Thursday, September 11, 2014

Waffle

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Alhamdulillah.. mood update dah mari nampaknya.  Sementara mood bagus & masa pun mengizinkan.. jadi bolehlah taip resepi.  


Baru2 ni dapur gas MaDiHaA yang jenis kaca tu retak seribu... dah 8 tahun guna sebenarnya.  Mungkin dah sampai masa dia berehat buat selama2nya.  Almaklumlah.. dapur tu jugalah MaDiHaA lasakkan masak pelbagai jenis tempahan.  

Kejadian berlaku lepas siap masak daging goreng & gulai pucuk ubi dengan udang resepi semalam tu... tiba2 je dapur tu 'meletop' prappp!!! Terkejut mokcik!  Nasib baik takde apa2 kemalangan atau kecederaan berlaku.  Kaca2 kasar ada juga yang terpelanting ke lantai tapi takdelah banyak.. masa tu MaDiHaA sedang cedok gulai pucuk ubi dalam bekas untuk bekalan suami ke tempat kerja (kerja shift malam dia memang berbekal). Memang terkejutlah.. pertama kali jadi camtu.. yelah.. dapur tu pun baru pertama kali guna seumur hidup sejak2 berpindah rumah sendiri.  Dulu2 guna dapur gas steel tu je.  Syukurlah kaca tu tak merecik dalam gulai ke.. ke mata MaDiHaA ke.. gerun juga bila mengenangkan kejadian tu.   Makanya.. terpaksalah kami cari penggantinya.  Tapi tak serik2 cari pengganti hok jenis kaca juga.. hehe... Masa dok usha2 dapur tu dengan suami... ternampak pula si waffle maker.  Dah lama teringin nak memilikinya... tapi belum ada rezeki.  Baru2 ni nampak sepupuku Marlida pun dah sambar satu kat Lazada... jadi bila ternampak kat kedai elektrik tempat MaDiHaA dok survey dapur tu pun ada... teruslah sambar jugak.. hihihihihiiii... makanya.. malam tu juga anak2 buat permintaan nak makan waffle.  Memang kegemaran anak2 waffle ni setiap kali pegi mana2 ada nampak jual waffle memang wajib beli.  Oleh kerana projek waffle ni dibuat mengejut... maka kita cuba dulu resepi yang ada pada user manual waffle maker tu dulu.  Lain kali boleh cuba resepi yang lain pula.... 

Waffle ni MaDiHaA suka sapu dengan butter & peanut butter. Alin suka butter & coklat filling. Haziq pula suka butter & susu pekat. Suami pulak... apa2 pun boleh aje.. Hmm.. memang best layan waffle panas2...


Waffle
Resepi : Dari user manual waffle maker

Bahan2
2 biji telur
2 cawan tepong gandum (ayak bersama baking powder)
1 3/4 cawan susu segar
1/2 cawan minyak 
1 sudu besar gula
4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh vanila

Cara menyediakan
1. Panaskan waffle maker. Pukul telur dalam mangkuk besar sehingga naik.  Masukkan susu, minyak masak, vanila, garam & gula. Pukul lagi hingg rata.
2. Masukkan tepong yang diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit sambil dipukul sebati & gebu.
3. Tuangkan batter di atas waffle maker yang sudah panas. Biarkan sebentar dalam 15 saat. Tutup & tunggu sehingga ia masak (lampu hijau menyala.. )  MaDiHaA alihkan kedudukan waffle & tutup/masak sekali lagi untuk mendapatkan waffle yang sama garing (masak sama rata).
4. Hidang waffle dengan jem atau filling kegemaran.

Wednesday, September 10, 2014

Gulai Lemak Cili Padi Pucuk Ubi Dengan Udang

Assalamualaikum & selamat pagi...

Ok hari ni kongsi resepi lauk kampong lagi ye.  Inilah pucuk ubi yang diambil masa balik kampong hari tu.... Puas hati makan gulai pucuk ubi ni... walaupun pucuk ubi ni angin... tapi tetap nak makan juga... hihihi... Tapi bagi ibu2 yang menyusukan bayi.. memang tak elok makan yang angin2 ni.. takut nanti bayi kita pulak yang kembong.. kita juga yang susah... jadi kenalah berpantang dulu ye...

