Monday, January 17, 2011

Suji Upma / Wheat Rawa Upma


Assalamualaikum...

Sabtu baru ni masak sarapan atas permintaan cik abang tersayang... Kes nya.. tak lama dulu dia pernah beli benda ni dari satu kedai mamak dekat dengan tempat kerja dia.. Beli sikit je untuk rasa sebab takut tak sedap.. membazir pulak.  Bila kitorang rasa.. sedaplah pulakk.. tak pernah rasa pun sebelum ni.. Cik abang aku biasalahkan.. kalau bab makanan yg ala2 mamak atau masakan India ni dia memang suka!  Memang boleh masuk dengan selera dia. Janji ada rasa pedas2.  Kalau manis2 bolayan!  

Sebabkan sedap.. dia pun tanya ler dengan tuan kedai tu... tuan kedai tu pun bagitau ler namanya.. lebih kurang gini sebutannya.. 'suci umma' Aku pun dok fikir jugak.. apa kebenda yang suci? hehehe.. pas dok fikir2.. aku rasa.. benda ni dibuat dari tepong suji kot sebab masa tengok makanan tu memang ada nampak kasar2 sikit teksturnya.. sah2 memang buat dari tepong suji! Jadi aku pun apa lagi... gi kat google.. surf ler resepi suji umma... surf punya surf tak jumpa pun nama yang aku surf tu... terjumpa kat satu blog tu ... tapi namanya agak lain sikit.. cuma.. aku rasa mungkin seakan2 yang kami makan tu tengok dari rupa macam dah sama.... rasanya... mamak yang bagitau nama tu sebutannya betul.. cuma pendengaran kita je tak betul... upma didengar umma... hehe.. so rasanya.. nama yang betul bukan umma.. tapi upma..!  Agak janggal kan? Yang selalu kita dengar masakan India yg femes2 seperti.... capati, thosei, idli, vadey.... tapi upma ni macam tak berapa glemer... tapi takpe.. tak salah mencuba ye dak?

Inilah dia percubaan pertama aku buat Suji Upma ni... Kira oklah... ala-ala makan nasi goreng jekkk.. tapi yang ini buat dari tepong suji.. mestilah rasanya lain.  Kalau nak tengok resepi asal.. boleh tengok sini.   Aku tak ikut seratus peratus resepi asal.. ikut versi apa yang ada aje... kalau suka lebih pedas boleh tambah cili padi lagi..

Resepi ni sesuai untuk mereka yang vegetarian.  Ini resepinya kalau ada yang berminat.. resepi yang dah dialih bahasakan oleh ku...

Wheat Rawa Upma (Suji Upma) by srikars kitchen
Terjemahan : mamawandiha

Bahan2
1 cawan tepong suji
2 ½  cawan air
1 biji bawang besar saiz sedang~ didadu
1 ~ 2 biji cili hijau (bergantung keperluan) ~ dihiris
2 ~ 3 biji cili padi ~ hiris halus (jika suka) MaDiHaA tambah
1 cm halia ~ dicincang halus
1 sudu kecil biji sawi
1 cawan cauliflower yg dipotong kecil
½ cawan carrot yang didadu kasar
2 sudu kecil (sudu kfc) garam / secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara2 Menyediakan
1. Sangai tepong suji beberapa minit atau sehingga terbit aroma. Angkat & ketepikan dahulu.
2. Panaskan sedikit minyak masak.  Tumiskan biji sawi, bawang, halia, cili padi & cili hijau sehingga wangi & layu.  Masukkan sayuran, air dan garam & masak hingga mendidih & sayur separa lembut.
3. Akhir sekali masukkan tepong suji yang disangai & kacau rata. Masak sehingga agak kental & bolehlah ditutupkan api.  Hidang semasa panas atau sejuk bersama chutney atau sambar.




Selamat mencuba!

Friday, January 14, 2011

Puding Roti Sos Kastard


Assalamualaikum...

