Tuesday, December 21, 2010

Pai Ayam 'Melbourne'



















Salam & selamat petang semua...

Aduhh.. hari ni bz banget lah pulak.. tak sempat langsung nak update pagi tadi.. dah petang baru sempat mencelah.. itupun update gambar lama je nih sebab memang tak sempat nak edit2 gambar baru... kira okeylah kot ye daripada tak update langsung.. hehe...

Resepi pai ni ambil dari dapur lama Kak Zai Dapur Impian.. tapi sekarang ni kak Zai dah tutup dapur lama tu.. jadi boleh tengok kat dapur baru Kak Zai di SINI yek!  Memang sedap pai nih.. anak2 semua suka.. mak budak lagilah kan.... hehe.. terima kasih Kak Zai sudi berkongsi resepi yg  sedap & diambil dari buku resepi Secukup Rasa penyanyi Nora. Izinkan saya c&p resepinya kat blog pulak ye kak... tapi ada edit2 sikit dah tu.. halal ye..

PAI AYAM 'MELBOURNE'
Sumber resepi - Nora (koleksi resepi "secukup rasa")
Copy dari : Kak Zai

BAHAN2 
Untuk inti pai (filling)
1 cawan isi ayam- dihiris nipis
1 cawan cendawan butang- dipotong nipis (MaDiHa bubuh setin)
1 tin cendawan butang sup Campbell
1 tin(kecil) kacang pis (sekiranya suka) (MaDiHa masukkan frozen mixed vege)
1 biji bawang besar- dipotong dadu
1 biji kentang- dipotong dadu dan direbus
1 cmb lada sulah
2 cmb mentega/minyak
1 biji kuning telur (mengilatkan pastri)
sedikit air (sekiranya terlalu pekat)

UNTUK KULIT PAI (PASTRI) - MaDiHa guna roti pratha jenama "kawan"
100g tepung gandum
50g mentega
secubit garam
2 cmb air
atau
KULIT PASTRI SEGERA

CARA MEMBUATNYA 

1.Panaskan mentega. Tumis bawang besar hingga kekuningan. Masukan isi ayam dan biarkan seketika.
2.Masukan cendawan butang sup Campbell, ubi kentang, kacang pis, air dan lada sulah. Kacau hingga sebati & agak pekat.
3.Setelah masak, angkat dan ketepikan seketika.
4.Canai kulit pai dan letakan ia sebagai lapisan bawah(base) dan bakar selama 5-6 minit. (MaDiHa guna roti phrata jenama Kawan. Guna kaedah cut & paste utk memenuhkan sekeliling base kaserol pai)
5.Tuangkan isi pai yg dimasak tadi keatas base pai.
6.Canai kulit pai lagi setebal 2 cm dan letakan diatas isi pai tadi sebagai lapisan atas. (Guna kaedah cut & paste juga utk menutup inti pai sehingga habis tertutup). Bahagian tepi pai ditekan2 guna garfu utk melekatkan bahagian base dengan bahagian atas. Cucuk2 sedikit dipermukaan pastri agar pai tidak menggelembung ketika membakar.
7.Sapukan sedikit kuning telur yg dicampur dgn 2 cmt air utk mengilatkannya.
8.Bakar selama lebih kurang 12-20 minit atau sehingga pastri masak di dlm ketuhar yg telah dipanaskan pada suhu 200'c.  

SELAMAT MENCUBA

Monday, December 20, 2010

Kek Alunan Kasih


Salam & selamat pagi...

Apa khabar semua? Harap2 semuanya berada dlm keadaan sihat walafiat ye.  Bagi kami pula.. si kecikku Alin baru saja baik dari sakit mata.. seminggu lamanya.. rasanya sakit mata ni sebab berjangkit dari sepupunya kat kampong masa kami balik kampong tempohari.. ibu pun kenalah berkorban terpaksa ambil cuti 'half day' tiap2 hari dari Isnin sampai Jumaat minggu lepas. Takkan nak hantar juga Alin yang sedang sakit mata tu kat baby sitter.  Nanti berjangkit pula kat anak orang lain.  Nasib baiklah ayahnya kerja shift malam.. jadi seawal pagi ku bangun sediakan sarapan untuk anak2 & suami terlebih dulu.  Bila nak pergi kerja.. ku tinggalkan saja anak2 dirumah semasa mereka semua masih tidor. Bila ayahnya balik dari kerja pagi tu (aku & suami tak sempat jumpa pun tiap2 pagi) ayahnya lah yg jaga anak2 sepanjang pagi sebelum aku balik kerja waktu makan tengahari.  Bila aku dah ada kat rumah.. bolehlah ayahnya tidor untuk cover tidornya waktu kerja malam nanti. 

