Monday, July 15, 2013

Iftar Day 2 ~ Daging Sekilo Bawang Sekilo & Peria Goreng Rangup

Assalamualaikum dan bersua lagi kita...


Terpaksa berkejar sikit mengupdate blog ni... kalau idak nanti ketinggalan jauh pulak.. hari ni dah puasa hari ke 6 kan... jadi cepat2 sebelum terlambat.  hehe.. haishhh.. macam la masak special sangat... sampaikan sibuk nak update menu berbuka... padahal atas meja hanya ada 2 pinggan je yg terhidang... kekekeke.... Takpelah kan.. itupun rezeki juga.. tak baik membazir... lagipun apa yang penting kita masak ikut kemampuan diri sendiri... 1) mampu menyediakan bahan2nya, 2) mampu untuk menghabiskannya.. 3) Mampu untuk menyiapkan hidangan sebelum waktu berbuka.  Yelah kan.. kalau hari kerja ni.. kita masak mana yang sempat jelah.  Lainlah jadi suri rumah tu.. boleh mula masak pukul 4 petang.. Ibu bekerja macam MaDiHaA ni.. sampai rumah pun dah pukul 6 lebih..  Jadi kita masak setakat yang sempat jelah kan.  Ini pun mujurlah suami ada kat rumah sebab dia kerja shift malam.. jadi bolehlah dia standby siap2kan bahan2 mana yang patut. Setakat ni alhamdulillah belum lagi singgah mana2 bazar Ramadhan.. Kalau singgah lagilah tak sempat nak masak lauk untuk bekalan sahur suami nanti.. jadi baik jangan singgah. 



Ok sebenarnya menu berbuka hari kedua Ramadhan kami ialah nasi goreng & juga bubur lambuk yang MaDiHaA ambil dari rumah makcik.  Suami yang goreng nasi tu sebab ada banyak nasi berlebih sebab puasa pertama tu memang berbuka dengan mee goreng je.. masa sahur pun Haziq makan mee goreng juga.  Tapi dek sibuknya MaDiHaA memasak kat dapur sehingga orang dah azan pun tak siap sepenuhnya lagi... maka tak sempatlah nak ambik gambar nasi goreng sempoi & bubur lambuk tu.  MaDiHaA berbuka pun sekadar makan kurma & minum air pastu ke dapur semula utk siapkan lauk yang mengambil masa agak panjang untuk memasaknya.  Sendiri cari nahas!  Tapi tak mengapa... berbaloi2 sebab hasilnya terrrrrsangatlah sedapnya!  Patutlah LinaPg dah masak sampai dua kali menu ni!  Amie yang berkongsi resepi ni pun dah masak berkali2 juga.  MaDiHaA je yang lambat nak mencuba kerana en. suami dah lama tak beli daging.  Bila dia beli daging hari kedua puasa tu... cepat2 cakap kat dia yang MaDiHaA ada resepi special nak cuba.  Dia setuju & terus MaDiHaA pesan kat dia tolong kopekkan bawang besar 1 kg ye... Terkejut gamaknya dia dengar kena guna bawang 1 kg terus dia sms balik tanya nak buat apa bawang banyak2? hehehehe.... Bila dikatakan resepi tu memerlukan bawang 1kg... dia pun akur jelah... Mujur ada stok bawang besar banyak kat rumah.. opss.. sebenarnya tak cukup sekilo bawang tu.. hanya ada 860 gm jer... belasah jelah kan.  Disebabkan penyediaannya yang memakan masa yang panjang & juga waktu memasak yang juga memakan masa yang panjang.. Sebab tu sampai ke waktu orang dah azan dagingnya masih dalam kuali.  Itupun MaDiHaA sambil2 menggoreng peria yang mana bancuhan tepongnya en. suami yang sediakan.  hehehe...  Syukur.. sempat juga suami bawa bekal lauk daging & peria tu untuk bersahur kat tempat kerjanya..


Dah makan daging.. kenalah makan peria untuk balance kan nutrisinya walaupun sebenarnya masak cara macam ni dah hilangkan sikit khasiat peria tu... hehe..

