Monday, November 11, 2013

Pulut Kuning Berhias *Tempahan*

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Baru2 ni MaDiHaA terima tempahan pulut kuning lagi.  Alhamdulilah.. dapat siapkan seperti yang dijanjikan.  Kali ni customer nak ambil belah petang. Jadi takdelah sampai MaDiHaA tak tidur semalaman.. hehe.. Kalau customer minta ambil sebelah pagi... memang satu malam MaDiHaA tak lena nak tidor malam.. bimbang tak sedar nak bangun kukus pulut & risau persiapan bahan2 deko tak sempat nak siapkan...  jadi.. bila terima tempahan pulut kuning.. memang MaDiHaA akan jadi burung hantu berjaga malam... hehehe...

Oklah.. MaDiHAa kongsi kat sini gambar pulut kuning deko setingkat ni ye.  Menggunakan 2kg pulut & loyang 10" x 10". Terima kasih pada adik yang order.  Harap berpuas hati lah ye.. jika ada yang terkurang dimana2 akak minta dihalalkan..


Permintaan customer minta pulut kuning berlapis serunding & letak telur puyuh & telur dadar gulung banyak2.. jadi beginilah hasilnya..

Jika ada yang berhajat.. jangan segan2 calling2 MaDiHaA ye.. Terima kasih!

Friday, November 8, 2013

Roti Paung Lembut



Assalamualaikum & salam sejahtera...


Salam Jumaat buat semua... mudah2an semuanya sihat2 belaka ya.  Pagi tadi dalam perjalanan nak ke pejabat selepas hantar anak ke sekolah.. di bulatan Jalan Othman PJ ternampak satu kemalangan kereta terbabas langgar bulatan & termasuk dalam longkang dalam bulatan tersebut.  Jem la jugak jalan kat situ sebab pihak polis dah tutup sebahagian jalan kat situ untuk kerja2 menarik kereta yang terperosok dalam longkang & kami yang nak melaluinya terpaksa buat u-turn kat jalan lain... ya Allah.. bila tengok kemalangan... hati mesti berdebar2.. jauhkanlah aku dari kejadian yang tidak diingini... kau lindungilah kami sentiasa ya Allah.. mudah2an perjalanan kami sentiasa selamat hendaknya... amin.. 



Sebenarnya kerisauan sentiasa ada dalam hati setiap kali anak dari asrama nak balik ke KL menaiki bas.  Waktu tu.. hanya mampu berdoa moga perjalanan anak & kawan2 selamat.  Semalam kakak Dini telefon katanya pihak sekolah akan membawa pelajar2 yang telah berjaya & melepasi peratus yang dikehendaki sekolah (kakak Dini salah seorang darinya) berekreasi di Sg. Cemerkau, Raub.  Berkelah & mandi manda la agaknya.. Entah.. MaDiHaA pun tak pernah sampai lagi ke situ... tak dapat nak gambarkan macamana keadaan suasana kat situ.  Apapun mudah2an anak2 murid semua selamat dalam apa juga aktiviti yang dijalankan di sana.  Maklumlah kan sekarang ni musim hujan.  Macam2 perkara boleh berlaku jika tiada langkah berjaga2 diambil.  Kata kakak Dini lagi.. khas untuk pelajar tahfiz pula.. iaitu kelas A bagi semua tingkatan kot (kakak Dini pun dari kelas tahfiz juga) mereka akan di bawa makan angin ke Dungun, Terengganu.  Tapi tak taulah butir2 lanjutnya bila & berapa hari.  Apa pun ibu doakan perjalanan kalian nanti selamat hingga ke destinasi & juga pulang dengan selamat.  Inilah 'reward' buat mereka yang telah bertungkus lumus belajar bersungguh2 terutama bagi pelajar tahfiz yang kena bangun lebih awal dari pelajar2 lain untuk ke kelas tahfiz.. inilah 'hadiah' buat kamu.  Mudah2an akan lebih bersemangat untuk menghafal ayat2 suci Al-Quran untuk tahun2 mendatang pula.. amin..



Oklah.. panjang pula berceloteh.. sebenarnya hari ni nak kongsi resepi Roti Paung Lembut ni.  Dah lama teringin nak buat sendiri roti paung.  Rindu nak makan roti paung.  Dulu waktu kami kerap ke Terengganu... setiap kali nak ke hospital kami akan parking depan KFC kemudian akan lalu tepi pagar hospital tu... kat situlah tempat MaDiHaA selalu beli roti paung.. hehehe... macam2 lagi juadah yang ada.  Waktu tu bulan puasa.. tiap2 petang pasti ada orang jual pelbagai jenis kuih muih & bubur termasuk bubur lambuk kegemaran MaDiHaA.. rindunya dengan kenangan lalu.  Sekarang kami dah tak perlu lagi situ kerana semua urusan telah selesai.. alhamdulillah...

Ok jom tengok resepinya.. Terima kasih pada May Agumo yang berkongsi resepi yang di ambil dari facebook Shamsiah Abdul Rahim.  Mohon izin kongsi kat blog MaDiHaA ye..