Hari Jumaat yang sangat sibuk! Tak sempat nak update pagi tadi... dah petang barulah boleh layan blog ni.  Oklah.. terus jelah ke resepi yang nak dikongsikan hari ni.  Takde resepi pelik2 pun.. ini resepi yang dah selalu orang lain buat. Aku sendiri pun dah beberapa kali dok buat.  Tapi.. selalu tu dok buat takde sosnya.. kali ni baru terasa rajin sikit nak buat sosnya.. makan pun sedaplah sikit kan?  Sedap banyak sebenarnya... hehee.... Kuih ni buat waktu hari pertama ma & adik2 datang tempohari.  Dengar je kata ma on the way nak datang rumah... aku terus kerjakan roti & bahan2 yang memang dah standby.  Alhamdulillah.. semua dapat rasa termasuk adik bongsu aku yang tukang jadi driver hantar ma.. pastu.. sampai adik yg kat Klang pun dapat rasa jugak.. semua kata sedap!  Berbaloi2..

Resepi asalnya dari Maya Zakri MyR.. kali ni aku ambil dari blog Hana.  Sebabnya resepi ni sekali dengan sosnya.. Dulu yang aku selalu dok buat gunapakai resepi kazen aku yang tanpa sos... bab puding tu buat lagumana pun.. rasanya lebih kurang sama aje.. Tapi yang ada sos ni lebih lemak berkrim ler kan? Oklah kepada Maya & Hana... TQ share resepi.. akak copy & paste simpan dalam blog akak pulak yer... Terima kasih!  Macam biasa.. puding ni aku buat 1 1/2 adunan dari resepi asal... maklum.. ramai tukang makan...

Puding Roti Sos Kastard by maya.zakry.myr & F&N myr
Sumber Hana

Bahan-bahan

     8 keping Roti
     * 500 ml Susu segar
     * 4 sudu besar Gula halus
     * 2 sudu besar Butter- cairkan
     * 2 biji Telur
     * 1 sudu teh Esen vanilla
     * 1 sudu besar Tepung Jagung
     * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
     2 sudu besar Kismis

Untuk Sos Kastard

     1 tin susu cair
     2 s/b tepungkastad
     2 s/b gula

Cara-cara

   1. Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
   2. Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
   3. Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya.
   4. Taburkan kismis diatas adunan.
   5. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
   6. Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau atas api hingga agak pekat.
   7. Hidang puding roti bersama dengan sosnya.


Selamat mencuba!

Thursday, January 13, 2011

Goreng Berempah Fucuk & Kacang Panjang


Assalamualaikum...

Tak tau sebenarnya nak letak nama apa resepi aku ni... Sesaja mencuba masak gini gara2 dah jatuh cinta dengan sayur gini sejak2 terjumpa kat satu restoren berdekatan ofis yang biasa aku menapau masa lunch.  Pantang nampak sayur kacang tu... mesti itulah yang aku cedok dulu... Sayurnya macam ada campur rempah samada rempah sup atau rempah kurma gitu.. Sedap pulak bila makan.  Tapi yang aku buat ni.. ada tambahan lain iaitu fucuk & so'un.. malah aku lebihkan benda2 ni daripada kacang panjang tu sendiri.  Yang kat kedai tu cuma ada kacang panjang, hati, pedal & leher ayam.. hehehe...  Masih tak dapat nak menyamai menu yang kat kedai tu.. tapi.. yang aku masak ni pun not bad jugaklah.. malah rasanya lagi 'rich' dari yang kat kedai tu.. hehehe.. Tapi ini ikut tekak akulah yer... tekak orang lain tak taulah pulak.. so kalau nak mencuba.. try on your own risk! hehehe...  Oh ya.. ada satu lagi menu favourite aku iaitu sambal goreng jawa..  kalau ada menu tu kat kenduri-kendara mesti aku suka...

Ok.. ni resepinya kalau ada yang nak mencuba..

