Monday, September 24, 2012

Gulai Ayam dan Pisang Muda Berempah

Assalamualaikum...

Hampir 3 minggu mendiamkan diri dari update sebarang entry di blog kesayangan ini.  Bak kata kak PB.. bila dah lama tak update memang payah nak mulakan update.  Tiba2 saja mood mengupdate blog merudum.  Banyak sebab mengapa tiba2 takde mood untuk update.. Banyak perkara yang harus diberikan keutamaan terutama bila dirumah.  Lebih2 semasa anak dlm minggu peperiksaan.  Kalau diikutkan belum lagi habis musim peperiksaan kerana hari ni hari pertama exam untuk sekolah agama pula.  Disamping tu juga.. kesihatan diri yang kurang memuaskan.. membuatkan diri kurang keinginan untuk mencuba resepi2 baru. Tambahan pula dalam bulan Syawal yang lalu boleh dikatakan setiap minggu menerima undangan open house selain kena balik kampong kerana ada kenduri kahwin sepupu suami.. jadi dapur ku memang tak membuat sebarang eksperimen terbaru.  Memasak pun menu2 yang biasa & memang malas nak ambik gambar pun. Jadi.. rumusannya... tiada eksperimen terbaru itulah sebabnya blog tak update.  Oleh kerana tiada 'modal' untuk update blog.. maka tuan rumah menyibukkan diri update fotopages pula kerana terlalu banyak gambar2 kenangan yang tak sempat nak update di sana... heee.. Terima kasih kepada Mamasya yang bertanya khabar & menyedari MaDiHaA dah lama tak update blog.. hehe.. Maka hari ni kita update lah juga kot2 ada yang rindu (ada ke?) tapi lepas ni tak tau masih ada kerajinan untuk update atau tak.. kalau ada pun tak sekerap dululah agaknya... 

Oklah.. hari ni nak update resepi Gulai Ayam dan Pisang Muda Berempah yang di masak semalam.  Dah lama terliur nak masak gulai ni bila nampak Yatie kongsikan resepinya tempohari.  Disebabkan cuti hujung minggu semalam kami tak kemana2.. maka dapatlah ku memasaknya.  Resepi asalnya adalah dari resepi Mat Gebu iaitu Gulai Pisang Berempah yang mana gulai ini juga dicampurkan dengan ikan kurau kering (kalau tak silap).. akan tetapi telah diubahsuai oleh Yatie dengan mencampurkan pisang muda dengan ayam... memang sedap jadinya gulai 2 in 1 ni.. Terima kasih pada Mat & Yatie untuk resepi & idea resepi ni ye... mohon diizinkan letak resepi kat sini pula dengan sedikit ubah suai dari MaDiHaA pula...



Gulai Ayam dan Pisang Muda Berempah
Resepi asal : Mat Gebu
Olahan : Yatiememories

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 sisir pisang sayur muda
  • 1/2 ekor ayam-potong kecil
  • 2 batang serai, dititik
  • 2 helai daun kunyit, disiat
  • 300 ml pati santan
  • 1 liter santan cair
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 camca besar penuh kerisik
  • 1 camca teh serbuk lada hitam kasar (MaDiHaA letak setengah camca teh saja)
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 1 biji bawang besar
  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 5 tangkai cili merah (MaDiHaA letak 3 biji saja & tambah 15 biji cili padi)
  • 2 camca besar udang kering, rendam sekejap dan toskan
  • Secubit belacan
  • 3 biji buah keras
  • 1 camca besar ketumbar biji
  • 1 camca teh jintan kasar
  • 1 camca teh jintan halus
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pisang dikupas sedikit kulitnya, hiris sederhana tebal dan rendam dalam air yang di letak 1 keping asam gelugor. Cuci dan toskan.
  2. Dalam periuk, masukkan pisang tadi dan rebus hingga empuk. Bila dah empuk toskan.
  3. Sementara itu dlm periuk lain panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar. Masukkan serai yg dititik.Tumis sehingga terbit minyak.
  4. Masukkan ayam yg dipotong kecil, santan cair dan masak hingga separuh masak.
  5. Masukkan pisang yg telah direbus tadi dan gaul rata.
  6. Masukkan asam keping, daun kunyit, kerisik, gula dan garam. Masukkan santan pekat dan gaul rata. Masak hingga mendidih guna api sederhana.
  7. Perasakan, jika dah cukup rasa tutup api, angkat dan bolehlah dihidangkan bersama lauk kegemaran.
Selamat mencuba!

