Friday, February 10, 2012

Gulai Ikan 'Garaman' Dengan Belimbing Buluh

Assalamualaikum...
Sambung entry lagi dengan menu lauk pula... Pernah dengar ikan garaman? Mesti ada yg geleng-geleng kepala... hihi... Sebenarnya.. ikan garaman yang dimaksudkan ialah ikan yang digaramkan semalaman lalu dimasak gulai... pernah makan?? Tentu juga ada yang geleng-geleng2 kepala buat kali kedua... hahaha... tapi.. aku percaya kalau anak-anak yang berasal dari Pantai Timur tentu saja ada yang pernah masak lauk gini... betul tak?

Gulai macam ni.. ma ku yang pernah masak.  Tidaklah kerap sangat.. tapi bila dia terasa jemu makan gulai ikan fresh.. dia akan garamkan ikan yang nak digulai tu.. pastu esok barulah digulai... memang sedap!! Cer bayangkan makan gulai ikan masin.. haa.. lebih kurang gitulah rasanya.. cuma bezanya.. ikan masin tu isinya tak banyak macam ikan garaman ni sebab ikan garaman ni tak dikeringkan & lagipun.. ikan garaman ni dibuat dari kepingan ikan yg tebal berbanding dengan ikan masin yang biasanya dinipiskan isinya.  Disebabkan kesedapan tu ler tiba2 je tekak aku rasa teringin yang melampau nak makan.  Kebetulan pula ada beberapa keping ikan rohu yang hubby beli dah terlampau lama dok bertapa dalam peti tu... Nak masak rasa macam dah tak fresh & ditambah pula rasa macam dah jemu pulak ngan si rohu tu.. hihihi.. tu yang dok bertapa lama dlm peti tu.  Jadi aku pun teringatlah kat gulai yang ma pernah dok masak dulu... so.. apalagi.. terus defrost ikan rohu yang sememangnya dah dibersihkan tu.. & bila dah lembut aku pun toskan & gaulkan dengan garam halus kemudian simpan semula dalam peti sejuk bahagian bawah je.. tak perlu letak dekat frozen pun.. Bila dah jadi gulai... isi ikan ni jadi macam kejung gitu.. tak mudah pecah2 ataupun berderai... yang penting sedap! Boleh je gunakan apa2 jenis ikan tapi lebih sedap guna ikan jenis besar macam ikan merah, tenggiri dan lain2.  Setakat ni.. cuma ikan tongkol jer yang belum pernah dicuba buat gini sebab fikiran aku rasa macam hanya ikan jenis isi putih je yang sesuai.. hihihi... itu cuma imaginasi aku jer... memandai2.. hihi..

Oklah jom tengok resepinya yer.. sempoi jer.. actually resepi ni lebih kurang je dengan resepi gulai kunyit lengkuas versi Terenganu tu... adalah ubah suai sikit ikut selera sendiri.. Selain dibuat gulai.. ikan garaman ni pun sedap digoreng macam tu jer.. cubalah!



Gulai Ikan Garaman dengan Belimbing Buluh
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
3 kepingan isi ikan (apa2 jenis ikan yang besar ~ MaDiHaA guna isi ikan rohu)
3 sudu kecil penuh garam halus

Bahan gulai
4 cawan santan sederhana pekat
10 biji belimbing buluh ~ belah 2 (kalau takde sila masukkan 2 keping asam gelugur!)
1 batang serai
2 hiris lengkuas
garam sekiranya perlu
serbuk perasa

Bahan kisar
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
3 biji cili merah
8 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
1/2 inci halia

Cara2 menyediakan
1. Ikan dibersihkan & tos kering. Gaulkan dengan garam halus rata2 kemudian masukkan dalam bekas (MaDiHaA guna bekas aiskrim terpakai je) kemudian tutup rapat & simpan dalam petiais. Biarkan semalaman atau selama 24 jam.
2. Esoknya.. cuci bersih ikan & toskan.
3. Campurkan santan, bahan kisar, serai, lengkuas & didihkan dengan api sederhana sambil senantiasa dikacau supaya tak membuak. Bila santan mendidih masukkan kepingan ikan tadi & biarkan ikan hampir masak.  Masukkan belimbing buluh, serbuk perasa & jika perlu masukkan garam. (rasa dulu kuah sebelum letak garam). Kacau2 sebentar & bila belimbing nampak layu & kuah secukup rasa bolehlah dipadamkan api & dihidangkan.