Bagi yang tiada idea nak masak apa hari ni... bolehlah ubah2 selera lauk kampong pulak.  Resepi seperti di bawah..


 
Gulai Lemak Cili Padi Pucuk Ubi Dengan Udang
Resepi : MaDiHaA
 
Bahan2
2 cekak/ikat pucuk ubi
20 ekor udang ~ bersihkan (ikut suka nak buang kulit atau tidak)
2 1/2 cawan santan pekat
tambah air secukupnya untuk kuah (tak perlu byk nanti kuah cair)
6 ulas bawang merah#
2 ulas bawang putih#
20 - 25 biji cili padi# (terserah anda nak pedas atau tak)
2 inci kunyit hidup#
2 batang serai ~ dititik
1-2 sudu kecil serbuk kunyit (bergantung berapa kuning yg kita nak utk gulai tu)
1 keping asam keping
garam & serbuk perasa secukup rasa


Cara menyediakan

1. Pucuk ubi disiang. Ambil bahagian lembut & digetus/diputuskan dua. Bahagian pucuk sekali terus je patahkan kat bahagian batangnya yg lembut tu. Rebus pucuk ubi bersama air hingga lembut. Cara nak uji dah lembut atau tak.. ambil pucuk ubi tadi lalu koyakkan. Jika masih keras sambung rebus lagi. Bila dah lembut padamkan api & toskan airnya.
2. Tumbuk bahan2 bertanda #. Dalam satu periuk masukkan bahan2 tumbuk, serai, asam keping, santan, serbuk kunyit & garam secukupnya. Didihkan kuah hingga mendidih sambil selalu dikacau. Buangkan asam keping tadi kemudian masukkan pucuk ubi dan tambahkan air ikut keperluan. Jangan terlalu byk air nanti kuah jadi cair. Masak lagi hingga agak pekat.
3. Bila pucuk ubi dah mesra dengan kuahnya.. tambahkan bahan perisa & udang. Masakkan sekejap lagi hingga udang nampak masak. Jangan terlalu lama nanti udang mengecut & nanti isinya jadi keras. Bila dah secukup rasa bolehlah dihidang bersama nasi putih & ikan masin atau ikan goreng.


Selamat mencuba!

Tuesday, September 9, 2014

Sambal Pedas Ikan Jenahak Dengan Petai

Assalamualaikum & salam sejahtera...

2 minggu lepas kami pulang ke kampong mertua di Raub.  Kebetulan pula pada tarikh yang sama sepupu suami ada majlis bertandang dirumah pengantin lelaki.. jadi kami turut sertalah juga walaupun kami gerak dari PJ ni hanya sebuah kereta je.. hehe.. Rombongan keluarga bapa saudara satu bas & beberapa buah kereta semuanya dari Felda Keratong & kami berjumpa di Jeratut terus menuju ke rumah pengantin lelaki di Felda Padang Piol.  Seronok juga pegi ke tempat orang ni. Lain tempat.. lain cara masakan mereka.. Paling istimewa lauk kenduri ada pulak masak tempoyak ikan patin yang ditempah khas dari Temerloh.  Pertama kali MaDiHaA merasa ikan patin yang isinya sedap! Sebelum ni MaDiHaA memang tak suka dengan rasa ikan patin.. tapi bila rasa ikan patin Temerloh ni memang super sedap. Langsung takde rasa pelik... rasa tanah ke rasa paya ke... memang boleh makanlah... hehehe (mcam ler pernah makan tanah kan...haha). Puas hati en. suami & penggemar2 ikan patin menjamu selera.. siap meratah lagi..

Ok berbalik cerita asalnya.. bila dah balik ke kampong tu.. banyak ler bawa balik hasil dari kampong. Antaranya ialah pucuk ubi & petai.  Ada lagi benda lain tapi malas ler nak cerita.. nanti tak abis2 nak sebut dari A sampai Z... hahaha... yang jadi friend kat FB jelah yg tau apa yang MaDiHaA angkut dari kampong tu..kikikii...

