Monday, November 4, 2013

Raikan Kejayaan Pasukan Tok Gajah dengan Patin Masak Tempoyak... hehe..

Assalamualaikum & salam sejahtera...
 
 
Malas nak tulis panjang2 hari ni.... penat plak rasa.. malas nak berfikir.. hehe.. cuma nak ucapkan tahniah pada Pasukan Tok Gajah atas kejayaan mereka malam tadi setelah penantian selama 21 tahun untuk mendapatkan semula Piala Malaysia.... hehe..
Untuk meraikan kejayaan Pasukan Pahang... moh kita masak Patin Tempoyak!
 
 
 
Gulai Tempoyak Ikan Patin
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
 
Bahan2
1 ekor ikan patin ~ potong & bersihkan
1 sudu besar asam jawa
20 ~ 30 biji cili padi (bergantung kepedasan yg anda mahu)
1 buku kunyit hidup (lebih kurang 2 inci)
3 sudu besar penuh tempoyak
1 helai daun kunyit atau daun kesum (mana2 pun boleh)
1 kuntum bunga kantan.. (kalau ada...)
air secukupnya
garam secukupnya

Cara menyediakan
1) Ikan patin dibersihkan & digaul dengan sesudu besar asam jawa yang diramas bersama sedikit air. Biarkan seketika sebelum dibilas bersih.
2) Tumbuk cili padi, kunyit hidup hingga lumat.. masukkan tempoyak dan tumbuk & adun rata.
3) Masukkan bahan tumbuk dalam periuk dan bancuh dengan air. Masukkan air secukupnya.
4) Jerang di atas api lalu dimasukkan daun kunyit atau kesum dan bunga kantan serta garam secukupnya.
5) Masukkan ikan dan masak hingga ikan masak & secukup rasa. Kepekatan kuah ikut selera masing2 ye. 


Selamat memasak!

4 comments:

Fazleyatul Aini said...

tahniah pahang ! ramai masak tempoyak ikan patin hari ni

cahayahidupku.blogspot.my said...

Cewah... sedap patin tempoyak sempena kejayaan Pahang tu Madihah... Tahniah Pahang 21 tahun menunggu tu :D

Qhaifa Nur said...

yes..yes masak tempoyak ikan patin...
tahniah buat pahang...

tun_telani said...

hahaha.. mmg marathon org pahang masak patin masak tempoyak arini ye.. tahniah pahang kerana menang semalam.. tun pon sokong pahang sbb jiran ngan kemaman kan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...