Thursday, December 12, 2013

Kek Kurma Moist Tanpa Telur

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Semalam Selangor cuti sehari sempena hari keputeraan Sultan Selangor... dapatlah MaDiHaA berehat sehari di rumah tanpa perlu menyibukkan diri dengan tempahan.  Tidak keluar ke mana2 kerana memang dah plan nak berehat saja kat rumah... walaupun tak sibuk dengan tempahan.. masak memasak satu kewajipan juga.  Perut warga dalam rumah ni tetap perlu diisi... Kali ni kita masak menu permintaan en. suami.. menu kampong iaitu gulai lemak kulat sisir.. pastu buat dessert pun dessert kampong juga iaitu pengat ubi kayu.  Sedap sungguh layan tekak... hehe.. Selain dari tu.. dapatlah golek2 depan TV kengkadang layan candy crush.. bahagianya rasa.. hehe..



Oklah... dah mula nak merapu meraban... jom MaDiHaA kongsi kek yang MaDiHaA buat semasa Haziq berpantang tempohari.  Nak buat kek pun kena cari resepi tanpa telur.  Alhamdulillah jumpa resepi Kek Kurma Moist Tanpa Telur ni yang dikongsi oleh Nuri.  Memandangkan stok kurma banyak sangat kat rumah tu.. lebih2 kurma jenis lembut MaDiHaA kurang suka.. jadi baiklah dijadikan sesuatu... boleh juga anak2 kat rumah makan.  Stok kurma memang sentiasa ada kat rumah tu sebab en. suami suka sangat beli macam2 jenis kurma.Terima kasih Nuri ye... nanti pasti akan buat lagi..

Rupa kek memang kurang memuaskan.  Agak mendap bila dah sejuk.  Tapi rasanya? Oh... tersangatlah sedapnya.  InsyaAllah MaDiHaA akan cuba lagi membuatnya.  Tetapi nanti kurma tu MaDiHaA akan kisar menggunakan susu dalam resepi tu je.  Mungkin sebab MaDiHaA kisar kurma dengan 1/2 cawan air.. menjadikan kek terlebih cecair menyebabkan ia mendap begitu.  InsyaAllah walaupun rupa tak cantik.. tapi rasa? Subhanallah.. sedap sangat.  MaDiHaA gunakan gula perang & kurangkan jumlah gula yang digunakan kerana taknak terlalu manis. 

Jom tengok resepinya! Minta izin ye Nuri akak share resepi kat sini. TQ juga untuk penyumbang asal resepi Aludra Myresepi.. mohon share kat blog akak ye. TQVM!


KEK KURMA MOIST TANPA TELUR
Resepi : Aludra (Myresepi)
Sumber : Nuri

Bahan-bahan ( 18cm )


  • 3/4 cawan susu kotak/UHT
  • 3/4 cawan gula halus (MaDiHaA kurangkan sukatan & gunakan gula perang)
  • 1/2 cawan minyak sayuran/masak
  • 1 cawan tepung gandum
  • 18 biji kurma yg lembut (kalau kurma keras, boleh rendam dgn susu semalaman)
  • 1 sudu teh baking soda (soda bikarbonat)
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 genggam kecil gajus/cashew nut (optional) (MaDiHaA tak letak non stock)

Cara-cara


  1. Buang biji kurma dan kisar kurma hingga halus dengan sedikit air. (Lain kali kisar terus dengan susu tak perlu tambah air) Masukkan kurma dalam bekas mixing.
  2. Masukkan bahan cair tadi, minyak, gula dan susu. Biarkan gaul hingga sebati. Masukkan tepung, baking soda dan esen vanilla. Cashew nut tu ditumbuk halus dan campurkan. Kalau tak suka tak payah, tapi cashew ni bagi kek rasa lemak2 gitu.
  3. Bakar kek dalam 35 minit pada suhu 180C. Kalau kek tak melekat kat lidi, dah masak la tu. Selamat Mencuba.

NOTA: Warna kek mungkin tak sama sebab bergantung dengan jenis kurma yg diguna. 

Selamat mencuba!

Tuesday, December 10, 2013

Ayam Masak Merah Tomato

Assalamualaikum & salam sejahtera..


