Assalamualaikum & salam sejahtera...
Pagi ni nak berkongsi masakan yang popular di negeri Terengganu pula ye iaitu Sayur Lemak Buah Gajus dengan Sotong. Sebenarnya di Terengganu kami tak panggil buah gajus tapi lebih dikenali dengan buah Jambu Golok. Di Kelantan pula terkenal dengan nama Ketereh atau buah Terre... hehe...
Ralat pulak rasanya sebab tak sempat nak submit resepi ni ke MFF negeri Terengganu pada bulan lepas. Tengok senarai blogger yang submit masakan Terengganu, sorang pun takde yang masak masakan ni. Yang ada Kak Nor je yang submit resepi Masak Lemak Kulit Rambai yang juga lebih dikenali sebagai Sayur Kolok yang memang femes di sana. Syabas Kak Nor atas usaha Kak Nor memperkenalkan masakan Terengganu!
Ok jom tengok resepi sempoi ni... mungkin agak asing bagi orang yang bukan asal dari Terengganu... tapi bagi kami masakan ni memang sedap! Maklumlah.. kalau mak dah biasa hidang masakan macam ni sejak dari kita budak2, tentulah kita jadi dah terbiasa walaupun masakan ini bermusim je sebenarnya. Kenapa aku kata bermusim? Sebabnya.. hanya ketika musim buah gajus berbuah je dapat merasa masakan ni, maklumlah buah gajus atau jambu golok ni bukan senang nak jumpa juga sebab ia buah bermusim sama macam buah durian atau rambutan juga. Tambahan lagi di Malaysia ni rasanya pokok gajus tak sebanyak pokok durian atau rambutan.. hehe.. hanya ditempat2 tertentu je ada pokok gajus ni. Jadi bertambah susahlah kita nak jumpa buahnya kan? Biasanya musim buah gajus berbuah atau masak sama dengan musim nelayan mencandat sotong. Disebabkan lambakan gajus & sotong yang banyak pada masa yang sama itulah terciptanya resepi ini (gamaknyalah!) oleh nenek moyang dulu2.. hehehe.. kreatif juga orang dulu2 ye.. Seingatku masa kecik2 dulu.. bila buahnya dimasak lemak macam ni.. biji2 gajus pula disimpan atau dikumpul banyak2, kemudian digoreng bersama2 pasir kasar sama seperti menggoreng buah belinjau dan buah berangan tu. Bila dah masak.. biji2 gajus diketuk2 untuk mendapatkan isi di dalamnya.. kalau sebut isi gajus.. semua orang tahu kesedapannya kan? Omputeh pun tau juga betapa sedapnya cashewnut! Biasa di kampung dulu2 goreng biji gajus dibuat di tanah (maksud aku di luar rumah) dengan menggunakan kuali/kawah/bekas khas (bukan kuali yg diguna utk masak hari2.. takut kotor terkena getah gajus). Masa menggoreng perlu berhati2 sebab buah gajus ni kadang kala akan meletop & yang paling takut masa budak2 dulu takut terkena getahnya (yang panas) semasa menggoreng tu. hehehe.. banyak sungguh kenangan manis masa aku budak2 dulu sebagai budak kampong..
Kenangan juga bagi aku sebab inilah makanan yang aku dok mengidam sangat2 masa mengandungkan anak sulung dulu selain dari Jackfruits Crackers hehe.. (bukan macam sekarang ramai yang mengidam Durian Crepes! termasuk yang tak mengandung hehe). Alhamdulillah dpt juga makan sepuasnya sebab kebetulan masa kami berkelah di Endau (Pantai Penyabong & Pantai Pasir Lanun) ada banyak pokok gajus yang sedang berbuah lebat & ranum kat kawasan kampong kat situ. Alhamdulillah ma berjumpa dengan tuan punya pokok dan minta beli buahnya. Tapi pakcik tu tak nak ambik duit pun.. dia sedekah je.. tapi buahnya kena petik sendiri... hehehe... Syukur lepas hajat ibu mengandung..
Sayur Lemak Buah Gajus/Jambu Golok dengan Sotong
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
½ kg buah jambu golok / gajus yang ranum
½ kg sotong sederhana besar
1 biji bawang besar ~ mayang kasar memanjang
1 ulas bawang putih ~ hiris halus
2 biji cili merah ~ dibelah 2
beberapa biji cili padi jika suka
1 hiris halia (optional! untuk menghilangkan hanyir sotong)
3 cawan santan sederhana pekat (atau secukupnya)
garam & aji secukupnya
Cara2
½ kg buah jambu golok / gajus yang ranum
½ kg sotong sederhana besar
1 biji bawang besar ~ mayang kasar memanjang
1 ulas bawang putih ~ hiris halus
2 biji cili merah ~ dibelah 2
beberapa biji cili padi jika suka
1 hiris halia (optional! untuk menghilangkan hanyir sotong)
3 cawan santan sederhana pekat (atau secukupnya)
garam & aji secukupnya
Cara2
1. Buah jambu golok dibuang bijinya dan isinya dihiris2
memanjang. Apabila habis dihiris semua isinya diramas/diperah supaya airnya
keluar (tak keluar semua pun takpe). Kemudian dicuci bersih. Bersihkan pula sotong & hiris membulat.
2. Campurkan semua bahan2 di atas dalam satu periuk dan masaklah macam biasa sambil sentiasa dikacau2 supaya santan tidak membuak.
