Assalamualaikum...
Hari ni update resepi ringkas aje.. ini sebenarnya.. adik ku yang masak masa kat kampong tempohari.. Tapi aku nak update juga sebabkan sayur yang dimasak ini jarang2 dapat ditemui terutama kat bandar2 ni.. Adikku terpaksa campurkan telur tebu ni dengan sayur meranti memandangkan hanya ada beberapa tangkai telur tebu... kalau nak masak telur tebu saja dapat sikit sangat.. jadi dia campurkan dengan sayur meranti... sedapp!!
Sayur meranti mungkin ramai yang dah kenal... tapi kalau sebut telur tebu mesti ada yang tak tau... betul tak? Telur tebu yang dimaksudkan ialah sayur yang berasal dari pokok tebu. Rupanya setelah dipotong2 seakan2 kobis bunga (cauliflower) akan tetapi bentuk asalnya panjang2 gitu. Rupa asalnya sebelum dikopek kulit tak ubah seperti rupa jagung muda (podak jagung). Bila dikopek kulitnya.. maka terserlahlah isinya berwarna keputih2an saling tak tumpah seperti kobis bunga. Telur tebu ni asalnya memang dari pokok tebu. Akan tetapi bukanlah dari spesis pokok tebu yang biasa kita mesin jadikan air tu... tapi batang pokok tebu ini lebih kurus & tidak berisi seperti tebu yang diproses airnya.. Telur tebu ni akan keluar dari bahagian yang hampir ke pucuk iaitu keluar dari celah2 daunnya... kat bawah ini ada contoh rupa telur tebu yang belum dibuka kulitnya gambar ikhsan dari Midie Merapoh yang dicari dari google... terima kasih Midie Merapoh!
Tiga longgok telur tebu yang dijual di pekan sehari di Temerloh. Gambar ikhsan dari Midie Merapoh
Ok jom tengok resepinya.. resepinya sama saja seperti sayur lemak putih yang lain.. cuma bahan asasnya saja yang agak istimewa & jarang2 ditemui... yang penting.. telur tebu ini memang sedap... maniss2 gitu...
Bahan2
1 ikat sayur meranti
4 ~ 5 tangkai telur tebu ~ kopek kulit & potong kecil
santan secukupnya
1 biji bawang besar ~ belah 8
2 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 biji cili merah ~ belah 2
sejemput ikan bilis ~ kopek kulitnya
garam & perasa secukupnya
Cara2
1. Sayur meranti disiang, celur sebentar & tos airnya (tujuan utk mengurangkan pahit meranti).
2. Telur tebu dibuang kulit & potong2kan.
3. Jerang santan bersama bawang besar, bawang putih, ikan bilis serta garam. Bila dah mendidih.. masukkan cili merah, sayur meranti & telur tebu. Tambahkan bahan2 perasa secukupnya dan biar telur tebu empuk sedikit. Biar secukup rasa & bolehlah dipadamkan api.Selamat mencuba!
















