Tuesday, October 11, 2011

Sambal Kentang Udang Kering

Assalamualaikum... sihat semua? Moga sihat2 sokmo deh...



Ini satu lagi menu marathon udang kering.. hihi... Menu udang jarang2 keluar dalam blog ni sebab udang segar mahal... tuan rumah tak mampu!! Udang kering murah sikit... jadi.. layan jelah yer... hahaha...

Oklah... kalau di layan karang makin merapu2.. jomlah tengok resepi Sambal Kentang Udang Kering yang best giloz ni! Takyah lauk lain pun takper dah kalau dpt sambal gini...


Sambal Kentang Udang Kering
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
1 cawan udang kering ~ rendam air panas~tos~tumbuk kasar
2 biji ubi kentang ~kupas~hiris sederhana tebal~goreng
1 biji bawang besar saiz kecil ~ mayang
sedikit jus limau nipis
garam & aji secukup rasa
Minyak masak utk menumis

Bahan2 tumbuk/kisar kering
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih (ulas yg besar)
2 biji cili merah
20 biji cili padi

Cara menyediakan
1. Panaskan minyak.. tumiskan bahan2 tumbuk sehingga wangi & terbit minyak.  Masukkan bawang besar mayang & udang kering tumbuk & gaul rata. Biarkan udang nampak masak sikit & bawang layu.
2. Masukkan kentang, jus limau nipis, garam & aji secukup rasa. (udang tu kalau masih terasa masin lepas direndam.. tak perlu letak garam byk ye..). Gaul rata & bila dah secukup rasa.. bolehlah dihidangkan. Sedap!


Gambar yang kat bawah tu pulak.. sambal udang kering yang hubby masak masa mula2 dpt stok udang kering yang dia kirim dari kawannya tu.. resepi lebih kurang di atas juga.. cuma bezanya yang ini tak dicampur kentang tapi udang kering semata.  Udang pulak.. separuh ditumbuk & separuh dibiarkan sekor2 gitu (rendam dulu).  Asam pulak.. hanya letak buah tomato yang dipotong kiub.. Pun enak banget! hehe...


Selamat mencuba...

Monday, October 10, 2011

Kari Ikan Yu Berdaun Kesum

Assalamualaikum

Baru2 ni abang beli isi ikan yu sekeping yang agak besar jugak. Katanya nak cuba merasa sebab dia belum pernah rasa ikan yu. Ada dia tanyakan sorang anne India yang tengah dok beli ikan yu ni.. kata anne tu.. ikan yu sedap.. elok sangat kalau budak2 makan ikan yu ni untuk elakkan kecacingan.  Aku pun tak tau sangat pasal ikan yu ni yang rupanya ada khasiat di sebalik kesedapannya tu..

Aku kata kalau ikan yu ni.. ma pernah masak kari letak daum kesum... memang sedap! Arwah ayah suka makan ikan yu ni.. tp ma tak gemar sangat.. hihi.. Aku.. bila ma dah masak.. aku makan jer.. janji rasanya boleh diterima tekak.. Tapi sepanjang aku berkahwin dah 12 tahun lebih ni.. memang aku tak pernah masak lagi ikan yu ni.  Kalau nak tunggu aku beli memang idok ler.. Tapi bila abang yang beli.. aku masak jelah.  Bak kata Mat Gebu.. 'aku hanya menurut perintah' haha...

Ada kelainan rasa bila kari dicampurkan dengan daun kesum. Sedap.. wangi jer karinya.. dah lama dulu aku pernah juga masak gini.. tapi guna ikan pari... kali ni tukar ke ikan yu pulak.. try ler u all.. sedap! Sebahagian isi ikan tu.. aku goreng gaul garam+kunyit+serbuk kari... anak2 kata bestlah ikan ni.. tulang pun tak jumpa... hihi.. Yelah.. ikan tu besar.. sekeping dipotong kecik2 tu.. memanglah isinya takkan jumpa tulang..

