Friday, May 7, 2010

Tempahan Tat Telur & Chicken Luncheon Rolls

Bertemu kembali...

Macam biskut aku ni kan.. kejap ada.. kejap ilang.. ni ada balik.. kekekeke... biasalah.. kejap ngulor.. kejap wat kije.. kejap lagi ngulor balik.. nak pulak time ngantuk2 mcm ni.. layan blog hilang jap segala ngantuk2 tu.. betul takk??

So.. sementara ada masa sikit ni.. aku nak masukkan gambar2 tempahan yang aku buat untuk hari Selasa baru2 ni (4/5/2010). Tempahan dari Kak Hamsiah dari Cheras.. tapi opis dia dekat dengan rumah aku kat Bandar Sunway. Memula.. kazen aku Ida ckp ada orang mintak nombor telefon aku dari dia nak tempah kuih katanya.. aku ingat nak tempat sikit2 jekk.. ambik kauuu.. terkejut jap aku sebab Kak Ham dok sebut seratus.. hehehee.. macam byk sangat kan?? Tapi bagi aku yang baru berjinak2 dengan bisnes kecil2an ni... terasa mcm byk gak laa.. Yelahh.. aku buat sorang2 takde sapa tolong.. Siang kerja.. mlm baru ada masa buat.. dah tu.. ada baby lagikk.. Tapi bila dah Kak Ham memberi kepercayaan pada aku.. aku beranikan diri gaklah mencuba.. Lagipun.. kuih yang Kak Ham tempah seperti tat telur tu.. dulu aku memang pernah buat utk niaga.. skrg jer aku takde masa nak anto ke kedai2. Apa2pun.. MaDiHaA ucapkan berbanyak terima kasih buat Kak Ham yang sudi menempah dengan MaDiHaA. Segala kekurangan dari segi rasa maupun rupa paras kuih2 tu.. MaDiHaA mohon maaf byk2 yer kak..

Terasa kembang hati bila selepas 5 minit hubby deliver kuih2 tu sumer.. Kak Ham telefon cakap "Akak dah rasa dah dua2 kuih Ratna buat tu... meeeemanggg sedappp..!! tip top!!" amboi kak Ham.. hidung saya yang sedia kembang ni bertambah kembang bila kena puji ngan akak.. kekekeke...

Kat bawah ni order2nya..

50 biji Chicken Luncheon Rolls


100 biji Tat Telur



Chicken Luncheon Rolls & Tat Telur


Thanks ye Kak Ham.. lenkali kalau sudi order la lagi.. hehe..

Award Pro Memasak Dari Alongroz



Pagi ni dengan bangganya aku nak gantung apron yang kiut miut ni kat 'umah baru' aku ni... walaupun bukanlah pro sangat memasak.. tiru meniru boleh laa.. tapi aku seronok sangat sebab apron tu sweeettttt sesangat..... memang aku takkan pakai punya sebab lawa sangat.. sayang!! Lagipun.. bukan saiz aku.. so kita simpan ajelah elok2.. kekekekee...


Apron ni hadiah dari Alongroz.... terima kasih banyak2 sebab sudi bagi award ni yer..

Hadiah ni ada soklan kena jawab:

1=>3 jenis lauk pauk yang suka dimasak
* Sup ayam (ikut selera anak2)
* Gulai asrong/asamrong ~ masakan tradisi negeri Pahang)
* Gulai lemak cili padi

2=>3 jenis pencuci mulut yang paling best pernah buat
* Triffle
* Puding Karamel Lapis
* Tapai Pulut

3=>3 jenis biskut kegemaran time raya
* Almond London
* Suji Cookies
* Cornflakes Madu

4=>Bagi Award ni pada 3 orang rakan anda yg juga rajin memasak
* Ida Marlida
* Midza (Mizwa)
*

Tak tau nak bagi kat sapa lagi.. jap lagi nak pi intai sapa yang belum dpt apron ni.. hehe

Thursday, May 6, 2010

Kuih Lapis Pes Kacang Merah



Salam pagi Khamis...