Bila ada banyak masa kat rumah disebabkan tiap2 hari aku ambil cuti 'half day' jadi.. dapatlah aku bereksperimen sikit kat rumah.. anak2 pun seronok sebab tak perlu tinggal kat baby sitter sebab ibu ada kat rumah tiap2 petang.. hehe.. tambah seronok bila ibu sempat masak kuih muih utk minum petang... antara yang sempat aku buat ialah.. Kek Alunan Kasih yang ku jatuh cinta pandang pertama bila lihat dari Dapur Mamasya.  Masa tengok tu terus berkenan & cepat2 salin resepi.  Sebenarnya aku memang jarang buat kek kat rumah.  Tak tau kenapa.. rasa malas nak buat kek sebab kalau dulu buat kek.. anak2 & suami kurang suka makan mengulang. Mereka makan sekali masa panas2 tu aje & kek lebihannya takde sapa nak usik.. Tapi hari tu dek kerana berkenankan kek yg Mamasya tunjukkan walaupun kat rumah mixer dah rosak.. sanggup buat kek godek2 guna senduk aje.. hehehe... Hasilnya sangatlah memuaskan.. rasa sedap & yang penting kek ni sangat cantik!! Yang paling menggembirakan.. anak2 sekarang dah suka makan kek!! Err... ni suka makan kek atau sebab kemaruk ibu dah lama tak buat kek? Muahahahaha....

Terima kasih pada empunya asal resepi ini iaitu Puan Mastura Yasak (FB Kongsi Resepi) & juga Kak Am & Mamasya yang berkongsi idea..


KEK ALUNAN KASIH
Dari Puan Mastura Yasak - FB (Kongsi Resepi)
Copy dari Mamasya
Sumber : MaDiHaA

BAHANNYA

* 5 Biji Telur
*1 ½ cwn Planta atau 250g butter
* 2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
*2 cwn gula halus (MaDiHaA guna kastor & hanya letak 1 ½ cwn je)
*1 sudu kecil baking powder atau 3 sk (sudu kfc)
* ½ cwn susu cair**
*1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
* *Serbuk koko (secukupnya)
*Pewarna ( ikut citarasa masing2.. MaDiHaA guna hijau & merah terang)
*sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.

Cara2:

*Pukul planta dan gula smpai kembang...
*Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
*Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
*Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pilihan bagi tiap2 bahagian.
*Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan warna yg pertama (merah).. (MaDiHaA letak setengah dari setiap warna.. bermakna kek hanya ada 4 lapisan) ratakan dlm loyang dan
*ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
*Then masukan lapisan kedua.. (letak setengah) warna hijau..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..
* Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis…
* Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2…

Tips :
Utk membuat lapisan kaler2 tu biar tebal sbb bila kita melapis & meratakan adunan tersebut
serbuk koko tak akan terikut sama. Tapi bila adunan yg nak kita lapiskan itu agak nipis/sikit
bila nak meratakan lapisan tu, serbuk koko akak tertarik sama - nanti corak tak akan jadi cantik.





















Selamat Mencuba!

Sunday, December 19, 2010

Lempeng Kelapa


Salam semua...

Dah sarapan belum? Kalau belum.. jom layan lempeng kelapa! Sedap dimakan panas2.. cicah sambal tumis bilis ataupun sambal sardin memang syok! Menu ringkas sarapan orang dulu2... tapi sampai sekarang masih femes.. hehe... Aku hidangkan lempeng kelapa ni dengan sambal mackerel yg biasa ku buat tula... resepi sambalnya boleh klik sini ye..

Resepi lempeng yg ringkas & main agak2 je...