Goreng Berempah Fucuk & Kacang Panjang by mamawandiha@MaDiHaA

Bahan2
10 batang kacang panjang ~ hiris menyerong nipis
4 batang fucuk jenis batang (kalau fucuk nipis tu tak sesuai sangat sebab cepat hancur.. tp kalau nak guna boleh jugak.. jangan masak lama sgt) ~ direndam & potong pendek
½  cekak so'un ~ rendam 
2 ketul hati ayam ~ hiris kecil (boleh abaikan jika tak suka ~ boleh juga gantikan dengan tauhu/tempe yg digoreng)
2 ketul mempedal ayam ~ hiris kecil
½  sudu kecil lada sulah
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih* ~ tumbuk/kisar bahan2 bertanda*
8 ~ 10 biji cili padi*
1 sudu besar serbuk rempah sup/kurma ~ dicampur dengan bahan2 tumbuk
½ kiub ayam
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos tiram
1 ½ senduk kecil minyak
1 cawan air
½ cawan pati santan (jika suka)
garam (jika perlu)

Cara2 Menyediakan
1. Panaskan minyak. Gorengkan hati & mempedal ayam hingga garing. Angkat & ketepikan. 
2. Dalam kuali yang sama.. tumiskan bahan2 tumbuk hingga garing & wangi.  Masukkan air, kiub ayam, kicap cair, sos tiram & fucuk.  Kacau rata & biarkan sehingga fucuk lembut. (jika guna fucuk nipis.. boleh letak serentak fucuk bersama2 dengan so'un & kacang panjang)
3. Masukkan santan, kacang panjang, so'un serta hati & mempedal ayam yang digoreng. 
4. Masukkan serbuk lada sulah & kacau hingga kacang & so'un masak.  
5. Biarkan secukup rasa.. jika kurang masin bolehlah tambah sedikit garam. (rasa2nya tak perlu garam sebab dah secukup masin bagi aku). Siap untuk dihidangkan.


Selamat mencuba!

Wednesday, January 12, 2011

Roti Lapis Berdaging

 

Salam & selamat petang..

Kali ni masuk entry ekspress aje tak sempat nak cerita lebih2.  Ini lagi kuih yg ku buat masa ma ada kat rumahku yang sempat dibawa ke rumah adikku kat Klang bersama2 dengan kuih serimuka pisang aritu... Ma pun dah seminggu lebih dah balik semula kat kampong.. tapi aku tak abis2 lagi update kuih muih yang aku buat masa dorang ada aritu.. hehe.. ada satu lagi kuih yg ku buat untuk diaorang yang belum sempat update.... kira yang last la tu...


Resepi ni aku dah pernah buat sekali dulu... update di fotopages.. tapi masa tu tak pasti siapa empunya resepi sebab ambil pun dari orang lain. Nama pun dah kena tukar ke lasagna roti.. hehe.. masa tu ada tambahan origano.. tapi kali ni ikut nama asal resepi empunya diri. Cuma aku ada tambah sos tomato & sos cili sikit. Yang lain semua ikut serupa.. sedap! Tapi yang aku buat dulu lagi sedap!! Mungkin yg ni terkurang garam kot.. mungkin jugak sebab aku takut ma tak boleh makan kalau boh garam lebih sebab ma ada darah tinggi.. tu dengan keju bagai.. bahaya untuk kesihatan dia... so.. masa ni.. kitorang makan tambah dengan ajishio/black pepper barulah terasa garamnya. Terima kasih pada umi-e yang sudi berkongsi resepi ni. Halal ye kita masukkan resepi kat sini...

