Wednesday, October 5, 2011

Sup Daging Lobak Putih

Assalamualaikum...

Ok.. dah tengok menu sarapan tadi kan.. sekarang ni tengok menu makan tengahari la pulak.. hehe... actually bukan menu lunch pun ni.. tapi ini menu dinner beberapa hari yg lepas.. ialah.. menu lunch kalau ada pun masa hari cuti Sabtu & Ahad aje.. hari2 bekerja ni menu lunch dari restoren/ gerai ajelah.. hehe..

Oklah takmo bercerita panjang sgt... ada byk kerja nak buat.. jom tengok resepi Sup Daging Lobak Putih ni... Lobak putih adalah antara sayur yang kerap jugak jadi sayur pilihan kami... macam2 boleh dibuat dengan lobak putih yang sangat berkhasiat ni.... hatta nak jadikan inti popia gantikan sengkuang pun sesuai jugak... Kali ni MaDiHaA gunakan lobak putih sebagai ganti ubi kentang di dalam sup... sedap! Yang penting..khasiatnya tu..



Sup Daging Lobak Putih
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
500 gm daging ~ dipotong nipis
1 batang lobak putih ~ dikupas kulit & potong ikut suka
air secukupnya utk mengempukkan daging
1 rempah sup bunjut
1 sudu kecil serbuk rempah sup ~ dibancuh dengan sikit air
1 sudu kecil lada hitam biji ~ ditumbuk halus
garam & aji secukup rasa
sedikit minyak
sikit daun sup untuk taburan (MaDiHaA terlupa nak beli.. hehe)

Bahan tumis
4 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
4 ulas bawang putih ~ diketuk & cincang halus
2 ulas bawang merah ~ dihiris nipis
1 inci halia ~ diketuk kasar
1 biji bawang besar ~ mayang memanjang 

Cara menyediakan
1. Rebus daging dengan air yang mencukupi sehingga daging agak lembut.  Sementara tu.. campakkan rempah sup bunjut & masukkan rempah sup yang dibancuh tadi.  Biarkan mendidih sesekali dikacau.
2. Bila daging hampir empuk.. panaskan kuali dengan sikit minyak. Tumiskan rempah 4 sekawan hingga naik bau. Masukkan bawang putih, bawang merah, halia & bawang besar & tumis hingga layu & wangi.  Tuangkan bahan tumisan ke dalam periuk sup tadi.  Tambah garam & bahan perisa secukup rasa.
3. Tambahkan lada hitam yang ditumbuk. Bila daging dah cukup empuk barulah masukkan hirisan lobak putih tadi & masak sebentar hingga lobak layu. Padamkan api & siap untuk dihidangkan.  Taburkan daun sup semasa menghidang.

Nota MaDiHaA: Air boleh ditambah sekiranya air rebusan daging terlalu surut atau kuah nampak sikit sangat.  Kepekatan kuah bergantung citarasa sendiri.



Selamat mencuba!

Mee Mat Salleh ker?

Assalamualaikum....


A'ah nak tau jugak... ini Mee Mat Salleh ker? Ohh.. tidakk...!  Kat supermarket atau kedai2 runcit di Semenanjung belum ternampak lagi ada jual mee jenama Mat Salleh ni.......... Tapi... dah terliur punya pasal.. aku masak jugaklah mee ala2 Mee Mat Salleh seperti Diana masak baru2 ni... Terliur habis bila tengok mee yang Diana masak tu.. Tambah2 dengan gambar2nya yang cantik tu.. Oleh kerana aku takde stok mee jenama Mat Salleh ni... maka aku gantikan aje dengan mee lidi yang biasa aku gunakan.  Mee lidi ni pun aku tak pernah nampak ada terjual kat kedai2 sekitar PJ ni.  Mee lidi ni biasanya aku beli bila aku balik kampong ku di Pahang sana.... Mee ni lain rasanya dari mee kuning tu tau.. sesuai dimasak apa saja terutama di masak mee jenis berkuah dengan mencampurkan terus dalam kuah sebab mee lidi ni takkan mengembang macam mee kuning tu.  Rasanya pun lebih sedap.  Agak2nya.. mee Mat Salleh tu.. sama tak rasanya dengan mee lidi ni yek.. hmmm... kena pegi Labuan dululah gamaknya baru dpt merasa mee jenama Mat Salleh ni.. hehe..