Bahan2
2 cawan kelapa parut yg agak muda
3 cawan tepong gandum
1 3/4 cawan air
1 s/k garam (larutkan dlm air)
sediki minyak masak

Cara2 membuat
Campurkan kesemua bahan2 & kacau rata2.  Panaskan kuali dengan sedikit sapuan minyak.  Atau boleh juga gunakan non stick pan.  Sendukkan sesenduk adunan dlm kuali & ratakan menggunakan belakang permukaan senduk.  Biarkan hingga masak & nampak garing, semasa menggoreng boleh titiskan sedikit minyak jika perlu.  Terbalikkan lempeng & biar masak ke dua2 belah. Angkat & hidangkan panas2 dengan sambal tumis, sambal sardin ataupun kari lebihan semalam. 



Selamat bersarapan!

Saturday, December 18, 2010

Petola Tumis Air


Salam...

Resepi mudah, ringkas & menyihatkan... Layan jelah yer.. tapi anak2 suka hirup kuahnya kalau masak tumis2 air mcm ni... mak & ayahnya pulak.. kalau tumis2 air mcm ni.. kenalah ada sambal belacan pastu lawan pulak dengan ikan goreng & ikan masin.. perrghhh... habis nasi 2 pinggan tak sedar.. hehehe...

Resepi ringkas...

2 biji / 700 gm petola segi
2 keping fucuk ~ rendam & potong kecil2
1/2 gengam su'un ~ rendam & potong sikit
6 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
sedikit serbuk lada sulah
1 kiub ayam
air secukupnya untuk kuah
garam & perasa secukupnya
minyak utk menumis

Cara2 memasak
1. Petola dibuang segi & kulitnya yang keras.  Ada orang suka buang semua kulit. Tapi aku tinggalkan sikit kulit sebab cik abang suka berkulit. Potong ikut saiz kesukaan & cuci bersih.
2. Tumbuk bahan2 bertanda*. Panaskan sikit minyak dalam periuk lalu tumiskan bahan2 tumbuk hingga wangi.
3. Masukkan air & kiub ayam. Biar mendidih. Masukkan petola, fucuk & su'un & masak hingga semua bahan tadi lembuk. Perasakan dengan lada sulah, garam & serbuk perasa secukupnya. Siap untuk dihidangkan.

Jemput makan semua.. hehe..

Friday, December 17, 2010

Daging Goreng Sawi Asin


Salam Jumaat penghulu segala hari... Semoga kita semua berada dlm lindungan Allah S.W.T sentiasa.. amin...

Untuk menu hari ni.. masakan yang dimasak beberapa minggu yang lalu.. sungguh lama menunggu giliran untuk masuk blog.. almaklum.. tuan blog ni update slow & steady... tak kisahlah kan.. yang penting semua resepi yg pernah dicuba mesti diabadikan dalam blog ini sebagai rujukan di masa akan datang & juga rujukan anak2 kelak... kalau ada antara pengunjung yang ingin mencuba pun sangat2 dialu2kan.. itulah tujuan kita berkongsi resepi betul tak?

Resepi Daging Goreng Sawi Asin ini dikongsikan oleh Ayu Singapore.  Bila tengok bahan tambahannya sawi asin.. terus rasa kecur air liur.. Biasanya aku campurkan sawi asin dalam kuah asam pedas.. Kali ni ada kelainan sikit sebab campur dalam lauk bergoreng.  Kebetulan nak habiskan daging korban yg masih berbaki.. (sekarang daging korban hanya tinggal daging kambing saja yg belum dimasak) jadi aku pun cubalah resepi ini.  Alhamdulillah.. sedap & kena dengan selera aku & suami.. anak2 pula. hanya makan daging sahaja.. maklumlah... ibunya ini jarang sangat masak gunakan sawi asin tu.. sebab tu anak2 tak pandai nak makan...

Terima kasih pada Ayu yang sudi berkongsi resepi keluarga Ayu ni ye.  Minta izin MaDiHaA letak resepi di blog MaDiHaA pula ye...tapi lauk MaDiHaA tu nampak macam pucat sikit  warnanya agaknya terlebih letak daging kot... maklum tak timbang pun daging.. main agak2 aje nak habiskan daging yg ada... walaupun warnanya tak sama mcm yang Ayu masak tu.... rasanya tetap sedap!

