Monday, April 13, 2015

Sambal Belacan Power

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Kongsi resepi sambal belacan plak hari ni.  Sedap betul makan nasi bila ada sambal belacan.  Tak perlukan lauk sedap2.. ada ulam, ikan goreng pun dah memadai.  Kalau rajin boleh tambah satu menu sayur. Dah cukup buat kami.  Sekarang kena berjimat cermat. Maklumla.. nak kena bayar GST... nak membeli kena berkira2 dulu. hehehe... Lainlah kalau gaji kita berpuluh ribu sebulan kan... memang tak terasa... Orang susah macam MaDiHaA ni terasa ralat juga tiap kali beli barang kena bayar lebih. Sedangkan sebelum ni nak membeli barang tengok dulu beza harga setiap pasaraya.  Beza 50 sen pun kena ambik tau... sekarang ni mau tak mau.. 6% memang kena bayar... hmm...




Sambal Belacan Power
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
2 biji cili merah ~ kerat 4
20 biji cili padi merah (jenis berkilat yg pedas giler tuh) ~ dipatah dua
4 ulas bawang merah ~ hiris
sejemput ikan bilis yang siap dikopek (anggaran hampir secawan)
1 1/2 inci belacan (1 1/2" x 1 1/2") (nak letak 2 inci pun boleh.. terpulang)
1 biji tomato ranum besar ~ dipotong dadu
garam secukup rasa
gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Cara menyediakan
1. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat & masukkan dalam lesung batu. Tumbuk separa lumat.
2. Goreng pula cili padi, cili merah, bawang merah serta belacan hingga wangi & layu. Angkat & tos kemudian masukkan dalam lesung tadi & tumbuk lagi sehingga lumat atau separa lumat. Biar bercampur bilis & bahan2 cili serta belacan tadi. 
3. Sebelum nak tumbuk tu.. masukkan tomato dadu kemudian sekali dalam kuali & goreng sekejap agak2 layu. Angkat & tos masukkan dalam bekas dulu. Bila cili bawang dah siap tumbuk barulah masukkan tomato & tumbuk agak2 tomato sebati.
3. Tambah garam & gula secukup rasa. Sedia dihidangkan bersama ulam-ulaman. Minyak bekas menggoreng jangan dibuang. Boleh simpan dahulu & gunakan untuk menumis rencah nasi goreng atau mee.

Selamat mencuba!


Friday, April 10, 2015

Bingka Pisang

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Alhamdulillah bersua lagi kita di hari Jumaat penghulu segala hari.  Bersyukur kerana masih dipinjamkan usia & bernafas hingga ke hari ini.  Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbarrrr.... Aku bersyukur dengan segala nikmat pinjaman dari MU ya Allah... Alhamdulillah di atas segala rezeki yang kau berikan... amin..

Ok jom MaDiHaA kongsikan resepi Bingka Pisang yang MaDiHaA buat baru2 ni.  Sedap! Sememangnya MaDiHaA suka apa2 saja juadah yang diperbuat dari pisang.  Pisang dah terlajak masak ni.. jadi tak perlu letak gula banyak ye.  Sesiapa yang suka manis2 boleh tambah lagi sukatan gula untuk beberapa sudu... bagi MaDiHaA sukatan di bawah dah ok di tekak kami sekeluarga.

Jom cuba kalau ada pisang berlebih kat rumah tu ye.. guna apa2 pisang pun boleh.




BINGKA PISANG
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2  

2 1/2 cawan pisang lenyek
1 cwn tepung gandum
1 sudu besar tepong jagung
1/2 cawan gula pasir (kalau suka manis boleh tambah beberapa sudu gula lagi)
2 cwn santan sederhana pekat (dari 1 biji kelapa)
biji telur
1/4 sudu kecil garam
2 sudu besar butter yang dicairkan

Bahan tambahan
butter tambahan untuk loyang 
bijan hitam atau putih secukupnya

 Cara Menyediakan 1. Pukul ringan telur kemudian campur ke dalam santan berserta garam dan kacau seketika.
2. Dalam mangkuk mengadun, campurkan tepong gandum, tepong jagung serta gula pasir & kacau ratna menggunakan whisker. Tuangkan larutan santan sedikit demi sedikit sambil digaul rata.  