Hari ni aku nak masukkan resepi kuih lapis yang agak istimewa berbanding dengan kuih lapis biasa tu... buat kuih ni malam & pagi esoknya baru dipotong iaitu sama hari waktu aku masak nasi goreng USA tulah... tu pasal pagi tu tak kisah dpt mkn NGU lambat pun.. sebab pepagi masing2 dah dpt mengunyah kuih lapis ni dulu.... memang sedappp tauuu... tak manis sgt.. just nice ditekak aku sebab aku dah kurangnya gula ikut sama mcm Ayu.. T.kasih Ayu share resepi ni.. memang sedap sangat2.. Resepi asalnya Ayu ambil dari my resepi.. tapi tak sure dari siapa.. apa2pun.. t.kasih kepada empunya asal resepi.. mintak halal aku tepek kat blog aku ni ye..


Source : my resepi (copy from ayu http://curlybabesatisfaction.blogspot.com/)
Ingredients:-(27cm tray- I used 26cm)

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
200ml santan
sedikit garam
3/4 cawan gula-saya gunakan 1/2 cawan saja kerana pes kacang dah manis
400 gram pes kacang merah
pewarna merah dan kuning star brand
1 cawan air panas untuk larutkan gula
3 cawan air biasa

Method:-
1. Larutkan gula dengan 1 cawan air panas.Masukkan santan dan 3 cawan air.
Masukkan tepung dan kacau hingga sebati.Tapis adunan untuk hilangkan bintil-bintil yang tidak larut.
2. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Pertama, warnakan dengan 1/4 sudu teh pewarna merah, yang kedua ditambahkan dengan pes kacang merah dan dikacau hingga sebati, dan yang ketiga warnakan dengan 1/4 sudu teh pewarna kuning.
3. Panaskan periuk pengukus & biar cukup panas. Sapu loyang dengan minyak masak supaya kuih tak melekat pada loyang nanti. Masukkan setengah daripada adunan warna merah ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit.
4. Buka penutup pengukus dan lap wap air pada penutupnya. Masukkan setengah daripada adunan yang dicampur pes kacang merah. Kukus 5 minit.Buka penutup pengukus dan lap wap air pada penutupnya.
5. Masukkan setengah daripada adunan warna kuning. Kukus 5 minit.Ulang langkah di atas untuk lapisan pes kacang merah, kuning dan akhir sekali merah.Setelah selesai semua lapisan, kukuskan lagi selama 30 minit.
6. Tunggu hingga BETUL2 SEJUK barulah dipotong.



Selamat Mencuba!!

Wednesday, May 5, 2010

Award, Award & Award Lagikk...

Salam semua..

Pagi ni.. nak tempek award dulu.. byk tul award dpt sejak2 berblog nih.. hehehe.. macamana boleh dpt byk award nih... padahal aku baru je berblog... dah boleh dikategorikan interesting blog ker?? hehe...

Award pertama ni.. datangnya dari dak Abbot a.k.a makyong kita.. aritu aku bg dia award & tag 5 soklan... tapi kali ni dia mcm nak balas dendam plak ngan aku ni ha... bagi award dgn tag 7 soklan.. kekekeke.. sib baik mmg aku ni jenis suka menulis & meraban.. setakat 7 soklan tu... no hal punya.. hahahah... anyway.. TQ very much dear Abbot...



1. Thank and link the person that give you the award ni syarat nak ambil award
- Terima kasih banyak2 ye Abbot sebab sudi bagi akak award interesting blog ni..

2. Pass this award to 10/20/30/all bloggers you've recently discover

1. MamaFaMi

2. Cik Manggis

3. Mat Gebu

4. Tie Big Mamma Bukhari

5. Ummi Zaihadi

6. Hana Jepun

7. Kak Zai Dapur Impian

8. Fiza Nordin

9. Kak Su Mersing

10. Zaiy Dubai

Kepada nama2 yang tersenarai... sila2lah pakai baju merelip2 naik pentas amik award ni ye.. & lepas tu.. rajin2kanlah diri menjawap sikit wawancaranya walaupun aku tau anda semua sibuk.......... takper.. artis mesti sporting kannnn... kekekeke...

3. Contact said blogs and let them know they've won this award
- Ada masa nanti aku pi war war kan..

4. State 7 things about yourself
- Ramai yang kata aku ni orang yang lemah lembut terutama kawan2.. hatta mak aku sendiri pun ckp mcm tu.. (yelah.. hormat kwn & org tua kann..) tp hakikatnya.. aku takdelah lemah lembut sgt.. kalau kat rumah tu.. selalu gak jadi tarzan ngan anak2.. kalau drive kete.. suka drive laju2 pastu suka pasang lagu2 rancak pasang kuat2.. kekekeke.. ni bukan lemah lembut namanya.. pompuan brutal kaedahnya.. hehehe..