Oklah.. jom kita tengok resepi Mee Goreng cara Diana ni.. yang pasti Diana kerap menggunakan rencah udang kering dalam tiap masakannya.  I pun seronok la... hehehe... Sebelum tu.. terima kasih pada Diana untuk resepi ni yer... akak mintak izin copy & paste kat sini pulak resepi ni.. maaf sebab akak ada tukar2 sikit bahan mana2 yang akak takde stok tu... siapa2 yang nak tengok macamana rupa mee Mat Salleh tu boleh klik SINI.  Kalau nak tengok pula rupa mee lidi yang MaDiHaA gunakan klik SINI.



Mee Lidi Goreng ala Diana
(resepi asal Mee Mat Salleh Goreng Basah)
Resepi : Diana @skybluemelleymey
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bhn²
1 bungkus Mee Mat Salleh _ d masak seperti arahan pada bungkusan (MaDiHaA gunakan mee lidi anggaran 300 gm)
1 keping dada ayam _ d hiris kecil (MaDiHaA ganti dengan 20 ekor udang basah)
Segenggam udang kering _ d rendam dalam air panas, toskan dan d tumbuk kasar
Sedikit kobis ~ dihiris halus (MaDiHaA tambah)
2 biji telur
3 ulas bawang merah _ d cincang
4 ulas bawang putih _ d cincang
1 biji bawang besar _ d hiris
1 tbsp cili kering kisar
Lettuce _ d hiris
Daun bawang _ d potong panjang
minyak untuk menumis
Sedikit air

Bhn² A
1/2 tbsp kicap pekat Loon Kee (guna jenama lain lupa pulak jenama apa)
2 tsp kicap cair Loon Kee (guna jenama lain.. pun lupa)
2 tbsp sos manis ABC
1 tbsp sos cili Maggi
1 tbsp sos tiram Maggi
2 tsp sos pedas berkicap Agro Mas (takde stok.. tp lebihkan sos tiram & sos cili)
2 tsp perencah pati ayam Tumix
Gula jika perlu (MaDiHaA tak tambah dah)
Garam secukup rasa (tak tambah garam dah)

Cara²
   1. Panaskan sedikit minyak d dalam kuali.. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
   2. Masukkan bawang besar dan tumis lagi hingga wangi.
   3. Kemudian masukkan udang kering dan goreng seketika.. Tambahkan serbuk cili dan tumis sehingga garing.
   4. Setelah itu.. masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk.
   5. Ketepikan sedikit bahan yang telah d tumis tadi dan pecahkan sebiji telur.. Setelah telur separuh masak.. boleh ler d gaul bersama bahan yang d tumis tadi.. Pecahkan lagi sebiji telur dan buat seperti tadi lagi.
   6. Masukkan bhn²  A dan gaul rata.. biarkan seketika.
   7. Masukkan mee dan gaul... tambahkan sedikit air ( mengikut keperluan masing² ).. Setelah mendidih dan sedikit pekat.. masukkan daun bawang dan gaul rata.
   8.  Tutupkan api dan hidang ketika ianya masih panas bersama lettuce.



Selamat mencuba!

Tuesday, October 4, 2011

Puding Aiskrim Pistachio Coklat

Assalamualaikum..... syukur dapat bersua lagi di petang nan indah ini.....

Terima kasih kepada semua kawan2 yang memberi ucapan tahniah & kata2 semangat dalam entry yang lepas.  Anda semua memang best!



Oklah.. kali ni nak ku kongsikan resepi pencuci mulut yang dibuat baru2 ni.  Anak2 dah komplen "ibu asyik buat puding yang orang tempah aje.... buatlah untuk kitorang jugak.." hahahaha.... Ibu bukan takmau buat... tapi kalau buat puding marbel tu untuk makan2... ibu dah tak lalu nak makan sebab terlampau kerap sangat dok godek2... sampaikan terhidu baunya pun dah terasa muak.. hehe.. Hakikatnya masa pertama kali melihat & mencuba puding marbel tu.. itulah satu2nya puding yang paling cantik & sedap sekali...! Tapi dek kerana terlalu kerap membuatnya... terus jadi muak.. sabor jelah...