Oleh sebab stok petai yang banyak (walaupun dah sedekah2 kat sedara mara & kawan2 kat sini) jadi kita masaklah lauk berasaskan petai sampai lebam ye.  Orang masak sambal petai dengan udang bagai... MaDiHaA sambalkan dengan ikan... kita yang buat dia... sedap wehhh... jangan tak percaya... berdesip2 pedasnya kena dengan cili padi. Resepi sama jer dengan resepi sambal pedas yang biasa MaDiHaA masak.. cuba tambahkan aje dengan petai...





Sambal Pedas Ikan Jenahak Dengan Petai

Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
2 keping ikan jenahak saiz besar (lebih kurang 650 gm)
serbuk kunyit
3 papan petai ~ dihiris ambil isinya
3 ulas bawang merah ~ dimayang
minyak secukupnya
garam & gula secukup rasa
2 keping asam gelugur
3,4 sudu air
minyak masak secukupnya

Bahan tumbuk halus
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
30 biji cili padi
1 biji cili merah
1 inci kunyit hidup 

Cara menyediakan
1.  Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit & sedikit garam.  Goreng ikan hingga masak. Angkat & ketepikan.
2. Panaskan minyak lalu tumiskan bawang merah hiris & bahan tumbuk hingga wangi & agak garing.  Masukkan petai, asam gelugur, garam & gula secukup rasa. 
3. Gaul mesra masukkan sedikit air & ikan goreng. Gaul & balik2kan ikan. Bila dah secukup rasa, bolehlah matikan api & hidangkan.

Selamat mencuba!

Friday, September 5, 2014

Sembang raya.... suka duka kehidupan...

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Buat semua pengunjung blog yang MaDiHaA sayangi semoga kalian semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya..

Hari ni terasa rajin nak bercerita kat blog ni walaupun sebenarnya entry hari ni berhari2 juga ku perah idea untuk ku siapkan.. hehe.. Bukan senang nak menulis ni tambah pula bila dah lama sangat berehat.  Jadi tanpa membuang masa.. jom layan entry hari ni yang agak berjela2 ni ye!  Hari ni saja nak bercerita kenangan raya kami.  Dah beberapa tahun sambut raya dalam keadaan yang agak suram.  12 tahun yang lalu kami pernah bersedih kerana kehilangan ayahanda tercinta pada tahun 2002 iaitu pd 26 Ramadhan.. kira2 hanya 4 hari lagi nak sambut raya.  Tiada ungkapan yang dapat digambarkan kesedihan kami pada tahun itu.  Siapalah yang tak berasa sedih.. insan yang berpuluh tahun bersama pergi meninggalkan kami buat selama2nya secara mengejut! Pagi masih ke kebun sayur.. kemudian petangnya diserang sakit, esok terus pergi. Hampir dengan hari raya pula tu. Tentu anda boleh bayangkan kesedihan kami ketika itu kan?  Sepuluh tahun selepas itu iaitu tahun 2012 kami diuji lagi dengan dugaan yang sangat besar yang kami sekeluarga harus tempuhi.  Dugaan itu ibarat sebuah bot ditengah lautan yang tiba2 bocor ditembak musuh.  Kami penumpangnya mau tidak mau terpaksa juga cekalkan hati untuk berenang menyelamatkan diri masing2.  Betapa sukarnya untuk selamatkan diri ditengah2 lautan dalam namun alhamdulillah.. setelah penat & letih berenang.. akhirnya kami hampir menemui daratan.  Begitulah beratnya dugaan kami.  Alam nyatanya.. kami bersyukur berkat doa kawan2 & semua yang mengenali kami di alam nyata maupun di alam maya... dugaan tersebut dapat kami lalui dengan tenang.  Sesungguhnya Allah menduga kita mengikut kemampuan hambaNYA & sesungguhnya setiap kejadian itu pasti ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya.  Alhamdulillah.. 2 tahun kami lalui saat2 sukar... akhirnya kemanisan & pelangi yang kami dambakan & yang kami impikan hampir sudah menjelma. Semoga selepas ini segalanya yang indah2 belaka.  Tidak mahu lagi rasanya melalui saat2 sedih itu...

