Showing posts with label Pizza. Show all posts
Showing posts with label Pizza. Show all posts

Wednesday, May 7, 2014

Pizza Sosej (dengan sos dari buah tomato)



Assalamualaikum & salam sejahtera....


Hujung minggu lepas MaDiHaA siapkan tempahan pulut kuning berhias dua hari berturut2.  Maka dengan itu... banyaklah lebihan buah tomato & cili capsicum yang tersadai dalam peti sejuk tu.  Untuk elakkan pembaziran, maka MaDiHaA pun buatlah 2 biji pizza dengan menggunakan buah tomato tanpa kulit tu sebagai sos pizza.  Jadi tak perlulah gunakan sos tomato dengan kuantiti yang banyak bila dah gunakan buah tomato fresh tu.


Ok jom kita tengok resepinya.  Resepi doh pizza MaDiHaA gunakan resepi Dj Dayang Jack & sos pizza menggunakan alternatif sendiri.  TQ Dayang... resepi doh pizza ni sangat best.  Tapi MaDiHaA ada tambah oregano sikit dalam resepi supaya bau dohnya semerbak bau oregano semasa membakar. 

Jom kita buat pizza sendiri!  Jimat belanja & yang penting ianya lebih bersih.

 
Pizza Sosej (dengan sos dari buah tomato)
by MaDiHaA aka Ratna

Resepi Basic Doh Pizza
(MaDiHaA gandakan resepi untuk dapatkan 2 biji pizza )
Sumber : DjDayangJack
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil yis segera mauripan
  • 2 sudu besar susu tepung 
  • 1 sudu kecil serbuk oregano (MaDiHaA tambah ini)
  • 160 ml air suam
  • 1 sudu besar gula halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu besar bread softener (pelembut doh)
  • 1 sudu besar olive oil atau marjerin/mentega cair
Cara-cara :
  1. Rendam yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang baik akan mengeluarkan buih)
  2. Dalam mangkuk/bekas berasingan, campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dengan hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli sehingga menjadi doh yang elastik.
  3. Simpan doh di dalam satu bekas yang agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Rehatkan doh selama 45-50 minit.
  4. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan/loyang/pan pizza. Lengserkan sedikit dengan minyak zaitun.
  5. Keluarkan doh dari bekasnya. Tumbuk-tumbukkan sedikit untuk keluarkan angin. Kemudian letakkan doh di dalam pan dengan hanya menekan dengan telapak tangan sahaja. Tidak perlu dicanai (tapi kalau nak, boleh juga). Ratakan doh sehingga padat.
  6. Cucuk permukaan doh dengan garpu dan sapukan dengan minyak zaitun di tepi-tepi doh dengan berus pastri (supaya ia akan kelihatan cantik dan berkilat setelah masak). Biarkan ia rehat selama lebih kurang 10 minit.
  7. Bakar doh selama 7-10 minit. Kemudian keluarkan dari oven.
  8. Akhir sekali ratakan dengan sos pizza dan bahan-bahan topping yang lain. Taburkan dengan keju mozzarela secukupnya
  9. Bakar selama 18 - 20 minit atau hingga keperangan.
 

Resepi Sos Pizza Cara MaDiHaA 
(resepi ini cukup untuk 2 biji pizza) 
Bahan21/2 tin cendawan butang ~ dihiris nipis
1 labu bawang besar holland ~ didadu kecil
4 ulas bawang putih ~ dicincang
380 gm tomato ranum ~ didadu
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk oregano
2 sudu kecil gula
garam secukup rasa
3 sudu besar minyak zaitun
1/2 cawan air


Cara menyediakan
1. Panaskan minyak zaitun lalu tumiskan bawang putih & bawang holland hingga wangi. Masukkan tomato dadu & air.  Biarkan ia merenih.
2. Masukkan sos tomato, sos cili & cendawan butang masak hingga sos pekat. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk oregano, garam & gula secukup rasa. Bila dah pekat & secukup rasa bolehlah matikan api.


