Thursday, April 4, 2013

Kuih Gerodak Ubi Keledek

Assalamualaikum & salam sejahtera....


 


Apa khabar semua?  Harap2 semuanya sihat2 belaka ye.  Terima kasih kepada semua follower lama & baru yang sentiasa melawat blog MaDiHaA yang serba kekurangan ni..


Baru2 ni Gert@My Kitchen Snippets ada hubungi MaDiHaA melalui facebook menyatakan yang beliau akan menjadi hos MFF (Malaysian Food Fest) bagi negeri Kelantan.  Beliau meminta izin untuk memilih gambar menu dari Kelantan dari blog MaDiHaA & setelah MaDiHaA periksa semula pos yang lepas.. rupanya masih ada lagi menu2 yang pernah MaDiHaA pos tidak dilabelkan di bawah label Masakan Kelantan.  Setelah siap disenaraikan dalam label Masakan Kelantan, Gert memilih menu Nasi Dagang Kelantan versi mudah dari blog MaDiHaA untuk dimuatkan dalam pembukaan MFF bagi negeri Kelantan yang bermula 1 April hingga 30 April.  



Jadi untuk memeriahkan MFF kali ni.. sempatlah MaDiHaA mencuba menu yang dah lama MaDiHaA tak makan ni.  Dulu2 ma pernah juga buat walaupun kami bukan berasal dari negeri Kelantan, tapi kami berjiran dengan orang Kelantan. Jadi taulah sikit2 menu dari sana.  Lagipun.. ada juga menu dari Kelantan & Terengganu yang punya sedikit persamaan.  Boleh dikatakan sehati sejiwa la kot Kelate & Ganu Kite ni.. walaupun sleng percakapan tak sama... tapi jangan tak tau... orang Terengganu di daerah Besut & sempadan Kelantan kebanyakkannya bercakap dalam dialek Kelantan.. hehe...

Ok berbalik dengan resepi untuk hari ni.. jom kita kenal2 dengan kuih dari Kelantan yang jarang2 jumpa terutama di KL... memang agak susah la nak jumpa kecuali di bulan Ramadhan kot.. itupun sebab orang yang menjual tu memang orang dari Kelate... hehe...

Jika ada yang nak mencuba bolehla ye... inilah dia Kuih Gerodak/Gerodok Ubi Keledek.. ada juga yang panggil Kaya Gerodak Ubi Stelo... Ada juga versi tanpa keledek dipanggil Kuih Gerodak.  Kalau di Terengganu pula kuih begini tanpa keledek kami panggil Sekaya... cuma beza Sekaya ada dicampurkan santan & dikukus dalam loyang... memang kaya.. kaya gula, santan & telur.. siap bonus lagi.. kaya kolesterol... kekeke... tapi syedappp! 

Tak sangka en. hubby makan banyak kuih ni.  Mungkin sebab MaDiHaa buat tak manis sangat & lebihkan ubi keledeknya...



Kuih Gerodak Ubi Keledek
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
600 gm keledek (MaDiHaA guna keledek isi oren & lebihkan sikit kuantitinya sbb nak kurangkan manis)
7 biji telur (gred A)
5 keping nisse saiz kecil (gula kerek) (MaDiHaA guna 4 keping je sebab taknak manis sangat)
1 cawan air
2 helai daun pandan ~ disimpul
10 kuntum bunga cengkih
1/2 sudu kecil garam