- Kalau ada masa & bahan2 mencukupi.. memang aku suka bebenor bereksperimen di dapur.. seronok sgt tgk hasil eksperiment (masakan). Dulu nak jadi saintis tak jadik kenyataan.. so skrg ni.. dpt bereksperiment kat dapur pun jadiklaa... sambil2 menggemokkan diri.. hehehe..

- Suka bercucuk tanam... masa menyewa umah semi-D dulu mmg penuh depan rumah dengan bunga mcm2 jenis ada.. tepi umah, belakang umah plak tanam sayur, cili padi, serai & mcm2 lagik.. tp skrg ni.. dah ada umah sendiri (hanya mampu beli apartmen je) tak sesuai utk bercucuk tanam... jd.. kat umah ada bunga plastik jekk.. uhukkks..

- Kalau Abbot tak suka pakai baju yg flowerish... aku pulak.. itu yg suka sangat... hehehe.. kalau corak abstrak.. memang pilihan terakhir kecuali utk baju2 blouse ok ler..

- Aku pun sama.. orang yg begitu simple dlm penampilan... no solek2.. no aksesories segala... tp minyak wangi.. wajib laa...

- Sama mcm Abbot.. suka menikmati keindahan flora dan fauna..

- Suka gak pegi tempat2 yg indah yang ada unsur air spt tepi pantai... tepi sungai.. tepi tasik, tepi kolam & kat air terjun... kalau dpt mandi lagi best! Tapi.. tepi loji tak suka tauuu... busyukkk!!! kekekek..


Ok.. abis sudah tugasan dari dak Abbot ni.... yer... hmmm.. sebenarnya.. aku dpt dua lagi award yg sama iaitu yang ke dua dari Cikgu Akma... thanks ye cikgu sudi gak bg award ni pd akak..




Dan yang ke tiga dari Ayu yang dok kat Singapore tu... thanks ye Ayu.. terharu ni terpilih dapat award dari Ayu...



Untuk tugasan tu.. rasanya tak perlulah diulang2 lagi.... jawapannya tetap sama jugak kann... so.. aku tempek award jelah.. & 7 dari soalan tu dah aku jawab kat atas sekali tu... Terima kasih pada Abbot, Akma & Ayu yang sudi passing award ni pd akak... love u all so much!! muahhh!!

Tuesday, May 4, 2010

Nasi Goreng USA



Masak Nasi Goreng USA ni masa cuti hujung minggu aritu sebagai brunch. Biasa ler kan.. penyediaannya tu agak lambat sikit.. nak empukkan daging lagi.. tu pasal jadi brunch.. hehe.. Selalunya kami beli je NGU ni... memang feberet semua org dlm rumah kami.. tapi hari tu merajinkan diri buat sendiri.. lagipun dah lama gak tak buat.. agak2.. kat USA ada tak NGU nih? hehehe...

Layan resepinya ya..

Bahan2 Nasi Goreng (untuk 4 orang makan)

6 cawan nasi yg diperoikan
4 ulas bawang putih ~ diketuk
1 biji bawang besar ~ dihiris memanjang
3 s/b cili + bwg besar kisar
2 s/b sos tiram
1 s/k pati ayam
1 cawan mix vege
Garam secukup rasa
Sikit minyak masak

Cara menyediakan Nasi Goreng
1. Panaskan sedikit minyak & tumis bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang besar dan cili bwg kisar dan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan pati ayam, sos tiram, sikit garam & mix vege. Kacau rata.
3. Masukkan nasi dan gaul sehingga rata. Rasakan garamnya jika kurang masin boleh taburkan sikit garam & gaul lagi.. bila dah secukup rasa bolehlah diangkat.


Bahan2 Daging Masak Merah

400 gm daging ~ direbus hingga empuk & dihiris nipis & agak lebar sikit
3 ulas bawang putih ~ diketuk
1 biji bawang besar Holland ~ dihiris memanjang
1 biji kecil capsicum ~ dipotong dadu (tak kisah warna apa.. MaDiHaA guna warna kuning)
4 urat kacang panjang ~ dikerat 2 inci panjang
1 biji tomato ~ dipotong baji
(boleh tambah carrot & cauliflower juga kalau nak)
4 s/b cili + bwg besar kisar
4 s/b sos cili
2 s/b sos tiram
sedikit air rebusan daging
Garam
Ajinomoto (jika suka)
Minyak untuk menumis

Cara Menyediakan Daging Masak Merah
1. Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili bawang kisar dan tumis hingga agak garing.
2. Masukkan daging dan sedikit air rebusan daging dan biarkan seketika.
3. Masukkan sos cili, sos tiram, capsicum, kacang panjang dan bawang besar, gaul rata.
4. Tambah sikit garam & ajinomoto & akhir sekali masukkan tomato. Kacau2 sekejap.. dah siap & sedia dihidangkan bersama nasi goreng serta bahan2 pelengkapnya.

