Monday, November 19, 2012

Mee Rebus Terengganu Style (Kak Nor)



Assalamualaikum & salam bahagia....

Bersua lagi...  alhamdulillah hari ni dapat siapkan entry auto published :-) Jarang2 dapat buat entry macam ni sebabnya tuan blog kurang kerajinan & kurang masa.. hehe... Tapi kali ni rajinkan diri jugak taip entry siap2 sebabnya kalau takde aral melintang kemungkinan semasa entry ini  ke udara.. MaDiHaA sedang berada di Kuala Terengganu untuk kesekian kalinya... Pecah rekod tahun ni (dari Julai - November) beberapa kali jejak bandaraya Kuala Terengganu... yelah kan.. kita hanya mampu merancang.. segalanya sudah tertulis di luh mahfuz... kalau dah tersurat begitu.. begitulah jadinya... Semua ini adalah rentetan dari peristiwa Julai yang lalu yang memerlukan kami bertemu & memberi sokongan buat insan2 tersayang di sana..


Bercerita pasal Terengganu, MaDiHaA ambil kesempatan untuk mencuba resepi dari Kak Nor@secubitgaram baru2 ni yang sememangnya orang Terengganu jati ni sebabnya.. lahir, membesar & bermastautin di Terengganu hingga kini.  Tak macam MaDiHaA... lahir kat Terengganu dan hanya 7 tahun membesar di sana kemudian berhijrah ke Pahang ikut ayah & ma, pastu berhijrah pula selama 7 bulan ke Johor (seorang diri) & sekarang dah jadi pemastautin negeri Selangor kira2 21 tahun dah lamanya... dapat jodoh pun di Selangor jugak.. ahaks!  Tak taulah berapa lama lagi akan menetap di Selangor bumi bertuah ni... hanya Allah s.w.t sajalah yang maha mengetahui segalanya....

Ok kepada Kak Nor.. MaDiHaA ucapkan terima kasih untuk resepi mudah ni ye.  Rasanya inilah resepi Mee Rebus paling mudah sekali.. Bahan2 pun senang.. lebih kurang cara yang biasa ma buat juga (ma pun orang Terengganu jugak.. hehe) tapi biasa ma buat mee macam ni rencahnya menggunakan bebola ikan homemade atau boleh juga kot dinamanya mee calong. Kali ni ikut cara Kak Nor sebab tuan blog tak rajin nak gentel bebola ikan sendiri hehe... Anak2 cukup suka kalau masak mee jenis berkuah macam ni.. sampai habis kuahnya dihirup tak berbaki dalam periuk. Berbaloi ibunya masak.

Minta izin ye kak Nor kita letak resepi kat sini pulak...


MEE REBUS Trg Style
by MaDiHaA

resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1 bungkus mee kuning
200gm daging/isi ayam
(MaDiHaA guna daging)
5 bj bawang merah ~ dihiris nipis
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1 - 1 1/2 sudu besar serbuk lada hitam - sebaiknya yg baru ditumbuk
2 liter air
Bebola ikan/sotong
2 - 3 bj telur
Lobak merah
Sawi/kobis secukupnya
2 bj tomato ~ dipotong 6 atau 8
1 biji cili merah ~ dihiris
Garam dan gula secukup rasa
Daun saderi ~ dihiris
Minyak

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah hingga layu.
Masukkan bawang putih dan tumis lagi hingga wangi.
Masukkan hirisan daging dan goreng hingga daging berubah warna.
Kemudian masukkan lada hitam,goreng seketika dan masukkan air secukupnya.
Masak hingga mendidih dan daging empuk, kemudian masukkan bebola ikan/sotong.
Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam kuah (JANGAN dikacau), biarkan telur masak kemudian masukkan lobak merah yg dihiris.
Masukkan pula sawi/kobis serta garam dan sedikit gula.
Kemudian masukkan mee, tomato dan hirisan cili merah. Kacau perlahan-lahan.
Masak sekejap hingga kuah mendidih (mee masak/kembang sedikit).
Angkat dan hidangkan.
Taburkan hirisan daun saderi dan hidangkan bersama Sambal Kicap Cili.


Nota MaDiHaA : Mee rebus ni harus dihidang segera sejurus siap dimasak kerana jika dibiarkan mee nya akan sedikit kembang. Apa yang MaDiHaA buat.. cedok sebahagian kuah dan rencahnya ke dalam periuk yang lain & masukkan mee sebanyak mana yang diperlukan sahaja. Kuah selebihnya jangan campur mee lagi.. tetapi dipanaskan & dicampurkan mee bila dah bersedia nak dihidangkan bila2 masa. Maksudnya untuk makan ulangan sebab resepi ni dapat agak banyak. Kalau rasa tak boleh dihabiskan.. buatlah cara MaDiHaA tu ye. Berbeza dengan mee rebus yang MaDiHaA buat dulu terus campurkan mee ke dalam kuah sebab waktu tu MaDiHaA gunakan mee lidi & mee lidi tak mengembang seperti mee kuning.