Bahan2 Topping


Sosej secukupnya ~ direbus & dihiris serong
cili capsium secukupnya ~ dipotong kecil (MaDiHaA guna warna merah & kuning)
jeruk buah zaitun secukupnya ~ dihiris & buang biji tengahnya
Keju mozarella secukupnya


Selamat mencuba!

Monday, April 23, 2012

Calzone Ala Turki

Assalamualaikum....

Hari ni tak payah bebel banyak2 ye... dah kesuntukan masa sebenarnya ni... lunch time nanti nak keluar ambil Haziq kat tadika pulak.. So.. kita teruskan dengan resepi yer.


Sebelum tu.. terima kasih pada Mat Gebu untuk perkongsian resepi Calzone Ala Turki ni yang di salin dari majalah lama katanya.  Menurut Noorsha pula.. resepi ni milik Chef Wan. Jadi MaDiHaA tulis jelah resepi Chef Wan kat resepi tu ye... Ini resepi hasil skodeng kat dapur Noorsha tak lama dulu... terliur dibuatnya kalau tengok gambar2 dari blog Noorsha.  Semua nampak sedap!  Jadi masa buat kuih Bingka Cheese Berlauk hari tu.. terus buat inti lebih sikit... esoknya bolehlah buat calzone ni.... jimat masa tak payah buat inti dua tiga kali.. hahaha.. kira nak mudah kerja aje!  Kawan2 kalau nak buat.. boleh guna resepi inti yang diberi tu yer.. mesti lagi best.  MaDiHaA punya guna inti daging + kentang dan ada tambahan parutan mozarella cheese di dalamnya ikut cara Noorsha.. bertambah2 la sedap & lemak2 yg dah sedia banyak ni.. hehehe.. Terima kasih pada Noorsha jugak ye... mintak izin letak resepi kat sini pulak.


Calzone Ala Turki (versi mudah)
Resepi Asal : Chef Wan
Sumber & olahan : Mat Gebu
Sumber 2 : Noorsha

BAHAN UNTUK DOH (KULIT) :-)
300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
1 sb mayonis - Noorsha tambah (MaDiHaA tak letak)
Sedikit tepung untuk ditabur

BAHAN INTI AYAM :-) (MaDiHaA guna inti resepi INI)
1 cawan isi ayam yang dicencang halus - Noorsha guna 3 keping daging burger Ramly
1 biji bawang besar, didadu halus
2 ulas bawang putih, tumbuk halus
1 inci halia, tumbuk halus
1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar rempah kari daging
1/2 camca besar sos tomato
2 pokok daun bawang, hiris halus
 
Garam dan gula secukup rasa
5 batang cili padi - diketuk (Noorsha tambah)
1/4 batang carrot - hiris halus (Noorsha tambah)
Daun salad secukupnya (Noorsha tambah) (MaDiHaA tak letak tp letak hirisan daun sup)
Cheddar cheese @ slice Cheese secukupnya (Noorsha tambah) (MaDiHaA guna mozarella cheese)
Sedikit air


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH (KULIT) :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda.KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.
  2. UNTUK INTI AYAM :-Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, halia, sos tomato dan cili kisar hingga garing. Masuk rempah kari daging dan kacau rata. Tambah daging ayam @ daging burger cincang dan cili padi yang diketuk, kacau dan tuang air.Masak hingga pekat. Perasakan dengan garam dan secubit gula. Masak hingga kering. Matikan api, masukkan hirisan daun bawang, kacau rata dan sejukkan.
  3. UNTUK CALZONE ALA TURKI :- Keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang udara. bagi pada 4 bahagian sama besar, bulat2kan. Ambil 1 bahagian, canai hingga leper. Sapukan permukaan doh yang dicanai dengan kuning telur agar mudah lekat bila di klim nanti. Letak daun salad (MaDiHaA tak letak),  1/4 bahagian inti ayam, (MaDiHaA tabur daun sup sikit) dan taburkan parutan cheese, kemudian lipat dua dan tekan2 hujungnya biar bercantum. Kemudian kelim seperti membuat karipap ... Buat hingga siap pada baki adunan.
  4. Susun dalam loyang pembakar yang telah disapu sedikit minyak masak, biarkan doh mengembang sedikit kemudian sapu kuning telur pada setiap permukaan calzone dan cucuk2 sedikit dengan garfu (Noorsha gunting sket permukaan calzone). Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan..

