Friday, November 5, 2010

Roti Paratha Lobak Putih

Ok semua.. inilah dia roti paratha yang aku buat untuk sarapan... bukan hari ni punya sebenarnya... tadi tu acah2 jer kata masak paratha sempena Deepavali.. dah tentu2 ini scheduled n3... hehehe.. masa u all baca n3 ni mesti aku tengah sibuk tolong mertua nak buat dodol kat kampong (Raub). Tu semua cik abang aku ler yg punya idea.. sebab raya haji dah tak lama lagi & kebetulan ada cuti 3 hari.. so dia ajak mak & sedara mara kat kg kacau dodol minggu ni.. so sedang elok boleh dibuat raya (itupun kalau dodol tak sempat habis sebelum raya ler.. hehehe...) insyaAllah.. kalau sempat ambik gambar.. bolehlah masuk n3 kacau dodol.. itupun kalau keadaan mengizinkan.. Ehh dah melalut2 pulak.. oklah.. meh tengok resepi roti paratha ni yer...

Resepi roti paratha ni hasil dari selongkar kat tenet aritu... sesaja nak mencari kelainan & mencuba resepi Indian Food pulak.. So terjumpa la byk resepi roti paratha.. antara yang menarik hati aku ialah roti paratha lobak putih atau raddish paratha nilah.. sebab nilai khasiat dalam lobak putih tu yang buat aku nak cuba resepi yang menggunakan lobak putih tu... Tapi resepi yang aku buat ni dah diubahsuai sikit ikut citarasa aku sendiri ler... Oh ya.. lupa nak bagitau.. sayur lobak putih ni memanglah ramai yg tak suka sebab rasanya yang agak maung.. tapi sebenarnya sayur lobak putih ni banyak khasiatnya. Antaranya ialah bagi menambah susu bagi ibu2 yang menyusukan bayi mereka.. malah ibu2 dalam pantang pun boleh makan sayur ni.. selain dari tu.. lobak putih juga elok diamalkan utk pesakit batu karang & penderita kencing kotor ataupun sapa2 yang ada penyakit kencing tak puas atau tak tos.. rasa nak kencing banyak tapi yg keluar sikit.. eloklah amalkan mkn sayur ni yer.. Ok jom tengok resepinya.. terima kasih kepada penyumbang idea resepi ini..

Bahan2
2 batang lobak putih saiz sedang (anggaran berat 600 gm)
1 pokok ketumbar (ambil daun & batang2nya sekali) ~ dipotong halus
3 ½ ~ 4 cawan tepong gandum (jangan habiskan semua masa menguli.. ikut kelembutan doh)
ekstra tepong diperlukan untuk mencanai doh
2 s/k serbuk cili (boleh kurangkan kalau taknak pedas)
1 s/k jintan putih
1 ¼ s/k garam
2 s/b minyak masak
1 s/k marjerin (kalau nak lembut sikit boleh tambah lg 1 s/k.. tp bg MaDiHaA dh ok dah..)
1 s/k garam masala (spt dalam gambar)











Cara2
1. Parut halus 1 batang lobak putih (seperti parut ubi kayu yang nak dibuat bingka). Tos & perahkan airnya sedikit.. jangan perah habis.. tp biarkan lembab2 sikit dan letak dalam satu mangkuk sesuai untuk menguli.
2. Sebiji lagi lobak putih disagat kasar (seperti nak buat kerabu mangga/ kek lobak merah tu.. guna mata yg halus sekali yer..). Campurkan sekali dalam mangkuk yang sama.
3. Campurkan serbuk cili, garam masala, garam, serbuk jintan putih, daun ketumbar dan gaul sebati menggunakan tangan.
4. Masukkan tepong secawan demi secawan sambil menguli. Sehingga cawan yang ke 3.. masukkan sikit demi sikit tepong hingga dapat doh yg kental. (Jangan habiskan terus tepong tadi). 
5. Masukkan minyak masak & marjerin & uli lagi hingga doh menjadi lembut.
6. Lumurkan tangan dengan minyak & bahagikan doh kepada 10 bahagian (lebih kurang 78 - 80 gm setiap sebiji)
7. Taburkan tepong ke atas papan pencanai. Sapukan tepong pada roller pin. Ambil seketul doh & taburkan/salutkan sikit tepong lalu canai nipis doh seperti membuat capati.
8. Panaskan non stick pan, lengserkan sikit dengan minyak & masak paratha menggunakan api yang sederhana hingga kekuningan ke dua2 belah.
9. Ulangi proses yang sama sehingga habis.
10. Hidangkan roti paratha lobak putih dengan segera bersama sambal pedas mackerel/ kuah dhal/ kari ayam atau apa2 aje kuah kegemaran anda.




































Selamat mencuba!

