Terima kasih kepada yang sudi follow....

Friday, July 30, 2010

Siomay Meesua



Dah lama sangat2 dah teringin nak buat kuih ni. Berkenan sejak pertama kali tengok dalam majalah Sedap keluaran pertama tahun 2008 lagi uu.... Tu dia.. 2 tahun memendam rasa.. hehe.. akhirnya menjadi jugak.. Bukan apa.. terlampau curious utk tahu bagaimana keunikan rasa kuih ni... biasanya siomay diperbuat dari kulit siomay.. tapi kali ni diperbuat dari meesua... unik kan? Hmmm... bila dah siap.. nampaknya.. tak berapa kena pulak dengan selera aku.. hehehe.. tapi tak taulah ye sebab aku tak buat kuah kacang pencicahnya tu.. aku cuma buat kuihnya saja lepas tu cicah dengan cili sos.. ni sebab dah malas nak goreng kacang.. haha.. aku rasa kalau cicah ngan kuah kacang mungkin sedaplah kot.. aku tak masukkan resepi kuah kacang tu sebab rasa mcm kompius sikit dengan resepinya.. aku rasa kalau sesapa nak cuba buat.. buat je cicah dengan kuah kacang/ kuah satay tu.. sure sedap... so kat sini aku cuma masukkan resepi kuihnya saja.. resepi kuah kacang tu.. u all buat je kuah kacang nasi impit tu ye... (itupun kalau ada yg nak buat ler.. keh keh keh..)



Sumber : Majalah Sedap Vol. 1, Bil. 1

Bahan2
100 gm meesua, dicelur dan dipotong2 (celur kejap je)
1 tangkai daun bawang ~ hiris halus
50 gram isi udang ~ dicincang
50 gram tepung sagu (aku guna tepong jagung)
1 biji telur ~ dipukul ringan
50 gram lobak merah ~ diparut kasar
3 ulas bawang putih ~ dikisar/ tumbuk lumat
1/2 labu bawang besar ~ dicincang
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudh teh serbuk stok ayam
50 ml air

Cara2 Membuatnya
1. Kacau rata semua bahan2 sehingga rata. Panaskan kukusan.
2. Gliskan acuan apam yg kecil2 tu dengan sedikit minyak masak. Masukkan adunan yang digaul sehingga penuh acuan dan susun dlm tray kukusan.
3. Kukuskan selama 25 minit / sehingga benar2 masak.
4. Keluarkan kuih dari acuan setelah kuih suam2 sedikit.
5. Hidangkan dengan kuah kacang/ kuah satay.

Nota MaDiHaA : Jika nak buat lagi.. rasanya lebih sedap sekiranya bawang putih & bawang besar ditumis dengan sedikit minyak sekejap sehingga wangi kemudian masukkan udang, kacau2 tutupkan api. Bila dah suam2 sikit barulah dimasukkan semua bahan2 lain. barulah di kukus dalam acuan apam.


1 comment:

cikmanggis said...

sungguh unik masakan ni.pastinya cm nak cuba menu yg sebegini.Makasih ya kerana sudi berkongsi resepi yang sungguh menarik:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...