Assalamualaikum....
Kalau kelmarin ku masukkan gambar sajian nostalgia aku masa zaman budak2 waktu mengikut arwah ayah & ma ke kebun sayur.. hari ni teringin pulak nak kongsikan resepi sajian yang popular di negeri Pahang terutamanya di daerah Jerantut, Raub dan kawasan2 berdekatan dengannya.. Bukan semua daerah di negeri Pahang yang ada menyajikan lauk ni.. contohnya keluarga ku sendiri yang telah berhijrah ke Pahang daerah Rompin tak pernah pula terjumpa sajian gulai asam rom ni. Sejak aku kenal dengan suami yang berasal dari Raub barulah aku tau pasal gulai yang sedap ni...

Gulai Asam Rom atau sebutan orang kampong suami gulai aserong adalah sajian tradisi yang begitu popular di sana. Bukan saja dijadikan masakan harian.. kadang kala terjumpa juga semasa kenduri kendara. Khabarnya gulai asam rom lebih dikenali di sekitar Kg.Ulu Sungai (kg suami lah tu.. hehe) dan Batu Talam, Raub & Ulu Tembeling, Jerantut (Tempat lain ada juga). Terdapat dua jenis asam rom iaitu diperbuat dari buah perah dan satu lagi dari biji getah. Orang2 kampong di Ulu Tembeling, Jerantut biasanya menghasilkan asam rom dari biji getah memandangkan sekarang agak sukar untuk mendapatkan buah perah kerana dah banyak pokok perah pupus dek kerana pembangunan atau tanah yang diteroka untuk pertanian. Manakala masyarakat kampong di Raub hasilkan asam rom dari buah perah yang dikutip dari hutan kerana buah perah masih lagi dapat di cari di hutan2 berhampiran kampong. Cara menghasilkan asamrong samada dari buah perah atau biji getah adalah sama. Buah perah ni selain boleh dijadikan asam rom (bahan utama yg digunakan utk membuat gulai ini), boleh juga dijeruk bersama petai atau direbus (masa merebusnya berjam2) & dimakan begitu saja. Rasanya sangat sedap! Jika nak jadikan asam rom.. buah perah melalui pelbagai proses & biasanya buah yang siap diproses diperam sekurang2nya sebulan atau lebih.. barulah sedap dibuat gulai. Jika nak merebus untuk dimakan pula.. biasanya mereka yang pandai saja yang boleh membuatnya sebab jika tak kena cara & tak pandai menjaga api.. buah perah boleh memabokkan! Berbeza pula dengan biji getah.. ia tidak boleh direbus untuk di makan seperti buah perah. Ternyata buah perah lebih istimewa kerana banyak kegunaannya & rasanya pulak sangat sedap!
Kalau ada yang belum kenal
buah perah.. kat bawah ni aku letakkan gambar2nya ye.. Gambar2 ni semua adalah copy & paste dari fotopages ku dulu... waktu ni suami & adik2 ipar mencari buah perah di hutan. Sengaja balik kampong beberapa hari untuk mengutip buah perah ni untuk dijadikan stok asam rom sebab masa tu musim perah tengah meluruh. Buah perah ni dia bermusim tidak macam buah getah yang lebih mudah dicari. Jadi kalau tiba musim buah perah jika ada kelapangan suami akan mengikut adik2nya mengutip perah di hutan sematanya untuk menghasilkan asam rom untuk stok setahun. Jika nak baca cerita lanjut pasal xpdc mencari buah perah ni.. bolehlah klik kat
SINI ada macam2 cerita & banyak lagi gambar2 yang lain kat situ.. hehe..
sila klik gambar untuk saiz yang lebih besar