Selamat mencuba!

Ginkgo Nuts & Lotus Seed In Sweet Soy Milk and Jalan2 C.N.Y

Assalamualaikum...

Terlebih dahulu.. terima kasih diucapkan kepada teman2 yang mengucapkan salam takziah buat keluarga adik ipar MaDiHaA.. sama-samalah kita berdoa semoga allahyarham di tempatkan di kalangan insan beriman.. amin..


Kali ni daku nak berkongsi pencuci mulut masyarakat Cina pula dengan kawan2.  Sebenarnya masak ni tiada kaitan dengan sesiapa & tiada juga tujuan tertentu.  Saja suka-suka nak mencuba kelainan  & memenuhi perasaan ingin tahu rasa sesuatu masakan setiap kali berkunjung ke blog2 blogger Chinese.  Dessert ini kebiasaannya dihidangkan sempena Tahun Baru Cina oleh masyarakat Cina.  Ada banyak juga cara selain mencampurkan dengan susu soya.  MaDiHaA ternampak resepi ni di majalah Flavours keluaran Januari 2012 & nama resepi ni ialah Sweet Reunion mungkin sempena berkumpulnya kaum keluarga sewaktu makan besar setiap kali tahun baru Cina atau mungkin juga namanya begitu kerana ada 3 bahan penting yang bergabung dalam susu kacang soya yang lemak2 manis tu...  Bila tengok gambarnya yang sangat menarik.. terus teringin nak mencuba.  MaDiHaA dah tukar ke nama di atas sebab takmau ada kaitan dengan apa2 reunion.. sekadar untuk makan2 saja.. hehe.. Sedap rupanya biji teratai atau lotus seed ni... ini pertama kali MaDiHaA merasanya begitu juga dengan mr. hubby dan dia pun kata sedap!  Manakala ginkgo nut tu dah pernah rasa dulu2... kelopak bunga lily tu pula.. rasanya tawar saja tapi bila digandingkan dengan susu soya yang lemak manis sedap juga dikunyah bersekali dengan biji teratai & kacang ginkgo tu..

Kalau ada yang tak pasti rupa bahan2 yang digunakan sebelum di masak.. kat bawah ni aku sertakan gambarnya ye..

Ginkgo Nuts
Untuk membaca info tentang khasiat Ginkgo Nuts & cara2 nak keluarkan bahagian punat yang pahit di dalam biji ginkgo ni.. bolehlah baca di SINI ye.


Dried Lotus Seed / Biji Teratai Kering


 Dried Lily / Bunga Lily Kering

Jom tengok resepinya.. MaDiHaA buat setengah saja dari resepi di bawah..


Ginkgo Nuts & Lotus Seed in Sweet Soy Milk
Nama resepi asal adalah Sweet Reunion
Rujukan : Flavours Magazine

Ingredients
300 gm dried ginkgo nutts
200 gm dried skinned lotus seeds ~soaked overnight
100 gm dried lily bulbs (pak hub) ~ soaked for 1 hour
1 litre unsweetened soy milk
2 pandan leaves, knotted
10 gm rock sugar or to taste

Boil ginkgo nuts in their shells for 5 minutes to facilitate shelling.  Drain and cool the nuts.  Crack shells and remove nuts and skin.  Using a small paring knife, slit the base of the nut and prise out the bitter heart of the ginkgo.