3. Rasakan garamnya biar secukup rasa. Sedia dihidangkan bersama nasi putih panas2. Lebih sedap jika ada sambal belacan, ikan goreng & ikan masin.
2. Campurkan semua bahan2 di atas dalam satu periuk dan masaklah macam biasa sambil sentiasa dikacau2 supaya santan tidak membuak.
3. Rasakan garamnya biar secukup rasa. Sedia dihidangkan bersama nasi putih panas2. Lebih sedap jika ada sambal belacan, ikan goreng & ikan masin.
Selamat mencuba!
23 comments:
ngaaa lapaq kak oiiii
waaaaaaaaaaa msti sedap nih... meleleh tau air liur, ni 1st time dana tau resepi nih, tp sgt teruja sbb ada buah gajus, dulu kan masa peknen kan aiyan dana pun tingin sgt nk mkn buah gajus tp asal balik kerteh je msti bkn musim gajus, kalu ada pun msh putik lg.... sampai skrg ni tak dpt jmpa... kesian betul kn
mmg niat nak buat gak menu ni utk MFF aritu tp tak ada buah jambu golok lg masa tu.. bukan musim lg kut .. kalau jumpa mmg dah buat dah hehe
sayur kegemaran k.nor dan cik abe ni ratna.. mmg best :)
hakakkkk))))) telan air liur nani tengok buah tu dlm tuperware tu.. nani panggil buah janggus.. tapi nama dlm buku mmg gajus lah.. entah mcm mana dari kecik nama kitorang panggil janggus.. tapi sebutan org utara camni.. J.A.N.G.U.I.H.. haaa.. pandai pun sebut.. :P hahahahaha.. jadi cikgu sat.. boleh kan..
Unik masakannya... dah berpuluh tahun tak merasa buah jambu gajus, kacang gajus memang jumpa selalu... terima kasih Madiha sebab kongsi resepi yang mampu mengundang lelehan liur ni...
Hee..hee.. seronok tengok buah jambu golok! Kalau PH ingat kat rumah lama dekat Batu Burok tu ada pokok jambu golok. Buah dia yang ranum ada sikit-sikit harum macam stoberi (ye ke?) tapi kawan PH dulu cakap, kalau makan buah tu, gatal tekak. Tak taulah betul ke tidak.
unik n nampak sedap..
apa rasa buah gajus ni ye?bleh mkan mcm tu je ke?
memang sedap faa.. tp bagi yg sukalah.. husband akak tak suka jenis buah dibuat sayur... akak je yg suka.. hihi..
rasa buah gajus tu manis2 kelat gitu... boleh je mkn gitu kalau lalu.. masa budak2 dulu lalulah mkn.. tp skrg dah jd org tua ni dah tak lalu.. hihi..
Phong Hong, I pun suka tiap kali nampak buah jambu golok.. terimbau nostalgia silam.. bila dpt dimasak mcm ni lagi suka! bau strawbery? ehh.. tak pasti pulak.. lenkali boleh bandingkan baunya sama atau tak..
tak pasti pulak bila mkn gatal tekak.. tak pernah pula.. tp ada rasa melekat sikit kat tekak sebab buah ni rasa manis2 kelat2 gitu...
memang unik bagi yg tak pernah lihat kan amie... saya memang seronok berkongsi masakan yg jarang2 ditemui dgn kwn2 kat sini...
pernah jugak akak dgr org panggil janggus.. hehe.. lupa nak sebut.. :-)
yelah kak nor mungkin masa tu belum musim buah ni masak.. kalau tak mungkin ada yg berkongsi... sy pun dpt buah ni dah terlambat... ralat lah jugak.. hehe..
sama ngan sy mmg feberet.. tp cik abe saya tak suka plak lauk ni.. maklumlah selera org pahang berbeza sikit.. org pahang tak suka lauk yg terasa manis2 ni.. hehe..
dana kena belajar masak ni... masakkan utk eddy mesti dia terkejut.. camner bini dia pandai masak lauk org tganu... hehehe...
hehe... saborrr.... pi bancuh milo leh hilang laporr tu...
Adoyai... tak pernah makan kak.. :D
uh kak style jugak lauk ni..x penah makan..tapi nampak selera kena time ujan mak oii.....mana nak cari la buah nye kak..
sedaaaapppppnya ni..
Salam kak ratna.menu unik di mata saya.tak pernah tau ada menu ni. Terbau2 wangi gajus tu.
Tq akak sudi cerita cara goreng biji gajus.tak tau pun dia meletup
lama tak makan lauk buah gajus ni..org kedah panggil buah jangguih..
slm Kak Madihaa cyggg...
preggy ke kak...tahniah yer..bpe bln dh tu..hehe
QH xpenah lg mkn buah gajus..cmner la yer rasenya tu..nmpk mcm sedap aje..lauk lemak ni mesti sedap bile dtambah sotong...wallaaaa
salam,sedapnye...mak teh selalu boh ikan selayang panggang atau rebus [ yg ditumbuk halus] sikit dlm kuah.sedapppp..
sama la dirumah pun mak teh sorang yg mkn..anak2 kata darat la mama nih..hihihih
Akak, sayur lemak buah nangka dap gak. Hehe..
Akak, sayur lemak buah nangka dap gak. Hehe..
Post a Comment