19 comments:

Irfa said...

kecik2 dulu penah makan gulai letak pisang ni tapi buat sendiri tak pernah la pulak ;)

JaSSNaNi said...

Assalamualaikum... kak...
memang rindu ler kak... sape kata tak? ehehehe..
so akak dah sihat ke skrg? lepas2 raya mmg mcm2 kak.. perut meragam ler.. badan tak sihat ler.. kan nama badan terkejut.. sbb raya sakan.. ehehehe.. nani pun skrg dah nak mula aktif balik berblog.. dah lama sangat tinggal rumah ni... ni baru ada masa nak kemas kini.. :)
lamanya nani tak makan gulai pisang camni.. kalau dulu2 kat rumah arwah tok ke.. ade ler.. entah dah bape belas tahun tak penah makan gulai pisang dah...

norhidana said...

ingat akak nk ngajuk sampai takmo bt ntry lg... dana tak penah msk gulai ayam ngn pisang muda... hehehe jakun kan

ijayuji said...

Salam kak madihaaaa!! kita nak pisang muda tu kak :D sedapnya!! kalau letak terung bulat byk2 pun kita suke kak :D kita ni sume2 suke ehehe...

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam kak
tu la lama menyepi rupanya kat fotopages ekk he he rinduu la
fotopages kita x leh masuk dah hu hu
memang kan kita kadang2 tgk mood mcm musim kan..ada masa malas nk tgk tp sy mcm blog masih bersemangat tp fb jarang2 jg ada masa rasa taknakkkkk he he

Marsita Yahya said...

Salam kak,
yummynya gulai pisang tu...
http://my-mintroom.blogspot.com/
kami tak pernah masak gulai pisang masak tapi selalu makan...

Mamasya said...

Aslmkum Ratna.biasa Ratna rajin update blog...bila tak update ..buat tertanya2 pula. rupanya ada update di Fp...tak perasan sbb lama tak jengok Fp. good luck buat kakak Dini.
gulai lemak pisang dah lama tak buat...kat Cairo ni tak jumpa pisang mentah.
re; tkasih byk2 Ratna atas ucapan anniversary itu.

Mas said...

selalu mas makan masa kenduri..
memang sedap....he3

rahel said...

Adededeeee.....menggiurkan banget gulai ayam ni...ada pisang gak dalamnya...uiiiiii..berselera la makan..

zila norazila said...

salam syg kak madiha.
terasa kehilangan jga akk x ada..biasanya akk mesti update..nie dh 3 minggu senyap jew..i mis u la..:) klu gulai yg ada pisang nie mmg sedap kan kak..zila suka mkn camtu jew..ratah2.

Mat Gebu said...

Waaaaaaa...nak try jugak nanti....

Fazleyatul Aini said...

amboi gak lama hilang tiba2 hahhh lauk gitu. mengeliurkan okehhh

wati said...

salam kak ratna,

sy pun rindu juga kat blog akak ni,w/pun jarang komen tapi ada kelapangan je mesti sy singgah

ALoNa CintamaniszLite said...

sedappp...kalo kat kenduri kawen ada jamu menu ni..uii, punya dasat orang menyedok, hehe..

Qasey Honey said...

pekat n likat kuahnye tu kak..tentu sedap...QH suka yg gini dri kuah yg mcm air kosong tu aje..hehe...

hana said...

salam kak... sedapnyer nengok lauk nih... tak penah buat lg kat umah sendrik.. klu blk kg jer br dpt mkn... arghhhh mcm skrg jugak nak carik pisangg

Mulan said...

lazat..!!!! mesti sedap ni...

Unknown said...

Assalamualaikum Ratna :D
Sedapnya...kalau makan dengan nasi panas ni...laju jer silap2 tak sedar sampai masuk gear 5..

Sayur kampung seperti pisang muda mcm ni mmg sedap!

lena said...

good morning kak ratna, i have used 2 of your photos (kuih puteri mandi and kuih tepung bunga) from your blog and linked the recipe to yours in my latest post on food on trengganu. Hope you dont mind :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...