Using a small paring knife, slit the base of the lotus seeds and prise out the bitter green hearts.
Boil the lotus seeds and soy milk over medium heat for 15 minutes.  Add the ginkgo nuts, lily bulbs, and pandan leaves.  Continue to boil for another 20 minutes, until the ginkgo and lotus seed are soft.  Season to taste with rocks sugar, discard the pandan leaves and serve hot or cold.


Selamat mencuba!

Oklah alang2 dah hidang pencuci mulut masyarakat Cina ni... MaDiHaA tepek sekali gambar kami semasa berkunjung ke dua buah rumah sahabat baik ma & arwah ayah di kampong Gambir sempena Tahun Baru Cina masa balik kampong hari tu.  Dah agak lama aku tak ikut sama pegi beraya rumah dorang... macam2 cerita yang keluar bila dah lama tak jumpa.  Tapi maaflah sebab gambar kurang memuaskan.. hehe... Kami dihidang dengan limau, air kotak & kuih muih yang dibeli dari pasaraya.. Kami pun sebelum makan cookies tu sentiasa pastikan dulu mana2 yang ada tanda halal barulah dijamah.. hihihi.. InsyaAllah.. mereka semua faham tentang sentitiviti masyarakat Islam yang mementingkan halal & haram.  Malah seorang dari anak perempuan kawan ma telah pun memeluk agama Islam & berkahwin dengan orang Melayu.

Gambar memang takde kualiti... sori la ye..hehe..

 Rumah pertama yang kami singgah...



Ini rumah ke dua yang kami singgah..... terlupa pula nak ambik gambar dalam rumah...

Sekian..

Thursday, February 9, 2012

Genap sebulan... ayahnya pula menyusul....

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua..

Jika awal pagi semalam cemas bila kereta yang tak mau hidup enjinnya.. tapi awal pagi ini aku dikejutkan pula dengan berita pemergian bapa mertua adikku.  Genap 30 hari pemergian allahyarham Ahmad Nazri bin Ahmad pada 9hb Januari 2012 yang mati lemas di Tasik Permaisuri Cheras... kini.. 9hb Februari 2012 giliran ayahnya pula menyusul pergi meninggalkan keluarga tercinta... 

Salam takziah buat keluarga adik iparku Norazli bin Ahmad.  Sesungguhnya sangat besar dugaan yang menimpa... setahun yang lalu beliau kehilangan ibu tercinta kerana penyakit kanser... sebulan yang lepas pula beliau kehilangan adik lelaki kesayangan keluarga yang mati lemas.. & kini genap sebulan pemergian adiknya.. beliau kehilangan pula ayah yang disayangi... Al-Fatihah buat Ahmad bin Chin.  Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama insan beriman. Amin..


Wednesday, February 8, 2012

Talam Ubi Kayu

Assalamualaikum..

Today no Wordless Wednesday... sebab ada banyak benda nak tulis ni... hahaha..

Awal pagi tadi cemas juga bila cuba hidupkan enjin kereta.. tiba2 macam tak mau hidup je.  Tapi masih ada bunyi sikit2 la berbanding bila bateri kondem langsung takde bunyi & tanda2 enjin nak hidup. Walaupun ada tanda2 nak hidup... tetap bimbang juga kalau2 bateri second hand yang ditukar hari tu buat hal pulak sebab beberapa kali juga cuba hidupkan barulah enjin hidup.  Rasanya lebih dari 5 kali hidupkan... barulah enjinnya hidup. Aduhaiii... sudahlah sang suami masa tu masih ditempat kerja (belum balik dari keja shift malam) kalau idak... terpaksalah ponteng sekolah anak2 & maknya juga... tapi maknya ponteng kerjalah... hihi.. Ohh.. lepas tu barulah terfikir sendiri mungkin sebab kereta ni dah 4 hari tak dihidupkan kot... tu pasal ler dia merajuk! Almaklum... kereta dah uzur... kekeke... Memang syok betul cuti2 kali ni.. langsung tak keluar rumah! Keluar pun sekadar menyidai kain & menjenguk ke rumah jiran aje.  Ehh..! ke rumah jiran bukan pegi bergosip.. tapi pegi hantar kuih-muih aje.. Yelah.. tak seronok nak berjalan2 bila sang suami bekerja.  Walaupun dia kerja malam & siang2 dia ada kat rumah berehat/tidur... tak bestlah berjalan tanpa suami.  Lebih seronok dok rumah aje... Macam2 benda boleh dibuat termasuk eksperimen di dapur.. Nasib baik anak2 tak merungut kebosanan kat rumah.. hihi..