Hari ni kongsi resepi lauk kegemaran anak2 iaitu ayam masak merah yang MaDiHaA beri nama Ayam Masak Merah Tomato.  Resepi kali ni ada sedikit kelainan kerana menggunakan kisaran buah tomato menggantikan sos tomato/ tomato puree.  Kebetulan ada banyak buah tomato yang kulitnya MaDiHaA dah kupas untuk buat bunga ros dekorasi di atas pulut kuning tempahan customer.  Maka.. bergolek2lah buah tomato yang tak berbaju tu dalam peti sejuk.. hehe.. Nampaknya.. MaDiHaA kena gunakan tomato tu cepat supaya ianya tak rosak.  Maklumlah bila buahnya dah dikupas kulit.. ketahanannya tak sama macam tomato berkulit.  Nak dibuat ulam macam tak best je bila dah tak berkulit.  Jadi kenalah MaDiHaA gunakan dalam masakan supaya ia tidak dibazirkan...

Jom tengok resepi olahan MaDiHaA ni..



Ayam Masak Merah Tomato
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
3/4 ekor ayam (saiz kecil/sederhana) ~ dipotong saiz sesuai
4 senduk penuh cili kering + bawang besar + bawang putih blender
3 biji tomato ranum ~ dikisar dengan 1/2 cwn air
1 biji bawang besar ~ di hiris kasar
1/2 cawan air
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
4 sudu kecil gula pasir
garam secukup rasa
serbuk perasa secukup rasa

Cara menyediakan
1. Ayam dibersihkan & gaul garam & kunyit lalu digoreng 3/4 masak.
2.  Kurangkan minyak dalam kuali cukup2 untuk menumis bahan kisar. Tumis bahan kisar termasuk tomato kisar tadi sehingga wangi & naik minyak.
3. Tambah sos cili, sos tiram, gula, garam & serbuk perasa. Tambah 1/2 cawan air & biarkan mendidih.  Biarkan sehingga sos secukup rasa.
4. Masukkan ayam yang digoreng tadi serta bawang hiris.  Kacau2 sehingga agak kering jika suka berkuah biarkan berkuah sedikit. Bolehlah dihidangkan dengan nasi putih atau nasi berperasa.

Selamat mencuba!

Monday, December 9, 2013

Tempahan ditutup sementara dari 9hb Disember--> 10hb Januari 2014


Assalamualaikum & salam sejahtera...

Dimaklumkan kepada semua pelanggan atau bakal pelanggan, MaDiHaA terpaksa tutup tempahan untuk sementara waktu bermula 9hb Disember sehingga 10hb Januari 2014 kerana urusan peribadi.  Terima kasih kepada semua pelanggan yang sudi menempah dengan MaDiHaA selama ini.  Segala kekurangan harap dimaafkan & dihalalkan dunia & akhirat.  

Tempahan akan dibuka seperti biasa bermula 11hb Januari 2014 insyaAllah.. 

Terima kasih & jumpa lagi..

Ini adalah sticky post.
Sila scroll ke bawah untuk entry terkini. TQ!

Friday, December 6, 2013

Tempahan ~ Pulut Kuning Berhias, Sandwich & Apam Polkadot

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Takde hati nak update resepi bagai sekarang ni bila mengenangkan nasib mangsa2 banjir.  Kasihan sungguh lihat kesusahan mereka.  Entah apalah yang mereka makan.  Tidor beramai2 dalam pusat pemindahan banjir tu.  Banyak kemusnahan berlaku bila ditimpa musibah banjir ni. Moga mereka semua tabah melalui dugaan ini.  Ma & adik yang MaDiHaA risaukan tempohari pun masih lagi terkandas tak dapat meneruskan perjalanan untuk pulang ke kampong.  Hari pertama perjalanan mereka.. terkandas selepas Sg. Ular nak naik ke LPT sejak pukul 3 petang sebab jalan dinaiki air.  Bermalam ma, adik & anaknya di dalam kereta dalam keadaan hujan lebat tak berhenti malam tu.  Senasib juga dengan semua mangsa2 yang terkandas... semua bermalam di tepi hiway.  Esoknya oleh kerana hujan hanya renyai2.. mereka mengambil keputusan untuk ubah haluan memandangkan nak terus melalui LPT tiada tanda2 air surut.. maka.. mereka beranikan diri untuk melalui Balok.  Ingatkan boleh lepas.. rupanya sangkut juga di Bandar Kuantan.  Tapi kali ni nasib agak baik sebab ma dapat menyewa hotel berhampiran stesen bas lama Kuantan berhampiran KFC kat sana.  Dapatlah mereka bersihkan diri & merehatkan diri setelah seharian berada dalam kereta.  Hari ni.. nampaknya ma masih belum dapat teruskan perjalanan sebab jalan masih ditutup dibeberapa tempat.  Jalan yang runtuh atau rebih di KM75 yang menghubungkan Kuantan - Muadzah Shah pun belum lagi siap dibaiki.  MaDiHaA dah telefon Balai Polis Paloh Hinai & menurut mereka.. kontraktor mengatakan mungkin mengambil masa selama 2, 3 hari lagi utk memulihkan jalan tersebut.  Nampaknya.. ma & adik terpaksalah tidor di Kuantan lagi utk beberapa hari ini.  Mujurlah ma ada sorang kawan yang tinggal di Tg. Lumpur yang mempelawa ma supaya tidor kat rumah dia.  Jadi jimatlah sikit tak perlu menyewa hotel.  Syukur kepada mu ya Allah kerana memudahkan urusan ma di sana..