Selamat mencuba !

    Thursday, October 6, 2011

    Upside Down Pizza

    Assalamualaikum.... 



    Ada lagi entry tertunda ni... menu sebelum puasa lagi ni.......... ni bukan kata dah jadi baja.. kalau baja organik tu guna untuk tanam sawi.. rasa2nya  sawi tu pun dah boleh dituai dah pun.. kehkehkeh... haishhh!!!!

    Bukan ape.. nak update sebelum puasa  ritu tak sempat... bila masuk bulan puasa rasa macam tak sesuai pulak nak update menu ni... sebabkan terlampau lama gambor dok dlm folder.. hampir2 terlupa nak edit gambor nih... Oklah.. meh tengok menu yang sedap lagi lazat  & mengasyikkan ni... hahaha... suatu waktu dulu.. Upside Down Pizza ni antara menu yg berlegar2 seantero dapur2 cyber...  ramai dah yang cuba.. antaranya.. Ika, Izahdaut, Noorsha, Kak Nor SG67, Sariyusa dan ramai lagi yang dah cuba.. maaf kalau tak tersenarai yer...


    Betul.. memang sedap! Yang penting senang banget nak membuatnyer.  Rasa macam nak buat lagi & lagi... tapi tahankan jer... kalau dah ada cheese tu... faham2 sendirilah sedapnya macamana & lemaknya macamana.. sendiri mau ingatlah yer. Tapi once in the blue moon takper kot.. haha.. Oklah.. terima kasih kepada Tun Telani yang mengilhamkan resepi sedap & lazat ni selepas menonton Quick Fix Meals with Robin Milller kat Astro katanya...


    Mintak izin ye Tun letak resepi kat sini.. Terima kasih.

    Upside Down Pizza
    (loyang 9 x 9 inci) 
    Sumber : Tun Telani


    Dough
    2 bj telur
    1 cwn susu
    1 cwn tepung
    1 sb minyak
    1/2 sk garam

    - gaul sebati (guna mixer) semua bahan. yg ni just gaul2 jerr :D
    - sedia utk diguna

    Filling
    1 keping dada ayam- kerat2
    4 sosej/hotdog- kerat2
    1/2 tin cendawan butang- hiris
    1/2 bawang besar- dadu
    3 ulas bawang putih- hiris halus
    1 sb cili boh
    2 sb tomato puree
    1 sb oregano
    1 sk paprika
    garam

    - tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu
    - masukkan cili boh dan tumis lagi
    - masukkan ayam dan tumis sampai ayam masak
    - masukkan sosej, cendawan, dan tomato puree. masak kejap.
    - gaulkan oregano dan paprika, perasakan garam

    Keju secukupnya

    Cara2:

        * Panaskan oven 180 degree.
        * Letakkan filling dlm loyang.
        * Tabur cheese atas filling.
        * Curahkan adunan 'dough' kat atas. (MaDiHaA tabur cheese selapis lagi atas doh)
        * Bakar selama 25 minit, hingga keperangan.
        * Biarkan selama 5 minit sblm potong dan hidang.



    Selamat mencuba!

    Friday, July 8, 2011

    Turkish Pide

    Assalamualaikum....