Sumber : Ayu

Bahan2
500g  daging  dihiris tipis- direbus dengan sedikit air & sedikit halia kisar hingga empuk.
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
sedikit garam & perasa
(Campurkan bahan2 atas lepas daging direbus dan perap sekejap)

350g sawi asin-(pickled mustard leaves) -bilas beberapa kali supaya tak masin dan hiris
1 biji bawang besar dihiris bulat
2-3 biji bawang putih dihiris tipis
1 inci halia dihiris tipis
10-15 biji cili api dihiris atau ketuk -(ikut kepedasan)-(Ayu suka lagi pedas)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
2 biji limau sambal diambil jusnya
sedikit air
garam & perasa secukupnya - gunakan sedikit, kalau perlu

Method:-
Gaul daging yang telah direbus hingga empuk tadi bersama sos tiram, kicap manis, garam & perasa dan perap sekejap. Panaskan minyak, dan goreng daging yang telah diperap tadi hingga agak garing.
Bila sudah masak, ketepikan ditepi kuali. Masukkan bahan2 hiris- bawang besar, bawang putih, halia & cili padi dan gaul hingga layu. Satukan daging dengan bahan2 tadi hingga rata.
Masukkan sawi asin yang telah dibasuh dan hiris, gaul lagi. Masukkan 1 sudu besar sos tiram, 1 sudu besar kicap manis, sedikit air & jus limau sambal, gaul rata. Rasakan kalau needs to tambah garam & perasa tambahlah ya ikut keperluan masing2. Bila semuanya dah secukup rasa, matikan api, siap untuk dihidang.

Selamat mencuba!

Thursday, December 16, 2010

Ayam Goreng Oats


Salam semua...

Hari ni nak kongsi resepi ayam goreng yang sedapp!! Sedap sangat ke? Anak2 yg puji sedap... bila ibunya mencuba.. ehh!! memang sedap pun.. sebijik macam ayam goreng KFC original!!! Patutlah anak2 kata sedap..  sebab KFC tu mmg feberet dorang.. Dan2 tu.. berkali2lah menggorengnya sebab anak2 dok order lagi.... hehe... Resepi asalnya.. aku ambil dari blog Mariam.. cuma.. adalah aku buat sikit ubaisuai ikut bahan apa yg ada kat dapur aku.. apa2pun.. tak banyak beza sangat.. terima kasih ya Mariam..  lepas ni.. kalau teringin nak makan KFC boleh goreng sendiri aje... jimat pun jimat.. hehe...

Resepinya kalau nak mencuba.. memang best!

Sumber asal :Mariam
Diubahsuai oleh MaDiHaA

Bahan2
1/2 ekor ayam ~ potong saiz sederhana (MaDiHaA buang kulit!)
2 sudu besar serbuk rempah sup (MaDiHaA guna Adabi) (resepi Mariam guna rempah kurma)
sedikit garam (agak2 sendiri mcm nak goreng ayam yg biasa)
sedikit gula anggaran 1 sudu kecil
1/2 cawan tepong beras
1/2 cawan tepong jagung (resepi Mariam guna tepong tempura/tepong beras & dibancuh dgn air, MaDiHaA guna serbuk gitu je)
1 ~ 2 biji telur ~ pukul sedikit (resepi Mariam tak letak)
Oats segera secukupnya 
Minyak masak untuk deep fry

Cara2 menyediakan
1. Ayam dicuci bersih & tos kering. Gaul rata & perapkan ayam dengan rempah sup, garam & gula anggaran setengah jam.
2. Panaskan minyak secukupnya.  Campurkan kedua2 jenis tepong dalam satu bekas. Gaul rata.
3. Ambil seketul isi ayam & lumurkan/balik2kan ayam di dalam campuran tepong jagung & tepong beras sehingga semua bahagian bersalut tepong.
4. Celupkan ayam tadi ke dalam telur yg dipukul sedikit. Angkat lalu salutkan pula dengan oat sehingga seluruh ayam disaluti oat.
5. Goreng ayam tadi di dalam minyak yg penuh. Ulangi proses yang sama & gorenglah ayam sehingga garing ke dua2 belah. 
6. Nikmati ayam begitu sahaja ataupun dicicah sos cili pilihan berserta 'side dishes' seperti coleslaw & kentang putar.  (MaDiHaA hidang dengan coleslaw & sosej aje)



Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...