Showing posts with label Avocado. Show all posts
Showing posts with label Avocado. Show all posts

Wednesday, May 13, 2015

Avocado Spaghetti

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Musim avocado kembali lagi.  Setiap kali pokok avocado kat rumah maksu Sujah berputik.. setiap kali itulah tak sabar2 nak tunggu untuk mencuba resepi baru dari avocado.  Avocado yang ada kat rumah makcik tu buahnya agak besar berbanding dengan avocado yang ada di pasaran.  Tak silap pokok tu baka dari Indonesia.  Tengok kat supermarket atau hypermarket.. sebiji avocado saiz kecil tu pun ada yang cecah rm5.  Harga berbeza2 mungkin mengikut stok buah yang masuk kot. Tapi bagi MaDiHaA walaupun RM3 sebiji ia tetap mahal. Memang tak belilah kot avocado yang mahal tu.. almaklumlah tiap2 tahun dapat buah percuma... saiz besar lagi... hehe...




Baru2 ni satu dahan avocado kat rumah makcik sekah akibat terlampau berat buahnya.  Bila dah sekah tu.. makcik pun kutiplah buahnya dan isi dalam kotak.  Penuh membumbung satu kotak. Sayang betul tengok sebab ada antara buah2nya yang belum cukup tua.  Masa kami bertandang rumah makcik, makcik bagi kami 5 biji buah avocado. Nak ambik banyak tapi takut membazir pulak sebab esoknya cuti panjang hari buruh & wesak & kami akan pulang ke Raub ada kenduri doa selamat & majlis tunang adik ipar kat rumah mertua. Bila balik KL tengok2 buah avocado dah masak & dah boleh dimakan. 4 biji dah selamat kami makan sebagai dessert. Tak buat apa2 pun.. cuma makan dengan susu pekat manis. Memang lazat! Hanya sebiji yang sempat MaDiHaA simpan untuk mencuba resepi Avocado Spaghetti ni.  Kalau ada yang nak mencuba.. anda kena gunakan 2, 3 biji buah avocado sebab yang terjual kat pasaraya tu buahnya agak kecil berbanding yang MaDiHaA gunakan hanya sebiji sahaja & isinya lebih kurang 300 gm yang MaDiHaA dapat.



Jom tengok resepinya... resepi yang MaDiHaA adaptasi dari internet.. anak2 kata sedap.. syukurlah habis juga dorang makan.



Avocado Spaghetti
Adaptasi dari  : The Comfort of Cooking
Sumber : MaDiHaA akak Ratna

Bahan2
250 gm spagetti
6 batang sosej ~ potong pendek
2 biji avocado ranum ~ skop isinya (lebih kurang 300 gm)
3 sudu besar jus lemon atau lebih (ikut selera sendiri)
2 ulas bawang putih
segengam fresh basil (lebih kurang 1/2 cwn)
1/3 cawan minyak zaitun
1 cawan isi jagung ~ rebus & tos
garam & gula secukup rasa

tomato ceri jika suka

idea cucuk spaghetti ni pun dpt dr tenet jugak.. tp lupa dah sumbernya..

Cara menyediakan
1. Dalam food processor.. kisar halus isi avocado, bawang putih, fresh basil, jus lemon, minyak zaitun, gula & garam sehingga halus. Ketepikan dahulu.
2. Ambil 5 batang spaghetti lalu cucuk pada sosej yang dipotong pendek. Buat sehingga habis sosej seperti dalam gambar.
3. Jerang air dalam periuk sedang bersama 1 sudu kecil garam.  Masukkan spaghetti yang dicucuk tadi. Jika spaghettinya berlebih masukkan je sekali. Rebus hingga lembut. Angkat & toskan.
4. Rebuskan juga isi jagung. Kemudian toskan.
5. Dalam bekas yang besar, masukkan spaghetti, isi jagung serta sos avocado yang siap dikisar halus tadi. Gaulkan sehingga rata.  Jika kurang garam boleh tambah & gaul sebati.
6. Hidang segera selepas siap disediakan.  Taburkan tomato ceri semasa menghidang sekiranya suka.

Nota : Pasta ini tidak sesuai dibiarkan disuhu biasa sekiranya ada berlebih. Ia mesti dimakan segera atau simpan dalam peti sejuk sekiranya tidak habis. Bila nak panaskan.. boleh kukus sekejap.

Selamat mencuba!

Thursday, July 12, 2012

Kek Avocado Raisins


Assalamualaikum...

