Sebabnya Haziq ni bukanlah rajin sangat ulangkaji pelajaran kalau kat rumah tu.  Taunya bila cuti je main main main..  Tertanya2 anugerah apalah agaknya yang dia dapat bila tengok surat jemputan dari guru kelasnya. Ada dia bawa balik satu kertas soalan pada hari yang sama.  Dapat A iaitu mata pelajaran Sains.  Ingatkan dapat anugerah yang itulah.. rupa2nya dapat anugerah lain.  Alhamdulilalh.. abang Haziq dapat no. 1 dalam kelas & dapat satu lagi anugerah iaitu Anugerah Peningkatan Prestasi Tahap 1.  Tahun depan dapat naik kelas yang lebih baik dari sekarang.  Mudah2an Haziq dapat kekalkan kecemerlangan untuk tahun2 mendatang ye nak.  Ibu tau ibu pun tak boleh nak demand anak2 ibu lebih-lebih untuk buat yang terbaik sebab ibu tak pernah hantar anak2 ibu ke mana2 pusat tuisyen pun... semua anak2 belajar kat rumah sama macam kakaknya dulu memang tak pernah hantar tuisyen berbayar.  Selain kesuntukan masa... kewangan pun suntuk juga.. hehe.. Harapan ibu moga anak2 ibu akan cuba buat yang terbaik demi masa depan kamu semua ya.  Oklah tutup kisah anak2... kita kongsi resepi pulak ye..


Entah kenapa bila nampak je CT Zaliedana pos makanan yang dimasaknya dalam FB.. mudah sangat terdetik di hati untuk mencuba.  Tapi kalau ikut apa yang CT masak ni.. memang tak rugi tau.. sebabnya apa saja yang CT tayang masakan yang dicubanya... semuanya sedap2 belaka.  Rasanya.. sepanjang berblog ni.. MaDiHaA paling banyak mengikut jejak CT masak apa yang dia dah cuba.. hahahaha... walaupun sebenarnya memang tak sempat nak ikut semua resepi yang CT kongsi... tapi alhamdulillah.. setakat ni apa yang dicuba semuanya memuaskan hati.  

Oklah kali ni terliur dengan resepi Pakora yang CT kongsi baru2 ni pulak... Pakora atau katanya Jemput2 Pakistan ni lain rasanya dari jemput2 kita.  Dengan menggunakan tepong kacang kuda & dibancuh dengan sedikit air serta bermacam bahan2 lain.. hasilnya memang sedap..  TQ CT kongsi resepi yang dikongsi oleh Ummi Maria Hakem.. minta izin kongsi kat blog akak pulak ye..



Pakora / Jemput-Jemput Pakistan 
Resepi : Ummi Maria Hakem
Sumber : CT Zaliedana
(tulisan oren yg MaDiHaA buat)

Bahan2

Tepung kacang kuda (lbh kurang 1cawan)

1 Ulas bawang ptih dikisar

Sedikit Halia Dikisar (optional)
1Sdt Serbuk Garam Masala
1 Sdt Serbuk jintan putih

1Sdt Serbuk Ketumbar

1/2Sdt Serbuk Cili (Leh kurangkan @lebihkan)

1/2Sdt Jintan Putih Biji

1Sdb Yogurt

Serbuk Pati Ayam
Garam Secukup Rasa

Udang Fresh ikut suka byk mna..klo xnak letak pon xper.. (MaDiHaA letak udang kering 1 sudu besar ~ garam dikurangkan)
1 -2 Biji cili hijau dihiris nipis, kalau nak pedas ummi kata leh add cili padi
1 biji ubi kentang, kalau kecik letaklah 2..Aku ltak 2bji (MaDiHaA pun letak 2 biji)
Daun bayam Secukup kegunaan..Aku ltak byk juga,xpotong dah sehelai2 tanpa batang (MaDiHaA ganti dengan kacang buncis)
2 Biji bawang besar dihiris kasar (MaDiHaA dadu)
Air Secukupnya..(Adunan xleh pekat n cair sgt)

 
Cara Membuatnya:-

1.Rebuskan ubi kentang sehingga empuk,potong dadu,ketepikan. (MaDiHaA tak rebus terus didadu)
2.Gaul sebati semua bhn,kecuali air.

3.Masukkan air sedikit2 n gaul rata,Kalau dah rasa ok blhlah panaskan minyak..

4.Minyak betul2 panas bolehlah goreng adunan pakora tadi,biar msk kedua2 blah bhagian,toskan mnyak n angkat.
5. Bolehlah dimakan bersama sos cili@chutney pudina

Selamat mencuba..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...