3.Masukkan pisang yang dilenyek tadi & gaul sebati.  Campurkan butter cair & gaul lagi hingga betul2 sebati.
4. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter.  Tabur bijan secukupnya. 5. Bakar 180C selama 1 jam atau sehingga masak.  (oven on atas bawah ye)
6. Jika menggunakan acuan bunga pecah 8, masukkan 1 sudu kecil butter ke dalam loyang & panaskan atas dapur gas hingga butter cair menggunakan api kecil.  Masukkan adunan bingka sehingga penuh, taburkan bijan & masak sekejap atas dapur gas selama 3 minit. Alihkan loyang bunga pecah 8 ke dalam oven suhu 175C dan bakar selama 50 minit atau sehingga masak.
7. Sejukkan dahulu sebelum di potong. 

Selamat mencuba!

Wednesday, April 8, 2015

Creamy Chicken & Mushroom Soup

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Ini menu yang MaDiHaA dok gilir2 masak selain bubur nasi semasa en. suami MC lepas operation tonsil aritu.  Hanya yang lembut2 gini je yang dia boleh makan. Itupun khas untuk en. suami MaDiHaA kisar halus semangkuk sup ini untuk dia & sejukkan dahulu barulah en. suami boleh santap.. itupun hanya dengan roti putih tanpa bakar sebab dia hanya boleh makan yang lembut2 sahaja.  Kesian sangat dia masa tu... tersilap makan sayur dalam bubur yang kasar sikit pun tekaknya boleh berdarah.  Sensitif betul kesan luka di tekak tu kan.   Selepas hampir 3 minggu barulah dia boleh makan makanan biasa.  Alhamdulillah... sekarang kesihatannya sudah bertambah baik.  Tidur malamnya juga sudah tiada gangguan pernafasan, dengkuran pun dah berkurang atau boleh dikatakan tiada lagi.  Memandu pun dah tak mengantuk macam dulu2.  Syukur sangat2.


Ok jom kita tengok resepi untuk hari ni.  Resepi ni MaDiHaA adaptasi sahaja dari resepi Creamy Chicken Soup yang pernah MaDiHaA buat dahulu iaitu resepi dari en. Mohammad Roslan yang dikongsi oleh Tun Telani.  Terima kasih buat kedua2nya ye.  Cuma kali ini MaDiHaA tambahkan dengan cendawan butang dalam tin tu sebab anak2 sukakan cendawan tu.  Selamat mencuba ye. 




Creamy Chicken & Mushroom Soup Adapted from Creamy Chicken Soup: Mohammad Roslan Sumber: Tun Telani

Bahan2:
    50 g butter/margerine
    1 bj bawang besar- dadu
    2 ulas bawang putih- tumbuk
    1/2 cawan tepung gandum

    1/2 bahagian isi dada ayam (dari seekor ayam) ~ hiris nipis
    1/2 tin cendawan butang dlm tin - hiris nipis
    2 kiub ayam
    1 liter air
    1/2 tin susu sejat
    1 sk dried oregano
    garam

Cara2:     1. Cairkan butter/margerin dan tumis bawang besar sampai layu.
    2. masukkan bawang putih dan tumis lagi.
    3. masukkan isi ayam & cendawan dan kacau rata biarkan hingga ayam masak. masukkan sedikit air dan kiub ayam. masak sampai kiub ayam larut.
    4. kecilkan api dan masukkan tepung gandum. kacau sampai rata.
    5. masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga tiada ketul2. gunakan whisker jika perlu.
    6. masukkan susu dan masak dgn api sederhana sampai sup mendidih.
    7. perasakan garam dan masukkan oregano.
    8. siap! sgt sedap dimakan bersama garlic bread.


Selamat mencuba!

Monday, April 6, 2015

Peria Goreng Sambal Tomato

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Takde resepi hebat hari ni.. share resepi peria goreng jelah yek. haha.. Senang kerja MaDiHaA sekarang sebab ada stok Sambal Tomato Marbeles banyak dalam peti sejuk.  Nak goreng sayur campurkan aje sambal ni 3,4 sudu. Nak goreng nasi pun mudah.. mayang bawang... pastu masukkan sambal tomato tu sikit, masukkan nasi gaul2 dah siap nasi goreng.  Motif buat sambal tomato banyak2 ni bukan sebab rajin sangat. Tapi sebab takmau membazir.  Sejak ambil tempahan pulut kuning ni banyak sangat tomato bergolek2 dalam peti sejuk.  Kulitnya dah diambil untuk buat bunga ros tomato hiasan pulut kuning. Yang tinggal isi dalamnya.  Kadang berkilo jugak dibuatnya.  Sayang nak buang tau.  Mujurlah juga stok udang kering pun banyak jugak jadi bolehlah buat sambal tomato yang marbeles ni.  Selain boleh dimakan terus dengan nasi cicah dengan ulaman... boleh juga digunakan dalam masakan.  Jadi pes goreng-goreng gitu.  Tak perlu susah2 nak tumbuk cili dengan ikan bilis bagai.  Jom sesiapa yang teringin nak buat sambal tomato boleh klik DI SINI ye.