Pertamanya MaDiHaA ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada teman-teman yang memberi kata2 semangat & berdoa akan kesejahteraan kami sekeluarga rentetan dari dugaan yang sedang kami hadapi ini.  Semoga dengan berkat doa dari kawan2 semua kami dapat hadapinya dengan tenang & temui penyelesaiannya nanti... amin...  Kepada kawan2 yang tak sempat MaDiHaA buat kunjungan balas tu harap tidak berkecil hati ye.  Sebabnya.. di meja kerja MaDiHaA sekarang masih ada sedikit lagi saki baki kerja2 yang tertunggak yang perlu diselesaikan disebabkan bercuti lama tempohari.. Jika diizinkan Allah... ada masa terluang memang teringin nak BW blog teman2.. rindu sangat pada teman2 semua...



Oklah.. hari ni sekadar pos resepi yang tertunda sejak sekian lama kerana sejak hampir 2 minggu ini daku tak sempat membuat sebarang eksperimen resepi2 terbaru.   Mungkin beberapa entry selepas ini pun semua adalah hasil masakan dari bulan lepas yang belum sempat di pos di sini.  Takpelahkan... asalkan ada org kata... jadi tidaklah blog ni senyap sunyi lagi spt seminggu yang lepas...

Lantaran buah avocado yang masih berbaki tempohari.. MaDiHaA ulang buat lagi kek avocado menggunakan resepi  yang sama.. tetapi dengan penambahan sedikit kismis kerana anak2 suka makan kismis... Dengan adanya kismis tu kek avocado ni terasa lebih sedap di tekak kami... sekejap je licin kek ni jamu suami & anak2 masa masih suam2...


 
Kek Avocado Raisins
Adaptasi dari : grouprecipes
By : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
¾ cawan gula kastor
½ cawan mentega
2 biji telur (A)
1 cawan avocado (ranum) yang dilecek
½ cawan buttermilk (½ cawan susu segar + ½ sudu besar cuka & biarkan sekejap)
¾ tsp soda bikarbonat*
½ tsp baking powder*
1 ½ cawan tepong gandum*
½ tsp serbuk buah pala* (optional)
½ cawan kismis hitam + kismis kuning

Cara Menyediakan
1. Ayak bahan2 bertanda *. Kemudian panaskan oven 175C.
2. Putar mentega & gula kastor sehingga gebu & bertukar warna. Masukkan telur & putar lagi.
3. Tambah buttermilk & putar seketika. Masukkan avocado yang telah dilecek & putar sebati.
4. Masukkan tepong sikit demi sikit & kacau sebati menggunakan spatula. Akhir sekali masukkan kismis & dikacau rata.
5. Tuangkan ke dalam acuan (7" x 7" atau acuan pilihan) yang telah digris & dialas dengan baking paper terlebih dahulu. Bakar selama 35 - 40 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya. (bergantung oven masing2) Uji kek dengan lidi penguji untuk memastikan kek masak sepenuhnya.



Selamat mencuba!
 







Wednesday, May 30, 2012

Kek Avocado


Assalamualaikum...


Sekejap je dah pun hari rabu hari ni kan...  Pagi tadi sibuk sikit kat ofis ni.. Biasalah kan.. kat ofis ni ada masa sibuk ada masa tak sibuk sangat.  Tapi kali ni bukan saja sibuk dengan kerja2 rutin  yg biasa.. tapi sibuk juga prepare dokumen untuk audit ISO pulak... Tapi dalam sibuk2 tu.. nak jugak mencelah kejap update blog ni... hihi... Bukan apa.. kalau dok ngadap kerja je.. boleh tension juga dibuatnya..  Dapat update blog ni.. lapang la sikit kepala kan... heeee....

Oklah takleh nak bebel panjang2... kita terus je dgn resepi untuk petang ni yer... Kali ni terpaksa merajinkan diri godek kek ni sebab buah2 avocado yang dipetik dari pokok kat rumah makcik seminggu lepas dah ranum semuanya.  Dah pesan kat cik abang usahlah ambik byk sangat sebab buah ni bila dia masak... masak serentak.. karang tak terhabis pulak.. Tapi masa petik tu.. abang geram tengok buah yang besar2 tu dipetiknya juga sampai 3 biji... aku plak petik sebiji yang saiz kecik sebab buah tu cukup tua.. pulak tu rendah je boleh petik dengan tangan.. hihi... apa ler nak dibuat dengan avocado tu selain dimakan dengan aiskrim & susu pekat atau dicampur ke dalam salad.. Anak2 bukannya suka buah ni melainkan kalau dah transform jadi kuih barulah dorang makan. Mula2 nak buat puding resepi ambil dari blog Hazila hari tu.. tp eksperimen terbantut sebab kat rumah takde pulak sos coklat Hershey's tu... Manalah kitorang ni pernah beli sos2 coklat bagai.. very the simple me.. hihihi... Oleh sebab tak cukup bahan.. godek2 resepi dari internet kalau2 ada resepi kek yang gunakan buah avocado.. jadi terjumpalah kat SINI.  Setelah diolah serba sikit ikut bahan yang ada & ikut selera tekak sendiri maka terhasillah Kek Avocado yang sangat moist & sedap ni.... Lain dari yang lain rasa kek ni tau... Tanya cik abang & anak sulung sedap tak kek ni.. katanya ok.. sedap!  Memang sedaplah gamaknya tu sebab tak henti2 dorang angkut kek yang ku letak dalam tupperware tu..  Masa suam2 tu dah tinggal separuh kek!  Kek ni sangat moist mungkin penggunaan avocado tu sendiri yang menyumbang kepada kelembapan tekstur kek.

