Friday, December 3, 2010

Jemput-Jemput Nasi Ikan Bilis


Kali ni nak tayang sarapan yang dibuat dah lama jugak ni.. sampai dah lupa bila dibuat.. hehe.. baru sekarang sempat di update kat blog ni.. teruk betul ler...

Sebelum tu nak mintak maaf kepada tuan empunya asal resepi iaitu Yatie Sinar Kehidupan kerana akak dah memandai2 tukar nama asal Cucur Nasi Ikan Bilis kepada Jemput-Jemput Nasi Ikan Bilis... hehe.. Masa dok edit2 gambar suka2 hati je pegi letak Jemput2 tanpa merujuk dulu nama pada resepi asal.. bukannya sengaja.. mungkin sebab akak memang biasa panggil jemput2 & perkataan cucur tu jarang diguna kecuali untuk cucur udang & cucur badak.. heheh... apa2pun.. makna yg tersirat tu tetap sama... takde beza antara jemput2 dengan cucur... So akak mintak izin C&P resepi nya kat blog akak & terima kasih berkongsi resepi ye... Sebenarnya sebelum ni pernah buat jemput2 menggunakan nasi mcm ini.. cuma takde ikut sukatan yg betul.. main hentam je... itupun dapat petua dari SIL yang mengatakan campuran nasi kisar bolehlembutkan jemput2.. itu yg cuba... skrg dah ada resepi yg tepat.. eloklah diabadikan kat blog ni utk rujukan akan datang & juga rujukan kawan2 yang ingin mencuba... memang lembut.. sedap... tetap lembut sampai ke petang..

Sebelum terlupa.. nak juga ucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat Yatie pada hari ni... semoga panjang umur ya...





















 Sumber : Yatie
 Bahan-Bahan
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn air
  • 1 biji bwg besar
  • 2 biji bwg putih
  • 1/2 cwn ikan bilis
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
  • Daun sup/bawang (di hiris halus)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng
Cara Membuatnya
  1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. (MaDiHaA guna sudu...)

Daging Masak Bali





















Selamat petang semua... 

Waktu2 mcm ni tentu semua dah makan tengahari kan? Hari ni nak share resepi yg super sedap ni.... memang tak rugi mencuba tau.... walaupun gambar yg aku ambil ni huduh almaklum.. hasil henpon cap ayam aje... tapi percayalah resepi ni memang best..!  Kalaulah ku tau sedap begini..  dah lama buat..  tambahan pula bahan2 yg digunakan pun mudah dicari. Terima kasih pada tuan punya resepi asal iaitu Amir Said Oh Malaysia yang jauh diperantauan.. Oh ya.. resepi asalnya menggunakan ayam.. tapi aku dah tukar kepada daging sebabkan nak luakkan daging korban tempohari. 

Terima kasih ye Amir berkongsi resepi.. akak mintak izin C&P resepi kat blog akak pula ye..


Sumber : Amir Said Oh Malaysia
Bahan-bahan
650 gm daging batang pinang ~ dihiris nipis (resepi asal guna ayam)
1 biji bawang besar / 6 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 sudu serbuk kunyit (MaDiHaA guna kunyit hidup 1 inci)
1 sudu kecil ketumbar (coriander powder) (MaDiHaA guna ketumbar biji)
1 sudu kecil jintan manis (aniseed) (sama juga guna yg berbiji)
1 sudu kecik jintan kasar (ground fennel seed) (guna jintan putih berbiji)
3 batang serai (2 dikisar dan 1 diketuk)
Kicap pekat (guna 1 sudu besar)
Cili kering (MaDiHaA guna 12 biji cili kering direbus sebentar)
1 tangkai daun kari
3 - 4 helai daun limau purut
Asam keping (MaDiHaA guna 1 keping)
Sedikit air untuk melembutkan daging
Minyak masak
Garam
Gula

Cara-cara
1. Kisar bawang besar, bawang putih, ketumbar, jintan manis, jintan kasar, cili kering dan serai. Gaulkan bahan yang dikisar bersama-sama kunyit dan kicap pekat. Kemudian perap daging dengan bahan ini.
2. Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuali. Bahan perapan jangan dimasukkan lagi.
3. Bila ayam sudah agak masak, masukkan bahan perapan tadi. Masukkan juga daun kari, daun limau purut, serai dan asam keping.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Siap untuk dihidangkan. Selain nasi, boleh juga dihidangkan bersama-sama nasi impit.