ROTI PAUNG LEMBUT


Sumber : May Agumo



BAHAN2NYA: (MaDiHaA buat 1 1/2 adunan dapat 2 loyang)

  • 500gm tepung high protien/tepung gandum - MaDiHaA guna tepung high protien
  • 50gm susu tepung - MaDiHaA guna susu tepung Anlene
  • 100gm mentega
  • 250ml air
  • 11gm yis
  • 100gm gula halus - nk manis sikit boleh lebihkan gula
  • sedikit pewarna kuning = larutkan bersama yis+air



CARA2NYA:

1.     Satukan semua bahan dan uli

2.     Biar adunan naik skali ganda

3.     bulat2 kan doh kecik2

4.     ltk dlm loyang yg di oles sedikit mentega.

5.     biar doh kembang sdikit n bkr dlm oven suhu 160" selama 15-20minit

6.     dah msk kuarkn dr oven n griskn dgn mentega kat atas roti...




Selamat mencuba!

Thursday, November 7, 2013

Ayam Golek Simple



Assalamualaikum & salam sejahtera...



Dah beberapa hari jugak en. suami sebut2 teringin nak makan ayam golek.   Dok tunggu2 waktu yang sesuai nak membuatnya.  Yelah kadang2 tu bila hari cuti puan isterinya ni sibuk dengan tempahan jadi masak pun yg mudah2 aje hihi.., kadang2 tu keluar.. dah tentu2lah tak masak kat rumah bila keluar.  Cuti Awal Muharam baru ni barulah berkesempatan membuatnya.  



Alhamdulillah.. puas hati tengok encik suami & anak2 makan dengan penuh selera.  Siap berebut2 lagi.. haha.. Yelah ayam sekor kan.. tapi takpe.. enjoy berebut ngan anak2.   En. suami kata sedap! Alhamdulillah.  Disebabkan sarapan pagi tu agak berat iaitu mee goreng & juga roti paung (homemade) jadi waktu makan tengahari perut masih terasa kenyang.  Jadi suami kata tak payah masak nasi... kita ratah je ayam ni.. hehehe... kira macam protein diet je pulak.. haha... tak kisahlah.. janji kenyang & alhamdulillah walaupun tak makan dengan nasi & lauk pauk lain.. memang kenyang kami 4 beranak yang hanya makan ayam & salad tu... (ibu & ayah je makan sayur.. anak2 bo layan). Sebenarnya hanya luak setengah je ayam tu.. tapi alhamdulillah.. memang kenyang sangat2.  Anak2 sambung makan lagi sebelah petangnya.  Sedap betul makan ayam golek ni dicicah pulak dengan kuah lebihannya yang memang ada extra lebihan bakar ayam tu. 



Pada yang teringin nak merasa kesedapan ayam golek ni bolehlah cuba resepi Kak Besah ni.  Bahan2nya pun mudah.. sebab tulah namanya Ayam Golek Simple!  MaDiHaA kata kat hubby.. puas hati makan ayam golek ni kan.. sebab masa kawin dulu masa makan beradap.. malu2 kucing nak makan ayam golek yg terhidang.. hahaha...

Hmm... kalau nak buat ayam golek untuk meja pengantin pun sesuai jugak ni... yelah kan.. cuti sekolah pun dah nak bermula.. Bolehlah cuba resepi ni nanti..

Pada Kak Besah.. MaDiHaA minta izin ye kongsi resepi kat blog ni. Terima kasih banyak untuk resepi yang marbeles ni kak... nanti anak balik asrama bolehlah buat lagi... 



AYAM GOLEK SIMPLE




Bahan-bahan ( 5 orang atau lebih )

  • 3 biji bawang besar*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 15 tangkai cili kering*
  • 3 batang serai* (MaDiHaA letak 4 btg)
  • 1 inci halia*
  • 1/2 inci lengkuas* (anggaran sama byk dengan halia)
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam*
  • 1 ekor ayam
  • Garam & serbuk kunyit secukupnya
  • 1 cawan santan
  • 1 kpg asam gelugor @ 1/2 cwn air asam jawa

Cara-cara

  1. Rebus ayam separuh masak dan separuh empuk bersama garam dan serbuk kunyi. (MaDiHaA letak garam 3 sudu kecil & serbuk kunyit 3 sudu kecil, masukkan air dlm periuk sehingga ayam tenggelam.. balik2kan ayam masa merebus)
  2. Tos kan ayam lalu digoreng hingga masak.
  3. Sementara menunggu ayam masak, mesin/blender semua bahan2 bertanda* lalu ditumis hingga garing dan naik minyak.
  4. Masukkan santan, asam, garam, gula & aji sikit. Biar secukup rasa kemudian masukkan ayam.
  5. Ratakan ayam bersama kuahnya sambil rasa asam garam nye.