 Gula nisse/gula kerek yang MaDiHaA guna.. berdiameter 6 cm
 
Cara Menyediakan
1. Keledek dikupas kulitnya & cuci bersih. Potong/mayang memanjang. (Sebaiknya potong halus sedikit jika nak masak dalam periuk. MaDiHaA potong kasar sebab guna pemanggang ajaib ia cepat empuk).
2. Masak gula nisse/gula kerek bersama2 dengan air, daun pandan & cengkih sehingga larut & pekat.  Keluarkan daun pandan & mengkuang yg balut nisse. Tapis air gula tadi.
3.  Pecahkan telur, kacau2 sedikit. Tuangkan air gula nisse ke dalam telur, masukkan garam & kacau rata.
 adunan dalam pemanggang ajaib
4. Masukkan bancuhan telur dalam periuk yang sesuai (kalau ada periuk yg tebal lebih baik tak cepat hangus).  Campurkan hirisan keledek tadi & ratakan sedikit.  Masak dengan api paling perlahan dengan  periuk tertutup.   (MaDiHaA gunakan pemanggang ajaib jadi ia nampak nipis & cepat empuk) Bila keledek empuk & bancuhan telur membeku bolehlah dipadamkan api.  Sesuai dihidangkan ketika masih panas atau sejuk dimasukkan dalam peti sejuk.





I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude@My Kitchen Snippets.



Selamat mencuba!

41 comments:

AzianKhalil said...

kalau kat pahang pakai gula kabung

cikmanggis said...

lamanya tak makan gerodok stelo ni...terkenang kat mak dan arwah ayah .Bulan poso ini lah kuih pilihannya.Jika hidang kuih karipap ..katanya ini bukan kuih hikhik,

ICook4Fun said...

Thanks for your support. I memang tak pernah makan kuih ni. Well banyak kuih kelantan yang I tak pernah makan. Kena try buat ;)

JaSSNaNi said...

tak penah nani tau kewujudan kuih ni kak... ni festime tengok.. untung berjiran ngan org kelantan ye kak.. tau gak kuih2 ni .. cara nak buat pun bukan nye susah sangat ye.. telur di gunakan utk memadatkan texture di antara keledek tu ye... bagos resepi ni..

Sweet red cherry said...

salam kak madihaa..

Nampak menarik la kuih ni..first time dgr..x pernah jumpa di lagi setakat ni.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

pertama kali sy kenal kuih ni, tak pernah makan. Senangkan kalu guna pemanggang ajaib, sekejap jer dah masak, teringin nak cuba tapi takut tak ada yg nak memakannya sbb husband sy bkn penggemar kuih2 manis ni.. kena dtg tumpang mkn ngan Kak Madiha jerlah sy, hehe

TukangKebun said...

Pertama kali saya tengok kuih ni. Bila ada harvest ubi keledek bolehlah kami mencuba.

Ratu Hatiku said...

nmpk sedap...xpernah mkn lg nie.. blh cuba.. :)

K.Nor said...

bila tenung2 nampak mcm sekaya jer.. bila baca citer mmg adunan kuih sekaya kan, cuma campur ubi stelle tp tak letak santan :)

Mas said...

first time tengok kuih ni..

Sheila Shafeareen said...

Salam kak pernah npk kuih ni kat pasar Kb..tp x pernah beli lg negok pun mcam kuihs eri kaya...leka keledek mcm sdp je...nak juga menerai hee tq resepi

Chah said...

Kak...tobat x penah dengor...byknye lg benda yg saya x tau...tp tekstur nya cm koleh kacang ke kak?

Unknown said...

Assalam Madiha, nmpk senang je nak buatnya, bahan pun mudah dapat.
Madiha bukan org Kelantan?

ALoNa CintamaniszLite said...

fuu...masak guna pemanggang ajaib tu...

Rohah said...

Firs time juga mengenali kuih ni, mesti lemak2 manis






rahel said...

Kita pun baru pestime tengok menu ni...memang nampak enak la..

Yana Shaiful said...

~ Mengimbau zaman kanak2 pulak tgk kuih nih..seigt yana ada lg 1 kuih yg sama spesis dgn gerodok nih kat klate namanya belebat..adunannya xguna telur byk cani..rsnya juz guna tepung gandum & tepung beras..hmm.. kna cll sifu kat kg dulu tnya resepi belebat hihii

norhidana said...

kalu dana panggil gule melaka, sume yg jenis gitu bulat ke, longjong ke sume dana panggil gule melaka hehehe....

tak penah jmpa n tak penah nampak kuih tu... cantik nyer bile dh siap kuih tu...

Shereen said...