Oklah oleh kerana tiada mood untuk berkongsi resepi buat masa ini.. hari ni MaDiHaA kongsikan gambar2 tempahan yang lalu untuk tatapan tetamu Dapur MaDiHaA.  Terima kasih semua yang masih sudi melawat blog MaDiHaA ye.  Terima kasih pada semua follower baru yang kian bertambah dari sehari ke sehari. Terima kasih juga pada customer yang terus memberikan sokongan bisnes kecil MaDiHaA ni. 

Tempahan pulut kuning berhias.  Minta buat ikut design yang terdahulu.  MaDiHaA hanya tukar beberapa bahan agar nampak ada sedikit kelainan & masih tetap menarik dipandang mata.  Alhamdulillah customer suka & katanya ramai yg puji cantik.  Terima kasih Nadia..





Ini pula tempahan dari Yana iaitu 118 pack sandwich telur.  Awal pagi sebelum subuh lagi Yana dah datang collect.  Terima kasih yana...



Ini pula ulangan tempahaan apam polkadot dari jiran berdekatan rumah.  Terima kasih Ani tak jemu2 tempah apam. 

Ok.. itu saja untuk hari ini.. jumpa lagi.


Tuesday, December 3, 2013

Daging Goreng Asparagus

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Sekarang dah masuk musim hujan belah Pantai Timur.  Ada sesetengah tempat sudah dinaiki air.  Hati rasa risau la pulak sebab ma & adik perempuan MaDiHaA dalam perjalanan pulang ke Pahang dari Terengganu sebab melawat bekas kakak iparnya yang telah kembali ke rahmatullah Ahad kelmarin.  Kawan2 di FB ada bagitau katanya jalan Kuantan Segamat berhampiran ladang burung unta tak boleh dilalui kenderaan sebab ada tanah runtuh.  MaDiHaA pun baru je lepas telefon Bilik Gerakan Banjir, Pahang.. & memang confirm KM75 dari Kuantan nak ke Muadzam Shah tak boleh dilalui semua kenderaan.  Masih dalam proses pembersihan.  Mudah2an ma & adik selamat dalam perjalanannya.  Mudah2an sesampainya ma di tempat kejadian.. jalan dah boleh dilalui semula.  Dorang pun risau kalau tak balik sekarang... ada kemungkinan nanti tak boleh nak balik langsung sebab takut tersekat dek banjir.  Dah banyak kampong2 kat Terengganu yg dah naik air.  Ya Allah permudahkanlah perjalanan bonda & adik ku ya Allah.... amin..

Oklah hari ni MaDiHaA nak kongsi resepi lauk pula.  Sebenarnya dah lama dah masak lauk ni.  Edisi nak habiskan daging korban yang tinggal sekali masak je ni.  Masak sempoi2 je ni.. janji sedap & alhamdulillah.. berselera suami & anak2 makan.  Walaupun sedikit pedas.. alhamdulillah...anak2 masih boleh menikmatinya.  Anak2 yg dua orang tu dah boleh makan pedas skrg ni.. senang omaknya nak masak..