Roti Lapis Berdaging by umi-e@myresepi.com

Bahan-bahan

  • 3 biji kentang di potong dadu
  • 500gm daging cincang
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar serbuk kari 
  • 1 sudu besar sos tomato (ini MaDiHaA tambah)
  • 2 sudu besar sos cili (ini MaDiHaA tambah)
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis
  • 12-14 keping roti
  • 500ml susu segar
  • 3 biji telor
  • secubit garam (letak lebih sikit.. letak secubit macam takde rasa garam..itupun masih kurang masin jugak hehe..)
  • Parutan cheese (banyak ikut suka) (MaDiHaA guna mozarella)
  • Sedikit marjerin untuk melenser

Cara-cara

  1. Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam+sos tomato+sos cili.
  2. Satukan Susu+telor+ garam.
  3. Pukul susu+telor+garam hingga sebati.
  4. Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi.
  5. Ramas-ramaskan kesemua roti tadi.
  6. lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit marjerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas.
  7. Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti.
  8. Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
  9. Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka).
  10. Bakar dengan api sederhana selama 30-45 mins atau sampai lidi tak lekat.
  11. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka.
  12. Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos. 

Selamat Mencuba!

Tuesday, January 11, 2011

Mee Suah Goreng


Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua...

Sempat jugak mencelah update blog kejap sementara tengah free.  Ini sarapan kami hari Ahad yang lepas.  Penyediaannya agak rumit sedikit dari cara menggoreng mee atau bihun yang biasa dibuat.. Sebab tu tunggu hari cuti barulah sempat dicuba.  Kalau hari kerja.. pilih breakfast yg simple2 & yang senang2 aje (yang tak perlu merujuk resepi).  Walaupun rumit.. tapi hasilnya.. Wallah!!! memang sedapp!!  Walaupun rupanya seakan2 bihun goreng yang biasa kita masak.. tapi dari segi rasa memang berbeza sekali. Tak sia-sia mencubanya.  Rasanya ini kali kedua memasak menggunakan mee suah ni.. Pertama kali dulu buat  Siomay Meesua ikut resepi majalah.

Resepi kali ni diambil dari blog Ayu yang sarat dengan pelbagai masakan & kuih muih itu... sangat admire kerajinan Ayu mencuba pelbagai resepi.. Oh ya.. resepi asalnya kalau tak silap menurut Ayu iaitu dari Puan Asmah Laili (kalau salah tolong betulkan ye).  Terima kasih kepada kedua2nya untuk resepi ini.. anak2 semuanya suka.. si kecik aje yg tak boleh makan lagi sebab agaknya masih terasa pedas di lidahnya walaupun aku hanya letak cili ikut resepi (tak pedas sangat). Tapi alhamdulillah.. abangnya Haziq boleh makan siap bertambah2 lagi..




Mee Suah Goreng by Ayu Singapore
Sources:- From Puan Asmah Laili, if not mistaken

Ingredients:-
350g mee suah-
2 biji telur-( 2 eggs)
1 tbsp lada kisar-(chili paste)
1 tbsp bawang putih cincang-(garlics minced)
2 biji bawang besar dihiris-(large onions sliced)
3 biji lada merah dihiris-(red chillies sliced)
200g kobis hijau dihiris-(green cabbage sliced)
1-2 batang karot parut kasar2 panjang-( carrots shredded)
2 pokok daun bawang-(spring onions) MaDiHaA tak letak takde stok
300g taugeh-(bean sprout) ini pun MaDiHaA tak letak.. lupa beli, tapi letak kobis lebih sebagai ganti
250g udang hidup kupas kulit-(prawns deshelled and deveined)
3 ekor sotong saiz sejengkal (dipotong) Ini MaDiHaA tambah
5 keping fish cake (dipotong) Ini MaDiHaA tambah
2 tbsp kicap cair-(light soy sauce)
1 tbsp sos tiram-(oyster sauce)
sedikit minyak bijan-(some sesame oil)
sedikit lada sulah-(a bit of white pepper)