    Tadi ternampak Kak Nor pos Turkish Pide versi Heart Shape yang sangat comel & menarik baru ler teringat yang Turkish Pide versi original yang aku buat tak pos2 lagik... Inilah dia breakfast berat pagi Sabtu lepas yang aku dok sebut2 aritu.. hahaha.. punyalah lama nak tunggu dia punya turn kan? Aku ni saja jer.. pos entry main suka-suka jer.. yang kemudian letak dulu.. yang masak dulu letak kemudian.. Kadang tu.. yang dimasak berminggu2 atau berbulan2 pun sengaja tak pos lagi... entahlah.. tunggu mood rajin menaip resepi baru pos.. hahaha..  Kadang tu.. yang dimasak guna bahan2 yang sama pun sengaja aku tunda2 pos sebab takut dok pos masakan dari bahan yang sama... takut lak orang boring.. Jadi.. kenalah pandai2 kita gilir2 dengan masakan yang berlainan bahan.. 

    Bercerita pasal Turkish Pide ni.. punyalah berkobar2 nak mencuba bila tengok kawan2 yang dah buat masa tu.  Masa mula2 tengok Kak Ayu Singapore dok tayang tu.. dah terliur dah.. Tapi ditahan2kan dulu sebab nampak macam rumit jer nak membuat & mencari bahan2nya tuh.  Pastu.. nampak pulak Ika Mek Siam & Kak Nor Secubit Garam dok buat.. masing2 semua kata sedap.. haisshhhh.. tak boleh jadi ni.. kena jugak carik bahan2nya.. Tapi kan.. bila dapat en Cajun tu.. tak dapat jugak ku buat Turkish Pide ni sebab belum ada tepong roti & juga cheese.. Nak tau sebab apa? Sebabnya en. Cajun tu bukannya aku beli.. tapi sepupu ku yang bagi.. jadi hanya en. Cajun jerlah yang ada sebab belum sempat aku nak pegi kedai bakeri lagi. Lagipun ku fikir kalau beli bahan2 lain awal2 pun.. bukannya aku sempat nak buat hari bekerja.. Tunggu hari cuti  yang betul2 free barulah boleh buat.  Kadang tu hari cuti.. ada juga masanya sibuk & ada hal lain.. Maka.. minggu lepas entah hari apa.. waktu lunch ku korbankan waktu lunch aku untuk melawat kedai bakeri mencari tepong roti, cheese & bahan2 lain jugak.. tau ler kalau dah masuk kedai bakeri.. macam2 nak dibeli pantang nampak yang berkenan di mata.. Dah tak peduli kata2 En. Abang yang stok bahan masakan aku dalam petiais tu dah occupied separuh dari muatan peti sejuk.. hahaha...

    Oklah.. jomlah tengok hasil Turkish Pide aku yang tak secantik kawan2 lain ni... Rasanya dah ramai jugak kawan2 lain yang dah buat pizza Turki ni.. Maaf ye sebab tak sempat nak trace & link kawan2 yang lain.. sibuk sikit skrg ni tak sempat nak blog walking pun.. Alhamdulillah.. tak sia2 aku bangun seawal sebelum subuh utk buat T.Pide ni untuk sarapan pagi Sabtu yang lepas.  Terima kasih pada Mr. B.M yang tolong uli dohnya tu yer.. dah lama bagi Mr. B.M berehat.. haha..  Anak2 semua kata sedap.. Bila en. abang balik dari kerja malam & anak3 bangun tidor. T.Pide dah terhidang atas meja.. Licin T.Pide yang dibuat sekali hadap kami 5 beranak.. hehe.. Terima kasih ye pada semua yang terlibat berkongsi resepi T.Pide ni terutama Kak Ayu yang rajin mencuba resepi2 dari merata2 blog... mintak izin letak resepi kat sini pula ye.. resepi ni C&P dari blog Kak Nor.. thanks semua..

