Ini pun kuih yang dibuat utk berbuka puasa di Ramadhan yang lalu. Rindu sangat2 nak makan kuih ni bila tiba bulan puasa. Kuih tradisi negeri Trengganu ini aku belajar dari arwah tok. Masa tu aku masih lagi bersekolah.. nak kata belajar betul2 tu tak juga... cuma belajar sambil melihat setiap kali tok buat kuih ni.. maklumlah.. aku ni memang dah minat memasak sejak dari sekolah rendah lagi.. kalau ma atau tok buat kuih kat dapur mesti nak menyibukkan diri jugak tengok apa yang diaorang buat.. dari situlah aku timba ilmu sedikit sebanyak kuih2 lama terutama kuih2 tradisi negeri Trengganu. Walaupun belajar tanpa mencatat sukatannya sekali.. alhamdulillah.. kuih2 ni menjadi jugak walaupun tidaklah sehebat orang2 lama yang membuatnya. Rasa kuih ni seakan2 wajik kasirat cuma agak kurang manis sikit berbanding wajik kasirat tu..
Selain tu.. kuih Kepal ni seakan2 kuih Loklik juga.. cuma bezanya.. Kuih Kepal diperbuat dari beras pulut yang disangai.. manakala kuih Loklik diperbuat dari nasi yang dijemur kering dan disangai. Cara mengadun lebih kurang sama.. cuma persembahan saja yang berbeza iaitu kuih Loklik dihidang dengan cara dipotong2 seperti wajik kasirat. Inipun dari apa yang aku lihat masa tok buat dululah.. kalau salah fakta atau penerangan aku ni.. tolong perbetulkan ye terutama orang2 lama dari Trengganu tu ye..
Jom tengok macamana membuat kuih dulu2 ni..
Bahan2
3 cawan beras pulut ~ dicuci bersih & tos kering
3 cawan kelapa parut putih yang agak muda
1 ketul gula kabung/ 3 keping gula nisan
1 cawan gula pasir (atau ikut manis yang dikehendaki)
8 cawan air
2 helai daun pandan ~ simpul
Cara2
1. Sangai beras pulut yang dah dicuci tadi sehingga keperangan & berbau wangi. Sejukkan sebentar.
2. Kisar beras pulut sehingga halus & ayak. Kisarkan lagi lebihan beras pulut yang kasar & ayak lagi. Ulangi proses sehingga kesemua beras pulut siap di ayak. Asingkan/simpan tepong beras pulut sebanyak 1/3 cawan untuk tujuan salutan (coating).
3. Didalam periuk masak 3 cawan air bersama gula kabung/ gula nisan sehingga larut. Tapiskan air gula ke dalam kuali yg agak besar. Tambahkan 5 cawan air lebihan tadi ke dalam kuali yang sama dan didihkan. Masukkan gula pasir, kelapa parut & daun pandan. Kacau sebati.
4. Bila dah mendidih & berasap2.. perlahankan api lalu masukkan tepong beras pulut yang dikisar tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. Kacau sehingga betul2 rata & likat. (jika terlalu likat & adunan tidak serata.. boleh tambahkan lagi air panas ke dalam kuali & kacau lagi).
5. Bila nampak adunan dah rata & bergumpal & agak2 dah boleh dikepal.. bolehlah ditutupkan api. Tunggu suam sedikit kemudian bolehlah dikepal2 kuih tersebut & salutkan setiap kuih yang dikepal tadi dengan tepong beras pulut yang diasingkan tadi.
Nota: Sukatan gula tu aku main agak2 aje ye.. dah lupa pulak sebab masa buat tu memang tak sukat & tak catit. Jika dapati adunan kurang manis.. gula boleh ditambah kemudian. Begitu juga dengan sukatan air juga boleh ditambah kemudian. Yang penting.. adunan perlu dikacau semula sehingga sebati & likat bergumpal.
Gunakan sarung tangan plastik semasa mengepal kuih agar kuih tahan lama.
Selamat mencuba!
9 comments:
salam Kak..saya org Klate..rasanya org Klate panggil "buah gomok"..betul ke yg ni tak taule..tp mmg sedap..lemak2 kelapa tu, alahaiii..dok KL ni lngsng tak nampak bayang kuih ni...huhu
ANNA QAWINA: salam kembali anna.. oh ye ke kat kelantan panggil buah gomok? akak pun tak pasti jugak. tp kat ganu dipanggil kuih kepal atau sebutan sebenarnya 'bersabdu' sikit... KEPPAL.. hehehe... mmg payah nak jumpa kat kl kuih2 orang lama ni.. nak mkn kenalah rajin2 buat sendiri...
wa xpernah jumpa n try kuih ni..
kuih ni memang kuih kkepal, kalau buah gomok tu ialah tepung gomok , tapi org trg panggil buah gomok bukan tepung gomok,itu yang salut tepung kacang hijau dan ada inti nyor kat dalam.ini memang kkepal.dan kuih ni sgt manis .
bestnye...dh lame xmkn kuih ni...
S
apa maksud sangai beras pulut tu?? suka sgt kuih ni...tp susah nak dpt org jual
Sangai tu beras yg dah ditoskn digoreng tanpa minyak dlm kuali sampai ia kering kekuningan dgn api perlahan. Kene kacau selalu kalu x hangit nnt π€
Post a Comment