Tuesday, March 11, 2014

Asam Rebus Ikan Aye Dengan Timun

Assalamualaikum & salam sejahtera...
KEEP PRAYING FOR MH370...



Masih lagi dengan menu mudah & ringkas bagi ibu2 bekerja yang kepenatan & lemau.. hehe.. Kat rumah kalau buat singgang en. hubby kurang suka.. memang kurang laku.  Tapi kalau buat asam rebus blend cili padi sekali barulah berselera dia makan.  Ni pun merupakan menu masa kami kurang berselera nak makan.  Dah tak tau nak masak apa... Dalam freezer nampak ada kepala & ekor ikan aye atau ikan tongkol ni (isi semua dah digoreng & disambalkan) dalam drawer bawah pulak ada sebiji timun... terus terfikir nak buat asam rebus masam2 & pedas2 sikit... untuk anak2 memang kena masak menu lainlah sebab asam rebus ni memang pedas.. lagipun anak2 kurang suka makan ikan lebih2 yang masak rebus macam ni... alhamdulillah dengan rezeki kami hari tu...




Asam Rebus Ikan Aye Dengan Timun
Resepi : MaDiHaA

Bahan2
2 ketul ikan tongkol (tak kisahlah part isi atau kepala)
2 1/2 cawan air
garam & perasa jika suka
2 ~ 3 keping asam gelugur (bergantung pada saiz.. kalu besar letak 2 keping je)
1 biji timun ~ dihiris tebal

Bahan kisar
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
8 biji cili padi
1 inci kunyit hidup/1/2 sudu kecil kunyit serbuk

Cara menyediakan
Campurkan kesemua bahan dalam periuk kecuali timun. Didihkan sehingga ikan berubah warna. Tambah hirisan timun.  Sesuaikan rasa ikut citarasa anda.  Tambahlah apa2 yg patut.. siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Monday, March 10, 2014

Spagetti Goreng Lada Hitam Bersosej

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Isnin yang agak lemau... badan terasa penat yang amat.   Mungkin sebab sibuk sangat dengan pelbagai aktiviti bermula Jumaat, Sabtu & Ahad.  Ke KL sampai 3 hari berturut2... pecah rekod.  Anakda balik dari asrama.. itulah sebabnya.. Sedapnya kalau boleh ambil halfday balik rumah berehat sampai petang.. hehehe..

Oklah.. teruskan dengan resepi untuk hari ni.  Tapi sebelum tu.. mari kita sama2 berdoa moga kehilangan pesawat MH370 berjaya ditemui semula.  Apa pun jawapan yang bakal kita ketahui kita terimalah dengan hati yang redho... Mudah2an semuanya yang baik2 saja.  Ya Allah.. kau berikanlah petunjukMu agar hilang segala kebimbangan kami semua ya Allah. Amin ya rabbal alamin...

Ok jom resepi mudah dapur MaDiHaA hari ni... agak pedas sikit.. budak2 tak tahan pedas memang tak boleh makan ni.. hangat.. hehe..
 

Spagetti Goreng Lada Hitam Bersosej
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
250 gm spagetti ~ direbus hingga lembut
5 batang sosej ~ dipotong serong
1/2 cawan air.
sedikit minyak masak
1 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar ~ potong dadu
2 ulas bawang putih ~ dihiris
1/4 biji kobis ~ diracik/hiris
1/4 biji capsicum merah/hijau ~ dipotong sesuai selera (optional)

Bahan Perasa
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
4 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil serbuk pati ayam
garam jika perlu
1/2 sudu kecil lada hitam kisar

Cara menyediakan
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bawang besar & bawang putih hingga layu.  Masukkan cili kisar & tumis hingga wangi.  Masukkan sosej & air & masak/kacau seketika.
2. Masukkan kobis & semua bahan perasa lalu dikacau rata. Masukkan hirisan capsicum & gaul sebati.
3. Akhir sekali masukkan spagetti yang telah direbus & gaul sebati.  Jika kurang rasa garamnya.. boleh tambah kicap cair hingga mendapat rasa yang secukupnya.  Siap untuk dihidangkan.


Selamat mencuba!

Friday, March 7, 2014

Pulut Kuning Berhias *Tempahan*

Assalamualaikum & salam Jumaat yang barokah...


Apa khabar semua sahabat? Doa dari MaDiHaA moga kalian semua berada dalam peliharaan Allah S.W.T sentiasa.  Amin..  Mohon maaf pada yang singgah sini kerana masih tiada resepi yang dapat dikongsikan hari ni.  Sibuk sikit sekarang ni baik di rumah mahupun di pejabat.. membataskan aktiviti yang MaDiHaA minati iaitu mencuba resepi baru & mengupdate blog.  Namun begitu.. aktiviti memasak yang sempoi2 masih berjalan seperti biasa... Dah nama pun seorang ibu & isteri.. sesibuk mana pun dia... tanggungjawap pada keluarga wajib diutamakan.  Cuma bila hanya sekadar masak lauk tumis air... malas le pulak nak snap gambar.. hehe...