Terima kasih pada Amie yang berkongsi resepi yang marbeles ni.  Resepi asalnya dari Imelda Shahriah Ishak. Terima kasih buat kedua2nya ye.  Berbaloi walaupun penyediaannya agak renyah.  Menurut Amie dia biasa masak selama 2 jam tak termasuk masa penyediaan bahan2.. tapi MaDiHaA masak hanya lebih kurang 1 jam 15 minit macam tu.. jadi daging tu masih berkuah gitu.  Syukur dipermudahkan semuanya.. Kebetulan pula daging yang hubby beli ni cepat lembut walaupun bukan jenis batang pinang.

Jom MaDiHaA kongsikan resepi ni.  Menurut Amie sesuai juga dihidang dengan ketupat & rendang.  Tapi MaDiHaA makan dengan nasi putih je..  

Daging Sekilo Bawang Sekilo

Sumber : Imelda Shahriah Ishak

Olahan : Amie



Bahan-bahan:

1 kg daging (potong kecil-kecil)
500ml  santan cair
250ml santan pekat
5 ulas bawang putih - pecahkan dan cincang
1 kg bawang besar (potong kasar-kasar)
15 biji lada merah (potong nipis-nipis)
3cm halia (tumbuk)
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
garam & gula / perasa pilihan
minyak                         
1 sudu teh pati asam jawa - pilihan (kali ini Amie cuba tambahkan asam jawa)

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
2. Masukkan lada merah dan terus kacau hingga layu.
3. Masukkan daging dan bawang. Biarkan hingga layu.
4. Gunakan api besar supaya bawang dan lada segera hancur.
5. Kemudian masukkan 500ml santan cair dan perlahankan api. Tutup kuali.
6. Setelah kuah hampir kering dan bawang serta lada menjadi hancur, masukkan pula santan pekat serta garam dan gula / perasa pilihan serta pati asam jawa. Gunakan api perlahan.
7. Kacau selalu supaya sebati dan tutup api setelah terbit minyak
8. Daging sekilo bawang sekilo siap untuk dihidangkan dan enak dimakan bersama nasi himpit.

 

Ok kat bawah ni pula gandingan dengan lauk daging tadi iaitu Peria Goreng Rangup.  Pernah cuba? Kalau di kedai mamak memang selalu jumpa lauk ni kan.  Feberet MaDiHaA juga ni sebab bila dah goreng macam ni pahitnya dah tak terasa.. hihi...

Terima kasih pada Puan Ros berkongsi resepi sedap ni ye.  MaDiHaA dah beberapa kali masak macam ni.. resepi main campak2 je & tak bersukat.. tapi tak sempat nak ambil gambar.. Kali ni guna resepi Puan Ros & barulah sempat ambil gambar sebab ambil gambar ni pun dah lepas berbuka.. hehe.. Cuma minta maaf dari Puan Ros ye sebab MaDiHaA masak guna kaedah mencelop dalam batter (ni kes tak baca betul2 resepi sebab kelam kabut.. terus suruh hubby bancuh bahan.. hehe). Lain kali MaDiHaA ikut cara Puan Ros ye..

Peria Goreng Rangup
Sumber : MaDiHaA aka Ratna
Bahan-bahannya
* 1 batang peria
* 4 sudu besar tepung beras (MaDiHaA lebihkan sikit)
* 1 sudu besar tepung jagung
* 2 sudu kecil serbuk cili (guna 1 sudu besar)
* 1 sudu besar rempah kari 
* 1 sudu kecil serbuk kunyit
* 1/2 sudu kecil garam
* 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
* 1 sudu besar air (MaDiHaA lebihkan sikit sebab MaDiHaA masak kaedah mencelup dalam batter)