Nota : MaDiHaA ubah sikit cara memasak dengan cara menumis dahulu bahan2 kisar sehingga wangi dan terbit minyak. Kemudian barulah masukkan daging & bahan2 lain.  Masukkan juga sikit air untuk melembutkan daging.
































Walaupun suami ku anti dengan daun limau purut & Haziq pula tak berapa tahan dengan pedas... tapi dorang berdua semua kata sedap lauk ni... boleh buat lagi & lagi... hehe.. 

Selamat Mencuba!

Award dari Anna Qawina






















Salam Jumaat semua...

Dapat rezeki lagi di pagi Jumaat... hehe.. Award ini dipanjang2kan oleh Anna Qawina & aku salah sorang yg dijemput untuk mengambilnya.. Terima kasih ya Anna Qawina walaupun blog akak masih di kira baru & tidaklah begitu best.. tp alhamdulillah ada juga rezeki.. hehe..

Thursday, December 2, 2010

Baked Sandwich


















Baked sandwich ni dah lama buat.. dah pernah masukkan kat FP dulu.. kali ni masukkan resepi kat blog pula..  sedap sesangat & anak2 semua suka...

Resepi asalnya dicipta oleh Kak Mas.. namun.. ini adalah resepi cari makan.. tetapi.. atas dasar ingin berkongsi keenakannya.. Kak Rinnchan kita yang begitu berbakat dalam mengolah resepi akhirnya telah berjaya membuat eksperimennya sendiri berdasarkan dari hasil dengar2, tilikan & juga lidah yg merasainya... akhirnya terciptalah resepi baked sandwich versi Kak Rinn... Untuk membaca lebih detail lagi akan cerita mengenai Baked Sandwich ini.. silalah ke FP Kak Rinnchan  yer..

Terima kasih Kak Rinn untuk resepi yang dikongsikan.. saya C&P kat blog pula ye resepinya untuk rujukan dimasa akan datang..








Okey.. jom tengok resepi...

Sumber : Kak Rinnchan
Bahan Kulit/Casing
Roti gardenia secukupnya

Bahan-bahan Inti
1 biji bawang besar, dicincang
2 biji bawang putih, dicincang
1/2 camca serbuk lada hitam
1 sudu besar sos tiram
200gm - 300gm isi ayam, dicincang
5 biji cendawan butang (dlm tin) , dipotong halus
1 biji telur
Garam & gula secukup rasa
Cheese secukupnya (MaDiHaA guna mozarella cheese)

Kaedah penyediaan
1. Lenyek atau gelek roti hingga nipis masukkan dlm acuan dan buangkan tepi lalu dibakar 7 – 8 minit. (sila rujuk SINI  untuk kaedah menyediakan kulitnya)
2. Tumiskan bawang-bawang. Masukkan sos tiram. Kacau sebentar dan masukkan lada hitam.
3. Masukkan ayam & cendawan. Tumis sehingga masak. (jika perlu tambahkan sikit air untuk bagi ayam betul2 masak)
4. Pecahkan telur dan kacau-kacau sehingga rata dengan ayam dan cendawan.
5. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Biarkan sehingga kering.
6. Isikan dalam kulit roti dan taburkan cheese secukupnya. Bakar sebentar sekadar mencairkan cheese.
7. Sedia dihidangkan.. lebih enak dimakan waktu panas2 kerana roti rangup.. jika dibiarkan lama roti sedikit lemau.. tetapi masih enak dimakan





















Selamat Mencuba!

