Monday, November 3, 2014

Potato Fritters



Assalamualaikum & salam sejahtera..


Orang lain dah berzaman buat.... kita baru je nak mencuba... hihii... biasalahkan.. dahla buat lambat.. nak update ke blog pun lambat juga... jadi dua kali lambat gitu.  Takpelah yang penting kita cuba walaupun ketinggalan keretapi.   Kat FB skrg dah masuk musim jeruk asamboi... macam2 dorang dok buat & tayang kat FB.. ada guna mangga, jambu batu, epal hijau, nenas.. eh eh... baru teringat MaDiHaA pun dah pernah buat dah lamaaaaa DULU dalam 2 tahun lepas... tp MaDiHaA buat guna buah betik.. memang sedapp.. tak sangka pulak sekarang ni tiba2 femes & jadi viral kat FB... ish ish ishhh.... kat FB memang cepat merebak... tp takpelah kan benda baik memang bagus dikongsi bersama...

Oklah nak ucapkan terima kasih Noraida Durani untuk resepi ni ye.  Jumpa resepi ni... jadi kita cuba yang ni la.. rasanya mcm ada banyak versi jugak kot... makan panas2 sedap.. rangup..

 
POTATO FRITTERS
Resepi :  Noraida Durani

Bahan2
3 biji kentang (sagat halus)
4 sdm tpung jagung
3 sdm tpung gandum
1 biji telur
Daun bawang
Serbuk Lada sulah
Garam
Ajinamoto (abaikan jika tdak perlu)
Minyak masak (utk mgoreng)

1. Satukan kentang yg telah dsagat dgn tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam, ajinamoto...gaul sebati
2. Panaskan minyak masak....sudukan dan goreng agak2 leper....balik2 kan...tunggu sampai masak... angkat....siap.  Sedap dimakan panas2 bersama sos yang disukai.

Selamat mencuba!

Friday, October 31, 2014

Pulut Kuning 'Stack' Berhias *Tempahan*

Assalamualaikum & salam Jumaat....


Minggu ni agak sibuk & takde mood nak update blog.  Minta maaf ye pada pelawat yang datang ke sini sebab tiada entry baru.  Sampai ada yang tertanya2 kat FB.. huhu.. maaf sangat2.  Tuan tanah kesibukan...

Hari ni pun just nak update tempahan pulut kuning baru2 ni je... takde resepi.. huhu...

Pulut Kuning Stack (1.5 kg beras pulut) untuk hantaran bertunang katanya.. Syukur customer berpuas hati... Bahagian dasar pulut saiz 8" dan bahagian atas 4.5".

Tempahan kali ni dari Kak Zaidah.  Kak Zaidah dapat nombor MaDiHaA dari Nurin's Catering yang pernah MaDiHaA buatkan pulut kuning untuk mereka dulu.. Fadzilah tauke catering tu sahabat MaDiHaA masa sekolah dulu.. sekampong, satu sekolah. suaminya ada bau2 bacang dengan Kak Zaidah.  TQ Ilah rekemen MaDiHaA kat saudara mu... hehe... TQ juga pada Kak Zaidah sebab sudi order dengan saya. Khabarnya untuk dihadiahkan pada anak buah kalau tak silap.  Terlebih maupun terkurang mohon di halalkan ye kak.

 Cuba2 mengukir bunga daripada carrot... mcm gitu je jadinya.. hehe..


Hiasan pulut kuning kali ni ialah serunding daging, tomato, tomato ceri, timun jepun, carrot, cili padi, telur puyuh & telur ayam dijadikan 2 ekor burung.

Jika ada yang berminat nak menempah boleh hubungi MaDiHaA di talian 019-3171150. Terima kasih.

Tuesday, October 28, 2014

Gulai Lemak Cili Padi Belulang/ Kulit Lembu

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Tak puas makan gulai asamrom belulang hari tu... suruh en. suami beli lagi.  hehe... Tapi kali ni dimasak lemak cili padi pulak.  Buat pedas2 sikit... berasappp... ada beli extra & frozenkan untuk bawak balik ke kampong sebab cerita kat ma kat kampong... tiba2 ma pulak teringin.  Nasib baik ada orang jual lagi.. ingatkan musim raya je mereka jual.  Owh ya.. baru teringat sebutan kulit lembu atau belulang jika di Indonesia mereka panggil kikil.



Tapikan.. serius cakap... belulang proses cara kampong jauh lagi sedap berbanding belulang yg siap proses ni.  Yang biasa MaDiHaA  pernah makan.. kulit lembu dia tak begitu tebal & kenyalnya lebih pada rangup.  Tapi yang beli punya ni kenyalnya lembut sangat macam banyak lemak gitu.. hehehe.. Tapi apa2pun.. untuk lepaskan rasa mengidam tu memang boleh sangat.  Alhamdulillah..

Resepi biasa2 je macam masak lemak cili padi ayam atau daging.  Cuma gantikan aje bahan asas pada kulit lembu.