Method:-
Goreng telur dengan sedikit minyak, taburkan garam dan lada sulah, pecah2kan dan ketepikan. Goreng pula udang dengan minyak sedikit. Taburkan sedikit garam dan lada putih. Setelah masak angkat dan ketepikan. Mee sua digoreng sebentar, dengan banyak minyak. Angkat, toskan dan celurkan didalam air panas mendidih, sehingga lembut sedikit dan tapis. Didalam kuali yang lain, panaskan sedikit minyak. Tumis lada kisar hingga garing. Masukkan bawang putih cincang dan tumis lagi hingga wangi. Masukkan bawang dan dada hiris. Gaul sebentar dan masukkan kobis hijau dan karot. Jika sayur mayurnya kelihatan kering masukkan sedikit minyak goreng udang tadi. Gaul supaya sayur mayur rata. Masukkan sos tiram, kicap cair, mee suah, udang, telur goreng, lada putih dan minyak bijan.Jika masih lagi meenya kelihatan kering, masukkan sedikit minyak goreng udang dan gaul lagi. Meenya harus lembab sedikit. Masukkan taugeh segera matikan api. Hidang dengan bawang goreng dan lada jeruk. (Tak buat pun lada jeruk.. huhu)






Selamat mencuba!

Monday, January 10, 2011

Serimuka Pisang


Assalamualaikum & selamat petang...

Agak lewat nak masukkan entry hari ni sebab pepagi tadi agak sibuk sikit.  Sekarang baru lega sikit.. so mehla nak kongsikan resepi yang dicuba masa ma & adikku masih ada kat rumah.  Kebetulan jiranku Laily ada bagi sesikat pisang.. jadi bolehlah dibuat kuih.  Dapat jugak bagi kat Laily sikit merasa kuih serimuka pisang ni.  Selain tu.. masa hantar ma ke Klang rumah adik ku hari tu pun dapat jugak bagi kat adik kuih ni dengan sejenis lagi kuih (nanti masuk entry lain kalilah pulak kuih tu).  Elok lepas aku buat kuih ni.. esoknya nampak Hana pun ada buat & dah siap update ke blognya.. comel kuihnya... Tadi masa dok BW (tak tinggalkan komen) nampak pulak kuih serimuka pisang ni kat blog Izah.. hehe.. yang aku ni... baru hari ni terhegeh2 nak update.. hehe.. takperlahkan masa tak mengizinkan.. aku update jugaklah hari ni sebab dah niat aku nak masukkan entry serimuka pisang ni hari ni.. so.. aku pos ajelah resepi yang sama macam Izah.. hehe... 

Resepi ni aku ambil dari Jun.  Bila tengok kat blog Jun je terus teringin nak buat sebab aku ni memang minat dengan kuih2 dari pisang ni.  Tambah pulak kat rumah ada pisang yg jiran bagi tu.. jadi aku pun print terus resepi.  Resepi asalnya dari Hasiah63@MyR.  Thanks Hasiah & thanks Jun sebab tayang resepi yg best ni yekk... mintak halal ye saya C&P resepi ni kat blog saya...

SERIMUKA PISANG by Hasiah63
Sumber : Jun

Bahan-bahan ( 6 Orang Makan )

( BAWAH ):- 
1 cawan tepung beras 
2 cawan santan
2 cawan pisang yang dilenyek
1/2 cawan gula (MaDiHaA kurangkan 2 sudu besar)
2 sudu tepung kastard

( ATAS ):-
60 gm tepung gandum
100 gm gula
250 gm santan
50 gm jus pandan
1/2 sudu besar tepung jagung
2 biji telur
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau

Cara-cara

   1. ( BAWAH ) - Satukan semua bahan di atas, kacau sebati.
   2. Kukus selama 20minit atau hingga masak.
   3. ( ATAS ) - Kacau telur bersama gula, kemudian masukkan pula bahan-bahan selebihnya.
   4. Kacau sebati, tapiskan.
   5. Tuang ke atas bahagian bawah tadi, kukus lagi selama 20minit atau hingga masak.
  
Nota MaDiHaA : MaDiHaA buat 1 1/2 adunan & menggunakan loyang bersaiz 10"


Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...