(jika nak bakar.. siramkan kuah atas ayam & bakar dlm oven hingga masak) (MaDiHaA bakar dalam 20 - 25 minit... agak2 kuah jadi gelap sikit..)



Selamat mencuba!

Wednesday, November 6, 2013

Roti Sardin

Assalamualaikum & salam sejahtera...





Roti Sardin ni dihasilkan dari wholemeal burger bun yang MaDiHaA buat tempohari.  Satu batch makan dengan daging burger & satu batch lagi diletakkan inti sardin & digoreng celop telur.  Idea ni adalah dari kak Nor Azmihah yang telah kongsikan kat blog kak Nor.  Katanya.. ini menu wajib setiap kali masuk bulan puasa.  Kak Nor buat guna roti burger biasa... tak salah rasanya kalau gunakan roti burger yang MaDiHaA buat ni kan... Hmmm.. anak2 memang suka makan sarapan savoury macam ni... MaDiHaA rasa buat roti sardin macam ni lebih praktikal berbanding roti sandwich yang dikapit dua tu.. sebab sandwich pesen tu anak2 kalau makan kadang2 intinya berterabur... Roti sardin idea Kak Nor ni.. senang anak2 nak makan... inti tak terabur... nak pegang pun senang.  Terima kasih Kak Nor untuk idea yang bernas ni...



Roti Sardin resipi : K.Nor@SecubitGaram Dicuba oleh : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2

10 bj bun burger (MaDiHaA guna homemade wholemeal bun)
1 tin kecil sardin ~ dilenyek hancur
1 labu bawang besar ~ didadukan
1 bj cili merah ~ dicincang
1 sudu besar jus limau nipis

MaDiHaA tambah garam sikit dalam inti
2 bj telur
minyak (MaDiHaA guna butter)



Untuk Inti:
Satukan sardin yg dah dilenyek dgn bawang besar dan cili merah & garam.
Masak utk 1 minit dan masukkan jus limau nipis.
Padamkan api dan kacau hingga sebati.
Ketepikan.



Cara menyediakan (boleh tengok blog kak Nor untuk step by step bergambar)

Potong dua bun burger.  Toreh bahagian tengah tp jgn sampai tembus ke belakang.

Penyekkan sedikit bun supaya membentuk seakan poket.

Masukkan inti sardin ke dalam bun td dan buat la sehingga habis. Celup dlm telur yg dah dikocok hingga sebati di bahagian yg dimasukkan inti td sahaja. 

Goreng dlm pan yg dah dipanaskan dan dimasukkan sedikit minyak. 

Bila dah bertukar warna coklat, balikkan biar bahagian bawah bun lak yg digoreng.

Utk bahagian bawah goreng utk seketika jer, kalau tidak hangus nanti.

Gorenglah sehingga selesai, jika minyak dah kering, tambahkan sedikit demi sedikit tiap kali nak menggoreng yg lain. Jgn lupa toskan roti yg dah siap digoreng tu ya..Roti ni sedap dicicah dgn sos spt sos popia yg K.Nor buat semalam tu dan juga boleh dimakan dgn sos cili atau sos cili thai. (MaDiHaA makan macam tu je tak cicah sos pun.... dah cukup sedap dah.. alhamdulillah)


Tuesday, November 5, 2013

Rezeki lagi... alhamdulillah & Salam Maal Hijrah...

Assalamualaikum & salam sejahtera....



Salam Maal Hijrah buat muslimin & muslimat semua...  moga tahun baru Hijrah kali ini membawa seribu rahmat buat kita semua.  Jika ada yang terkurang & banyak kelalaian kita pada tahun yang lepas... marilah kita sama2 perbaikinya moga diri kita menjadi yang lebih baik pada tahun ini & tahun2 yang mendatang.. mudah2an dipermudahkan Allah s.w.t segala urusan kita di dunia hingga ke akhirat.. amin amin ya robbal alamin...

Berkongsi sedikit order yang dibuat beberapa minggu yg lepas.. alhamdulillah rezeki dari Allah Taala jua... tapi rezeki takkan datang bergolek tanpa usaha.. betul tak?



100 apam polkadot dengan filling campur2... order yang kesekian kalinya dari ofismate Asmah yang nak bawak pulang ke kampong... TQ Asmah rajin mengorder dengan akak...







100 apam ladybug warna merah & biru filling campur2 juga... permintaan adik yang order ni (aduhh.. lupa nama pulak! maaf ye) serta 1 tray puding pelangi.. terima kasih ye dik..




Ini pula.. order dari jiran2 berhampiran rumah.  Ceritanya.. minggu sebelumnya jiran dekat rumah ada order apam polkadot untuk majlis besday anak daranya.  Tetamu/jiran yang merasa tu... berkenan pulak dengan apam yang MaDiHaA buat tu... terus la dorang teringin nak order juga... alhamdulillah.. t.kasih ye Ani yang order mula2 tu.. sekarang ni dah berjangkit plak kat jiran2 yang lain... terima kasih u all!

Jumpa lagi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...