Ok.. untuk tak menghampakan anak2... maka aku pun buatlah puding untuk dorang juga... Sebenarnya ada resepi puding yang memang teringin nak cuba.. Tapi sayangnya aku tak punya bahan yang mencukupi.  Bahan utama iaitu serbuk agar2  memang tak pernah dibeli pun sebelum ni.  Kat rumah cuma ada agar2 tali sebab memang ada stok yang banyak sebab selalu terima tempahan puding.  Actually aku sedang berfikir nak 'clear'kan stok aiskrim yang dah lama bertapa dalam freezer tu.  Jadi dalam kepala ni  ligatlah berfikir macamana nak cipta resepi puding ni ikut bahan2 yang ada stok di rumah.  Maka terciptalah resepi Puding Aiskrim Pistachio Coklat yang sedap ni... Sedapnya dah tentu datangnya dari aiskrim pistachio yang digandingkan dengan aiskrim coklat...  siap tergigit lagi kacang pistachionya tuh.. kalau kat rumah ada lebihan aiskrim ni.. bolehlah cuba buat nanti ye.  Kalau takde aiskrim ini pun.. boleh juga ganti dengan aiskrim perisa lain.. & tukar sajalah nama ke nama perisa aiskrim yang digunakan.. tapi dari segi rasa dah tentulah tak sama dengan puding yg ini yer.. hehe... Ada lagi sebekas aiskrim perisa lain dalam freezer tu yang tak habis2.. nanti nak try pulak guna aiskrim yang ada tu... Kalau tak buat macam tu... berbulan2 aiskrim tu dok bertapa dlm freezer...buat semak freezer aje! Budak2 ni kalau beli aiskrim.. masa mula2 beli je dorang makan.. lepas tu dah tak mau usik lagi.. hmm....

Ok jom tengok resepinya yer....

Puding Aiskrim Pistachio Coklat
(MaDiHaA guna loyang 9")
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
15 gm agar2 tali
1 liter air (tinggalkan setengah cawan untuk bancuh tepong kastard)
250 ml air panas
130 gm susu pekat manis (kalau suka lebih manis boleh tambah lagi)
250 gm aiskrim pistachio
250 gm aiskrim coklat
2 sudu besar tepong kastard
1 biji telur

Bahan2 lain
2 sudu besar serbuk coklat + sedikit saja air jadikan pes
Sedikit pewarna hijau (optional ~ MaDiHaA tak letak pun..) 



Cara2 menyediakannya 
1. Cuci agar2 tali & perahkan airnya. Masak agar2 tali bersama air  (jangan lupa tinggalkan setengah cawan ye) dengan api sederhana sehingga agar2 larut sepenuhnya. Sesekali dikacau supaya elok larutnya & tak membuak.
2. Larutkan susu pekat manis bersama air panas & ketepikan.
3. Larutkan tepong kastard bersama dengan setengah cawan air yang diambil dari sukatan air 1 liter tadi.  Pecahkan telur ke dalam bancuhan kastard & kacau rata.  Campurkan bancuhan kastard bersama bancuhan susu pekat  tadi & tapiskan.
4. Bila agar2 yang dimasak tadi dah larut sepenuhnya, tuangkan bancuhan step 3 ke dalam periuk sambil sentiasa di kacau sehingga mendidih.
5. Akhir sekali, masukkan ke dua2 jenis aiskrim tadi ke dalam periuk & biarkan sehingga aiskrim mencair & larutan mendidih.  
6. Padamkan api & bahagikan larutan puding kepada 2 bahagian. Satu dicampurkan dengan bancuhan serbuk coklat & satu bahagian lagi dicampurkan dengan pewarna hijau.
7. Tuangkan bancuhan puding bewarna hijau ke dalam loyang.  Kemudian tuang pula bancuhan puding berwarna coklat. Corak2kan sedikit supaya menjadi corak marbel. Biarkan puding sejuk & mengeras.  Masukkan ke dalam peti sejuk sebelum dipotong & dihidang.