Buah perah yang di proses akan memakan masa berhari2 sebab sebelum dijadikan asam rom.. buah perah perlu dijemur beberapa hari kemudian bila cukup kering.. ia akan diketuk untuk mengupas kulitnya kemudian dijemur lagi sehingga agak kering. Lepas itu isi yang dah agak kering akan ditumbuk separa lumat. Diuli bersama sedikit air kemudian barulah diisikan ke dalam botol yang sesuai. Cara mengisi pun perlu betul2 padat jika tidak asam rom tidak akan cantik. Akhir sekali asam rom yang telah diisi ke dalam botol akan di simpan paling kurang 1 bulan sebelum boleh dibuat gulai. Sebenarnya boleh juga dibuat gulai sekiranya belum cukup sebulan tetapi gulai agak cair dengan warna yang agak pudar & sudah pastilah kesedapannya juga tidak sama dengan menggunakan asam rom yang dah di peram lama. Warna asam rom akan berubah dari warna putih ke warna hitam jika lebih lama di simpan. Lebih lama di simpan.. lebih sedap gulai yang dihasilkan nanti. Antara bahan utama yang biasa dijadikan gulai asam rom ialah ikan sungai, ayam, perut atau daging terutama daging haiwan hutan seperti pelandok atau kancil. Tapi sekarang ni.. mana la nak cari kancil atau pelandok kalau tak pegi berburu.. hehe.. biasanya mertua ku masak gulai asam rom ayam atau ikan sungai atau ikan keli aje.. tapi aku kat sini kalau teringin nak masak gulai ni.. biasa gunakan ayam atau perut/babat lembu. Memang sedap!

Inilah rupa asam rom yang diperbuat dari biji buah perah yang telah diperam berbulan2.. dari asal warna putih bertukar menjadi warna hitam. Sekali pandang macam gula merah.. hehe.. Asam rom yang diperam ni kadang kala akan mengeluarkan minyak sebab dasarnya buah perah memang berlemak.. mengikut kata MIL.. minyak dari asam rom ni boleh disimpan & dijadikan ubat gatal2 pada kulit...
Oklah.. panjang lebar pulak bercerita hari ni ye... mentang2lah ada banyak masa free.. hehe...
Ok jom kita tengok resepi nya ya.. resepi hasil tunjuk ajar dari ibu mertua.. terima kasih mak sebab ajar masak gulai yang sedap sangat ni... hanya mereka yang pernah merasa je tau kesedapan gulai ni.. Yang pasti.. bila ku perkenalkan gulai asam rom ni pada keluarga sebelah aku.. semuanya dah jatuh cinta dengan gulai ni.. hehe.. agak sukar nak gambarkan bagaimana rasanya.. rasa yg agak pelik.. tapi amat sedap! Walaupun namanya ASAM.. tapi ia tidak masam! hehe.. Tapi awas ye! Gulai asam rom ni sangat3 pedasssss!! Pedas tapi sedapp!! Gulai ni memang wajib pedas barulah sedap. Mereka yang alah pada pedas atau cili padi memang di larang merasa gulai ni.. hehe..
Gulai Asam Rom (aserong) Babat/Perut
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna (dengan tunjuk ajar dari MIL & suami)
1 kg perut/babat ~ dihiris kasar kemudian direbus sekejap je kemudian tos
1 kuntum bunga kantan ~ belah 2 atau 4
sedikit daun kesum
sedikit daun cemomok/daun pijat ~ gunakan 1/4 atau 1/6 dari sehelai daun (sila lihat gambar)
1 - 2 keping asam keping
garam secukup rasa (jgn byk sebab dalam bahan tumbuk dah letak garam)
aji (optional)
4 cawan air
Bahan tumbuk
25 biji cili padi (hampir2 1/2 cawan)
1 sudu kecil garam (sebaiknya garam kasar)
2 inci kunyit hidup (pilih kunyit tua anggaran sebesar ibu jari.. kalau kecik.. lebihkan sikit)
4 sudu besar asam rom
(tumbuk dulu kunyit hidup hingga lumat kemudian masukkan garam kasar & cili padi tumbuk lagi.. bila dah lumat barulah masukkan asam rom & tumbuk agak2 bercampur & separa lumat je..
Sila klik gambar utk saiz yang lebih besar.
Pokok cemomok atau aku panggil daun pijat sebab bau daun ni sama macam bau pijat yang busuk tu.. hehe.. tapi ini adalah salah satu bahan yang penting untuk gulai ni.. biasanya aku bawa balik ke PJ & keringkan untuk dijadikan stok.. bila2 nak masak gulai ni bolehlah digunakan..
Cara 2 menyediakan
1. Campurkan bahan2 yang sudah ditumbuk (sila lihat cara2nya) dengan sedikit air.. jadikan pes. Tuangkan ke dalam periuk & campurkan dengan 4 cawan air.
2. Campurkan dengan semua bahan2 lain (kecuali garam) & jerang sehingga mendidih. Biarkan hingga perut lembut & tambah garam secukup rasa. Biarkan hingga kuah agak pekat & secukup rasanya & bolehlah dihidang bersama nasi putih & ikan masin.
Selamat mencuba!