Tuesday, April 30, 2013

Sagupa

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana memanjangkan umur ku sehingga ke ulangtahun kelahiran yang ke sekian kalinya pada hari ini.  Terima kasih ya Allah! Terima kasih kepada yang memberi ucapan seawal 12++ tengah malam tadi. Terima kasih juga yang menghantar sms & ucapan di FB.. Terima kasih tak terhingga buat ma tersayang kerana melahirkan ku ke dunia ini.  Terima kasih ma & Al-Fatihah buat arwah ayah yang dikasihi kerana sama2 membesarkan ku sehingga menjadi seorang 'insan'.  Terima kasih buat insan2 tersayang yang awal2 dah bagi hadiah tu ye... tahun depan jangan lupa bagi lagi ye.. hehe...

Buat ma tersayang, kaklong doakan semoga ma cepat sembuh luka bekas pembedahan tempohari.  Buat pengetahuan semua.. hari Jumaat baru2 ini ma dikejarkan ke hospital setelah disahkan appendiksnya pecah.  Ya Allah syukur tak terhingga padaMu kerana ma selamat dalam pembedahan tersebut.  Sempatlah MaDiHaA menjaga ma semalaman di Hospital Segamat menggantikan tempat adik nombor 3 yang telah menunggu ma sejak dari petang Jumaat.  Adik2 yang lain bukan tak boleh nak jaga.. tapi ada anak kecik yang menyusu badan.  Isnin semalam pun ambil cuti sehari lagi untuk temankan ma setelah dibenarnkan pulang.  Alhamdulillah ma dah semakin sihat, dah boleh berjalan tanpa dipapah & dah berselera untuk makan walaupun hanya boleh makan makanan yang lembut2 sahaja.

Tak lupa MaDiHaA juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan Wad 8 Hospital Segamat yang semuanya sangat baik hati melayan pesakit dengan senyuman yang tak pernah lekang dari bibir.  Bukan seorang dua.. tapi kesemua staffnya begitu termasuk juga doktor yang bertugas.  Tahniah & terima kasih diucapkan.  Syabas di atas khidmat bakti dari kalian walaupun hanya di wad kelas III tapi servis kalian umpama kelas I!

Oklah untuk entry hari ni.. MaDiHaA nak berkongsi resepi kuih yang popular di Kelantan & juga Terengganu.  Terengganu & Kelantan ni memang banyak kuih-muih yang ada persamaan atau sedikit persamaan seperti kuih akok, puteri mandi, nekbat, sagupa dan lain2 lagi (hanya beberapa nama saja disebut).

Oklah terus ke resepi yang ingin dikongsikan ye... Resepi ni adalah resepi cara MaDiHaA.. mungkin lain orang lain pula cara penyediaannya..




SAGUPA
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan Sagu
300 gm sagu mata halus
1 cawan air panas

Bahan Kuah
3 cawan santan sederhana pekat
1 sudu kecil halba
1 cm halia ~ dihiris memanjang
1 ulas bawang merah ~ dihiris
4 sudu besar gula (boleh lebihkan jika suka lebih manis)
½ sudu kecil garam

Bahan Inti
½ cawan kacang hijau ~ direndam semalaman
½ cawan gula




Cara menyediakan 1. Sediakan Inti : Kacang hijau direbus sehingga empok dan nampak pecah. Biarkan sehingga agak kering.
2. Masukkan gula dan kacau sehingga betul2 kering. Sejukkan sebelum dibulat2 & dileperkan.
3. Sagu dibersihkan dan toskan. Masukkan ke dalam kuali. Buka api perlahan. Siramkan dengan air panas dan kacau rata sehingga nampak kental. Tutup api & biarkan sejuk atau suam. Sementara tu.. panaskan periuk pengukus. Sapukan loyang dengan sedikit minyak.
4. Gunakan bekas plastik kecil (utk isi dadih) spt dlm gambar. Sediakan sebesen air yg bersih. Basahkan tangan serta bekas plastik kecil tadi. Ambil sesudu besar sagu masukkan ke dalam bekas plastik tadi. Tekan2 dengan jari biar rata.
5. Ambil seketul inti dan letakkan di atas sagu tadi. (rujuk gambar). Ambil sesudu besar lagi sagu dan tutup atas inti tadi. Dengan jari yg basah tekan2 & mampatkan sagu biar inti tertutup.
6. Telangkupkan kuih tadi atas tapak tangan dan susun dalam loyang yang telah disapu minyak terlebih dulu. (kuih akan mudah keluar dari bekas plastik tadi kerana bekas tersebut telah dibasahkan terlebih dulu..) Habiskan semua bahan.
7. Letakkan loyang tadi dalam periuk kukusan. Kukus sagu sehingga masak lebih kurang 15 - 20 minit.
8. Sementara itu sediakan kuahnya pula.. Masakkan santan bersama halia, halba, bawang merah, gula & garam dengan api perlahan sehingga mendidih.
9. Masukkan sagu yang telah masak (nampak jernih) ke dalam kuah & masak seketika.
10. Boleh hidang suam2 atau sejuk terpulang selera anda.