Bahan2 Pelengkap
Telur mata kerbau
Hirisan timun
Hirisan tomato

Monday, May 3, 2010

Bakso Tauhu Kuah



Sebut je Bakso.. mesti semua terbayangkan bebola dagingnya tu kan? Bakso ku kali ni agak lain sikit dari bakso yang biasa orang buat tu sebab ianya telah digandingkan dengan tauhu. Masak kuahnya pun senang yang amat... Selalunya bakso ada disertakan sosnya.. tapi resepi ni takde ler pulak.. Oleh kerana tekak lebih selera makan yang terasa pedas2 sikit.. so aku memandai tambah sambal kicap, hirisan kobis & limau kasturi.. ikut selera masing2lah kan! Resepi asalnya aku ambil dari Majalah Sedap keluaran yang pertama dulu.. (banyak resepi yang aku berkenan dlm Majalah Sedap keluaran pertama nih!) Saja nak mencuba kelainan.. hari2 makan nasi pun jemu juga...



Ni resepinya kalau ada yang teringin nak mencuba..

Bahan-bahan
2 keping tauhu (aku guna 3 keping)
25 gm tepong gandum
100 ml air
1 ketul kiub lembu
100 gm daging lembu cincang (aku guna 140 gm daging kisar Ramlee)
100 gm tepong kanji (aku guna tepong kentang)
1 biji putih telur
1 tangkai daun bawang ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ tumbuk lumat
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
3/4 sudu teh garam

Bahan2 Kuah
2 liter air
4 ketul kiub lembu (aku guna 2 ketul jer)
2 sudu makan bawang merah goreng ~ dicincang (aku guna 2 ulas bawang merah dihiris nipis ditumis utk masak kuah)
garam secukup rasa
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
2 tangkai daun bawang ~ hiris halus

Bahan Pelengkap
300 gm bihun ~ direndam & celur ~ tos (resepi asal tulis 75gm.. mungkin typing error kot)
limau kasturi (MaDiHaA tambah)
sambal kicap (kicap + cili padi + gula) (MaDiHaA tambah)
hirisan kobis atau taugeh (MaDiHaA tambah)

Cara Membuatnya
1. Tauhu dipotong tiga segi & dibelah dua untuk setiap keping. Rendam selama 15 minit dalam 500 ml air dan 1/2 sudu makan garam. Toskan.
2. Masak 100 ml air + kiub lembu lalu masukkan tepong gandum dan kacau2 hingga likat. Angkat & sejukkan.
3. Campurkan daging cincang, tepong kanji, putih telur, daun bawang, bawang putih, serbuk lada sulah, garam & bahan yang dimasak tadi lalu diuli sehingga rata.
4. Intikan diatas tauhu yang dipotong tiga segi tadi sehingga habis. (MaDiHaA punya ada lebih so aku just bulat2 kan je)
(Note MaDiHaA: lepas diintikan... susun dlm loyang. Gunakan lidi pengcungkil gigi lalu cucukkan ditengah2 tauhu supaya semasa dimasak, inti dpt melekat betul2 pada tauhu.. kalau tak buat gini.. ada sebahagiannya.. inti akan gelungsur dari tauhu.. ikut pengalaman sendiri ler ni )
5. Panaskan periuk pengukus. Kukus selama 25 minit atau sehingga benar2 masak. Jangan lupa buangkan lidi pencungkil gigi sebelum dihidangkan.

6. Untuk membuat kuah.. Panaskan sikit minyak lalu tumiskan bawang merah yang dihiris sehinggga wangi dan keperangan. Tambahkan 2 liter air, kiub daging, lada sulah & garam. Renihkan sehingga mendidih. Biar secukup rasa. Akhir sekali.. masukkan hirisan daun bawang.
7. Siap untuk dihidangkan bersama bihun, bakso tauhu & bahan2 pelengkap yang lain.



Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...