Monday, August 16, 2010

Telur Bungkus



Salam semua..

Nak masukkan salah satu menu berbuka 1st Ramadhan tempohari.. sempoi aje.. iaitu telur bungkus..

Bahan2
3 biji telur
1 ketul dada ayam - didadu isinya saja
1/2 batang carrot - potong dadu
1/2 biji cili capsicum - potong dadu
3 helai daun kobis - racik halus
(sayuran boleh digantikan dgn apa2 jenis sayur yg anda suka.. spt kubis bunga, brokoli, buncis atau apa2 sj. kali ni MaDiHaA hanya ada stok carrot & kacang peas dlm tin.. so guna 1 btg carrot & 1 tin kcg peas kecil)
1/2 biji bawang besar - potong dadu
1 ulas bawang putih - cincang
1 sudu besar cili kisar
sos cili
sos tiram
garam sket
perasa
air sikit
minyak

Cara2
-Panaskan minyak, tumiskan bwg putih, bwg besar & cili kisar hingga wangi.
-Masukkan isi ayam, kacau2.. tambah air sikit jer.. kacau kejap biar ayam masak.
-Masukkan sayuran semua kacau lagi.
-Masukkan sos tiram, sos cili.. agak2 yer.. ikut byk mana suka.
-Masukkan serbuk perasa. Masukkan garam jika perlu. Biar kering sket.
-Bila sayuran dah masak.. bolehlah di tutup apinya.

Cara Menyediakan Telur Bungkus
-Pecahkan telur, campur 1 sudu besar air dalam telur, garam.. kacau2 bagi rata.
-Sediakan kuali.. lebih bagus non stick pan. Kalau kuali biasa.. bubuh minyak sikit sapu dengan daun pandan.. jangan byk nanti tak boleh nak dadar nipis.
-Bila kuali dah panas.. tuangkan telur dlm kuali.. kemudian angkat kuali dan pusing/lenggang kuali bagi telur jadi nipis dan lebar. macam kita buat kuih dadar. (guna kain pengalas yerrrr puan2.. panas telinga kuali tu )
-Bila dah masak.. guna sudip terbalikkan telur.. hati2 nanti telur pecah..
-Bila dua2 belah telur dah masak.. tutupkan api.
-Ambil sayuran yg dimasak tadi dan tuangkan atas telur tadi (telur dadar masih dlm kuali yer puan2)
-Lipatkan kiri kanan, atas bawah telur supaya jadi telur bungkus 4 segi.
-Ambil pinggan hidangan dan tekapkan pd telur tadi. Maksudnya terbalikkan pinggan tu atas telur/dlm kuali.
-Kemudian tangan kanan pegang tangkai kuali (bagi non stick pan) sambil tangan kiri pegang pinggan tadi (pegang kuat2 yer nanti jatuh tak tauuuu ) Bagi kuali biasa pun boleh buat gak.. tapi kena pegang kuat2 telinga kuali tu.. dan hati2 jangan terkena tangan anda... kuali tu masih panas.
-Dengan kadar cepat.. terbalikkan kuali tersebut.. maksudnya pinggan dah berada di atas tapak tangan kiri kita dan kuali pulak dah jadi terbalik.. angkat kuali pelan2.. and.. taraaaaaaaaa... jadilah telur bungkus...



Thanks to my mum yg ajar cara2 'membungkus' ni.. cara ni jugak yg dia selalu buat masa dia buka kedai mkn tak lama dulu.. (skrg dah pencen.. hehe)

Thursday, August 12, 2010

Kuih Lipat / Kuih Tangkup


Salam semua..

Sebenarnya tuan punya resepi bagi nama kuih tangkup.. tapi aku dah pepandai edit kepada nama kuih lipat kat gambar tu.. hehe.. takpelah ye Mariam sebabnya menurut Mariam dia pun tak tau apa nama sebenar kuih ni.. dia main taruk jekk.. yang akak pulak dah lupa nama yang Mariam taruk tu tp dlm kepala ni dok ingat kat nama kuih lipat.. hehehe... belasah jelah ye... apa2pun.. tq ye Mariam sebab berkongsi resepi kuih2 lama ni.. & mintak maaf di atas perubahan pd nama kuih tu... Kalau tak silap.. dlm FP Kak Rus ada gak kuih yg serupa ini dan dinamakan dengan apam perlis... Jom tengok resepinya.. tapi ada ubah suai sikit kat resepi ikut cara Wila.. harap Mariam tak kecik ati yekk..