I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude@My Kitchen Snippets.


21 comments:

Qhaifa Nur said...

biasa Nur buat sagu ni bubuh macam2 kaler dan kuahnya letak susu cair..makan sejuk2 sedap..

sagupa ni ada inti...sedapnya

norhidana said...

tak penah jmpa nih kak, 1st time tau nih nampak n dgr namanyer, mil pun lum penah bt lg nih...

selamat hari lahir kak... semoga diberikan kesihatan yg baik n sukses selalu....

Gee® said...

Sedapnyaaaa....

EmbunRosaliza said...

Assalam madihaa,akk suka sagupa ni kalo masa malas akk buat tak letakinti, hanya sagu je, tapi best bau kuah tu

Cheq Sue said...

selamat ulang tahun kak... ini le kuih feveret saya kalau time puasa, kalau luar musim tu macam pelik je makan, tapi setakat ni tak berapa jadi nak buat yang ini...tq kak share teknik tu, boleh la cuba nanti

ucubakery said...

Alhamdullilah..semoga dipjgkn umur dipermudahakan segala urusan d dunia n akhirat..

dan semoga ma madiha cepat sembuh...

ucu suka jugak mkn kuih muih dr pantai timur ni..setakat ni sagupa blm pernah rasa lagi...

Unknown said...

salam ulangtahun juga kak..mudah2an diberi kesihatan yg baik dan di murahkan rezeki sekeluarga..zila lum penah makan sagu wat denagn kacang hijau gini kak..boleh cuba ni

Unknown said...

salam ulangtahun juga kak..mudah2an diberi kesihatan yg baik dan di murahkan rezeki sekeluarga..zila lum penah makan sagu wat denagn kacang hijau gini kak..boleh cuba ni

Mori Said said...

Salam ulangtahun Madiha... Walaupun tak pernah dengar sagupa tapi nmpk menyelerakan...

Amie said...

Birthday Ratna ye... tahniah! Selamat ulang tahun, moga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Amin ya Allah!
Ini dia sagupa ye madiha... adakalanya Amie terdengar namanya jadi sanggupal pulak..

Sweet red cherry said...

Salam kak Madihaa..

Happy Birthday ya..semoga panjang umur n murah rezeki..

Nama kuih ni sangat unik..first time dengar dan nampak..

tun_telani said...

Salam kak madihaa... tun nak buat niiiii!!! sedapnyerrrr... jarang2 dpt makan, kalau blk kelate pon bkn selalu jumpa nih.. blk kg ni nk buat lah.

JaSSNaNi said...

sedapnya kak... mesti ala2 rasa bubur bila letak helba tu kan... x penah makan.. pandai akak wat macam2 makanan yg kebanyakkan nye nani tak penah makan tu..

Rohah said...

selamat panjang umur kak, semoga dirahmati Allah...pertime dengar n lihat kuih sagupa ni,makanan tradisi ye..

Queenie said...

happy birthday Ratna, harap belum terlambat lagi...

tak penah makan sagupal...

zila norazila said...

Happy bthday ..smoga sukses slalu tau kak..x pernh mkn sagupa nie..terbyg cmbe la rasanye kn..

Unknown said...

Salam Madiha, moga ma madiha dlm keadaan sihat skrg ni. Apendik tu bahaya kan? Alhamdulillah semuanya selamat. Birthday ke hari ni, ke semalam? Slmt panjang umur ye...

Sagupa ni pasti kakpb cuba sb bila balik Kelantan, yg ni la kakpb selalu mkn. Belum pernah buat.

hana said...

epi besday kak... moga murah rezeki selaluuuuu.... pernah gak termakan seghupa nih... igtkan sagu gula melaka yg mcm biasa tuh... ghupernyer bukan! kak ton tertipu! hahahhaaa

Hafizah Mohamad said...

salam kak...sedapnya tgk sagupa...sedapnya....

Mylesung said...

salam..happy belated besday kak! semoga dilindungi, dirahmati Allah selalu..1st time dgr & tgk rupa kuih sagupa ni..hehe..rasanya mcm mn ye?

rostina76 said...

salam k.madiha & happy birthday. semoga sentiasa dlm lindungan ALLAH. amin3x....btw masa dulu2 selalu gok makan especially bln puasa tapi lama doh dok jmp sagupal ni. ros ingat org rebus bagi napung sagupal tu rupanya org kukus ye. nak try le bila2 rajin. tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...