Gulai Lemak Cili Padi Belulang/Kulit Lembu
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
600 gm belulang ~ potong memanjang
 
garam & perasa secukupnya
2 1/2 cawan air
1 cawan santan pekat  
2 batang serai ~ diketuk  
1 keping asam gelugur 
 Garam & sedikit gula serbuk perasa jika suka
 
Bahan tumbuk  
3 inci kunyit hidup  
20 ~ 25 biji cili padi (ikut kepedasan sendiri)

Cara menyediakan  
1. Rebus belulang yang siap diproses sehingga lembut.  Buangkan airnya & tos.

2. Campurkan bahan tumbuk, air, serai & belulang & renihkan di atas dapur.  Biar mendidih kemudian masukkan santan, asam keping, garam & sedikit gula.  Sentiasa dikacau supaya santan tidak membuak.  Bila dah secukup rasa bolehlah matikan api & hidangkan.
Selamat memasak!

Friday, October 17, 2014

Pulut Kuning Berhias 3 Tingkat "Tempahan"

Assalamualaikum & salam Jumaat buat semua...


Entry ringkas je hari ni ye.  Kongsi gambar tempahan pulut kuning 3 tingkat yang MaDiHaA buat baru2 ni.  Diharapkan customer yang menempah berpuas hati dengan hasil yang dipersembahkan.  Mohon dihalalkan segala kekurangan yang ada.  


Macam biasa MaDiHaA tak dapat nak kongsi pulut kuning yang siap dipasang bertingkat2 sebab tak mau rosakkan permukaan pulut tu.  MaDiHaA cuma tandakan saja tempat yang patut dicucukkan dengan pillar tu.  Nanti customer akan pasang sendiri pillar bila sampai kat tempat majlis berlangsung.  Jika ada customer yang sudi kongsi gambar pulut kuning yang mereka dah siap pasang bolehlah MaDiHaA kongsikan kat sini... Kalau takde tu... maka memang tak dapatla nak kongsi mcmana rupa pulut yang siap disusun bertingkat2.  Sebenarnya.. MaDiHaA sendiri pun teringin nak tengok macamana rupa pulut siap disusun bertingkat2 tu.... hehehe...


Tempahan kali ini dari Siti Hajar yang meminta buat pulut kuning 3 tingkat dengan design pilihan sendiri.  MaDiHaA cuba buat mengikut apa yang diminta oleh customer maka... begitulah hasilnya.

Terim kasih Siti Hajar & ibunya yang sudi menempah pulut kuning dari MaDiHaA. 
Tingkat bawah sekali saiz 12", tengah 10" & atas sekali 8" menggunakan 4kg beras pulut.

Tak puas pulak snap gambar yang tingkat bawah sekali... kongsi 1 keping lagi ye...hehe...

Jika ada yang berminat ingin menempah sila call atau sms MaDiHaA di 019-3171150Terima kasih.

Thursday, October 16, 2014

Kari Kepala Ikan Tenggiri Campur Lobak Putih

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Hari ni rasa penat sangat!  Penat badan & penat otak.  Semalam hujan lebat & banjir sana sini.  Jalan nak ke rumah pengasuh anak pun naik air agak tinggi juga.  Tapi mujur masih boleh dilalui sebab tempat yang tenggelam tu tak luas... so masing2 tawakkal jelah. Ada nampak motorsikal dah masuk air dalam ekzos, kereta yang parking kat tepi jalan yang naik air tu pun masa lunch tadi MaDiHaA nampak ada tow truck dah tarik kereta tu bawak ke bengkel barangkali. MaDiHaA pula semalam balik kerja sampai rumah pukul 8 lebih... Elok je parking kereta... dengar bilal dah azan Isyak kat surau..sabar ajelah.. mujurlah memang tengah diberi cuti.. kalau tidak.. kena qada' ajelah Maghrib.. hehehe..   Suami sampai dah 2 kali telefon pun kami tak sampai2 lagi... Dia balik awal & tak overtime semalam kononnya nak ajak kami singgah mengeteh kat kedai mamak.  Malangnya dia sendiri pun kena hujan jugak terpaksa rehat kat bawah jambatan sebab dia pergi kerja dengan motor je... hehe.. MaDiHaA dengan anak2 dengan kereta memang selamat dari terkena hujan... tapi terperangkap dalam kesesakan jalan raya pula... gitulah hidup kat bandar ni... jem tu memang 'makanan' kami dah.. tapi bila musim hujan ni... kami dapat 'makan' double jem... kena bawak roti lebih lain kali...hahaha...

Hmmm... jem jem pun.. masak tetap masak.  Sampai je rumah terus tenggek nasi. Ikan pun suami dah siap defrost.. So malam tadi masak simple je.. hanya goreng ikan tongkol, buat sup sayur kobis campur celery pastu suami ambil alih masak sambal belacan tumis sebab MaDiHaA dah letih & dah rimas bagi chan MaDiHaA mandi lah pulak... TQ en. suami.. hehe..



Ini pula lauk yang dimasak minggu lepas.  Masak ikut apa yang ada dalam peti sejuk... kita yang buat dia kan... Lauk 2 in 1 gini memang kerap dihidangkan kat rumah kami.  Senang... malas masak sayur.. satu lauk pun dah cukup.  Hidup kami memang simple jer... suami pun sama.. tak kisah sangat bab2 lauk.. asal ada ikan atau ayam pastu ada sayur kira dah ok sangat dah....