    Turkish Pide
    Sumber Resipi: Resipidiana
    Sumber : Kak Ayu Singapore, Ika Kurniaanmu & Kak Nor Secubit Garam

    Bahan Doh pide
    480 g tepung roti
    375 ml air suam ~ k.nor guna 300ml jer (just nice) ~ (MaDiHaA guna 340 ml.. agak lembik juga tp masih mudah dibentuk.. kena guna banyak tepong masa mencanai)
    60 ml minyak zaitun
    1 sudu besar yis
    1 sudu teh garam,
    secubit gula kastor ~ k.nor letak 2 sudu besar gula castor (Letak 1 sudu besar)

    Bahan Inti pide:
    250 g daging cincang
    250 g cheese mozarella, dipotong nipis
    150 g cheese cheddar, dipotong dadu
    2 biji tomato, dipotong dadu
    1 biji bawang dpong dadu
    1/2 sudu teh serbuk lada hitam
    1/2 sudu teh serbuk cayenne (MaDiHaA ganti dengan serbuk paprika)
    1/2 sudu teh serbuk hot cajun
    1 sudu besar minyak zaitun
    3 biji telur (MaDiHaA guna 2 biji jer)
    daun sup secukupnya, dipotong halus
    garam secukup rasa, serbuk perasa jika suka

    Bahan sapuan pide
    50ml susu segar
    1 biji telur

    Cara membuat pide 
    Larutkan yis dan gula dengan 125ml air suam dan ketepikan pada suhu bilik selama 10 minit sehingga berbuih.
    Menggunakan tangan masukkan 90g tepung roti kedalam aduan yis yang telah berbuih tadi dan gaul rata sehingga adunan menjadi adunan yang lembik.  Taburkan atas permukaan adunan dengan sedikit tepung roti dan tutup dengan tuala dan biarkan pada suhu bilik selama 30 minit untuk menjadi 'sponge'
    Letakkan lebihan tepung(390g) kedalam mangkuk yang besar. Buatkan lubang ditengah dan masukkan adunan'sponge' yang telah diperap tadi, minyak dan juga lebihan air suam(250ml).

    (D ambil langkah senang masukkan semua dalam breadmachine dan masukkan adunan "sponge'.) Kalau gunakan tangan adunan memang melekit, tapi jangan panik.  (MaDiHaA ikut cara Diana.. guna BM aje)
    Selepas diuli sehingga menjadi doh yang sebati, alihkan adunan roti pide kedalam mangkuk yang telah disapu dengan sedikit minyak zaitun dan tutup dengan tuala dan biarkan ia naik dua kali ganda selama 1 jam.
    (*Adunannya memang lembik, uli sampai tak melekat ditangan, dengan adding minyak zaitun and tepung sedikit demi sedikit).

    Cara Inti Pide
    Panaskan minyak didalam kuali.Tumis bawang besar sehingga layu.Masukkan serbuk lada hitam, cayenne,hot cajun, garam dan serbuk perasa. Gaul sebati.
    Masukkan daging cincang. masak sehingga daging bertukar warna dan masak betul. Angkat dan ketepikan
    Didalam mangkuk yang besar,campurkan tomato, daun sup, cheese mozarella dan cheddar dan daging yang telah disejukkan tadi. Gaul rata. Inti pide pun telah siap untuk digunakan.

    Cara membuat pide
    Bahagi adunan doh pide kepada 6 bahagian(Boleh adjust nak berapa keping). Canai doh berbentuk lonjong memanjang 35cm x10cm.
    Angkat doh pide yang telah dicanaikan dan letakkan diatas loyang yang telah disapukan dengan minyak zaitun atau taburkan tepung.
    Taburkan inti pide dibahagian tengah tinggalkan 2cm pada bahagian tepi.Inti pide yang telah ditabur dibahagian tengah dilekukkan sedikit(jadi mudah untuk letak telurnya nanti).
    Tepi pide dilipat keatas inti pide sedikit dan tepinya dipusing(twist) sedikit jadi bentuknya macam sampan gitu.  Campurkan bahan untuk sapuan pide dan sapu tepi pide.Bakar pide dalam oven pada suhu 180C selama 5-7 minit sehingga doh masak.
     