Selamat mencuba!

Terima Kasih kepada semua Followers...

Assalamualaikum....


Petang semalam pada 3hb Oktober 2011 genaplah jumlah pengikut blog Dari Dapur MaDiHaA seramai 1,000 orang. Tak sangka blog yang masih bertatih & serba kekurangan ni... ada yang sudi nak follow.  Ribuan terima kasih MaDiHaA ucapkan kepada semua followers/members yang sudi mengikuti blog MaDiHaA yang tak seberapa ni.  Terima kasih kepada shyta83_hairol yang telah menjadi pengikut yang ke seribu...



Walaupun tiada gambar yang canggih manggih... tp masih ada yg sudi singgah di sini.. Untuk pengetahuan.. gambar yang diambil hanya menggunakan henfon Sony Ericsson saja... & hasilnya.. setakat yang anda lihat selama ni..  Resepi  yang dipaparkan pun hanya yang biasa-biasa saja... resepi kampong, resepi yang diambil dari kawan2... & hanya sesekali saja mampu mencuba resepi yang agak 'hebat'. Itupun.. mungkin hebat di mata aku sendiri.. tapi bagi orang lain biasa2 saja.. hihi... Apa2pun.. sangat seronok berblog & dikelilingi kawan2 yang mempunyai minat yang sama.. Bertuah kerana di alam cyber tidak ada erti 'resepi rahsia'..  semua orang bermurah hati & berkongsi resepi yang ada.  Dan kepada kalian semua tak kiralah sebagai follower, silent reader atau yang rajin singgah & meninggalkan komen adalah penyebab yang telah menaikkan semangat ku untuk terus mengupdate blog ini.  Terima kasih semua. Namun begitu.. MaDiHaA ingin memohon maaf kerana kebanyakan komen2 kalian tidak mampu MaDiHaA reply satu persatu.  InsyaAllah.. sekiranya ada sebarang pertanyaan yang diajukan akan MaDiHaA cuba untuk menjawabnya samada di ruangan komen atau dengan melawat blog sesiapa yang bertanya.

Dari Dapur MaDiHaA ini sebenarnya adalah kesinambungan dari Fotopages MaDiHaA yang terdahulu.  Bukan niat nak lupakan fotopages.. Tapi ada beberapa masalah yang terpaksa MaDiHaA gunakan blog agar dapat mengupdate resepi dengan lebih mudah & pantas.  Syukur alhamdulllah.. sudah hampir 21 bulan blog ini berada di sini... mudah2an.. diberikan kekuatan untuk terus berkarya & berkongsi apa yang termampu...

Terima kasih

Monday, October 3, 2011

Nasi Ayam Panggang Bercajun

Assalamualaikum & selamat petang...



Bersua lagi kita yer... sementara ada sikit masa... cepat2 aku poskan n3 ni..  Kalau tak banyak masa.. memang tak sempat nak pos resepi yang perlu ditaip ni... itu yg buat gambar selalu tertunda... entah bila nak clear folder... masak rajin, ambik gambar pun rajin.. tapi tiba bab nak pos kat blog mesti tertunda2 disebabkan kesibukan & pelbagai komitmen lain yang lebih penting... 


Kalau nak tau.. Nasi Ayam Panggang Bercajun ni menu masa bulan puasa hari tu... hehehe... punyalah lama kan? Tapi sebabkan resepi ni sedap ditekak kami semua... menu dah basi pun aku masukkan jugak resepinya... Memang tak dapat disangkal lagi... Cajun ni memang membuatkan bahan perapan kita bertambah sedap, wangi & begitu lazat!  Ada jugak terasa seakan2 ayam panggang ayamas tu... gamaknya dorang pun perap guna cajun jugak.. hehe.. Rugi kalau u all taknak try gunakan cajun ni... walaupun agak mahal.. tapi berbaloi2...





Jom tengok resepinya... Resepi nasi ayamnya tu... aku ikut resepi yang biasa aku buat... ikut resepi ma tersayang... cuma resepi ayam panggang tu jer resepi ku sendiri...