Oklah... ini salah satu kuih yang dibuat masa cuti 4 hari baru2 ni... Kesian juga tersadai lama ubi kayu yang di bawa balik dari kampong ni.  Yang seketul tu dah selamat direbus & dimakan dengan sambal tumis ikan bilis. Yang lagi seketul ni memang cadangnya nak dibuat kuih.  Nasib baik masih elok sebab ubinya takde luka-luka... jadi takdelah dia rosak atau masuk angin. Memang tak sempat nak dikerjakan bila hari kerja sebab nak membuat kuih ni.. memerlukan masa yang agak lama... tunggu cuti barulah sempat.. Ok jom layan kuih Talam Ubi Kayu ni pula...


Resepi asalnya adalah dari Mat Gebu.  Tapi MaDiHaA salin dari dapur Ita Masam Manis. Dah agak lama juga simpan resepi ni... baru kali ni sempat dicuba.  Terima kasih ye Mat utk resepinya & terima kasih juga buat Ita... akak minta izin letak resepi kat sini.  MaDiHaA tukarkan gula merah kepada gula apong dari Sarawak tu sebab kebetulan gula merah takde stok kat rumah... Gula apong ni pemberian seorang sahabat iaitu Along Ayu dah lama dulu... Sebenarnya tak tau nak gunakan gula ni untuk buat apa maklumlah tak biasa gunakan gula jenis pekatan macam ni... Akhirnya cuba untuk buat kuih talam ni. Sedap juga rasanya. Mekasih ye Along Ayu.


TALAM UBI KAYU
Resepi: Che Mat Gebu
Sumber : Ita Masam Manis

Lapisan Bawah
600 gram parutan ubi kayu
160 ml santan cair
200 gram gula pasir (MaDiHaA letak 4 sudu besar)
50 gram gula melaka (MaDiHaA guna gula apong 7 sudu besar)
Sedikit pewarna coklat (optional) (tak letak)
1 helai daun pandan

Lapisan Atas
600 ml santan
40 gram tepung gandum
70 gram tepung beras
Garam secukup rasa

Lapisan Bawah
Satukan santan, gula pasir, gula melaka dan daun pandan. Masak dengan api perlahan hingga gula larut. Tapis dan sejukkan. Sediakan tin kek berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan plastik bersih. Sapu sedikit minyak pada plastik tadi. Panaskan kukusan. Satukan air gula merah yang telah sejuk tadi bersama ubi parut, kacau rata2 dan tuang dalam tin tadi, ratakan dan kukus 20 minit dengan api sederhana. Mat tutup permukaan tin dengan aluminium foil.

Lapisan Atas
Bancuh semua bahan untuk lapisan atas kecuali garam, kacau rata dan tambah garam secukup rasa (jangan banyak, kasi rasa lemak saja). Tapis bancuhan tadi. Kemudian masak atas api ksederhana hingga bancuhan suam, kacau tanpa henti. Tuang perlahan2 atas ubi tadi. Kukus lagi dengan api sederhana selama 25 minit, tutup permukaan tin dengan aluminium tadi. Biar kueh betul2 sejuk sebelum dipotong. 


Selamat mencuba!