Kek Avocado
Adaptasi dari : grouprecipes
By : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
¾ cawan gula kastor
½ cawan mentega
2 biji telur (A)
1 cawan avocado (ranum) yang dilecek
½ cawan buttermilk (½ cawan susu segar + ½ sudu besar cuka & biarkan sekejap)
¾ tsp soda bikarbonat*
½ tsp baking powder*
1 ½ cawan tepong gandum*
½ tsp serbuk buah pala* (optional)


Cara Menyediakan
1. Ayak bahan2 bertanda *. Kemudian panaskan oven 175C.
2. Putar mentega & gula kastor sehingga gebu & bertukar warna. Masukkan telur & putar lagi.
3. Tambah buttermilk & putar seketika. Masukkan avocado yang telah dilecek & putar sebati.
4. Akhir sekali masukkan tepong sikit demi sikit & kacau sebati menggunakan spatula.
5. Tuangkan ke dalam acuan (7" x 7" atau acuan pilihan) yang telah digris & dialas dengan baking paper terlebih dahulu. Bakar selama 35 - 40 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya. (bergantung oven masing2) Uji kek dengan lidi penguji untuk memastikan kek masak sepenuhnya.


Selamat mencuba!

Wednesday, May 2, 2012

Musim Avocado Kembali.....

Assalamualaikum...

Belum ada kerajinan untuk pos resepi. Jadi.. kita layan gambar buah avocado sajalah ye....


Musim avocado kembali lagi! Tapi belum boleh dipetik.. belum cukup tua...


Bila dah masak nanti bolehlah cuba pelbagai resepi dari avocado... hehe...




Pokok avocado ni ada di hadapan rumah makcik ku....





Rasanya.. setiap tahun ia berbuah... & setiap tahun jugalah aku tak lepaskan peluang mengambil gambarnya... suka!!




Jumpa lagi!



Wednesday, July 21, 2010

Avocado & Potato Salad

Lagi resepi avocado... tak tipu punya.. memang sedap!! Separuh tu.. aku sorang je yg ngabiskan.. Nak sedap lagi.. paipkan sos thousand island... hehe.. Resepi Amy Beh.. Thanks Amy!



Source : Amy Beh
Ingredients

1 avocado
200g boiled potato
1 red apple, core and cube
1 cucumber
2 cherry tomatoes, quarter (letak 1 tomato biasa)

Dressing (combined)
50ml mayonnaise
50ml plain yoghurt
1 tsp lemon juice
1/4 tsp sugar
Dash of pepper
1 tsp fresh parsley,

Method
Combine the dressing ingredients in a small bowl. Chill well in the refrigerator until further use.

Peel and halve the avocado, remove the seeds and cut into slices. Boil potato until just soft. When cooked, discard the water and dry boil the potato for one to two minutes (this is to keep the potato from being too sticky). Peel skin and cut into 1.5cm cubes.

Cut cucumber into half, remove seeded part, then cut into cubes, the same size as the apples. Soak in chilled water for 10 to 15 minutes, then drain.

Combine all the ingredients (cherry tomatoes included) in a mixing bowl. Pour chilled dressing over salad. Toss and leave in the refrigerator until well chilled before serving.

(aku main potong2 & terus je gaul dengan dressing tu.. takde nak ikut resepi sgt pun.. tapi epal potong last sekali sebab takmo lebam.)



Selamat Mencuba!


NOTA KAKI:
KEPADA YANG BERMINAT DAN KHUSUS KEPADA YANG BOLEH DATANG AMBIL SENDIRI SAHAJA.. SEKIRANYA NAK ORDER TEMPEYEK KHAS UNTUK HARI RAYA.. SILA ORDER SEGERA KERANA ORDER UNTUK HARI RAYA AKAN DITUTUP PADA 1HB OGOS 2010.

Harga tempeyek kacang tanah = RM10.00/peket (50 keping)
Harga tempeyek ikan bilis (tanpa kacang) = RM10.00/peket (50 keping)

EMAIL : ratna@zagro.com
LOKASI SAYA : PETALING JAYA/ BANDAR SUNWAY.
TERIMA KASIH.