Jom tengok resepinya.. actually.. resepi ni adaptasi dari masakan kawan ma aku masa kat kg dulu... pertama kali kami makan kari + daun kesum ni kat rumah dia.. Jadi ma pun cubalah sendiri ikut mcm masak kari biasa.. cuma ganti daun kari dengan daun kesum jer... teringat2 lagi kesedapan masakan Kak Leha kawan baik ma tu... masa tu aku masih sekolah rendah lagi.. hihi...


Kari Ikan Yu Berdaun Kesum
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
500 gm isi ikan yu ~ dipotong saiz kesukaan (MaDiHaA potong kecik2 dari sekeping ikan yg besar ~ ikan tu dah dibuang kulit kasar oleh penjual ikan tu..) 
2 sudu besar asam jawa ~ larutkan dlm sikit/secukupnya air (untuk rendam ikan yu)
secekak daun kesum
1 ½ cawan santan pekat
2 ½ cawan air (atau gunakan 4 cawan santan sederhana pekat)
1 sudu besar asam jawa ~ larutkan dlm ½ cawan air di atas ambil jus
3 sudu besar rempah kari ikan ~ campur sikit air jadikan pes
beberapa biji bendi (ikut suka nak letak sayur apa)
minyak untuk menumis 
Garam & aji secukup rasa


Bahan kisar
1 cm halia
1 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
2~3 biji cili kering (rendam air panas) /1 sudu besar cili kering kisar


Bahan tumis
1 sudu kecil halba campur
2 ulas bawang merah ~ dimayang
1 ulas bawang putih ~ dimayang
1 cm halia dimayang

Cara menyediakan
1. Ikan yu dibersihkan & rendam dengan air asam jawa selama 15 - 20 minit. Cuci bersih & tos.
2. Dalam periuk panaskan minyak masak lalu tumiskan halba campur hingga wangi. Terus masukkan bahan2 tumisan yg lain. Bila bawang2 dah agak layu, masukkan bahan2 kisar. Tumis lagi hingga wangi & terbit minyak. Masukkan pes kari & kacau rata. 
3. Bila bahan dah cukup masak/terbit minyak.. masukkan santan & air. Biarkan ia mendidih sambil sentiasa dikacau. Masukkan ikan, air asam jawa, garam & perasa. Masak dengan pi sederhana hingga nampak pecah minyak sambil sentiasa dikacau. (kacau pelan2).  Masukkan daun kesum & kacang bendi. Bila bendi nampak lembut & kuah secukup rasa bolehlah padamkan api & dihidang.



Selamat mencuba!

Tempahan puding lagi...

Assalamualaikum...


Update Puding Marbel tempahan kazen ku Ruby 2 minggu lepas untuk makan2 kat ofis bersama teman2 sekerjanya... TQ Bie!  Ada teman2nya yang bertanyakan resepi.. boleh klik SINI untuk resepinya yer.  Untuk loyang 10" x 10" seperti dlm gambar perlu buat 1 ½ adunan dari resepi tersebut untuk mendapatkan ketinggian lebih kurang 2.5 inci.

Friday, October 7, 2011

Ayam Kalasan Berseri

Assalamualaikum....


Terus jelah ngan resepi yang nak dikongsikan petang ni yer.. Tak sempat dah nak bebel panjang2 dah dekat nak balik dah ni.  Cuma nak bagitau Ayam Kalasan Berseri resepi yang Kak Ummi Zaihadi kongsikan dlm Majalan Jelita Mac 2011 ni memang sedap! Anak2 suka.. mak dia lagilah suka.. Nak masak pun senang.. hehe... nak pulak tang kelapa parut goreng tu... rangup2 bila mkn.. bila gaul sekali ngan nasi.. fuhh... sodap!