Sebenarnya kuih ni bukan buat utk berbuka puasa semalam.. tp kuih ni dah lama dah pun buatnya.. tu yg masa edit nama tu dah tersilap tu.. hehe..


Sumber : mariam FP

Bahan Kulitnya:
2 cwn tepung gandum
2 1/2 cwn air
sedikit garam
1 s/k baking powder (ku memandai tambah)
1/2 s/k soda bikarbonat (tambah gak)
1 biji telur (ini pun sama pepandai tambah)
sedikit pewarna kuning (ku tambah jugak)

Cara2 menyediakan:
Campur kesemua bahan mesin n tapis kemudian masak seperti kita masak kuih dadar
tapi buat kepingan kecil2 je.. masak sebelah je..tak perlu terbalikkan. MaDiHaA guna kuali non stick yg bersaiz kecil.
setelah masak angkat kedlm pinggan letak inti di tengah dan tangkupkan dengan menekan sikit di tepi2nya.

Bahan inti:
2 biji telur
2 cwn santan
3/4 cwn gula
2 camb tep kastard
2 camb tep jagung (Tambah sendiri)
daun pandan
secubit garam
sedikit pewarna hijau (Tambah gak ni)

Cara2 menyediakannya
Campur kesemua bahan kecuali daun pandan hingga rata. Tapiskan ke dalam kuali & masukkan daun pandan. Kacau dengan api sederhana hingga pekat angkat n sejuk sebelum d masukan kedlm kuih tangkup.



Selamat berpuasa...

Monday, August 9, 2010

Chiffon Pisang



Salam buat semua...

Dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak & selamat berpuasa kepada semua kawan2.. kalau nampak anak bulan insyaAllah hari Rabu ni sama2lah kita berpuasa yer...

Oklah.. kali ni sekadar masukkan resepi yg dah lama dicuba ni.. sememangnya tip top.. sedappp sangat2... u all di luar sana terutama penggemar pisang yang belum pernah mencuba chiffon pisang ni memang patut mencuba.. tak rugi tau!! Sedap!!

Sumber : Yullina (Thanks Ina)

Bahan A
7 biji putih telur (MaDiHa guna gred A)
3 oz gula halus (MaDiHaA blend sendiri jer gula pasir tu.. tak ayak pun)
1 sudu teh cream of tartar (boleh ganti dgn 1 s/k jus lemon)

Bahan B
7 biji Kuning telur
4 oz gula halus
3 oz minyak masak
3 oz Air
7 oz tepung naik sendiri (MaDiHa guna tepung gandum + 2 cubit soda bikarbonat ~ diayak bersama baking powder)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam (MaDiHa bubuh ½ sudu kecil je)
2 sudu besar serbuk santan (MaDiHa ganti dengan susu tepung)
2 bijik pisang yg BESAR ~ dilecek halus (MaDiHa guna 3 ½ biji pisang putar/ pisang masam sbb saiznya sedang2 je)

Caranya:
1) Pukul bahan A sampai bertanduk/ mengeras. Ketepikan.
2) Pukul semua bahan B kecuali tepung naik sendiri.
3) Selepas semua sebati masukkan tepung sikit demi sikit dan pukul lagi.
4) Masukkan kedalam adunan A sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan guna spatula satu arah sahaja.
5) Masukan dalam loyang berlubang dan bakar 140'c sampai masak.

