Assalamualaikum & selamat petang semua...
Badan masih terasa letih & mata pun sedikit mengantuk.. kadang2 sampai tersengguk2 kat meja walaupun mata mengadap PC sambil buat kerja.. hehe.. Ni semua gara-gara baru pulang dari kampong malam tadi.. Alhamdulillah selamat sampai ke PJ semula. Terima kasih kawan2 yang mendoakan keselamatan kami.. Malam tadi sampai awal jugak.. tapi singgah pula ke rumah SIL kat Kajang sebab ada kiriman buah durian dari MIL dari kampong. Haa.. elok sangatlah tu.. kami bertukar2 rezeki dari kampong.. SIL bagi durian kiriman mak mertua aku, aku pulak bagi SIL ubi kayu & buah salak dari kg aku... hmmm... selain yang disebut tu.. segala macam pucuk & dedaun yang aku dah kebas dari farmville ma petang semalam.. hehe... Terima kasih ma & terima kasih jugak mak kat kg yang kirimkan buah durian melalui adik.. Melepak rumah SIL.. dinner pun kat situ sebab masa kami sampai.. dia dah siap masak nasi & lauk bagai... berborak sampai lewat malam.. sebab tu sampai rumah lewat..
Oklah.. untuk hari ni.. masukkan resepi mudah jelah yer.. tapi yang penting sangat2 sedap! Nak kena buat lagi... tak puas makan... Sedap makan masa suam2... kulit pastrinya rapuh gitu.. tapi dah sejuk pun sedap jugak.. hehe...
Puff Jem Nangka
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan2
Kulit puff pastri secukupnya (guna jenama Kawan)
1 biji kuning telur
Jem nangka secukupnya
Resepi Jem Nangka
500 gm isi nangka yg cukup masak~ dipotong kiub2 kecil.
150 gm gula pasir
2 ~ 3 kuntum bunga cengkih (jika suka)
Cara2 menyediakan
1. Sediakan jem nangka terlebih dahulu. Di dalam kuali.. Masak isi nangka yang telah dipotong kiub kecil bersama gula pasir & cengkih sehingga pekat dengan api yang sederhana. Bila dah pekat.. padamkan api & sejukkan jem nangka terlebih dahulu.
2. Sementara itu.. defrost kulit puff pastri sehingga lembut. Potong 4 bahagian setiap keping puff pastri.
3. Letakkan jem nangka anggaran satu sudu kecil di atas 2 bahagian puff yg dipotong tadi. 2 bahagian lagi.. dikelar bahagian tengahnya sebanyak 4 kelaran seperti dalam gambar tetapi jangan sampai putus. Kelar dibahagian tengah2nya sahaja. Akhir sekali.. angkat perlahan2 puff yang dikelar tadi dan letakkan di atas puff yang berisi jem nangka tadi. Kemaskan potongan puff dibahagian atasnya supanya nampak cantik & kemas. Tekan2 sekeliling puff dengan garfu untuk mencantumkan puff. Letakkan puff yang telah siap diintikan di atas tray yang telah disapu marjerin. Ulangi step yang sama sehingga habis.
4. Sementara itu.. panaskan oven dengan suhu 190C ~ 200C & on kan kipas jika oven anda ada kipas.
5. Beruskan kuning telur di atas permukaan puff. Bakar puff yang telah siap disediakan selama 20 ~ 25 minit atau sehingga keperangan (bergantung jenis oven).
6. Hidang semasa suam-suam atau ketika sudah sejuk sebagai minum petang. SEDAP!
Nota MaDiHaA : boleh buat setengah resepi aje untuk jem nangka tu.. sebab dapat agak banyak jugak jemnya. Tapi kalau nak buat makan dengan roti pun okay jugak.. mesti simpan peti ais jika tak habis sebab buah nangka yang diguna dipotong kiub tak tahan disimpan kat luar. Jika nangka yang dikisar lebih bertahan lama kerana ia dah sebati dengan gula.
Nota MaDiHaA : boleh buat setengah resepi aje untuk jem nangka tu.. sebab dapat agak banyak jugak jemnya. Tapi kalau nak buat makan dengan roti pun okay jugak.. mesti simpan peti ais jika tak habis sebab buah nangka yang diguna dipotong kiub tak tahan disimpan kat luar. Jika nangka yang dikisar lebih bertahan lama kerana ia dah sebati dengan gula.
Selamat mencuba!
13 comments:
salam madiha..nampak sedap puff tue...k.atie puas cari puff jenama kawan kt area soping kt tpt k.atie nie tp xjumpa2...
akakkk... seronok ke balik kampung...hehe
wahh rajinnyer akak buat jem. tabik betul saya ngan akak neh.rajin tul.comel2 puff buat gitu
Puff ni boleh pakai nuttela tk?
Masa review blog ni, hubby akak pun tengok sama..dia pun cakap " lama tak buat ni kan..." ooo...tu signal nk suruh buat la tu... takpe, cari pastry puff dulu
Sedapnya... tapi kalau makan bebanyak benda ni, badan pun puff jugalah... hehehe...
teringin nak makanDurian la pulak:)
Sedapnya puff tu..mintak sket akak =)
nangka dalam peti byk, teringin pulak nak masak puff ni. thx akak for sharing! :)
Bestnya Ratna balik kg...dah musim durian ke kat kg?
jem nangka...belum pernah mkn.buat inti puff mkn sesuai utk minum ptg.
re; betul tu Ratna, nasi letak minyak sapi lagi sedap dari butter.
eh tak tau lah nangka boleh buat jem! TQ madiha nanti boleh ita cuba mst sedap ni!
tak pernah rasa...pasti sedap kan sis?wahh...
hai salam perkenalan...
tak sangka nangka pun boleh dibuat jem...sangat menarik dan mesti cuba...^__^
http://izancraft.blogspot.com/
seronoknyaa kalo pandai dan rajin memasak....
tgk je dh nampak sedap..lum rs lg tuh...
Post a Comment