Tahun 2013 masih juga kami diuji.. namun ia hanya melibatkan keluarga kecil MaDiHaA sendiri.. sambut raya dengan keadaan suami yang ditimpa kemalangan pada 20 Ramadhan & patah 3 tulang rusuk membuatkan suami tidak dapat menguruskan dirinya sendiri apatah lagi untuk bekerja mahupun memandu kereta!  Akibat dari tulang yang patah itu buatkan suami tak punya kekuatan walau untuk mengelap badannya sendiri.  Nak berbedak, pakai baju pun perlu dibantu.. itupun hanya baju kemeja saja yang boleh dipakai sebab tangan kanannya tidak boleh diangkat, apatah lagi nak angkat barang.  Walaupun diuji.. namum MaDiHaA seronok kerana dapat luangkan masa yang berkualiti dengan suami tercinta.  Apa tidaknya.. dia sentiasa memerlukan MaDiHaA setiap kali nak buat sesuatu.  Dah macam membelai seorang anak kecil.. Nasib baik nak makan tak perlu bersuap sebab suami belajar suap guna tangan kiri menggunakan sudu.. hehe..   Masih teringat waktu itu MaDiHaA menjadi mak supir ke sana sini untuk bawa suami berubat di tabib cina & juga bomoh patah termasuk ke destinasi yang jauh iaitu di kampong MaDiHaA sendiri.  Bila diingat2 semula... macam tak sangka MaDiHaA mampu lalui itu semua.   Lepas memandu balik kampong berubat.. esoknya memandu pula balik kampong suami di Raub untuk sambut raya di sana.  Rupanya.. orang perempuan ni jadi bersemangat waja bila diberi dugaan... padahal.. jika waktu suami sihat.. bergilir memandu pulang ke kampong baru 1 jam pun dah terasa penat.  Tapi bila keadaan terdesak macam tu... langsung tak rasa penat.. Subhanallah.. sesungguhnya.. semangat itu datang daripadaNYA... tiada yang lebih berkuasa selain dari Allah s.w.t. alhamdulillah.. 

Lain pula cerita di tahun 2014 ini.  Mengikut jadual hospital.. suami akan menjalani pembedahan pada 10 Syawal tahun ini kerana masalah tonsilnya yang membengkak atau pembedahan yang lebih dikenali sebagai tonsilectomy.  Masalah yang dah lama beliau alami tapi baru setahun lebih dia dapatkan rawatan di hospital bila MaDiHaA paksa dulu.  Bukan apa.. risau kerana masalah tonsil tu dia juga dikategorikan sebagai pesakit Obstructive Sleep Apnea (OSA) yang agak berisiko kerana boleh membawa maut ketika tidur apabila salur pernafasan tertutup oleh tonsil yang relex/berkeadaan lembek ketika tidor.  Begitu juga ia agak merbahaya ketika pesakit memandu sebab ia boleh terlelap secara tiba2. (sebab tu kerap MaDiHaA jadi co driver tiap kali balik kampong)  Memang betul ajal maut di tangan tuhan.. namun.. tak salah kita berusaha untuk mengelak kejadian buruk dari berlaku betul tak?  Suami admit hospital pada 5hb Ogos dan sepatutnya jalani pembedahan pada 6hb Ogos.. namun kita hanya mampu merancang.. Allah jua yang menentukan.  Oleh kerana pada hari tersebut katil di ICU sudah penuh.. doktor terpaksa batalkan pembedahan kerana tidak mahu mengambil risiko maka pembedahan tersebut terpaksa ditunda ke tarikh lain pula.  Kasihan suami yang sudah berpuasa sehingga ke pukul 1 tengahari baru diberitahu pembedahan tak dapat diteruskan.  

Selain syarat utama wajib ada katil di ICU standby untuk suami.. kami juga diarahkan untuk membeli sebuah CPAP Machine sebelum pembedahan tersebut dapat dijalankan.  Mesin ini wajib ada jika tidak doktor tidak dapat buat pembedahan. Pesakit OSA agak berisiko sekiranya menjalani tonsilectomy tidak seperti pesakit tonsil biasa. Alhamdulillah kami bersyukur kerana layak mendapat bantuan dari Zakat Selangor untuk membeli mesin tersebut yang harganya sangat mahal yang memang tak mampu kami nak adakan dalam masa yang singkat.  Mana mungkin dapat nak adakan RM7800.00 dalam masa beberapa bulan.. terima kasih ya Allah kerana mendengar doa & rintihan kami.  Sebelum dapat bantuan tersebut kami sangat runsing kat manalah nak dapatkan duit begitu banyak.  Syukurlah dipermudahkan urusan kami.. sehingga ke hari ini.. suami masih menunggu panggilan dari pihak hospital untuk tarikh pembedahannya yang tertunda..

