Selain tu.. kuih Kepal ni seakan2 kuih Loklik juga.. cuma bezanya.. Kuih Kepal diperbuat dari beras pulut yang disangai.. manakala kuih Loklik diperbuat dari nasi yang dijemur kering dan disangai. Cara mengadun lebih kurang sama.. cuma persembahan saja yang berbeza iaitu kuih Loklik dihidang dengan cara dipotong2 seperti wajik kasirat. Inipun dari apa yang aku lihat masa tok buat dululah.. kalau salah fakta atau penerangan aku ni.. tolong perbetulkan ye terutama orang2 lama dari Trengganu tu ye..
Jom tengok macamana membuat kuih dulu2 ni..

Bahan2
3 cawan beras pulut ~ dicuci bersih & tos kering
3 cawan kelapa parut putih yang agak muda
1 ketul gula kabung/ 3 keping gula nisan
1 cawan gula pasir (atau ikut manis yang dikehendaki)
8 cawan air
2 helai daun pandan ~ simpul
Cara2
1. Sangai beras pulut yang dah dicuci tadi sehingga keperangan & berbau wangi. Sejukkan sebentar.
2. Kisar beras pulut sehingga halus & ayak. Kisarkan lagi lebihan beras pulut yang kasar & ayak lagi. Ulangi proses sehingga kesemua beras pulut siap di ayak. Asingkan/simpan tepong beras pulut sebanyak 1/3 cawan untuk tujuan salutan (coating).
3. Didalam periuk masak 3 cawan air bersama gula kabung/ gula nisan sehingga larut. Tapiskan air gula ke dalam kuali yg agak besar. Tambahkan 5 cawan air lebihan tadi ke dalam kuali yang sama dan didihkan. Masukkan gula pasir, kelapa parut & daun pandan. Kacau sebati.
4. Bila dah mendidih & berasap2.. perlahankan api lalu masukkan tepong beras pulut yang dikisar tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. Kacau sehingga betul2 rata & likat. (jika terlalu likat & adunan tidak serata.. boleh tambahkan lagi air panas ke dalam kuali & kacau lagi).
5. Bila nampak adunan dah rata & bergumpal & agak2 dah boleh dikepal.. bolehlah ditutupkan api. Tunggu suam sedikit kemudian bolehlah dikepal2 kuih tersebut & salutkan setiap kuih yang dikepal tadi dengan tepong beras pulut yang diasingkan tadi.
Nota: Sukatan gula tu aku main agak2 aje ye.. dah lupa pulak sebab masa buat tu memang tak sukat & tak catit. Jika dapati adunan kurang manis.. gula boleh ditambah kemudian. Begitu juga dengan sukatan air juga boleh ditambah kemudian. Yang penting.. adunan perlu dikacau semula sehingga sebati & likat bergumpal.
Gunakan sarung tangan plastik semasa mengepal kuih agar kuih tahan lama.
Selamat mencuba!