Thursday, July 15, 2010

Sago With Creamy Avocado



Buah avocado kat pokok rumah Sujah (makcik ku) dah hampir nak habis. Sebelum ianya habis aku pun ambik ler 3 biji masa pegi rumah dia petang Sabtu lepas semasa kami buat small gathering dengan sepupu2 sambil wat makan2 sikit (gambar gathering tak ambik pulak).



(gambar2 lama)

Sebelum tu masa nak balik kg dah ambik dah beberapa biji utk adik2 kat kampong. Cuma untuk aku sendiri belum terasa nak makan lagi.. Bagi peluang kat orang lain dulu makan buah tu sebab aku ni dekat jer dengan rumah Sujah. Anytime boleh ambik. Avocado tu berbuah setahun sekali je.. bila pokoknya berbuah.. memang ramai jiran2 & kawan2 makcik yg menempah (mintak). Ramai betul peminat.. & tiap2 tahun pokoknya memang berbuah lebat. Alhamdulillah.. berkat berkongsi agaknya.

Sebelum aku balik.. Sujah suruh petik lagi 2 biji suruh bagi pada Angah kat Klang sebab Sujah tau aku nak pegi Klang keesokkannya. Bila tanya Angah.. rupanya dia tak suka pulak buah tu.. alahaiii... dah jadinya kat rumah tu ada 5 biji kesemuanya... apalah yg aku nak buat dengan buah tu......... hehehehe.. Biasanya aku makan dengan aiskrim aje buah tu. Kalau makan dengan santan macam makan cendol pun sedap juga kata Sujah..



Semalam beberapa biji avocado dah mulai lembut menunjukkan ianya dah cukup masak. Cepat2 aku masukkan dalam peti ais sebelum ianya terlalu masak. Malam tadi aku pun buat ler dessert ni untuk dimakan selepas makan malam... bagi hubby rasa... hubby kata sedap.. katanya campuran dessert aku tu terasa spt ada air kelapa.. hubby aku ni memang payah nak puji masakan aku kalau dia tak berapa suka dia cakap je tak sedap walaupun tekak aku rasa sedap.. hehehe.. bila aku rasa memang betul pun ada rasa air kelapa.. & rasanya memanglah sedap serta lemak berkrim... tapi tak boleh makan banyak.. setakat 1 bowl tu aje... very rich... habislah diet... hehehe.. sapa2 yang sedang diet tu memang tak digalakkan makan buah ni sebab high calories..

Ok.. ini resepinya yer.. resepi agak2 aje nih.. boleh diubah suai ikut kesesuaian & selera masing2 ok..

Bahan2
1 biji avocado ranum (saiz sebesar buah jambu batu yg besar)
1 1/2 sudu besar gula pasir
1 1/2 cawan air masak
4 ~ 5 sudu besar biji sagu halus (nak guna yg kasar pun boleh gak)
air secukupnya utk merebus sagu
gula merah/gula melaka secukupnya untuk dibuat air gula melaka
1/2 cawan santan pekat (MaDiHaA guna santan kotak 1/2 kotak je)
secubit garam
1 cawan air masak (boleh kurangkan or lebihkan)

Penyediaan
1. Cuci sagu dan rendam dalam 20 minit. Toskan & masukan air secukupnya (air biar lebih) lalu rebus sagu hingga masak & jadi jernih. Toskan sagu dilaluan air paip biar semua lendirnya hilang & tos lagi. Campurkan sagu tadi dengan santan, secubit garam & air masak. Jika terlalu pekat boleh lebihkan sedikit airnya. Ketepikan dahulu bahan ini.

2. Buah avocado dibelah dua. Buang biji & selaput warna coklat yg melekat di bahagian dalam buah. Kopek semua kulitnya lalu dipotong kecil2. (boleh ambil sedikit isinya utk tujuan deko atau jika anda suka ada chunk avocado dalam dessert) Masukkan dalam mesin pengisar, campurkan 1 1/2 cawan air masak & gula pasir. Kisar avocado sehingga halus & berkrim.
3. Sediakan air gula melaka & tapis.

Penyudahnya
1. Sediakan mangkuk atau gelas menghidang. Sudukan beberapa sudu kisaran avocado. Boleh tambahkan chunk avocado jika suka. Sudukan pula beberapa sudu sagu bersantan diikuti dengan air gula melaka secukupnya (ikut kemanisan yg anda suka). Akhir sekali bolehlah hias ikut kreativiti sendiri. Boleh sejukkan sebentar di dalam peti sejuk atau boleh juga terus dihidangkan. Lazatttt... berkrim!!



Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...