Nampaknya tahun 2014 ada sedikit sinar buat kami untuk bergembira di hari raya.  Cuma suami je waktu tu yang agak risau sebab pembedahan belum dibuat.. hehe.. Bagi MaDiHaA pula.. risau tu tetap ada, siapalah tak sayang suami kan.. tapi sudah merasa lega sedikit sebab banyak perkara dapat kami selesaikan sebelum pembedahan dibuat terutama bila CPAP machine yang mahal tu dah berada dalam tangan suami.  Yang penting sekarang.. hanya perlu pastikan suami berada dalam keadaan sihat.. tidak batuk, tidak demam supaya dapat menjalani pembedakan yang akan dihadapinya bila2 masa dari sekarang.  


Aidilfitri 2014 kali ini giliran beraya di kampong MaDiHaA.  Dapatlah berpuasa dengan ma tersayang selama 2 hari sebelum raya. Yang seronok tu sebab boleh request ma masak menu yang dok teringin sangat. Menantu (suamiku) pun sama juga siap minta ma buatkan nasi kerabu... jenuh satu kampong mencari ulam2an.  Sebabkan ada beberapa hari MaDiHaA di kampong sebelum raya.. sempat juga MaDiHaA buat 3 jenis kek iaitu kek buah kukus, kek gula hangus & kek coklat moist.  Sempat juga tolong ma bungkuskan tapai pulut.  

Menu berbuka kami di Ramadan terakhir....
Hari raya pula seronok juga sebab dapat makan masakan ma. Bukan bermakna masakan mertua tu tak sedap.. cuma.. menu yang berbeza tu yang buat kita boleh rindukan air tangan mak di pagi raya jika tak dapat beraya bersama.  Tahun ni kami pilih menu yang berbeza sedikit dari tahun2 sebelumnya iaitu menu nasi dagang Terengganu.  Biasanya menu wajib kami mesti ada lontong berkari, ayam masak merah & juga rendang yang dimakan dengan ketupat nasi & lemang.  Tapi tahun ni tukar ke menu nasi dagang pula.  Sayang tak sempat nak ambil gambar semua menu2 raya disebabkan terlampau sibuk.  Tapi.. menu lontong berkari kami masak juga malam raya tu untuk berbuka puasa sebab banyak sangat permintaan (dari cucu, dari anak).. hahaha.. menu lontong berkari kami hidang waktu berbuka puasa terakhir.. jadi hilanglah rindu kami sebab dapat juga makan lontong berkari sebab menu pagi raya kami ialah nasi dagang.  Lontong berkari ni tak sama dengan lodeh kuah putih atau kuah kuning tu tau... apa yang penting.. inilah menu yang menjadi kegemaran kami sejak dulu.. itu sebabnya boleh rindu bayang bila giliran kami beraya di Raub sebab tak dpt makan lontong berkari tu. Masak sendiri tak sama dengan air tangan mak.  Selain itu ma ada juga menempah beberapa batang lemang utk juadah hari raya. Tapi malam berbuka terakhir tu kami semua dah pun rasmikan lemang tu cicah dengan rendang daging.. haha..

Antara tetamu yang sempat diambil gambar... kawan lama ma berbangsa Cina & asli ni. Mereka memang tiap2 tahun datang beraya rumah kami... bila tiba Tahun Baru Cina.. kami pula berkunjung ke rumah mereka.. hehe..

Kawan sekelas semasa sekolah menengah dapat dengan suami & anak2..


Seronok sangat raya tahun ni sebab tetamu tak putus2 datang berkunjung. Kawan sekolah yang lama tak bertemu pun datang juga.  Kawan2 ma pun ramai yg datang. Sampaikan kami nak bergambar pun tak berapa sempat.. inikan pulak nak snap gambar makanan.. memang tak dan dibuatnya.. hehe..   

