Assalamualaikum....
Apa khabar semua? Rindu banget nak update blog. Sehari dua ni sibuk sikit siapkan dokumen ISO. Cuti hujung minggu yg lepas pulak sibuk dengan jemputan kenduri kawin & xtvt keluarga. Dua hari berturut2 tak lekat kat rumah (sampai kerja2 rumah pun turut terbengkalai.. hehehe..) asyik merewang kat rumah makcik aje. Penat tapi seronok! Minggu depan pun ada jemputan kenduri kawin juga.. awal bulan depan pun ada satu lagi jemputan kenduri anak jiran sebelah rumah.. Dah masuk musim kenduri kawin sekarang ni kan... Biasalahkan.. musim cuti sekolah memang ramai yg ambil kesempatan buat kenduri... Bila dah pegi kenduri tu.. faham2 ajelah kan... kita gantunglah periuk & kuali kat rumah tu... hahaha..
Macam biasa kalau kenduri kendara masyarakat Melayu tak lepas dari menu ayam & daging kan? Teringat pulak daging korban yang ma & makcik bagi hari tu belum terusik. Balik dari kampong tempohari sempat jugak MaDiHaA kutip daun kemangi dalam pasu ma yang nampak subur tu... dalam kepala dah bercadang2 nak masak dengan daging sebab resepinya dah lama MaDiHaA simpan.. cuma tunggu ada stok daun kemangi/selasih tu aje.
Oh ya.. bercerita pasal daun selasih.. sebenarnya resepi asal guna daun selasih.. tapi MaDiHaA gantikan dengan daun kemangi sebab memang susah sikit nak jumpa daun selasih. Menurut ma (mak MaDiHaA)... daun selasih aromanya lebih kuat berbanding daun kemangi yang lebih kepada lembut. Tapi kedua2nya adalah dalam satu 'family'. Kalau tak silap MaDiHaA.... pokok selasih terdapat sikit palitan warna ungu tua pada bunganya.. manakala pokok kemangi keseluruhannya berwarna hijau. (kalau silap tolong betulkan..) Maaf ye terlupa betul nak snap gambar pokok kemangi kat rumah ma hari tu.. haishhh.. kan dah rugi!
Oklah jom kita tengok resepinya. Resepi ni ku ambil dari blog Kak Ummi Zaihadi dah lama dulu. Resepi asalnya dari Joayee Mekar Mewangi yang menggunakan ayam. Kak Ummi pula ambil dari Mat Gebu dimana resepinya telah diganti dengan daging. Terima kasih kepada semua yang terlibat ye. Sedap pulak daging digandingkan dengan aroma daun kemangi ni. Biasanya daun kemangi dibuat ulam utk laksa/laksam. Tak sangka sedap jugak dimasak macam ni. Hmmm... teringat pula kat resepi Daging Goreng Ala Kaprau resepi Kak Jee aritu.. nanti kalau blk kampong lagi.. bolehlah petik lebih sikit daun kemangi ma tu... hehehe...
Untuk resepi di bawah ni utk family kecik... kalau nak puas makan.. buat terus 2 kali resepi yekk.. kitorang hari tu tak cukup masak 500 gm ni.. hehehe...
Untuk resepi di bawah ni utk family kecik... kalau nak puas makan.. buat terus 2 kali resepi yekk.. kitorang hari tu tak cukup masak 500 gm ni.. hehehe...
Daging Goreng Daun Selasih
Resepi : Joayee
Sumber : Mat Gebu & Kak Ummi Zaihadi
Bahan:-
500 gm daging lembu batang pinang (resepi asal guna ayam)
2 camca besar cili kisar (letak 3 sudu besar)
2 camca besar cili kisar (letak 3 sudu besar)
5 biji bawang putih - cincang
1 cawan daun selasih (basil) (MaDiHaA ganti dengan daun kemangi dlm 1/2 cwn je)
1 camca besar sos ikan (nampla) (MaDiHaA lebihkan sikit)
1/2 camca teh belacan
sedikit gula (optional)
minyak untuk menggoreng dan menumis
sedikit lada sulah
Cara Memasak:-
- Hiris daging nipis, cuci dan gaul dengan sedikit lada sulah dan garam. Goreng hingga daging empuk dan sedikit garing. (jika bukan daging batang pinang, elok direbus dahulu hingga lembut baru digoreng). Angkat dan toskan.
