Wednesday, December 1, 2010

Brokoli Goreng Bawang Putih

Tak sempat nak sembang panjang2..  agak sibuk hari ni.. layan jelah resepi yg anak2 ku suka sangat ni... Terima kasih Puan Raidah yg berkongsi resepi ini & terima kasih juga pada Kak Rusnah yang telah memperkenalkannya.  Hana kat Jepun nun pun dah cuba juga...


Sumber : Puan Raidah
Copy & paste dari Kak Rusnah FP

Bahan2
200g brokoli
5 ulas bawang putih ~ potong dadu (kehabisan bwg putih.. guna mana yg ada aje..)
1 sudu besar pes bawang (resepi~sila lihat di bawah)
2 sudu besar sos tiram
Garam
Air
1 sudu besar minyak.

Cara penyediaan:

1. Potong brokoli dan bersihkan.
2. Panaskan air didalam periuk, bila air mendidih masukkan brokoli dan rebus selama 1 minit. Toskan airnya.
3. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan goreng sehingga garing dan diangkat.
4. Dengan menggunakan minyak tadi, masukkan pes bawang, sos tiram dan sedikit air. Kacau rata(kuah bergantung kpd citarasa).
5. Masukkan brokoli dan perasakan dgn garam secukup rasa. Angkat, letakkan didalam mangkuk/piring dan taburkan bawang putih yg telah digoreng garing tadi.


Resepi Pes Bawang juga dari rumah Raidah

Bahan-bahan:

1 kg bawang besar ~ belah 2 dan hiris
300 gm bawang putih ~ belah dua
1/2 liter minyak atau secukupnya

Cara saya menyediakan:

1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan angkat.
2. Kemudian tumiskan pula bawang besar sehingga bawang masak tak perlu sehingga garing. Angkat.
3. Kisar bawang putih dan merah sehingga hancur. Guna pengisar kering atau boleh juga masukkan dlm pengisar dan kisar bersama minyak gorengan tadi.
4. Masak semula bawang tersebut sehingga bawang betul2 masak.

Pes bawang ini boleh disimpan....taruh dalam botol dan simpan dalam peti ais.




Selamat mencuba!

1 comment:

bluesmama said...

salam.. saya mintak ijin copy paste resepi2 akak yng cedap2 tuh yer.. hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...