Thursday, December 12, 2013

Kek Kurma Moist Tanpa Telur

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Semalam Selangor cuti sehari sempena hari keputeraan Sultan Selangor... dapatlah MaDiHaA berehat sehari di rumah tanpa perlu menyibukkan diri dengan tempahan.  Tidak keluar ke mana2 kerana memang dah plan nak berehat saja kat rumah... walaupun tak sibuk dengan tempahan.. masak memasak satu kewajipan juga.  Perut warga dalam rumah ni tetap perlu diisi... Kali ni kita masak menu permintaan en. suami.. menu kampong iaitu gulai lemak kulat sisir.. pastu buat dessert pun dessert kampong juga iaitu pengat ubi kayu.  Sedap sungguh layan tekak... hehe.. Selain dari tu.. dapatlah golek2 depan TV kengkadang layan candy crush.. bahagianya rasa.. hehe..



Oklah... dah mula nak merapu meraban... jom MaDiHaA kongsi kek yang MaDiHaA buat semasa Haziq berpantang tempohari.  Nak buat kek pun kena cari resepi tanpa telur.  Alhamdulillah jumpa resepi Kek Kurma Moist Tanpa Telur ni yang dikongsi oleh Nuri.  Memandangkan stok kurma banyak sangat kat rumah tu.. lebih2 kurma jenis lembut MaDiHaA kurang suka.. jadi baiklah dijadikan sesuatu... boleh juga anak2 kat rumah makan.  Stok kurma memang sentiasa ada kat rumah tu sebab en. suami suka sangat beli macam2 jenis kurma.Terima kasih Nuri ye... nanti pasti akan buat lagi..

Rupa kek memang kurang memuaskan.  Agak mendap bila dah sejuk.  Tapi rasanya? Oh... tersangatlah sedapnya.  InsyaAllah MaDiHaA akan cuba lagi membuatnya.  Tetapi nanti kurma tu MaDiHaA akan kisar menggunakan susu dalam resepi tu je.  Mungkin sebab MaDiHaA kisar kurma dengan 1/2 cawan air.. menjadikan kek terlebih cecair menyebabkan ia mendap begitu.  InsyaAllah walaupun rupa tak cantik.. tapi rasa? Subhanallah.. sedap sangat.  MaDiHaA gunakan gula perang & kurangkan jumlah gula yang digunakan kerana taknak terlalu manis. 

Jom tengok resepinya! Minta izin ye Nuri akak share resepi kat sini. TQ juga untuk penyumbang asal resepi Aludra Myresepi.. mohon share kat blog akak ye. TQVM!


KEK KURMA MOIST TANPA TELUR
Resepi : Aludra (Myresepi)
Sumber : Nuri

Bahan-bahan ( 18cm )


  • 3/4 cawan susu kotak/UHT
  • 3/4 cawan gula halus (MaDiHaA kurangkan sukatan & gunakan gula perang)
  • 1/2 cawan minyak sayuran/masak
  • 1 cawan tepung gandum
  • 18 biji kurma yg lembut (kalau kurma keras, boleh rendam dgn susu semalaman)
  • 1 sudu teh baking soda (soda bikarbonat)
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 genggam kecil gajus/cashew nut (optional) (MaDiHaA tak letak non stock)

Cara-cara


  1. Buang biji kurma dan kisar kurma hingga halus dengan sedikit air. (Lain kali kisar terus dengan susu tak perlu tambah air) Masukkan kurma dalam bekas mixing.
  2. Masukkan bahan cair tadi, minyak, gula dan susu. Biarkan gaul hingga sebati. Masukkan tepung, baking soda dan esen vanilla. Cashew nut tu ditumbuk halus dan campurkan. Kalau tak suka tak payah, tapi cashew ni bagi kek rasa lemak2 gitu.
  3. Bakar kek dalam 35 minit pada suhu 180C. Kalau kek tak melekat kat lidi, dah masak la tu. Selamat Mencuba.

NOTA: Warna kek mungkin tak sama sebab bergantung dengan jenis kurma yg diguna. 

Selamat mencuba!

6 comments:

sWeEt 'N LoVeLy said...

Salam,
Wah boleh cuba ni.Kurma pun selalu ada.:)

Fazleyatul Aini said...

kurma ni saya kurang sket huhuhu

Nadz Nazharzan said...

Wah, cam senang je..cam best je..hihiii..

Nadz Nazharzan said...

Wah, cam senang je..cam best je..hihiii..

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam
k madiha sy dah byk kali buat kek ni sb mak kat kg tak makan telur he hee
ada kala buat ok adakala mcm mendap jgak tp masih lembut kan
mcm bengkang mak sy kata

tun_telani said...

mmg moist betul kek kurma akak nih.. teringat pulak kek kurma yg mama buat time raya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...