Tuesday, February 7, 2012

Mee Hailam

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua...

Seronoknya rasa dapat bercuti lama & rehat2 di rumah.. Rehat yang ku maksudkan ialah rehat & tak perlu pergi kerja macam biasa... tapi kerja2 dirumah ni masih perlu dibereskan seperti biasa... hehe.. Yang seronok sebab dapat mengatur tugas rumahtangga sebagaimana suri rumah yang lain contohnya.. cuci & sidai kain waktu pagi yang mana kebiasaannya MaDiHaA cuci kain sepulang kerja & menyidainya waktu malam... hehe... Gitu jugak memasak... biasanya sempat masak untuk sarapan & makan malam.. tapi bila cuti ni.. bolehlah masak untuk makan tengahari... 


Oklah... hari ni nak share resepi Mee Hailam yang ku masak lepas cuti raya Cina tempohari. Mr. hubby cuti whole week minggu tu... sepulangnya kami dari kampong ku di Keratong.. Mr. hubby berehat sehari di rumah kemudian esoknya dia balik kg dia pula di Raub manakala aku & anak2 di PJ saja sebab anak2 dah masuk sekolah... tak dapatlah kami ikut hubby balik kg mertua... takkan nak ponteng sekolah pulak... Hmmm... disebabkan Mr. hubby takde kat rumah... aku pun masak le ikut selera sendiri & memang tak masak nasi semasa hubby takde.. hehe...

Resepi Mee Hailam ni dah lama aku simpan & memang selalu ikut resepi ni bila teringin nak makan mee hailam.  Resepinya diambil dari Fotopages Kak Nur Singapore atau lebih dikenali sebagai Nurfikas masa zaman berFP dulu. Terima kasih ye Kak Nur mintak halal resepinya dikongsi dalam blog ni pula. Tapi MaDiHaA mohon maaf sebab tak dapat nak link ke FP Kak Nur sebab FP Kak Nur dah tutup. MaDiHaA cari2 juga di blog Kak Nur kot2 ada resepi mee hailam ni.. tapi tak ternampak la pulak.. tak taulah kot MaDiHaA terlepas pandang.. Apa2pun.. MaDiHaA link kan ke blog Kak Nur kalau ada yang nak melawat Kak Nur.  Resepi ni memang sedap & kena dengan selera kami. Cuma adalah di edit sedikit sebanyak ikut selera kami & ikut bahan2 yang ada masa memasak. 

Ok di bawah ni resepinya kalau ada yang nak mencuba..

Mee Hailam
Resepi : Nurfikas Fotopages (maaf tak dapat nak letak link sebab FP Kak Nur dah tutup)


Bahan Bahan
Minyak masak
5 cm halia di kisar (MaDiHa bubuh 3 cm jek)
4 ulas bawang putih di kisar
2 biji bawang besar di kisar
2 sudu besar cili kering di kisar (MaDiHa guna 6 biji cili kering)
200 gm daging lembu (tak letak kali ni.. )
200 gm sotong, di bersihkan dan di potong melintang
200 gm udang, di buang kulit dan urat (tak letak takde stok tp ganti dengan fish ball)
200 gm isi ayam, di hiris tipis (dilebihkan sikit)
2 sudu teh garam (rasa dulu sebelum bubuh yer.. kang termasin lak)
60 ml cawan kicap pekat
3 sudu besar sos tiram (MaDiHa tambah)
1/4 sudu teh serbuk perasa
2 sudu besar tepung jagung, di bancuh dengan 600 ml air (air MaDiHa tak sukat... tp main agak2 dan tengok kepekatan kuah yg sesuai)
300 gm sawi, di potong 4 cm (about 2 pokok sawi ~ takde stok pulak kali ni.. tp ganti dengan cauliflower)
150 gm kubis ~ di hiris lebar (MaDiHa bubuh 1/4 dari sebiji kobis)
1 biji carrot ~ hiris saiz kegemaran anda (ini MaDiHa tambah)
1 sudu teh lada putih serbuk
1 kg mee kuning