Nota: semasa mengacau pastikan
1) Kacau perlahan dengan satu arah
2) Pastikan semua putih telur tergaul kalau tidak bila kita masak ada ketulan putih jadi bila kita potong kek tu jadi tak halus dan tak cantik

CARA MADIHA
1) Gaulkan bahan2 B (kecuali tepung gandum) sehingga rata menggunakan whisker. Ketepikan.
2) Pukul semua bahan A sehingga putih telur mengeras. (diterbalikkan tak tumpah).
3) Gunakan mixer dan pukul sebentar bahan2 B yg diadun mula2 tadi. Campurkan tepung sikit demi sikit sehingga rata & pekat.
4) Panaskan oven suhu 150C. Masukkan adunan A (adunan telur) sikit demi sikit ke dalam adunan tepung tadi dan kacau rata menggunakan whisker (kacau satu arah saja).
5) Tuangkan adunan ke dalam loyang chiffon dan bakar kek sehingga masak. MaDiHa bakar guna suhu 150C selama 30 minit kemudian diturunkan suhu ke 140C sehingga genap menjadi 55 minit masa membakar.
6) Bila dah masak.. keluarkan kek dari oven dan terus terbalikkan loyang sehingga kek benar2 sejuk.
7) Keluarkan kek dari loyang dan bolehlah dipotong.


MaDiHaA gunakan loyang yg agak besar.. so kek nampak rendah sikit.

Selamat mencuba!

Thursday, August 5, 2010

Nasi Ayam Goreng


Salam semua...

Pagi tadi sangat2lah sibuk... ni dah nak masuk kul 4 petang.. barulah rasa lega sikit.. bolehlah nak rehat2kan otak kejap sambil layan blog ni... tp takleh gak nak cerita panjang.. cuma nak cakap.. aku masak nasi ni sebab tengok dalam blog si Midza tu.. then dengar pujiannya yang melambong2 tu.. terus rasa teringin. Sebenarnya malam sebelumnya tu.. aku ada bercadang nak buat acar epal hijau memandangkan ada banyak epal hijau yang hubby beli tapi belum berusik pun lagi.. maka sedang elok ler.. bolehlah aku gandingkan acar epal tu dengan nasi yang memang sedap ni. Terus pesan kat hubby suruh beli beras basmathi.. hehehe.. Terima kasih Mek Jah & Midza berkongsi resepi ni yer... halal ye saya tepek resepi kat sini pula.. tapi maaf sebab ada tokok tambah sikit pada resepi ikut cara saya..

Sumber : meh jah (copy dari midza)

Bahan-bahannya:

Bahan untuk ayam :
* 1 ekor ayam- di potong 12 ketul (tak kira pun potong berapa.. belasah jek)
* 2 sudu kecil garam*
* 1 sudu besar serbuk kunyit*
* 1 sudu besar rempah kari*

Caranya=
> ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
* Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.

Bahan Utk Masak Nasi
1 sudu rempah kari
1 inci halia-tumbuk kasar
4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
1/2 labu bawang besar-potong dadu
2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
sedikit kiub ayam
sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
2 bay leaves/ daun ketumbar
4 cawan beras basmathi-cuci toskan
4 1/2 cwn air
1/2 cwn susu cair
sedikit minyak
& sedikit marjerin (MaDiHaA tambah)


Cara-Caranya:
1. Panaskan minyak & sedikit marjerin, tumiskan bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk, serbuk lada hitam dan rempah kari hingga wangi.
2. Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi. Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
3. Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam, kiub ayam dan daun ketumbar. (ayam tu MaDiHaA masukkan sikit jer sbb hubby suka mkn ayam yg garing2..) Masak nasi hingga masak. (MaDiHaA masak guna periuk biasa & masak atas dapur gas jer.. ikut cara2 masak nasi putih.. iaitu tutupkan tudung periuk apabila nasi dah kering & perlahankan api yg paling kecil sekali lebih kurang 5 ~ 7 minit.. jangan buka tutup periuk sehingga nasi benar2 masak. Buka tutup periuk bila sedia nak hidang.. barulah buka & karihkan nasi tersebut.)



Aku pun sama gak macam Midza.. malas nak buat kuah.. so makan jer nasi tu kering2 macam tu dengan acar epal & carrot, daun salad, ayamnya & juga acar buah yang kazenku Ida dok bagi aritu... memang sedap sangat2.. bertambah2 anak2 & hubby makan.. Tak rugi mencuba... thanks sangat2 pada penyumbang resepi ni..