Terima kasih ye kak Ummi resepi ni.. masa masak tu sy rujuk pada majalah Jelita yang dibeli.  Tapi bila nak update kat sini.. saya copy & paste dari blog akak.. TQ kak mintak halal ye!  Ramai jugak yg dah mencuba resepi kak Ummi ni.  Antaranya Cik Manggis, Alongroz, Kak Nor SGN67, Ida Marlida, Dayangjack, dan mungkin ramai lagi yang dah cuba.. maaf yer kalau tak disebutkan semuanya..  Semua yang mencuba puji sedap. Memang sedap pun.. kalau ada yang nak cuba.. salin resepi yer..


AYAM KALASAN BERSERI
Bahan:-
  • 4 ketul paha ayam (whole leg) - dibersihkan dan dibuang kulit - kelar sikit
  • garam secukup rasa
  • 1/3 cawan air
  • 1 cawan kelapa parut
  • Minyak untuk goreng terendam (deep fry)
Bahan Dikisar Kering:-
  • 2 sudu besar biji ketumbar
  • 2 sudu besar biji lada putih
Bahan Dikisar Basah:-
  • 5 batang serai (diambil bahagian putihnya)
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • sedikit air
Cara Memasak:-
  1. Campurkan kelapa parut, garam, air, bahan kisar basah dan kisar kering ke dalam kuali. Gaul rata.
  2. Masukkan ayam dan rebus ayam sambil dibalikkan hingga ayam masak mesra dan air hampir kering. Angkat ayam dan toskan. Kemudian toskan juga campuran kelapa parut dan rempah-rempah tadi dalam bekas berasingan
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam hingga kuning keemasan. Angkat dan letakkan ayam ke dalam pinggan yang sesuai.
  4. Kemudian goreng pula bahan kelapa parut dan rempah hingga bertukar warna kuning keemasan serta berserbuk rangup (awas jangan sampai hangus). Angkat dan toskan minyak.
  5. Taburkan serbuk kelapa tadi ke atas ayam dan rata-ratakan. Sedia untuk dihidangkan.
Nota:
Istimewanya ayam kalasan ini tidak menggunakan sebarang bawang merah atau putih kerana biasanya ia akan menghanguskan ayam dan rupanya tidak berseri...tetapi rasanya tetap mantap!


Ayam Kalasan Berseri ku kurang berseri sebab takde berhias... hehehe.. takperlah janji sodap!

Selamat mencuba!

Air Cincau Laici

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Harap sihat2 saja ye!  Ramai kengkawan yang kurang sihat lately ni... hatta aku sendiri pun terkena juga virus tak sihat bulan lepas (sampai 3 kali MC dlm satu bulan <--- pecah rekod tu..). Harap u all jaga kesihatan dapatkan rehat yang cukup & minum air kosong banyak2 ye.  Kalau tak sihat cepat2 jumpa doktor.  Hmm.. tak sempat nak update lebih awal.  Agak sibuk sikit kat ofis tadi... Ini baru lega sikit dah dekat2 nak masuk waktu lunch... rehat2kan minda sekejap.  Tapi kali ni masuk menu minuman yang ringkas ni ajelah... ada masa nnt pos n3 lain pulak yer.. kalau sempatla..



Ini minuman permintaan hubby malam tadi... padahal dah buat air teh o kegemaran dia... bila dia balik dari kerja kira2 pukul 9.30 pm.... bermacam sayuran yang dibawa termasuklah cincau & juga setin laici.  Stok ayam, ikan dll dah dibeli hari sebelumnya.  Amboi bang...! Stok sayur lama belum pun habis... dah bawak lagi sayur 2 beg plastik!  Macam ni.. takde chan ler makan kat luar... kekekekeke....

Oklah.. disebabkan cik abang mengidam Air Cincau Laici ni.. aku pun buat jugalah... Air ni aku buat tak campur ais pun.  Kalau nak hidang sejuk dengan ais pun okay jugak.  Tapi malam2 tak sesuai ler nak minum ais2 kan.. Lagipun abang pun tak berapa sihat so memang taknak ais2 tu.