    Pecahkan sebiji telur dalam mangkuk dan pecahkan kuningnya.  Bila waktu membakar 5-7 minit telah tamat. Keluarkan pide, tuangkan telur yang telah disediakan diatas pide pada bahagian tengah inti dan bakar selama 2-3 minit sehingga telur masak.
    Pide pun siap untuk dihidangkan.  Enak dimakan panas.


    Selamat mencuba!

    Tuesday, February 1, 2011

    Pizza Daging Kari di Hari Lahir Haziq...

    Assalamualaikum....

    29 Januari yang lepas.. genap 5 tahun usia anak bujangku Haziq... Ibu doakan semoga Haziq menjadi anak yang soleh, berjaya dalam hidup dunia & akhirat.  Masa hari jadi Haziq tempohari.. aku tak buat apa2 kek pun.  Tiba2 rasa macam malas & takde mood pulak nak godek kek sendiri.  Lagipun.. aku tak sempat nak mencari bahan2.  Hari tu pulak.. cik abang kerja macam biasa.. Adik Alin pulak tak berapa sihat sangat... jadi.. rasa tak seronok & tak semangat nak buat apa2 sambutan atau persiapan bila ayah takde kat rumah dengan keadaan anak yang kurang sihat.  Hari tu aku masak macam biasa aje.. cuma petangnya... aku buat pizza untuk minum petang..

    Pizza Daging Kari untuk minum petang yang marbeless!

    Sedang elok aku tengah siapkan topping untuk pizza.. tiba-tiba je cik abang balik dari kerja.  Selalunya.. abang balik kerja & sampai rumah waktu malam.. Mungkin dia ingat hari tu hari jadi anaknya.. sebab tu dia balik awal.  Jadi.. sedang moleklah boleh minum petang sama2... Bila abang dah ada kat rumah.. barulah rasa seronok sikit.. Aku pun ajak abang pegi cari kek & bungkus sikit makanan & bawa ke rumah makcik.. masa tu sebenarnya dah malam dah pun.. so.. anak2 semua siap mandi semua berbaju tidor aje... sambut besday Haziq simple2 aje kat rumah tokcu nya... auntie2 dorang goreng fries... Kami bawak limau mandarin yang hubby dapat dari tempat kerjanya.. kemudian kami beli kek di Secret Recipes di Amcorp Mall & pegi tapau bihun tomyam & nasi goreng USA di taman selera Old Town.  Jadilah... sambut besday Haziq secara ala kadar... itupun.. Haziq tak kisah langsung pasal kek atau hadiah walaupun dia tau hari tu hari jadi dia.. aku dah biasakan anak2 semua macam tu..  hidup dalam kesederhanaan (spt kata2 dlm profile aku) & ikut kemampuan.. so dorang tak pernah demand itu & ini... syukur alhamdulillah...

    Chocolate Banana Cake dari Secret Recipes yang sangat yummy!!

    Lepas potong kek.. makan2 sambil borak2.. rasa kenyang & sangat full!   Dah lewat malam kami pun balik rumah.. Esoknya.. abang beli beberapa jenis jajan untuk dimasukkan ke dalam goodies bag untuk diagih2kan kepada kawan2 Haziq di sekolah tadikanya dan di rumah pengasuh Adik Alin yang dulunya abang Haziq pun tinggal di situ..

    Oklah.. berbalik pada pizza yang aku buat untuk minum petang tu... resepinya aku ambil dari blog Kak Ummi Zaihadi... Kak Ummi pulak ambik resepinya dari sini.  Masa tengok Kak Ummi tayang pizzanya tu.. terus rasa teringin nak buat pizza versi kari yang belum pernah buat lagi sebelumnya.  Kak Ummi ada ubah sikit2 dari resepi asal.. begitu jugaklah  dengan aku ikut apa bahan yang ada dalam simpanan.  Terima kasih Kak Ummi.. Sangat2 yummy pizza tu makan waktu suam2 tu... even bila dah sejuk pun still sedap jugak.. hehe.. ada lebih sekeping.. panaskan esok paginya utk abang bersarapan sebelum pergi kerja.. kekeke...