Wednesday, August 4, 2010

Update Order Jap

Malas betul nak update order.. bukan apa.. sebab dok ambik gambor benda yg sama aje.. sure org tengok pun boring.. hehehe.. tp takperlah.. sekadar utk record..

Sebelum tu.. nak umumkan order tempeyek untuk raya telah ditutup. Terima kasih kepada semua teman2 yang sudi order. Tiba masanya nanti.. jangan pula lupa ambil tempeyek yang dah dibooking yer...

Ni antara order sepanjang 2 minggu lepas..
24/7/2010
Repeat order dari Kak Dasila, Taman Sri Manja
7 peket tempeyek kacang tanah & 3 peket tempeyek kacang dal.. Tq kak.. ulang order lg dengan saya..


25/7/2010
Order dari Ida Marlida & Friend
10 peket tempeyek kacang tanah. Ida cakap.. kejap jer tempeyek dibawak ke opis licin.. hehehe... TQ Ida sebab promote tempeyek tu..


26/7/2010
Repeat order dari Kak Yati, Puchong.. dulu dah order 9 pek karipap frozen ni.. katanya dah lama abis... so order lagi 10 peket. Harap2 bolehlah digunakan utk stok bulan puasa ye kak Yati... so nice borak2 ngan kak Yati.. peramah orangnya.. Thanks kak repeat order ngan saya..


27/7/2010
Order dari jiranku yang setia.. Laily.. hehe.. 2 peket karipap untuk digoreng & dibawa ke opis.. ada meeting kalau tak silap. Makanan lain pun ada.. tp karipap takde org yg nak buat.. so dia beli karipap frozen aku & goreng sendiri. Thanks ye Laily..


1/8/2010
Repeat order lagi dari Ida Marlida & kawan2nya... tak cukup gamaknya 10 peket aritu..
so ulang order lagi 20 peket ko... dah macam nak raya aje... hehe.. tapi kata ida.. kawan2 Chinese yang banyak order ni.. thanks ye Ida & kawan2..


2/8 & 3/8/2010
Order ni dari 4 sekawan (kwn2 yg asalnya dari alam cyber) yang sangat rapat.. sempat lagi ditubuhkan kumpulan yg digelar Team Ketupat Bawang yang begitu aktif berfotopages & bergathering seketika dulu.. sampai skrg mereka2 ini masih rapat.. Mereka ialah Wati, Mira, Iezah & Ila.. Masing2 order karipap frozen 4 peket, 5 peket, 3 peket & sepeket untuk Ila.. Thanks you all.. sanggup datang jauh2 utk ambik karipap frozen ni..


Sempat jugak bergambar dengan mereka ini.. cuma Iezah takde dalam gambar sebab dia tak datang malam tu.. sebab Iezah minta aku hantar karipapnya melalui suaminya yang kerja di KWSP sebab dah tak jauh dengan sekolah anak aku coz petang pulang dari kerja aku memang ada kat area2 situ. Thanks ye buat semua..

3/8/2010
Dan terakhir.. order dari Suhaila Zakaria iaitu 2 peket tempeyek bilis & 1 peket tempeyek kacang. Thanks Sue.. semoga Sue selamat melahirkan baby nanti ye..


Terima kasih tak terhingga kepada semua teman2 yang order produk MaDiHaA...

Monday, August 2, 2010

Acar Epal Hijau & Carrot


Hari ni agak sibuk sikitlah kat ofis ni... so sempat update menu yg paling simple ni ajer... layan jelah.. nak cerita panjang pun tak sempat..

Bahan2
4 biji epal hijau ~ cuci bersih & sagat kasar (bahagian biji jangan ambik lak)
1 biji lobak merah ~ kupas kulit, cuci & sagat kasar
1 biji bwg besar ~ belah dua & hiris nipis
1 biji cili merah/3 bj cili padi ~ hiris halus
5 sudu besar cuka/jus limau
garam & gula secukup rasa (agak byk gak sehingga secukup rasa)

Cara2
Gaulkan kesemua bahan2 di atas sehingga secukup rasa. Hidang terus selepas digaulkan. Memang best!!

Selamat Mencuba...!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...