Assalamualaikum & salam sejahtera...
Tak puas makan gulai asamrom belulang hari tu... suruh en. suami beli lagi. hehe... Tapi kali ni dimasak lemak cili padi pulak. Buat pedas2 sikit... berasappp... ada beli extra & frozenkan untuk bawak balik ke kampong sebab cerita kat ma kat kampong... tiba2 ma pulak teringin. Nasib baik ada orang jual lagi.. ingatkan musim raya je mereka jual. Owh ya.. baru teringat sebutan kulit lembu atau belulang jika di Indonesia mereka panggil kikil.
Tapikan.. serius cakap... belulang proses cara kampong jauh lagi sedap berbanding belulang yg siap proses ni. Yang biasa MaDiHaA pernah makan.. kulit lembu dia tak begitu tebal & kenyalnya lebih pada rangup. Tapi yang beli punya ni kenyalnya lembut sangat macam banyak lemak gitu.. hehehe.. Tapi apa2pun.. untuk lepaskan rasa mengidam tu memang boleh sangat. Alhamdulillah..
Resepi biasa2 je macam masak lemak cili padi ayam atau daging. Cuma gantikan aje bahan asas pada kulit lembu.
Gulai Lemak Cili Padi Belulang/Kulit Lembu
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
600 gm belulang ~ potong memanjang
garam & perasa secukupnya
2 1/2 cawan air
1 cawan santan pekat
2 batang serai ~ diketuk
1 keping asam gelugur
Garam & sedikit gula serbuk perasa jika suka
Bahan tumbuk
3 inci kunyit hidup
20 ~ 25 biji cili padi (ikut kepedasan sendiri)
Cara menyediakan
1. Rebus belulang yang siap diproses sehingga lembut. Buangkan airnya & tos.
2. Campurkan bahan tumbuk, air, serai & belulang & renihkan di atas dapur. Biar mendidih kemudian masukkan santan, asam keping, garam & sedikit gula. Sentiasa dikacau supaya santan tidak membuak. Bila dah secukup rasa bolehlah matikan api & hidangkan.
Selamat memasak!
4 comments:
mmg sedap..pernah makan umh bs rusydi dulu...
perkhhh dana suke kak... msk lemak cili api pekat2 pedas2 mmg terbaik... perkh
Sedap....lagi2 klu dimasak pedas2. Memang kaw2 giler. Tapi kulit lembu ni nampak cantik je...nampak putih giler.
salam kak, serius mmg Liza xpernah makan kulit lembu ni,,rasa dia ada x macam perut lembu, kenyal2 gitu..
Post a Comment