Tuesday, August 27, 2013

Bubur Candil Dwi Warna

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Masih lagi nak masukkan resepi tertunggak iaitu resepi yang dimasak untuk menu berbuka puasa Ramadan yang lalu.  Ini antara pemanis mulut yang digemari en. suami. Kalau buat gerenti tak membazir punya.  Kali ni MaDiHaA buat versi kuah putih sebab guna gula pasir sahaja.  Kalau nak ganti dengan gula merah atau gula melaka pun boleh. Saja kali ni nak buat separuh dari bebolanya ada warna jadi lebih cantik guna gula pasir barulah nampak warna bebola tu kan..
 

Bubur Candil Dwi Warna

Bahan-Bahannya
250 gm tepong pulut
4 ~ 5 sudu besar tepong gandum
1 sudu kecil air kapur
1 cawan air (jangan dihabiskan.. tengok keadaan doh dulu)
1 sudu kecil garam (bancuh dlm air kat atas tu)
Santan sederhana pekat secukupnya utk kuah (agak2lah ye)
Gula pasir (pun agak2 juga manis mana yg anda nak)
2 helai daun pandan ~ disimpulkan

Sedikit pewarna kegemaran

Cara2nya
1. Campurkan tepong pulut dan tepong gandum dlm satu bekas. Masukkan air kapur & tuangkan separuh dari air bancuhan garam tadi lalu diuli sambil ditambahkan sedikit demi sedikit air sehingga mendapat doh yg lembut. (jangan dituangkan semua air tadi takut doh terlembik pulak.. kalau doh terlembik.. boleh tambah sikit tepong pulut atau tepong gandum ye).  Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Warnakan salah satu bahagian dengan warna pilihan anda.
2. Jerangkan air dlm periuk & biarkan mendidih. Sediakan pula sebekas air yang bersih dlm bekas yang lain.
3. Bulat2kan doh sebesar biji guli atau ikut saiz yang anda suka. Masukkan dlm air mendidih.. buat sehingga habis. Sambil2 buat tu angkat & toskan guli2 pulut yang dah timbul tu ke dalam air yang disediakan tadi. Tunggu sampai semua dah timbul angkat, tos & masukkan dlm air biasa tadi.
4. Dalam periuk yang lain.. jerangkan santan sederhana pekat bersama gula, secubit garam & daun pandan. Sambil2 tu.. toskan bebola tadi lalu masukkan ke dalam kuah santan & masak sehingga mendidih & gula larut. Sentiasa kacau supaya tak membuak.
5. Bila dah masak tutupkan api & bolehlah dihidangkan. 


Selamat mencuba!

14 comments:

Anonymous said...

Sedapnya kak..rasa nak buat utk berbuka ptg nanti

Anonymous said...

Sedapnya kak..rasa nak buat utk berbuka ptg nanti

rahel said...

selamat pagi kak Ratna...
kita pun buat benda yg dr pulut...onde2 ketan hitam tau...
akak punya tu memang enak...pasti gue makan byk klu dapat...

Qhaifa Nur said...

buat minum petang sedapnya kak...

Mar Mansor said...

suka jugak nih

Yatie said...

sedapnya tngk bubur candil ni, ada kaler hijau lagi..kegemaran Hamka...mcm tau2 je, kebetulan arini Yatie nak buat bubur candil wat minum petang...rasa nak wat skrng je...terliur...

ALoNa CintamaniszLite said...

owh...mcm nak buat buah melaka gak ke, kak??
Sy mula2 tgk gambar tu..ingatkan dalam dia akak taruk inti kelapa, hehe..
somi sy mesti suka makanan mcm ni..

lieyalatif said...

alahai kak....rase sejuk plak lalu kat tekak ni kalo berbuka kang dpt semangkok heheeheh...

lieya penah buat kak tapi tu laa tgk akak punye lagi sedap...ye laa pakar memasak buat lain air tangannye kan kak...

ummiaisyah said...

bila la sy nak rajin 24 jam cam kak ratna ni...huhu..dlm hati tringin mcm2 utk berbuka..tp rajin dok dpn pc je n haaa...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Klu warna -warni camni..lg selera nak mknnya :)

Unknown said...

D5 penah buat bubur nie mmg sedap :)

Rohah said...

Enak ni dpt mamam bubur candil

Fazleyatul Aini said...

sedapnya. pon salah 1 kesukaan ni

Mulan said...

macam bubur butir nangka kan.. tapi bentuk butir nangka macma torpedo lah hehee...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...