Kari Kepala Ikan Tenggiri Campur Lobak Putih
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
2 biji kepala ikan tenggiri ~ dibelah 2  (atau boleh je nak masukkan isinya sekali)
1 biji lobak saiz kecil/sedang ~ potong ikut suka
700 ml air
1 sudu besar asam jawa ~ campur air ambil jus
1 senduk santan pekat
4 sudu besar rempah kari ikan ~ campur air jadikan pes
2 sudu besar cili kering + bawang besar + bawang putih siap kisar (memang sentiasa ada dalam peti sejuk)
garam & gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Bahan Tumis
1 sudu kecil halba campur
2 tangkai daun kari ~ jangan lurutkan
3 ulas bawang merah ~ hiris
2 ulas bawang putih ~ hiris
1 inci halia ~ hiris batang mancis

Cara menyediakan
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan tumis hingga wangi.  Masukkan pes kari & 2 sudu besar cili + bawang kisar & tumis hingga naik minyak.
2. Masukkan air asam jawa, garam, gula dan air biar hingga mendidih.  Masukkan kepala ikan & biar mendidih.  Masukkan santan & lobak putih &  kacau perlahan2 supaya ikan tidak hancur.  Bila lobak agak empuk & secukup rasa bolehlah matikan api & hidang.


Selamat mencuba!

Wednesday, October 15, 2014

Overnight Oats With Chia Seeds & Mango



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Anda pernah dengar overnight oats?  Dah biasa dengar ye? Ada yang tak pernah dengar ke? Samalah kita... Sebelum ni memang tak pernah dengar... pertama kali dengar & tahu pasal overnight oats ni bila diperkenalkan oleh saudara kat dalam facebook.  Teringin pula nak mencuba tambah2 bila dapat tahu penggunaan bahan untuk overnight oats atau oats bermalam ni kaya dengan bahan2 yang berkhasiat.

Salah satu bahan utama yang baik untuk kesihatan ialah oats dan chia seeds.  Jika sebut oats ramai yang dah tau khasiatnya kan.  Jadi tak perlu nak diceritakan lagi.. Tapi bila sebut chia seeds, tentu ramai yang belum begitu maklum.  MaDiHaA pun sama juga.. Dapat tau kewujudan chia seeds ni pun bila officemate yang perkenalkan.  Katanya bagus untuk orang yang diet.  


Bila google dari internet mengenai chia seeds pula.  Wahhhh! Teruja sangat bila dapat tau yang chia seeds ni rupanya satu makanan yang sangat menyihatkan & boleh dikatakan superfood!  Tambahkan saja 1 sudu besar chia seeds dalam minuman anda atau apa saja makanan yang dirasakan sesuai... ianya memberikan anda nilai calcium melebihi 1 gelas susu, lebih tinggi kandungan Omega-3 berbanding ikan salmon & lebih antioxidants berbanding buah bluberry.  Selain dari itu.. chia seeds memberi rasa kenyang apabila di ambil sama seperti kita ambil oats.  Pendek kata chia seeds ni memang makanan berkhasiat yang sangat menakjubkan!  Kalau nak tau lebih lagi pasal chia seeds.. silalah google sendiri & pasti akan jumpa lebih banyak lagi info kebaikan chia seeds.  

Jom kita cuba buat salah satu hidangan dari chia seeds ni... kita boleh pelbagaikan bahan2 untuk overnight oats ni ikut kretiviti sendiri dengan menambah hirisan buah-buahan segar yang anda suka.  Antara yang sesuai seperti mangga, strawberry, pisang, kiwi & sebagainya.  Nak campur coklat chips pun boleh.


OVERNIGHT OATS WITH CHIA SEEDS & MANGO
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
2/3 cawan susu segar (suhu bilik)
1/4 cawan rolled oats
1 sudu besar chia seeds
1 sudu besar madu (MaDiHaA guna Qaseh Adinda sebab ia juga mengandungi madu)
1 sudu besar greek yogurt

Bahan Topping
Buah mangga di potong kiub


Cara menyediakan

1. Gunakan bekas yang sesuai seperti cawan atau bekas bertutup.  Masukkan susu segar, oats, chia seeds, yogurt & madu, kemudian dikacau rata.  Biarkan selama 5 - 10 minit.
2. Kemudian bolehlah masukkan bekas tadi ke dalam peti sejuk semalaman supaya oats dan chia seeds menyerap cecair & menjadi lembut.
3. Pagi esoknya bolehlah tambahkan dengan hirisan buah mangga atau buah2 pilihan anda.  Sedia untuk hidangan sarapan pagi yang sangat berkhasiat & memberi tenaga selain penuh nutrients.

Nota MaDiHaA: MaDiHaA campurkan sekali hirisan mangga ke dalam bekas campuran selepas direhatkan selama 5 - 10 minit kemudian dikacau rata sebelum disimpan dalam peti sejuk.  Anda boleh buat ikut cara sendiri samada nak tambah buah terus atau tambah esoknya.

Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...