Sebagai tatapan untuk hari ni.. MaDiHaA sekadar nak berkongsi gambar tempahan pulut kuning berhias yang ditempah oleh seorang kakak yang sangat baik hati baru2 ini.  Terima kasih kak Kamariah sudi memberi kepercayaan pada MaDiHaA untuk menyiapkan pulut hantaran perkahwinan anak saudara akak ni ye.  Rasa sangat gembira & terharu bila dapat feedback yang positif dari akak & keluarga pengantin yang menerima pulut ini.  Alhamdulillah... syukur...


Kak Kamariah tempah 2kg pulut kuning.. sebahagian untuk hantaran & sebahagian untuk makan2 keluarga.  Permintaan beliau minta diadakan capcisum berisi serunding sebagai tambahan serunding yang dah dilapis dalam pulut.  Bila ditambah dengan hiasan yang lain.. begitulah rupanya.  Terima kasih kak.  Minta halal jika ada terkurang di mana2..


WhatsApp dari Kak Kamariah... Terima kasih banyak2 kak.. alhamdulillah...

Wednesday, March 5, 2014

Sosej Telur Gulung

Assalamualaikum & salam sejahtera....





Apa khabar semua?  Semoga kalian semua sihat2 semua ya.  Musim panas berjerebu ni ramai yang kurang sihat.  Eloklah dikurangkan aktiviti luar & banyakkan minum air masak.  Lately ni... MaDiHaA agak sibuk & masa agak terbatas untuk update blog awal2... ni dah petang baru lega & ada masa sikit.  Hari ni update breakfast kegemaran anak2 pula ya.. Tapi bukan selalu buat benda2 macam ni... Sesekali boleh la.  Produk siap proses seperti sosej ni sebenarnya kurang elok sangat untuk kesihatan.  Banyak garam, msg & banyak lemak.  Tapi inilah yang anak2 suka sangat termasuk mak & bapaknya.  Tambah pula nak memasaknya mudah kan...  hehe...

MaDiHaA namakan Sosej Telur Gulung walaupun sebenarnya.. tidaklah sempurna gulungannya tu... actually jadi bentuk tiga segi sebab proses menggulung dibuat di dalam pan aje... hehehe.. maksudnya.. telur tu melekat pada sosej.. bukan digulung gunakan telur dadar ye...

Ok jom tengok resepi mudah kegemaran anak2 MaDiHaA ni...



Sosej Telur Gulung
Oleh : MaDiHaA

Bahan2
8 batang Sosej ayam/daging
4 - 5 biji telur
sedikit butter
Sos cili atau apa2 sos kegemaran
mayonis

Cara menyediakan
1. Sosej direbus sehingga masak lalu tos & ketepikan.
2. Pecahkan telur & kacau rata. (tak perlu garam kerana sosej dah masin)
3. Panaskan non stick pan & masukkan sedikit butter.  Masukkan sesenduk kecil telur & biar telur membeku sedikit.  Sebelum telur masak keseluruhan (masih ada cairan telur) letakkan sebatang sosej di tengah2 telur dadar tadi.  Gunakan sudip kayu & kaup tepi telur & tutup diatas sosej. Kaup pula bahagian bersosej & terbalikkan sehingga ia seakan bergulung.  Biar seketika sehingga telur masak & melekat pada sosej.  Terbalikkan bahagian yang kurang garing & goreng sehingga kekuningan dibahagian lain pula.
4. Bolehlah angkat & ulang step 3 sehingga habis.  Susun sosej telur gulung di atas pinggan hidangan.
5. Bila dah siap, bolehlah paipkan cili sos & mayonis secukupnya.
6. Siap untuk dihidangkan untuk sarapan pagi.



Selamat mencuba!

Tuesday, March 4, 2014

Buah Melaka aka Onde-onde

Assalamualaikum & salam sejahtera...
 
 
Sekejap je dah masuk bulan Mac... Sekarang ni sana-sini kecoh pasal isu catuan air.  Susah betul bila air takde kan.  Lagi-lagi bila ada anak kecik kat rumah.  Rasanya.. sanggup takde letrik dari takde air ni.  Semalam pulak jerebu teruk betul.. tapi alhamdulillah.. belah petangnya hujan turun walaupun tak begitu lebat... sekurang2nya.. basah jugalah tanah.  Pagi ni pun hujan juga... alhamdulillah.. kuranglah sikit bahang kepanasan...