Hari raya ke tiga barulah kami sempat ziarah kubur arwah ayahanda tersayang.  Sempatlah kami sama2 membaca yaasin & tahlil buat arwah yang diketuai oleh suamiku.

Marbahan beramai2


Yang buat MaDiHaA paling seronok bila kami semua dapat berkumpul buat mini re-union di rumah seorang kawan pada hari raya ke tiga.  Seronok tak terkata. Pertemuan semula kami selepas 25 tahun.. memang tak cukup nak bersembang 1 hari.. macam2 nak diperkatakan.. hehe.. 
Posing beramai2 dan inilah antara yang dapat hadir... X-SMKK 84 - 88.  

Tak habis di situ.. hari raya ke 4 pula kami ambil peluang untuk beraya ke rumah kawan2 ku & kawan2 suami.  Yang paling tak dapat kami lupakan.. kat rumah kawan MaDiHaA ada bela macam2 pets.. antara yang menarik perhatian kami ialah 2 ekor ular jenis ball phyton yang sangat jinak & manja... hehehe... jom tengok kitorang main2 dengan ular!


First time pegang ular macam ni... sebelum ni hanya sentuh dengan jari je... hehehe..


En. Rozi yang dulu penggeli dengan ular cuba berani2kan diri pegang ular.. alhamdulillah... dah berani pun.. hehehe...
 
Tak lepaskan peluang.. anak sulung MaDiHaA dan adiknya pun ambik peluang juga nak pegang ular.. cuma adiknya Alin je penggeli sangat.. langsung takmau cuba.. hehe..


Begitulah cerita raya kami... setiap tahun ada saja dugaan mendatang setiap kali nak sambut raya.  Nampaknya tahun 2014 ini ada sedikit cahaya kegembiraan buat kami walaupun masih ada yang belum selesai.. namun.. doakanlah segalanya berjalan dengan lancar... mudah2an tahun hadapan tiada lagi dugaan besar buat kami..  amin.. 

Sekian dulu untuk kali ni... terima kasih pada yang sudi luangkan masa di sini ye.. 

Tuesday, August 26, 2014

Tempahan...

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Masih lemau2 lagi nak update resepi.. jadi hari ni update tempahan je lah dulu ye... Ada kerajinan & masa terluang nanti MaDiHaA update resepi pulak..

Terima kasih pada semua customer yang menempah.  Segala kekurangan mohon dihalalkan dunia & akhirat ye..


Tempahan Puan Syida yg dah beberapa kali menempah apam ni.. t.kasih banyak Syida.. maaf tak dpt buat warna permintaan oren tomato.. huhuhu..  Warna tu je yg jadinya.. tak pandai sangat nak bermain dgn warna..





Ini tempahan Puan Yas... terima kasih Puan..




Ini pula tempahan dari Puan Azizah.. Puding sagu mutiara... TQ puan..

Terima kasih semua ye..

Tuesday, August 19, 2014

Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga...

Assalamualaikum & Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga...


Seperti biasa... tiap kali selepas raya mood untuk update blog merudum... hehe... Hari ni kuatkan semangat sapu2 habuk kat blog sendiri.  Baru sempat edit sekeping dua gambar raya.  Tak sempat nak bergambar sangat.  Memang tiap2 tahun begitu... setiap kali raya samada di rumah sendiri maupun rumah mertua.. sibuk sungguh melayan tetamu yang datang tak putus2... pendek kata.. tangan tak sempat kering mencuci pinggan & gelas... alhamdulillah.. tetamu datang membawa rezeki... kedatangan tetamu itulah yang buatkan hari raya jadi bertambah meriah...


Kepada semua pengunjung blog MaDiHaA.. di kesempatan ini ingin MaDiHaA mohon kemaafan seandainya ada salah & silap dalam patah perkataan yang MaDiHaA tuliskan di blog ini... samada sengaja atau tidak disengajakan.. mohon dimaafkan ye...


Ok cukup dulu untuk kali ini... ada kesempatan & kerajinan nanti bolehlah update resepi pula.  Ada juga beberapa resepi dari juadah berbuka yang tak sempat nak update ke sini.  

Terima kasih sudi berkunjung ke blog MaDiHaA ye..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...