Peria Goreng Sambal Tomato

Bahan2
1 biji peria kambas ~ dihiris
3 ulas bawang merah ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
3 ~ 4 sudu besar sambal tomato (ikut selera sendiri nak letak lebih pun boleh)
garam jika perlu
minyak masak 

Cara2 menyediakan
1. Panaskan minyak & tumiskan bawang merah & bawang putih hingga wangi. Masukkan sambal tomato.  Gaul rata.
2. Masukkan peria & gaul sebati. Jika perlu boleh tambah sikit air & garam. Bila peria masak bolehlah hidangkan.

Selamat mencuba!

Friday, April 3, 2015

Pulut Kuning Berhias *Tempahan*

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Pagi ni share gambar tempahan pulut kuning je dulu.   Kot ada kelapangan nanti share resepi pulak ye.





Kali ni buat pulut kuning berhias tempahan Kak Linda.  Kak Linda minta buat pulut kuning sama macam deko yang pernah MaDiHaA buat sebelum ni.  Deko simple aje... yang penting customer berpuas hati.  Terima kasih Kak Linda di atas tempahan pulut kuning tu ye.  Mana2 yang terkurang mohon dihalalkan ye.

Jika ada yang berminat nak menempah pulut kuning berhias (Bandar Sunway, PJ) boleh hubungi MaDiHaA aka Ratna di 019-3171150.  Terima kasih!

Wednesday, April 1, 2015

Kuih Lapis Cendol

Assalamualaikum & salam sejahtera....




Merajinkan diri godek2 kuih ni sebab ada sebungkus cendol dalam peti sejuk. Masa membeli tu anak teruna yang bersungguh ambil 2 bungkus cendol masuk troli.  Dah buat dah cendolnya... tapi makannya sikit aje.  Jadi cendol berbaki tu kenalah buat sesuatu dari membazir macam tu aje.  Ubah sikit penampilan cendol tu kali ni.  Terjumpa resepi kuih lapis cendol ni dalam fotopages Chef Hanieliza.. jadi kita pun cubalah.  Bahan2 pun mudah je. Semua ada kat dapur tu.

Alhamdulillah menjadi.. cuma kurang molek kejadiannya.. maklumla buat tergesa2 sebelum tidor.  Masa potong pun tergesa2 jugak pepagi hari untuk sarapan anak2 sebelum ke sekolah.  Snap gambar pun tergesa2. Jadilah janji ada gambar kan.. hihi.. Tak sangka pulak lepas merasa kuih ni.. anak2 berdua tu nak bawa juga untuk bekal ke sekolah.  Kadang anak teruna tu kuih2 lembik gini kurang layan.  Kalu si adik tu memang tak memilih sangat.  Agaknya kena dengan selera mereka kot kuih ni.. yelah.. manis2 lemak gitu kan... mau tak sedap!

Oklah jom semak resepi ni.  Senang je nak buatnya... terima kasih kak liza untuk resepi ni ye...


KUIH LAPIS CENDOL
Resepi : Chef Hanieliza
Sumber : MaDiHaA aka Ratna
 

Bahan-bahan A:
1 1/2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung jagung
1/2 cawan gula
3 cawan santan (MaDiHaA guna 1 kotak santan campurkan dengan air jadikan 3 cawan)
1 s/k garam

1/2 cawan air gula merah [larutkan 1/2 cawan air panas + 4 s/b gula merah]

1 cawan cendul
1/2 cawan air

Cara:
1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
3. Masukkan air gula merah dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.
4. Tambahkan cendul dan 1/2 cawan air dalam adunan putih supaya kecairan nya sama dengan adunan gula merah tadi..
5. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.
6. Bahagikan setiap adunan sama banyak. Jadikan gula merah 2 bekas dan adunan cendul juga 2 bekas.
7. Masukkan 1 bekas bahagian adunan cendul dan kukus selama 5 minit.
8. Lapiskan 1 bekas bahagian adunan gula merah dan kukus semula selama 5 minit.
9. Lapiskan lagi dengan 1 bekas bahagian adunan cendul dan kukus lagi 5 minit.
10. Lapiskan lagi dengan 1 bekas adunan gula merah dan kukuskan semula selama 10 minit..
11. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan. 


Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...