    Ok... ini resepinya kalau ada yang ingin mencuba... C&P dari Kak Ummi (ada tokok tambah sikit) mintak halal ye kak... Terima kasih!


    Pizza Daging Kari by nibbledish.com
    Dirujuk & diubahsuai : MaDiHaA

    Bahan (Doh Pizza):-

        2 cawan tepung (MaDiHaA guna tepong gandum)
        1 sudu besar yis kering (mauripan)
        1/8 sudu kecil garam
        1 sudu besar gula kastor
        1 sudu besar susu tepong (MaDiHaA tambah)
        1/2 cawan air suam
        2 sudu besar minyak zaitun

    Bahan Inti:-

        100 gm daging kisar (*akak letak 200 gm ~ MaDiHaA pun sama)
        1 sudu besar bawang cincang (*akak guna 1 biji bawang besar ~ MaDiHaA pun follow gak.. )
        1 sudu besar serbuk kari daging (*akak guna 2 sudu besar ~ ikut sama jugak )
        1/4 sudu kecil serbuk jintan manis
        1/4 sudu kecil serbuk ketumbar
        2 sudu besar minyak (*akak guna minyak zaitun ~ ikut sama jugak)
        1 biji tomato masak ~ dipotong kiub (MaDiHaA tambah)
        1/2 cawan air (MaDiHaA tambah)
          garam secukupnya & 1 sudu kecil gula (MaDiHaA tambah)

    Bahan Lain:-

    1/2 cawan sos pasta (akak marinate jek sos tomato, sos cili, puri tomato dan tomato cincang - ikut citarasa sendiri ~ MaDiHaA guna 2 sudu besar sos tomato + 2 sudu besar sos cili)
    1/2 cawan parutan mozarella cheese (*akak guna lebih ~ MaDiHaA pun letak lebih gak)
    1/2 biji cili capsicum hijau ~ dipotong kiub (MaDiHaA tambah)
    Cara Membuat:-

    1. UNTUK DOH: (*akak masukkan kesemua bahan dalam Bread Maker mengikut turutan, bahan cecair dahulu, baru diletakkan bahan-bahan kering. Jauhkan garam dengan yis sebelum mula mengadun, nnt terbantut yis nak kembang) Tekan ON dan biar doh diuli, dan bila siap uli akak hanya biarkan doh naik lebih kurang 20 minit sahaja. Keluarkan dari BM dan letakkan di atas papan pencanai yang ditabur sedikit tepung. Canai dengan rolling pin biar jadi bulat dan rata. Letakkan di atas loyang pizza ukuran 10 inci.  (MaDiHaA biarkan kira2 15  ~ 20 minit atau hingga nampak base tu naik sikit)

    2. UNTUK INTI: Panaskan minyak, tumiskan bawang hingga kekuningan, masukkan rempah kari, jintan manis & ketumbar kacau sebentar dan masukkan daging kisar serta air. Masukkan garam & gula dan kacau hingga daging masak dan sedikit kering. Sebelum diangkat, masukkan tomato yang didadu & kacau rata. Angkat dan sejukkan.
    3. Ratakan sos pizza di atas doh, (lihat nota) kemudian letakkan inti daging tadi dan ratakan.   Aturkan cili capsicum di serata permukaan pizza.
    4. Kemudian taburkan parutan mozarella cheese dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 190C selama 10 minit. Hidangkan panas2 suam dan drizzle dengan sos cili kegemaran.
    Nota MaDiHaA : Selepas doh yang dicanai dibiarkan naik sedikit.. MaDiHaA bakar base pizza selama 5 minit.  Keluarkan dari oven & cucuk2 sikit base pizza dengan garfu.  Sapu dengan sos kemudian tabur nipis mozarella cheese  sebelum diletakkan inti daging sehingga rata.  Aturkan cili capsicum & akhir sekali barulah taburkan mozarella cheese tebal2 menutupi inti. Kemudian barulah dibakar selama 10 minit dengan suhu 190C.


    Selamat mencuba!
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...