Cara memasak
1- Basuh bersih peria dan potong bulat dan sama nipis. Buang bijinya dan bahagian bewarna putih dgn mengunakan tangan. Rendam potongan peria dgn 1 sudu garam dan 3 sudu gula selama 1/2 jam.  (MaDiHaA hanya cuci biasa & tak rendam sebab takmau hilang khasiat peria tu)
2-Toskan air rendaman peria dan pastikan airnya kering (boleh gunakan kitchen towel untuk mengeringkan airnya. Masukkan peria kedalam satu mangkuk besar.
3- Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk peria tadi kecuali air.Gaul semua bahan hingga rata dan sebati.
4- Masukkan 1/2 sudu air dahulu dan gaul rata.Jika ianya nampak masih agak kering masukkan 1/2 sudu air lagi.Pastikan campuran tidak terlalu cair atau terlalu pekat dan tepung bersalut cantik pada peria.
5- Panaskan minyak masak secukupnya dalam non-stick pan.Bila minyak dah betul-betul panas masukkan peria sekeping demi sekeping dan jangan digoreng terlalu banyak pada sesuatu masa.
6- Goreng peria hingga betul-betul garing.Angkat dan toskan minyaknya.Makan bersama nasi panas dan kuah kari.wala....


Selamat mencuba!


17 comments:

Lydia Miza said...

Mesti sedap manis daging tu kan kan.. Nak cuba lah nnt

ALoNa CintamaniszLite said...

wahhh...bawang pun sekilo. manis daging lagi...manis bawang lagi...mesti sedappp

Cida de' Nuanza said...

dh lama perati resepi ni..
aishhhh...kena cari daging juga le nampaknya..hihihi

EmbunRosaliza said...

Assalam madihah, memang sedap dsbs ni kan, bhn2 simple je tapi hasil memang sdpa, kita pun dh lama buat belum tepek gambar lagi hehe

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

serius, pertama kali tahu ada resepi tajuknya macam ni, kalau kat rumah sy boleh makan berhari2 ni..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

nak komen lagi, tadi terlupa...

mula2 ingatkan Kak Madiha nak beritahu harga daging ngan bawang dah naik, keh keh keh..

lieyalatif said...

mmg kagum dgn name masakan ni kak...unik...tgk dari gambar pun mmg dah tau sedapnyer kak.....lieya ni sampai skrang tak berani masak dgg sbb selau teliat.....tgk resepi akak ni berkobar2 nak cube plak hah

LiNa_Pg said...

Sedap kan DSBS ni, walaupun masak agak lama tp hasilnya sangat berbaloi

Ayu said...

Assalam Ratna,
lauk ni memang sedap..akak pun dah cuba tapi belum update lagi..hehe...memang bila tengok bawang tu 1kg yang agak seram pada mulanya..hehe tapi dah buat sedapp dan manis bawang dan manis daging tu viola..:)

JaSSNaNi said...

sedap kak.. nani suka peria goreng camtu.. tapi kalau nak cepat kan.. nani tumis pecah telur je.. masuk peria and gaul2.. senang abis citer tak yah dok satu2 letak dlm minyak panas.. eheheheh.. pemalas betul kan.. masakan gini banyak kat kedai mamak kan kak.. :)
untung kan akak.. suami akak pun pandai masak.. rajin ke dapor dia.. tu la berat sama di pikul.. ringgan sama di jinjing.. :D

Gee® said...

Mengancam habis resipi daging sekilo bwg sekilo tu...makan dgn nasi panas2 pergh!! gerenti best punyaa...

PH said...

Wah, daging tu sure sedap! Mak PH selalu pesan, kalau masak kari daging mesti letak banyak bawang. Mak pun sama, kalau daging sekilo, bawang pun sekilo jugak.

indahhouse said...

Salam 6 Ramadhan kak madiha,
Moga segalanya dipermudahkan Allah.
Betul tu, kak. Memasak berbuka membolehkan kita ada bekal bersahur. Hubby takde syif malam, jadi masakan berbuka jadi 1-2 menu masa bersahur.
Saya mohon maaf atas salah dan silap sepanjang kita kenal ya kak madiha. :)

Mamasya said...

Aslmkum Ratna

nampak menarik masakan daging ni....resepi ada tengok kat dapur Amie.....berkenan nak mencuba tp masuk senarai dulu.
peria goreng rangup....balik Msia boleh cuba...

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Kak Ros pun goreng peria hari ni, selamat berpuasa ya madiha

Shikin said...

Salam Madiha. Singgah tengok2 n copy resepi bawak balik :) Sedap nampak daging tu. Mesti cuba nih....

ibusya said...

byknya bawang sMpai 1kg. takpe janji sedap

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...