Bahan Tambahan
1 tangkai daun saderi/sup, di potong 1 cm (MaDiHa tak bubuh.. takde stok)
3 tangkai cili merah, di hiris
2 biji limau nipis ~ hiris & perah waktu nak makan (MaDiHa tambah)

Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak di kuali dan tumis bahan bahan yang telah di kisar.
2. Tumis sehingga berbau wangi.
3. Masukkan daging, sotong, udang dan ayam.
4. Masukkan sedikit air dan biar hingga bahan2 tersebut agak masak.
5. Perasakan dengan lada sulah, garam, kicap pekat, sos tiram dan serbuk perasa
6. Campur bancuhan tepung jagung dan tambah air daging sambil kacau rata.
7. Masukkan sawi, kubis dan carrot, kacau sehingga rata.
8. Pastikan cukup kuah.. jika terlalu pekat boleh tambahkan air kerana mee hailam agak berkuah.
9. Tambahkan mee dan gaul rata dan terus hidang. Jika belum mahu makan.. jangan dicampurkan terus mee nya kerana takut mee akan mengembang..
8. Akhir sekali.. semasa menghidang tabur dengan daun saderi/sup/daun bawang, cili merah dan perahkan limau nipis.


Selamat mencuba!

Sunday, February 5, 2012

Kerabu Tauge & Perut

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua...

Salam Maulidur Rasul buat semua muslimin & muslimat... marilah kita perbanyakkan berselawat ke atas Rasul junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W....

Oklah kita teruskanlah dengan resepi untuk malam ni ye. Rasa macam canggung pulak update malam2 ni.. hihi.. Alhamdulillah malam ni ada masa terluang & bolehlah on lappy kejap memandangkan cuti agak panjang minggu ni iaitu 4 hari sempena Maulidur Rasul & Thaipusam... jadi rasanya takdelah sibuk sangat dengan kerja2 rumah yang wajib dibereskan setiap hujung minggu... maklumlah masih ada 2 hari lagi cuti... hihi...  Ditambah pula minggu ni kami tidak ke mana2 & hanya bersantai2 kat rumah je sebab hubby ku tak dapat cuti & terpaksa overtime. Jadi... dapatlah aku relax sikit kat rumah... tidaklah terkejar2 sangat seperti setiap hujung minggu dengan macam2 yang perlu dibereskan.

Oklah... jomlah layan resepi Kerabu Tauge & Perut yang menyelerakan ni ye.  Macam biasa... sebarang kerabu memang kegemaran ku... Yang penting kena pandai ejas rasanya biar secukup rasa masin, masam & pedasnya..


Kerabu Tauge & Perut
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
Semangkuk Tauge ~ celur sebentar je
1/2 kg perut lembu yg telah bersih ~ rebus empuk & hiris
1 cawan kelapa parut di sangai hingga kekuningan 
2 sudu besar kerisik
1 sudu kecil pes asam jawa (kalau guna asam jawa biji.. pastikan bancuh/ramas dengan AIR MASAK & gunakan untuk mengisar bahan kisar di bawah)
Garam & gula secukup rasa

Bahan2 Kisar
5 ulas bwg merah
1 ulas bwg putih
1 biji cili merah ~ patah2kan
8 - 10 biji cili padi
3 batang serai ~ dihiris nipis
sedikit belacan (jika suka)
(Bahan2 ini.. digoreng sebentar hingga layu kemudian barulah dikisar halus.. pastikan gunakan AIR MASAK utk tujuan mengisar)

Penyudahnya
Gaulkan semua bahan2 tadi spt tauge, perut, bahan2 kisar, kelapa sangai, kerisik, air asam jawa serta garam & gula.. rasakan biar secukup rasa.. sedia utk dihidangkan.


Selamat mencuba

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...