 

SAMBAL KICAP CILI
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
3 biji cili merah atau 9 biji padi
1/2 cawan kicap manis
1 sudu besar cuka
secubit gula

Cara:
Hiris cili merah atau cili padi.
Campurkan kesemua bahan termasuk cili kedalam sebuah bekas.
Gaul sebati.
Biarkan 15 - 30 min, kemudian bolehlah dihidangkan.



Selamat mencuba!

23 comments:

lieyalatif said...

ya Allah..sedapnye kak...kaye dgn sayur2 n isi2nye...geram tgk.....lobak kalo dah buat munge2 cam tu sah2 mija laa yg korek makan...die tu dah le antu carrot ekekekeekk

Mulan said...

sedaaappnya.. meriah mee tu penuh dgn macam2 benda..

Fazleyatul Aini said...

sedapnya. saya suka sup sempoi2 mcm ni

Mas said...

bak sepinggan kak..
sedappp tu....

Amie said...

Tak apalah Madiha.... Amie lahir, besar di Selangor tapi dah 21 tahun bermastautin di Sabah, kiranya Madiha gantikanlah tempat Amie di Selangor tu ye...
Sambal kicap tu yang buat tak tahanlah Madiha... itulah penambah selera kalau makan dengan apa-apa termasuk mee rebus!

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Ni klu hirup kuahnya panas2..mmg syok!:)

faa.rosli said...

sedapnya mkn mee time sejuk2 hujan ni... :)

Mamasya said...

Aslmkum Ratna.
Mee rebus Trg sama mcm mee rebus Kel....style sup...juga dipanggil mee kuah. sedap mkn mee gini yg panas kuahnya....
Slmt pulang ke Trg....moga dipermudahkan segala urusan.

Sue @ Nenie said...

Salam Kak...Wahhhh bila tgk sini, tetiba plak terasa teringin..Lama betul tak makan me rebus Terengganu style...Hu hu hu Rindu kg kat Trg...

nurul said...

sedapnya!!
www.the-simpleme.blogspot.com

Cendana Kasih said...

eermm...saya lebih suka cara gini..lebih healthy (yelah tu..bila sedap, lagi banyak makan...) hahaha

rahel said...

Salam Kak Ratna...
time selsema ni memang sesuai banget pekena mee rebus...konfirm berpeluh...hehe

farnas said...

Oo...ala-ala mi sup. Sayur

mama sara nur @ Cik Nor said...

semoga dipermudahkan ye K.Madiha...
sedap tgk mee ni, kalu sarah memang suker ni sb bayk karot tu he he

Yana Shaiful said...

sedap..sedap..suka hirup time pns2 extra plak dgn cili api potong..adusss..sedapnyaaa ;-)

cikmanggis said...

Semoga perjalanan pergi dan balik dr Trengganu berjalan lancar.Hidup ini mmg penuh dgn ujian..onak dan duri..semoga kita tabah.
Dah lama tk makan mee berkuah camni.Nampah kicap tu bertambah selera nk mkn mee kuah ni...nnt nk try jugak la ;)

norhidana said...

alahai sedapnyer... ini style terengganu ek kak... dulu2 masa dana kecik mak selalu bt mee rebus gini, bkn mcm mee rebus muar yg pekat tuh... lebih kurang cam mee sup tuh... tp ada campur syr2 n telur cam akak tunjuk nih... kadang2 rindu nk mkn yg mcm mak msk... tp kalu bt sndiri tak sama... hehehhe

doa dana semoga semua dipermudahkan kak..

K.Nor said...

salam ratna.. lupa betul nak cari satu lg entri yg ratna kata aritu.. cuti skolah ni, peluang nak ngadap pc amat kurang.. kalau lepas masukkan entri, banyak online guna hp.. kat hp mana keluar tingkap bloglist kan. tu yg terlupa dan terlepas pandang.. sori banyak2 ya..

rupanya mee rebus menu selain sherperd(cottage pie) tu ya. mekasih sudi cuba.. mmg simple jer cara buat kan.. resipi ni mmg dpt banyak, k.nor suka simpan dlm esbok, kadang2 tu buat bf esoknya.. mmg tak jemu makan.. hehe

bROWn leaVe, GreeN Life said...

kalau tk nk masukkan terus mee tu ke dalam sup boleh celur kan mee tu dulu..pastu letak dlam mangkuk tuang kuah ats mee..^_^

Unknown said...

resepi ni utk makan brape org ye?

Unknown said...

Petang ni nak buat

halida said...

Sedapnya

halida said...

Sedapnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...