Oklah.. taknak bebel panjang2 sebab ada kerja menanti..  Hari ni kongsi resepi ulangan je iaitu kuih tradisional yang masih popular terutama dimusim bulan puasa.  Buat ni pun untuk berbuka puasa masa MaDiHaA ganti puasa tak lama dulu.  Teringat kat kakak Dini bila buat kuih ni.. sebab ni salah satu kuih kegemaran dia...

Resepi tanpa sukatan ye.. rasanya semua orang pun pandai buat.. resepi agak2 je..
Buah Melaka / Onde-onde

Bahan2
Tepong pulut secukupnya
sedikit air kapur anggaran 2 sudu kecil
sedikit garam
sedikit pewarna hijau
air atau santan cair secukupnya 

Bahan2 lain
Gula melaka/nisan kerek secukupnya ~ dipotong dadu kecil
Kelapa parut putih dari kelapa kulit hidup (kelapa yg sedikit muda)
sedikit garam

Cara2 menyediakan
1. Tepong pulut diuli dengan air kapur, garam, pewarna hijau dan air/santan cair secukupnya hingga menjadi doh yang lembut.
2. Jerang seperiuk air.  Gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam. Sambil menunggu air mendidih.. ambil sejemput doh & isikan dengan kiub nisan kerek/gula melaka secukupnya. Susun di atas dulang yang ditabur tepong gandum. Buat hingga habis. Bila air mendidih masukkan bebola tadi & rebus hingga  bebola timbul.  Sauk & tapis bebola yang timbul & terus masukkan ke dalam kelapa parut yang digaul garam. Golek2kan & susunkan ke pinggan hidangan.  Siap untuk disajikan.

Friday, February 28, 2014

Tempahan baru2 ni...

Assalamualaikum & salam sejahtera....



Hari Jumaat.. macam biasalah... rehat dari resepi sekejap... nak clearkan gambar2 tempahan minggu lepas... so kita cuci-cuci mata dengan gambar2 tempahan baru2 ni ye...  Terima kasih banyak2 kepada semua adik2 yang menempah... halalkan sekiranya ada yang terkurang di mana2 ye.. 
 

 Tempahan dari Linda & Aleyza pada hari yang sama... 



Aleyza tempah 100 biji apam polkadot dengan filling campur2... coklat, kaya, blueberry & strawberry...


Linda pula menempah 3 loyang puding.  1 puding roti marble coklat, 1 puding pelangi perisa strawberry & 1 lagi puding pelangi biasa (vanilla)


50 pcs apam ladybug inti blueberry.  Repeat order dari Iezah Azizam... kawan cyber MaDiHaA yang dah lama dikenali.. tempohari order untuk hantaran tunang adiknya. Kali ni untuk dibawa ke majlis yasin anak daranya pula... Sebab anak2 kecil yang nak makan... MaDiHaA kurangkan penggunaan warna tu... anak2 tak elok makan pewarna banyak kan... Orang dewasa pun sama juga kalau diikutkan.. sebab tu apam2 yg MaDiHaA buat ni.. bahagian bwhnya.. MaDiHaA gunakan adunan tanpa warna.. selepas paip inti barulah MaDiHaA paipkan pula adunan berwarna.. jadi taklah byk sangat pewarna yang akan masuk dalam perut kita.. hehee...


Ini pula... 100 biji apam polkadot tempahan Shila... Shila ni pun dah pernah beberapa kali order apam dengan MaDiHaA..


Hari yang sama dengan tempahan dari Shila tu... MaDiHaA juga siapkan tempahan dari Azleen.  250 pcs apam polkadot tanpa filling.  70 pcs loose & selebihnya di pack untuk goodies bag iaitu 3 biji dalam setiap bungkusan berjumlah 60 bungkus.  Alhamdulillah.. dapat disiapkan on time walaupun tak tidor semalaman.. hehehe...  Terima kasih ye Azleen sudi menempah dengan akak..



Ini apam polkadot tempahan Azleen menunggu sejuk sebelum dipek dalam plastik kecik2....


Alhamdulillah di atas rezeki dariNYA... Alhamdulillah juga Allah mendengar doa ku yang sentiasa berdoa moga diberi kesihatan yang baik pada ku agar dapat ku siapkan tempahan2 customer... T.kasih ya Allah....

Sebenarnya... setiap kali MaDiHaA terima tempahan dari customer terutama apabila dah terima deposit atau full payment.. Hati ni sangat risau jika sekiranya di hari yang perlu MaDiHaA siapkan tempahan... tiba2 MaDiHaA collapse akibat tidak sihat... Tp mujurlah belum pernah terjadi begitu... Jauhkanlah ya Allah...  Terima kasih pada pelanggan yang memberi kepercayaan pada MaDiHaA ya... mudah2an dimurahkan rezeki buat kalian semua... amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...