Alhamdulilah.. rezeki kami semasa pulang ke kampong mertua menghantar kakak Dini ke asrama minggu lepas... dapat bawa balik seberkas sayur pucuk cemperai, bunga kantan & juga daun cemomok (daun cemomok tu ramuan untuk buat gulai asamrong). Pucuk cemperai tu, dapatlah 2 kali masak. Dalam gambar tu MaDiHaA hanya sempat snap selepas ianya dah dimasak separuh. Jika belum masak.. memang menggununglah banyaknya.. hehe.. Dah lama juga tak makan pucuk cemperai. Maklumlah dok kat bandar ni.. bukan senang nak jumpa orang jual sayur2 kampong atau sayur yang hanya boleh dijumpai dalam hutan atau belukar macam pucuk cemperai ni. Kalau ada pun di pasar pagi.... itupun kalau tiap2 minggu pegi bernasib baik berjumpa. Macam MaDiHaA ni pegi sesekali... sayur2 kampong macam ni bukan tiap2 minggu ada.
Waktu kami balik kampong minggu lepas... mertua & adik ipar tiada di rumah sebab adik ipar menghantar isterinya balik ke Kuantan. Jadi mak mertua pun teringin nak ikut sekali. Memang dah tau mereka nak pegi Kuantan, tapi tak mengapalah... kami balik juga sebab memang nak hantar Kakak Dini minggu tu... Lagipun kami memang ada kunci rumah & mak mertua pun tau kami nak balik. Jadi hanya kami 5 beranak jelah yang tidor kat rumah mak... tuan rumah takde.. siap sempat buat apam polkadot lagi... hehe... untuk bekalan kakak Dini kat asrama.. Pagi Ahad tu.. sempat en. hubby ke rumah pakciknya & nak dijadikan rezeki kami.. kebetulan pakciknya memang nak mencari pucuk cemperai... maka.. adalah rezeki kami.
Ya Allah... sedapnya dapat makan sayur kampong ni. Dah lama betul tak makan.. rindu dibuatnya. Kebetulan ada 2 ketul keledek kat dapur tu... jadi seketul di masak bening dengan pucuk cemperai tu.. dan keesokkannya dimasak pula sayur lemak putih dengan seketul lagi keledek. Tak sangka pula Haziq pun suka sayur ni... cuma Alin je kurang suka sayur2 hijau.. Memang puaslah kami dapat makan sayur pucuk cemperai ni... manis jer rasanya... ehh.. bukan manis macam kita makan buah... tapi manis sayur... hehehehe....
Tak perlu kot kongsi resepi sebab sayur biasa-biasa je... semua orang pun dah pandai masak sayur bening atau sayur air dan juga sayur lemak putih ni kan? Jadi MaDiHaa kongsi gambar sajalah ye... Pucuk cemperai ni nak masaknya tak perlu dicelur.. boleh terus dimasukkan ke dalam kuah yang dah mendidih. Masak sehingga ia lembut. Semasa nak menyiangnya.. lepas di petik dari tangkainya.. pulas2kan sikit biar ia jadi kecik2 sikit... jadi takdelah lebar sgt sayur tukan... hehehe... Masa masak ni.. stok ikan bilis kehabisan.. jadi hanya guna kiub ikan bilis saja.. janji sedap..



