Nasi Ayam Panggang Bercajun 
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna


Bahan2 Ayam Panggang Bercajun
1 ekor ayam saiz sedang ~ dipotong 4 (MaDiHaA buangkan kulitnya)
1 sudu besar marjerin


Bahan Perap Ayam
3 ~ 4 sudu besar bawang merah + bawang putih + halia kisar (agak2 sendiri.. kisar lebih sikit sebab nanti nak gunakan untuk buat nasi ayam)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar rempah cajun
1 sudu besar madu
1 1/2 sudu besar gula
1 1/2 sudu kecil garam


Cara2 menyediakan
1. Ayam direbus dengan air secukupnya. Lebihkan sedikit airnya untuk kegunaan nasi ayam & sup nanti.
2. Angkat ayam & tos. Perap ayam dengan bahan2  perapan di atas selama 1 jam.  Bakar dalam oven selama 1 jam dengan suhu 200C. (ikut oven masing2 yer).
3. Semasa membakar ayam tadi.. sekali sekala hendaklah dibalik2kan ayam supaya garing sekata.  
4. Bahan2 perapan yang berlebihan jangan dibuang.  Masakkan bahan tersebut di dalam kuali sehingga pekat & agak kering. Tutupkan api & masukkan 1 sudu besar marjerin.  Semasa pertengahan proses memanggang ayam.. boleh sapukan bahan yang dimasak tadi pada ayam hingga rata & bakar hingga genap 1 jam. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi ayam dll.




Bahan2 Nasi Ayam
Resepi : MaDiHaA's Mum



4 pot beras
7 pot air rebusan ayam (bergantung jenis beras)
daun pandan
garam & aji
bwg putih*
bwg merah* (bahan bertanda* dikisar ~yg ni guna yg sama utk perap ayam tadi & guna 3 sudu besar saja)
halia* 
sedikit pewarna kuning (jika suka)
2 ~ 3 sudu besar planta
cengkih
bunga lawang
kayu manis

Cara
1. Basuh beras dan tos sebentar. Jerang dalam rice cooker bersama air rebusan ayam, garam, aji & daun pandan.
2. Panaskan sikit planta dalam kuali dan tumis rempah tumis 3 sekawan hingga wangi & masukkan 3 sudu besar bahan2 blend tadi. Bila harum baunya ambil sedikit air dalam periuk nasi tadi & masukkan dlm kuali & kacau2 biar sebati.  Masukkan bahan2 tumisan tadi ke dalam rice cooker yg telah dijerang tadi. Titiskan sedikit pewarna kuning. Kacau rata & tutup penutup periuk rice cooker dan tunggu sehingga nasi masak.

Bahan2 Sup
Resepi : MaDiHaA

Guna air rebusan tadi (sukahati nak buat byk mana.. agak2 jelah)
1 batang carrot (kalau suka...) ~ potong kecik
Sedikit serbuk rempah sup anggaran ½ sudu besar (MaDiHa guna Adabi)
Bawang putih ~ketuk
Halia ~ diketuk
bunga lawang
cengkih
kulit kayu manis
garam & aji
daun sup & daun bawang utk hiasan

Cara
1. Air rebusan ayam tadi dicampurkan dengan serbuk rempah sup. & Masak hingga mendidih.
2. Dalam kuali panaskan sikit minyak & tumis bawang putih ketuk, halia & rempah2 tumis kemudian tuang dlm kuah sup. Tambah carrot, garam & aji.
3. Masa menghidang.. hias dengan hirisan daun bawang & daun sup.

Bahan2 Sambal cili
Resepi : MaDiHaA

5 biji cili merah*
 10 biji cili api*
2 biji tomato*
2 ulas bawang putih*
2 cm halia*
air secukupnya*
1 senduk sos cili
2 sudu besar cuka makan
2 sudu besar gula
Garam & aji secukup rasa

Cara
Kisar semua bahan2 bertanda* diatas kemudian dimasak bersama dengan semua bahan2 yang lain sehingga pekat & sesedap rasa.

Bahan2 Sambal kicap
Resepi : MaDiHaA

Campurkan kicap manis & kicap cair secukupnya. Campurkan dengan sesenduk sup & masak sebentar hingga mendidih.