 
Daging Goreng Asparagus
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
500 gm daging dihiris nipis
2 ikat (secekak) asparagus ~ dikerat 1 1/2 inci
1 atau 2 batang celery ~ dipotong serong
1 keping asam gelugur
air secukupnya
1 sudu besar sos tiram 
garam & perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya

Bahan Kisar
2 biji cili merah
12 biji cili padi
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 cm halia

Cara penyediaan
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan kisar hingga wangi & terbit minyak.  Masukkan daging & kacau rata.  Masukkan air anggaran cukup untuk empukkan daging.  Biarkan hingga air kering sedikit.  Jika daging belum empuk boleh tambah lagi air & renihkan hingga daging empuk.
2. Sebelum kuahnya agak kering masukkan asam gelugur, celery & asparagus kacau rata. Tambahkan sos tiram, garam & perasa secukupnya. Jika dah secukup rasa & dagingnya pun dah empuk bolehlah matikan api & hidang.



Selamat mencuba!

Monday, December 2, 2013

Jemput-Jemput Kerak Roti (Tanpa Telur)

Assalamualaikum & salam sejahtera..


Hari ni MaDiHaA nak kongsi satu lagi resepi yang terhasil dari kerak roti lebihan buat sandwich tempohari.  Seperti yang kawan2 sedia maklum.. MaDiHaA memang tak suka bab2 pembaziran.  Walaupun ianya hanyalah kerak roti.. tapi kerak roti tu kan masih boleh dimakan.  Apa lagi ianya dalam kuantiti yang banyak.  Memang terasa sayang nak dibuang.  Tak baik membazir.. membazir itu sangat dimurkai Allah s.w.t. sebaliknya amat disukai oleh syaitan!  Jika kita membazir umpama kita ini sahabat syaitan! 



Akan tetapi missi MaDiHaA nak menghabiskan kerak roti kali ini sangat terbatas disebabkan MaDiHaA tak boleh nak buat kuih-muih yang dikongsi oleh rakan2 kerana boleh dikatakan kesemua resepi berasaskan roti semuanya menggunakan telur.  MaDiHaA masih belum benarkan anak bujang yang bersunat hari tu ambil makanan yang mengandungi telur.  Biarlah luka bersunat dia tu betul2 baik dulu.  Memanglah ia dah nampak baik.. tapi masih ada parut muda orang kata. Mungkin tunggu lagi seminggu.. lepas ni nanti barulah benarkan dia makan telur.  Alhamdulillah selepas seminggu bersunat hari tu dia dah boleh pakai seluar.. Alhamdulillah.. pengalaman pertama menjaga anak bersunat.. anak teruna pun.. itulah satu2nya.. hehe...

Oklah.. jom semak resepi ni.  Manalah tau kan kot2 kawan2 ada roti yang dah nak luput tarikh tu.. tak tau nak dibuat apa.. bolehlah mencuba resepi ni. Jika tak cukup sukatan yang MaDiHaA buat ni.. boleh buat setengah adunan je.  Adunan yang MaDiHaA buat ni dapat agak banyak juga.. lebih kurang 3 - 4 kali menggoreng. Biarlah buat banyak2 sikit.. sebab anak2 kat rumah tu bila berkumpul nak pula musim2 hujan ni.. asyik lapar je memanjang.



Jemput-Jemput Kerak Roti
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
2 cawan tepong gandum
2 1/2 cawan air
1 1/2 sudu kecil garam
400 gm kerak roti (nak guna roti pun boleh..  kes MaDiHaA ni sebab nak perabiskan kerak roti lebihan buat sandwich tempahan hari tu ~ tak nak dibazirkan)
5 batang filamen ketam (crab stick) ~ dihiris nipis
2 biji cili hijau ~ dihiris nipis
1 biji bawang besar ~ dipotong dadu
sejuring kobis ~ dihiris halus
Minyak masak secukupnya

Cara menyediakan
1. Bancuhkan tepong gandum dengan air & garam sehingga larut & tidak berbintil2. Masukkan kerak roti & rendam selama 5 minit sehingga roti mengembang. Jika guna roti.. koyak2kan roti & rendam hingga kembang.
2. Campurkan dengan kesemua bahan lain seperti hirisan filamen ketam, cili hijau, hirisan kobis & bawang besar.  Gaulkan sehingga rata. 
3. Panaskan minyak masak. Gorenglah bancuhan jemput2 tadi sehingga garing kedua2 belah.  Angkat & toskan.  Hidang dengan sos kegemaran anda.

Selamat mencuba!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...