Friday, September 26, 2014

Kari Ikan Ayam / Jebong

Assalamualaikum & salam sejahtera....

Jumaat yang mulia bersamaan dengan 1 Zulhijjah 1435 Hijrah dah hari ni.  Cepat sungguh masa berlalu.. tak lama dah nak raya haji kan. Raya haji atau raya korban tahun ni jatuh pada hari Ahad.  Jadi bolehlah juga balik ke kampong untuk sambut raya.  Kalau raya jatuh di tengah2 minggu biasanya kami raya kat PJ aje.  Mak saudara ada kat sini tiap kali raya haji sebab pakcik salah sorang orang kuat masjid.. nak kena uruskan hal berkaitan korban, jadi adalah tempat kami lepak2. Tapi tak seronoklah raya kat perantauan ni.  Hambar je rasa.  Dah pernah beraya kat sini sekali.. tak syok betul... bab2 raya ni.. kat kampung juga yang seronok biarpun raya haji tak semeriah raya puasa.. namun kat kampong tetap ada rasa suasana raya tu.  Kat bandar ni.. hmmm... entahla ye.. seronok pun masa tengok orang korban tu je...

Oklah.. kita pegi ke resepi untuk hari ni ye. Resepi ulangan aje.. dah jadi feberet plak ikan ayam atau ikan jebong di masak kari.  Ramai yang kata ikan ayam atau jebong ni sedap dibakar.  Memang betul.. bakar & cicah air asam.. fuhh.. meleleh! Kami pernah bakar ikan jebong ni masa kami berkelah & camping kat tepi pantai dulu2... syok layan ikan bakar kat tepi pantai... rindunya nak berkhemah.  Masa tu kami pegi beramai2...  sebahagian tidor kat chalet & sebahagian tidor dalam khemah... chalet tu pun memang betul2 depan pantai... sebelum tidor.. bersembang ramai2 tepi pantai... macam2 cerita yang keluar.. tak mengantuk dibuatnya.. haha..

Eh ehh.. dah melalut-lalut pulak ye... ok resepi plak..


Kari Ikan Ayam @ Jebong
Bahan2
2 ekor ikan ayam @ jebong saiz kecil~ siang, buang kulit & bersihkan

1 senduk santan pekat (guna santan kotak je)  
4 sudu besar rempah kari ikan ~ bancuh dengan air jadikan pes  
2 sudu besar cili kisar  
1 sudu besar asam jawa ~ campur air jadikan jus  
air secukupnya (ikut pekat cair kari yg disukai ~ dlm 2 ~ 3 cawan je)
garam & gula secukup rasa  
minyak untuk menumis  
Bendi atau terung bulat secukupnya  
cili hijau & tomato jika suka

Bahan penumis  
1 sudu kecil halba campur 
5 ulas bawang merah ~ dihiris
 2 ulas bawang putih ~ dihiris
1 inci halia ~ hiris batang mancis  
2 tangkai daun kari ~ biarkan bertangkai jangan lurut

Cara menyediakan  
1. Ikan dipotong beberapa bahagian.
2. Panaskan minyak secukupnya dalam periuk lalu tumiskan bahan penumis sehingga wangi & kekuningan. Masukkan cili kisar & tumis hingga naik minyak.  Masukkan pes rempah kari & kacau lagi hingga naik minyak.  
3. Masukkan air asam jawa & air & kacau rata.  Bila mendidih, masukkan ikan & biarkan merenih dengan api sederhana.  Sesekali dikacau perlahan supaya ikan tidak hancur.  Masukkan santan, garam & gula secukup rasa.  
4. Biar mendidih & kari pecah minyak, bolehlah masukkan bendi & cili hijau & kacau2 bahagian atasnya sehingga bendi lembut.   Akhir sekali masukkan tomato & kacau sedikit lalu matikan api.  Bolehlah dihidangkan bersama gu nya iaitu papedom & lain2 lagi.

Selamat mencuba!

2 comments:

LadyOfGee said...

sedapnya ikan jebong nih.. lama nya dah tak makan dia..

sis sama la dengan kami, paling seronok kalau ada replacement public holiday, mula la kepala nih plan mcm2, nak balik kampung la holiday laa.. calendar next year 2015 pun dh study.. kebanyakan cuti byk replacement.. weeeeeehooo.. ;)

Cik Nor said...

lamanya tak makan ikan jebong ni..memang lagi sedap dibakar.
tu kenangan zaman kanak2. duduk kat tpt orang sebut ikan jebung, ramai terpinga, kelako agaknya bunyi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...