Sayuran yg digunakan
Timun
Salad
Tomato


Selamat Mencuba!

Cucur @ Jemput2 Udang Kering

Assalamualaikum...
Bertemu kembali setelah 3 hari menyepikan diri...Jumaat lepas aku MC lagi...  (pecah rekod tau bulan September sampai 3 hari MC dengan sakit yang berbeza) Pagi Jumaat tu pepagi subuh bila nak bangun tiba2 terasa kepala berat & pusing2... terasa nak muntah.. cuba juga bangun untuk ke bilik air.. lepas tu.. terus muntah... adushhhh.. cemana nak pegi kerja ni..? cemana nak hantar anak2 ke sekolah...? Cepat2 telefon abang kat tempat kerja dia mintak dia balik awal sebab aku betul2 tak mampu nak drive... nak berdiri pun terhuyung hayang macam nak tumbang... Cepat2 kejutkan anak2 suruh bersiap... dua minggu berturut2 aku jadi macam tu... betullah tekaan ku.. bila tak cukup tidor.. mesti aku jadi macam tu... malam sebelum tu aku tak dapat tidor lena sebab Alin pun tak sihat... meragam perutnya kembong... memang betul tak cukup tidor punya hal lah ni.....  Macam ni rupanya bila usia dah makin bertambah yer... Dulu2... bereksperimen (dapur) sampai kul 1, 2 pagi pun takde apa2... Sekarang ni.. memang takde chan lagi... betul2 kena bab2 tu semua...

Oklah.. panjang pulak intro.. Terus jelah dengan resepi untuk hari ni yer.. bak kata Tun Telani... Kak MaDiHaA lepas ni kena marathon udang kering lah.. hehehe.. inilah dia menu dari udang kering selepas Bergedil Udang Kering.... Perrghhh.... sedaplah sangat2 Cucur Udang Kering ni.......... huishhh.. kalah cucur ikan bilis kalau macam ni... haha... jangan marah yer si ikan bilis.... nanti bila stok udang kering dah surut sikit... dirimu pasti berguna juga... kihkihkih....



Ok.. jom tengok resepi sempoi sarapan kami hari Sabtu dua minggu lepas ni yer... sapa2 ada stok udang kering lebih tu.. bolehlah mencuba..  Resepi ni sukatannya agak banyak... untuk family kecil... buat separuh resepi pun dah okay....

Cucur @ Jemput2 Udang Kering
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
4 ½  cawan tepong gandum*
1 sudu besar baking powder* ~diayak bersama tepong gandum
1 cawan udang kering ~ rendam hingga lembut & tumbuk kasar
3 ½ cawan air
Garam secukup rasa (jika guna udang kering jenis masin.. tak perlu garam terlalu byk.. MaDiHaA gunakan udang kering jenis tawar.. jadi garam diletak ikut kemasinan yg diperlukan)
½  cekak daun kuchai ~ dibersihkan & hiris 2 cm, cuci & tos
¼ biji kubis ~ dihiris halus & cuci & tos
1 ½ biji bawang besar ~ dipotong dadu
1 biji telur

Minyak untuk menggoreng





Cara2 Menyediakan
1. Campurkan kesemua bahan2 dalam satu bekas yang besar kecuali air & telur.  
2. Gaulkan kesemua bahan2 tadi biar rata.  Masukkan telur & air sikit demi sikit sambil dikacau rata.  Habiskan kesemua air & kacau rata.
3. Panaskan minyak yang banyak secukupnya dengan api yang sederhana.
4. Bila minyak dah agak panas.. bolehlah goreng cucur seperti kita menggoreng jemput2 ikan bilis.  Ulangi proses sehingga cucur atau jemput2 memenuhi kuali.
5. Terbalikkan cucur & goreng sehingga garing ke dua2 belah.
6. Bila dah garing, angkat & toskan.
7. Hidang cucur udang kering dengan sos cili kegemaran semasa panas2 atau suam2 (MaDiHaA hidang dengan sos lebihan sos cucur udang masa buat jamuan makan2 hari tu..)




Selamat mencuba!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...