Sambal Pedas Mackerel





















Masak sambal pedas ni untuk dicicah dengan roti paratha... yelah.. kan Deepavali hari ni...  so.. kita sarapan ler dengan roti paratha.. hehehe... ok layan resepi sambal dulu ye... nanti masuk n3 roti paratha pulak...

Resepi ni boleh gak kalau nak gunakan sardin selain mackerel... aku lebih suka mackerel.  Sadin tu memanglah sedap jugak.. tp mackerel laaaaagiiiii sedapppp..!! hehehe.. ikut citarasa masing2lah kan... Sambal macam ni sesuai dicicah dengan apa2 saja... cicah dengan lempeng, roti canai, roti sandwich, roti benggali, jemput2 bilis.. pendek kata.. kalau dah mengadap tu memang tak kemana2lah selagi belum licin sambal dalam pinggan... memang best... cubalah ye..

Bahan2
1 tin mackerel saiz besar (buang tulang tengahnya)
1 biji kentang saiz besar ~ potong dadu
1 biji lobak merah ~ potong dadu
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
10 biji cili padi*
1 inci kunyit hidup*
2 batang serai ~ dititik
2 cawan air
1 keping asam gelugur
minyak masak secukupnya
garam & aji secukup rasa
½  s/k gula

Cara2
1. Tumbuk halus semua bahan2 bertanda *. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 tumbuk & serai hingga wangi. Masukkan air, asam gelugur, kentang & lobak merah. Biarkan merenih hingga kentang setengah empuk.  Kemudian keluarkan/buangkan asam gelugur.
2. Masukkan mackerel serta sosnya. Hancurkan kasar2 isi ikan (sebelum dihancurkan tulang tengah mesti dibuang).  Masukkan garam, aji & gula. Biarkan merenih hingga kuah agak pekat & kentang empuk sepenuhnya. 
3. Biarkan secukup rasa & bolehlah dihidangkan sebagai cicahan ataupun sebagai lauk nasi putih.



































Selamat mencuba!

Thursday, November 4, 2010

Beautiful Blogger Award


Salam... petang2 ni.. tempek award pulak... rasa segan & tak sangka nak dapat award ni sebabnya.. aku bukannya kategori beautiful.. hehehe.. yelah.. kan ke award tu utk blogger yg beautiful saja..........  rasa malu2 kucen jugak ler nak terima... hahahaa.... apa2pun.. terima kasih pada Cplud Miera http://pludcorner.blogspot.com/ yang sudi bagi award ni...  tang mana yang beautiful kat akak ni dikk?? hehe..

Oh ya.. akak tempek awardnya aje ye sebab dulu dah pernah jawab soalan2 yg diminta... TQ very much..!

Sira Pisang Nangka
































Pisang nangka yang makcik bagi dah pun masak.. berhari2 jugak menunggu pisang tu masak.. Bila dah masak tengok2 2 biji dah busuk pulak mungkin dah di'injek' dek lalat buah agaknya.. dari 6 biji tinggal 4 biji aje yg elok.. malas nak buat pengat sebab takde stok santan.. jadi aku sira aje dengan air gula.. Kalau belah2 Trengganu sira pisang mcm ni memang biasa la.. kadang2 kat dalam kuah tu dipecahkan telur sebiji & dikacau2... Dulu2 sebelum kawin aku selalu buat mcm tu untuk famili sebab biasa tengok ma & arwah tok buat macam tu.. tapi bila dah kawin dengan org luar ni.. tak berani nak boh telur dalam tu takut cik abang pelik pulak.. hehehehe..

Oklah.. layan resepi paling sempoi ajelahh pagi ni... selain pisang nangka.. pisang abu, pisang nipah & seangkatan pisang2 yg sesuai digoreng, sesuai juga disira mcm ni.. Nangka pun boleh gak nak disira.. tapi biasalah dah namanya sira.. tang manis tu yg takleh tahan.. mkn sikit2 ajelah yer...

Bahan2
4 biji pisang nangka
4 s/b gula pasir
1 cawan air
1 helai daun pandan ~ disimpul

Cara2
1. Potong pisang ikut saiz kesukaan.
2. Masak air bersama gula & daun  pandan hingga mendidih. Masukkan pisang dan biarkan merenih hingga pisang nampak masak & kuah agak pekat.
3. Siap utk dihidangkan panas2 atau sejuk2 selepas dimasukkan dlm peti ais.


Wednesday, November 3, 2010

Siakap Sri Rampai

Hai ketemu lagi.... 

Hari ni agak free sikit sebab bos ku bercuti selama 2 hari + cuti depaavali + weekend =  5 hari... dengar2 cuti2 Malaysia ke Cameron Highland bersama family tersayang... amboi2.. syoknyaaaa... Tapi aku pun syok jugak.. sebab bila bos takde kerja pun takdelah byk sgt... so bolehla santai2 melayan blog... hihihi....