Wednesday, December 1, 2010

Brokoli Goreng Bawang Putih

Tak sempat nak sembang panjang2..  agak sibuk hari ni.. layan jelah resepi yg anak2 ku suka sangat ni... Terima kasih Puan Raidah yg berkongsi resepi ini & terima kasih juga pada Kak Rusnah yang telah memperkenalkannya.  Hana kat Jepun nun pun dah cuba juga...


Sumber : Puan Raidah
Copy & paste dari Kak Rusnah FP

Bahan2
200g brokoli
5 ulas bawang putih ~ potong dadu (kehabisan bwg putih.. guna mana yg ada aje..)
1 sudu besar pes bawang (resepi~sila lihat di bawah)
2 sudu besar sos tiram
Garam
Air
1 sudu besar minyak.

Cara penyediaan:

1. Potong brokoli dan bersihkan.
2. Panaskan air didalam periuk, bila air mendidih masukkan brokoli dan rebus selama 1 minit. Toskan airnya.
3. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan goreng sehingga garing dan diangkat.
4. Dengan menggunakan minyak tadi, masukkan pes bawang, sos tiram dan sedikit air. Kacau rata(kuah bergantung kpd citarasa).
5. Masukkan brokoli dan perasakan dgn garam secukup rasa. Angkat, letakkan didalam mangkuk/piring dan taburkan bawang putih yg telah digoreng garing tadi.


Resepi Pes Bawang juga dari rumah Raidah

Bahan-bahan:

1 kg bawang besar ~ belah 2 dan hiris
300 gm bawang putih ~ belah dua
1/2 liter minyak atau secukupnya

Cara saya menyediakan:

1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan angkat.
2. Kemudian tumiskan pula bawang besar sehingga bawang masak tak perlu sehingga garing. Angkat.
3. Kisar bawang putih dan merah sehingga hancur. Guna pengisar kering atau boleh juga masukkan dlm pengisar dan kisar bersama minyak gorengan tadi.
4. Masak semula bawang tersebut sehingga bawang betul2 masak.

Pes bawang ini boleh disimpan....taruh dalam botol dan simpan dalam peti ais.




Selamat mencuba!

Award dari Kak Lin Rosly & Ida Marlida

Salam semua...

Hari ni baru masuk kerja setelah pulang bercuti ke kampong selama 4 hari.  Terima kasih pada kawan-kawan yang sudi memilih blog MaDiHaA ni sebagai blog yang cantik (??). Rasa2nya.. ada banyak lagi blog kawan2 yang lebih cantik & menarik yang lebih layak. Blog MaDiHaA ni masih dalam proses memperindah lagi... tuan rumah pun tak begitu mahir lagi bab2 nak menghias blog.  Apa2 pun.. terima kasih pada Kak Lin Rosly dan Ida Marlida yang sudi bagi award ini & minta maaf sebab terlewat mengambilnya..




 Award dari kak Lin Rosly...

Award dari Ida Marlida...


Ambik award ni.. ada pula syarat2nya ye... jawaplah juga mana2 yg berkenaan... hehe..

Nick name tuan empunya blog : MaDiHaA a.k.a Ratna

Ucapan untuk pemberi award:

Terima kasih banyak2 pada Kak Lin Rosly & Ida Marlida yang sudi memberi award ini.  Walaupun tak berapa layak menerimanya.. tapi kita terima dengan hati terbuka dengan keikhlasan dari kawan2 yang sudi memberi.

6 fav artist / singer / group

1- Allahyarham P. Ramlee
2- Allahyarham Sudirman
3- Search
4- Salem Iklim
5- Jamal Abdillah
6- Guns N' Roses


Tag 10 bloggers:

Ini agak susah sikit nak laksanakan sebab terlalu ramai yang punya blog yang cantik2.. so di harap kepada teman2 yang ada blog yg cantik2 tu silalah ambil award ini ye.. anda sememangnya layak menerimanya... 

Terima Kasih..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...