Ok kat bawah tu resepinya... senang aje. Oh ya.. air tu berposing dengan bunga yang bakal dijadikan hiasan hantaran adik ipar nanti.  Sebelum digubah.......... akak iparnya pinjam kejap jadikan teman air cincau laici tu dulu.. hehehe.. takperkan.. tak luak pun.. Haa?? Takut hilang seri? Ala.. takper.. pihak pengantin sebelah sana bukan tau pun blog akak iparnya ni.. hahahaha...



Air Cincau Laici
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
Cincau secukupnya
1 tin laici
Air secukupnya
Gula secukup rasa
Ais kiub (jika suka)

Cara menyediakan
Larutkan gula dengan air di dalam jag yg sesuai.  Tambah setin laici bersama jusnya sekali.  Potong cincau ikut citarasa bentuknya & campurkan sekali dalam jag tadi. Tambah kiub ais jika suka.  Biarkan seketika & bolehlah dihidangkan.

Selamat minum!

Thursday, October 6, 2011

Upside Down Pizza

Assalamualaikum.... 



Ada lagi entry tertunda ni... menu sebelum puasa lagi ni.......... ni bukan kata dah jadi baja.. kalau baja organik tu guna untuk tanam sawi.. rasa2nya  sawi tu pun dah boleh dituai dah pun.. kehkehkeh... haishhh!!!!

Bukan ape.. nak update sebelum puasa  ritu tak sempat... bila masuk bulan puasa rasa macam tak sesuai pulak nak update menu ni... sebabkan terlampau lama gambor dok dlm folder.. hampir2 terlupa nak edit gambor nih... Oklah.. meh tengok menu yang sedap lagi lazat  & mengasyikkan ni... hahaha... suatu waktu dulu.. Upside Down Pizza ni antara menu yg berlegar2 seantero dapur2 cyber...  ramai dah yang cuba.. antaranya.. Ika, Izahdaut, Noorsha, Kak Nor SG67, Sariyusa dan ramai lagi yang dah cuba.. maaf kalau tak tersenarai yer...


Betul.. memang sedap! Yang penting senang banget nak membuatnyer.  Rasa macam nak buat lagi & lagi... tapi tahankan jer... kalau dah ada cheese tu... faham2 sendirilah sedapnya macamana & lemaknya macamana.. sendiri mau ingatlah yer. Tapi once in the blue moon takper kot.. haha.. Oklah.. terima kasih kepada Tun Telani yang mengilhamkan resepi sedap & lazat ni selepas menonton Quick Fix Meals with Robin Milller kat Astro katanya...


Mintak izin ye Tun letak resepi kat sini.. Terima kasih.

Upside Down Pizza
(loyang 9 x 9 inci) 
Sumber : Tun Telani


Dough
2 bj telur
1 cwn susu
1 cwn tepung
1 sb minyak
1/2 sk garam

- gaul sebati (guna mixer) semua bahan. yg ni just gaul2 jerr :D
- sedia utk diguna

Filling
1 keping dada ayam- kerat2
4 sosej/hotdog- kerat2
1/2 tin cendawan butang- hiris
1/2 bawang besar- dadu
3 ulas bawang putih- hiris halus
1 sb cili boh
2 sb tomato puree
1 sb oregano
1 sk paprika
garam

- tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu
- masukkan cili boh dan tumis lagi
- masukkan ayam dan tumis sampai ayam masak
- masukkan sosej, cendawan, dan tomato puree. masak kejap.
- gaulkan oregano dan paprika, perasakan garam

Keju secukupnya

Cara2:

    * Panaskan oven 180 degree.
    * Letakkan filling dlm loyang.
    * Tabur cheese atas filling.
    * Curahkan adunan 'dough' kat atas. (MaDiHaA tabur cheese selapis lagi atas doh)
    * Bakar selama 25 minit, hingga keperangan.
    * Biarkan selama 5 minit sblm potong dan hidang.



Selamat mencuba!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...