- Keluarkan minyak tadi dan tinggalkan lebih kurang 4 sudu besar. Tumis lada kisar dan belacan hingga wangi. Masukkan bawang putih, gula dan sos ikan. Gaul rata.
- Akhir sekali masukkan daging goreng tadi dan daun selasih. Kacau mesra. Angkat dan hidangkan bersama nasi hangat...memang best!!Selamat mencuba!
12 comments:
sedapnya
as-salam MaDiHaA
tengok je dah berselera daging goreng daun selasih..boleh masuk list kena try juga ya tergoda jadinya..
Assalamualaikum akak..
wah sedapnya tgk daging goreng daun selasih nie.. mmg sedap resipi nie kan akak... wangi jer ngan aroma daun selasih tu... :)
Assallamualaikum kak Madiha..
Ermm..kalau di sini kan kak, daun selasih tu senang dapat di pasar KB. Naz pun bukan kenal sgt rupa daun selasih tu tp kalau beli di pasar, cakap jer nak daun selasih, nanti makcik tu bagilah..hehehe.. Guna daun tu dulu masa Naz buat laksa Johor..
Lauk daging goreng macam ni anak lelaki Naz suka sgt.. Lebih2 lagi kalau daging tu lembut jer nak digigit..
sedapnyer.... yg dana tau kalu mkn masakan thai kadang ada daun nih kn
salam madiha...mintak sikit la...hihihi sebenarnya kan Liza xkenal daun kemangi tu.....maluuuu
Assalam Madiha,
ooo... baru tahu kemangi keluarga selasih sebab Amie sangka kemangi tu selasih, entahlah di sini macam-macam gelarannya ikut dialek tempatan... yang pastinya dua2 daun itu memang keluarkan aroma yang boleh membangkitkan selera ye Madiha... Amie suka bubuh daun kemangi dalam sup!
Salam Kak Ratna..yana tgh ronda2 lg ni nak cari resepi daging..stok daging korban byk lagi..resepi ni msk list dulu..kna p cari daun selasih..hmm..baru tau jgk daun kemangi dgn selasih tu 1 family..igtkan kemangi dgn selasih tu sama hehee
Assalamualaikum Kak Madihah,
ronda2 cari resepi daging, bila tngk menu akak ni terus berkenan...nak masak gaklah..sedapnya..yg penting ianya mudah..hehehehe..
Kalau daging masak ape pun kak cek suka...anak bujang kak cek lagila...suka sgt lauk daging...
ummm terhidu bau harum daun selasih...hehe...mesti sedap banget ni kan..
Assalamualaikum, anda atau ahli keluarga ada masalah:
Bacaan gula tinggi (10 ke atas, belasan, atau 20 ke atas)
mata rabun atau kaki luka akibat kencing manis
Sukar kawal gula walaupun dah cuba pelbagai petua dan herba
Jangan biarkan keadaan semakin serius!
Kami ada teh herba khusus yang:
Dihasilkan daripada herba terbaik untuk turunkan gula dengan cepat.
Selamat, tanpa bahan kimia berbahaya.
Tidak menyebabkan angin atau sakit urat.
Membantu luka kering dan sembuh sepenuhnya.
Melegakan sakit saraf akibat kencing manis.
Harga hanya seratus lebih untuk sebulan.
Jangan tunggu sehingga komplikasi lebih serius seperti amputasi. Rawat sekarang untuk kesihatan yang lebih baik.
Hubungi/WhatsApp:
Mohd Zuhairi Bin Noordin
017-468 7570
Insya-Allah, ikhtiar ini membantu anda.
Post a Comment