Thursday, December 13, 2012

Sotong Goreng Ala Kaprau



Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua...
Salam bertemu kembali buat semua teman2.  Pejam celik pejam celik kita sudah pun hampir dipertengahan bulan Disember.  Kaum ibu pasti sedang sibuk dengan persiapan persekolahan anak2 kan?  Tak kurang juga dengan MaDiHaA kerana tahun ini merupakan tahun yang agak sibuk dari tahun2 sebelumnya kerana tahun ini kena siapkan kelengkapan sekolah bagi dua orang anak.  Anak sulung yang akan masuk ke tingkatan satu berasrama manakala adiknya yang nombor dua pula akan masuk ke tahun satu.  Banyak benda yang perlu disiapkan bila anak nak masuk asrama ni ye.  Ini merupakan pengalaman pertama bagi MaDiHaA kerana sebelum ini anak tinggal bersama2 dengan kita.  Jadi sebelum ni hanya perlu siapkan pakaian sekolah, kasut, beg, buku2 & alat tulis saja.. Tapi bila kena tinggal di asrama ni.. macam2 yang perlu disiapkan.  Setakat bershopping sehari dua memang tak dapat nak cari semua keperluan... jadi kenalah bersiap dari awal supaya kita tak kelam kabut di akhir2 cuti sekolah.  Alhamdulillah setakat ni.. 70% kelengkapan sudah siap dibeli... 30% masih dalam sessi pencarian. Manakala buku2 tu tunggu kedai buku sekolah masing2 buka barulah dibeli.. sebab buku2 hanya boleh dibeli di sekolah saja..
Oklah kita tutup cerita pasal persiapan sekolah.. hari ni nak berkongsi resepi yang telah MaDiHaA olah dari resepi Daging Goreng Ala Kaprau yang pernah MaDiHaA masak dulu iaitu resepi dari Dapur Kak Jee.  Kali ni MaDiHaA gunakan sotong bagi menggantikan daging.  Kebetulan ada daun selasih yang MaDiHaA ambil dari kampong tempohari.. jadi saja nak cuba2 sebab dah ketandusan idea nak masak apa dengan sotong tu.  Hasilnya.. boleh tahan sedapnya!   Harap Kak Jee tak marah ye pandai2 MaDiHaA olah resepi asal akak ni dengan nama Sotong Goreng Ala Kaprau.. hehe...

Sotong Goreng Ala Kaprau
Adaptasi dari resepi Daging Goreng Ala Kaprau :
Dapur Kak Jee
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna


BAHAN2:

250 gm sotong ~ potong ikut suka
2 sudu besar paste tomyam (Kjee guna paste Adabi)
cili api  diketuk2 (ikut kepedasan. resipi asal mesti pedas)
Sedikit kobis bunga ~ potong florets
2 labu bawang besar (dibelah lapan dan dicerai2kan)
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili (Kjee guna sos cili Thai)
daun selasih secukupnya



CARA:

Perap sotong yang telah dihiris bersama 2 sudu paste tomyam selama ½ jam. Kemudian tumis 1 labu dulu bawang besar yang telah dikerat 8. Kemudian masukkan cili api yang telah ditumbuk kasar. Setelah agak garing, masukkan sotong yang telah diperap dan kobis bunga lalu masak hingga air sotong agak kering.

Kemudian masukkan kicap manis dan sos cili dan terus goreng. Masukkan daun selasih yang telah dipetik2, dicuci dan ditoskan. Kemudian masukkan juga baki 1 labu bawang besar. Setelah bawang besar layu, padamkan api dan hidang.  

Selamat mencuba!


4 comments:

Norzie hany said...

Sedapnya Madihaa.

Yatie said...

lama tak masak sotong, tngk K.Madihah masak ni rasa teringinlah plk....menyelerakan sungguh..

Qhaifa Nur said...

suka namanya sedap...

Amie said...

Dapat makan sotong di dapur Madiha... Amie masak sotomg juga, tapi sotong goreng oregano...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...