I tak tahu pun akan kewujudan kuih ni.. very unique and the nama pun sedap dengar:)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Nafisa : eh.. kat pahang pun ada juga ke kuih ni?

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Cik Manggis: saya tau kuih ni sebab pernah mkn yg jiran bagi.. pastu mak pernah buat tu yg belajar buat ni... pakai talian hayat lagi.. hehe..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

ICook4Fun: u are most welcome Gert.. memang ramai yg tak kenal kuih ni sbb kurang komersial kot..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Jassnani : yelah nani.. bila kita berjiran memang bolehlah kenal makanan2 dari negeri lain2.. itupun kalau kita rapat dgn jiran kitalah... hehe.. tp kat bandar ni tak sama dgn jiran2 kat kg... kat bandar ni masing2 sibuk dgn hal masing2 je kan..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Bbwana: memang susah nak jumpa sbb kuih ni kurang dikomersialkan..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Seri Kandi Tanah Jauhar : memang berbaloi akak beli pemanggang ajaib tu... byk sungguh gunanya.. nak ajak Seri pun kuihnya dah lama abis.. hehe..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

TukangKebun: bestnya boleh harvest ubi keledek tanam sendiri... nnt boleh cuba ye.. tp pandai ke mkn kuih yg byk telur ni? hehe..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Ratu HatiKu : bolehlah try nnt.. buat separuh adunan dulu takut kurang suka.. hehe..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

K. Nor : Ye kak.. lebih kurang mcm adunan sekaya.. tp beza yg ni tak letak santan.. & cara masak pun beza juga masak terus atas api.. tak kukus mcm sekaya tu.. sekaya lagi berlemak kak nor sbb ada letak santan kan.... heheh...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Mas : memang Mas.. kalau bukan asal Kelantan mmg susah la nak tengok kuih ni sbb kuih ni tak dikomersialkan mcm kuih cekmek molek tu.. hehe..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Sheila : pernah tgk ye kat pasar KB? kat sana adalah kot di jual kan.. kalau kat sini mmg susahla nak jumpa..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Chah : itu yg akak nak perkenalkan ni... hehehe... supaya ramai org luar sana yg kenal kuih2 tradisi Kelantan ni.. tekstur dia memang mcm jenis2 kuih talam jugalah.. lembut2 gitu..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Zana Fahmi : saya orang Terengganu kak.. kira berjiranlah dgn Kelantan tu... boleh masuklah kuih2 dari sana.. husband lak ada gak darah dr sana.. arwah apaknya org sana.. hehe..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Alona: yup... kita gunakan sebaik2nya... hehehe.. memang byk gunanya pemanggang ajaib ni.. mcm2 boleh masak..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Rohah : sedap juga ditekak akak Rohah.. akak buat tak manis sangat & lebihkan sukatan keledek jd manis2 buah je... sedap.. letak tak sangat sebab takde letak santan pun..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Rahel : ramai yg tak pernah tengok kan? heheee..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Yana Shaiful: ini memang kuih orang lama ni Yana kan.. owhh.. kuih belebat tu pun guna keledek juga kan? tp cara buat & bahan lain berbeza.. belebat bungkus dalam daun pisang & dikukus... akak pun nak try buat jugalah.. hehe..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Norhidana: panggil gula melaka ye? tak kisahlah kan.. janji benda yg sama.. hehe.. tp kalau gula kabong tu lain tekstur & rasanya. gula kabong tekstur dia keras berbanding gula nisse ni... mudah cair.. sesuai buat buah melaka..

Lydia Miza said...

Sedap nmpk kuih kak ratna ni. Ada keledek mesti akan jd kegemaran saya. Tak pernah mkn lg kuih ni

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Sheeren: tak pernah dengar ye? that's why I share resepi ni dengan kawan2 sempena MFF Kelantan Month.. boleh juga kawan2 yang lain tau kewujudan kuih ni.. heee..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Lydia Miza: akak pun suka kuih berasaskan keledek... hatta keledek goreng / rebus/ bakar pun akak suka..

Rabaon said...

T.ksh atas perkongsian resepi.Bo la cuba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...