Wednesday, July 15, 2015

Biskut Samprit Dahlia

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Tinggal 2 hari je lagi kita semua akan menyambut hari lebaran.  Dah ramai yang dah sampai ke kampong halaman masing2 kan? Seronoknya... jeles I tau! hihi... Jalanraya kat bandar ni pun dah lengang... cepat je sampai ke opis pagi tadi.  Anak dara MaDiHaA yang kecik bambam tu masih lagi bersekolah hari ni tapi abangnya dah pun mula cuti... MaDiHaA pun masih lagi kerja hari ni & esok baru dapat pulang ke kampong itupun selepas selesai dating dengan doktor kat PPUM.  Apalah malang nasib dapat temujanji follow up checkup sehari sebelum raya... Nak tukar tarikh temujanji pun dah terlambat sebab baru perasan yang 16hb Julai tu sehari sebelum raya maklumlah.. temujanjinya setahun sekali.. hihi...  Ni kes lambat tengok kad hospital ler ni.. hehe...  Tak mengapalah balik lambat sikit...  senarai barang2 nak dibawa dah siap.  Tinggal hari ni en. suami nak beli 3 kg daging selain ayam yang dah difrozenkan semalam.  Barang2 dapur yang lain seperti bawang, cili dan lain2 pun en. suami akan lengkapkan hari ni sebab dia dah mula cuti hari ni... bolehlah dia pegi beli mana2 yang belum sempat dibeli tu.  Sampai rumah mertua petang esok.. barulah kami sama2 kerjakan masak rendang dan sebagainya. 



Oklah MaDiHaA nak update resepi biskut samprit dahlia yang MaDiHaA buat baru2 ni.  Buat 2 adunan terus jadi bolehlah bawak balik rumah mertua sekali. Ini biskut permintaan anak bujang MaDiHaA yang sorang tu.. tiba2 pulak teringin nak makan biskut samprit.  Nasib baik mintak biskut mudah & murah. Zaman GST ni kena berjimat cermat sikitlah.. buat kuih raya pun guna bahan2 yang murah & yang sedia ada kat rumah je... Oklah resepi ni MaDiHaA ambil dari FB tapi tak ingat la pulak siapa empunya resepi asal.  Mohon kongsi kat blog pada empunya resepi ye. Terima kasih.

BISKUT SAMPRIT DAHLIA
Sumber : FB

Bahan2
250 g mentega
50 g gula kastor
120 g susu pekat manis
400 g tepong jagung (MaDiHaA guna 200 g tepong jagung + 200 g tepong ubi kayu)
30 g tepung kastard
1 sudu teh esen vanila

(MaDiHaA guna ceri merah sebagai hiasan)

Cara2
1. Masukkan mentega dan gula kastor ke dalam mangkuk mixer. Pukul sebati.
2. Masukkan susu dan esen vanila. Pukul lagi.
3. Ayak tepong jagung bersama tepong kastard dan masukkan ke dalam adunan. Gaul dengan tangan hingga jadi doh dan doh ini sangat lembut. 
4. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Biar 1 bahagian dengan warna asal dan satu bahagian lagi dengan warna kesukaan. (MaDiHaA buat warna asal je) Sentiasa tutup doh dengan kain lembab supaya doh tak keras.
5. Bolehlah di tekan doh menggunakan acuan samprit pilihan ke atas dulang pembakar yang telah digris terlebih dulu.
6. Bakar selama 15 - 20 minit menggunakan suhu 160C api atas bawah mengikut oven masing2.

Selamat mencuba!

1 comment:

ninie said...

rajin nya mengookies, tp memang betul nak jimat buat la juga sendiri, tambah2 nak sponsor rumah mak sendiri, mak mertua n rumah sediri kan... kalau nak membeli jenuh la cop duit... huuhuhu.. selamat hari raya madihaa! pasrah ek walaupun checkup di pagi raya... =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...