Lauk kat atas tu sebenarnya dah lama jugak masaknya.. hampir2 3 minggu yg lepas dah kot.. entah2 dah lebih... Ikan siakap tu pulak lagi kesian.... dok bertapa dalam peti beku aku rasanya dah lebih dari sebulan.. sabor jelah... nasib baik masih sedap rasanya... alkisahnya yang ikan tu dok bertapa lama sangat sebab apa? Sebab aku beli ikan tu nak jamu masa ma & adik datang.. sekalinya ma cakap dia tak berapa suka sangat ikan siakap... yang adik aku  si Abby tu lagilah tak makan langsung ikan besar2 ni..... makanya ikan tu bertapa aje dlm esbok tu tak jadi dimasak selagi tuannya tak sampai seru nak memasak.. hihihi.. Nasib baiklah ternampak resepi best dari FP Jasmeen tauke kek aritu... maka menjadilah resepi seperti gambar di atas... 

Sapa2 yang terliur tu aku sarankan cepat2 try resepi ni yer.. memang sedapppp.. memang best..! Rasanya ada sikit2 persamaan macam resepi Ikan Bersos Thai & Ikan Masak Kerabu.. mungkin sebab penggunaan serai & bunga kantan tu kot.. Tapi yang bestnya.. Ikan Sri Rampai ni bahan2nya lebih ringkas... jom tengok resepi..! Thanks pada Jasmeen yang dengan tangkas 'menangkap & simpan dlm kepala' resepi dari siri Ketuk-ketuk Ramadhan waktu Memey memasak masa bulan puasa aritu... Meen.. aku C&P resepinya kat sini wokey.. ada sikit2 editing tu mintak halal yer.. 

Sumber : Memey (Ketuk2 Ramadhan)
Copy dari FP : Jasmeen Home Delight

Bahan2
1 ekor ikan siakap ~ bersihkan & goreng garing (bleh ganti dengan apa2 ikan kesukaan)
1 labu bawang besar ~ dimayang
3 ulas bawang putih ~ dimayang
1 inci halia ~ dimayang halus memanjang
3 batang serai ~ dimayang nipis2
5 biji cili padi ~ dihiris halus (MaDiHaA tambah lagi 5 biji dibiarkan sebiji2)
1 kuntum bunga kantan ~ dimayang
3 s/b sos cili (MaDiHaA tambah lagi 1 s/b)
3 s/b sos tomato (MaDiHaA tambah lagi 1 s/b)
1 s/b cuka
Sedikit gula
Garam
Serbuk perasa

Cara2
1. Panaskan minyak & tumis bawang2 & serai sehingga layu & wangi.
2. Masukkan semua sos & semua perisa...gaul rata. (MaDiHaA tambah sikit air dlm suku cwn)
3. Masukkan hirisan bunga kantan & cili padi. Kacau2 & pastikan secukup rasa.
4. Curahkan ke atas ikan yg digoreng td. Sedia dihidangkan.

 
















Selamat mencuba!

Cucur Jagung

Salam & selamat pagi...

Pagi2 ni.. masukkan dulu n3 cucur jagung yg dibuat utk sarapan Jumaat lepas iaitu hari kakak Dini ada jamuan kat sekolahnya yang ibunya buat muffin pandan pd mlm sebelumnya tu...  hehe.. terlambat suda kan?  tp takperlah.. just utk record & koleksi resepi dalam blog ni.. masukkan ajelah resepi harian pun tak kisahlahkan... Lagipun.. lain orang.. lain sikit kot cara sediakan cucur jagung ni walaupun namanya serupa..

Bahan2
4 cawan tepung gandum
 ½  cawan bilis yg dikopek ~ dikisar kering hingga halus
1 ½ cawan isi jagung ~ 1 cawan dikisar kasar dlm pengisar kering & 1 cawan dibiarkan
1 biji bawang besar ~ didadu
2 ½  cawan air
1 ¼ s/k garam (larutkan garam dlm air)
½ s/k ajinomoto
1 biji telur (gred A)
Minyak masak untuk menggoreng

Cara2
1. Campurkan tepung gandum, jagung kisar, isi jagung, bawang besar & aji lalu digaul sebati.
2. Pecahkan telur ke dalam tepong & tuangkan air bergaram tadi sikit demi sikit sambil dikacau rata. Tambah lagi air ikut keperluan & aduk rata.
3. Panaskan minyak lalu gorenglah cucur seperti menggoreng cucur bilis yang biasa kita buat sehingga garing kedua2 belah. Angkat & tos. Hidang dengan sos kegemaran.


Jom sarapan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...