Thursday, September 18, 2014

Talam Keladi Telur

Assalamualaikum & salam sejahtera..


Berkesempatan buat kuih talam keladi kelmarin untuk makan sendiri disebabkan ada tempahan talam keladi sebanyak 2 loyang, jadi buatlah lagi seloyang untuk makan2 sendiri juga.  Bila semua anak ada kat rumah sempena cuti sekolah ni barulah rajin sikit nak buat kuih muih.  Kalau tidak.. memang takde mood nak buat kuih sebab takut tak habis.  

Buat talam keladi kali ni menggunakan keladi telur yang nyata lebih sedap dari keladi biasa tu.  Bezanya.. warna keladi telur tidak ungu macam keladi biasa tu.  Tekstur keladi telur pun lebih halus lagi.  Ada lebih beberapa ketul keladi telur.. sempat juga MaDiHaA buat pengat.  Yang pengat tu memang tak sempat nak ambil gambar pun.. licin sudah.. hihi...


MaDiHaA masih gunakan resepi asal yang dikongsi oleh Kak Nis di Myresepi. Resepi ni dikongsi oleh Che Mat Gebu di blog beliau.  Cuma kali ni MaDiHaA adjust kuantiti bahan supaya dapat sesuaikan dengan loyang 10 inci x 10 inci.  MaDiHaA tambahkan juga nisbah bahan B menjadi 3 bahagian supaya lapisan atasnya lebih tebal sedikit.  Sebabnya.. buat kali pertama dulu MaDiHaA rasa macam ianya agak nipis macam tak puas pulak bila menggigit tu.. hehe... Terpulang pada selera masing2 ye.. boleh je ikut resepi asal seperti dibawah.  Sekiranya nak bahagian atasnya lebih tebal macam gambar tu.. boleh ikut cara seperti MaDiHaA.  Harap Kak Nis tak marah pandai2 adjust.. hihi.. Terima kasih Kak Nis & Mat untuk resepi ni yer.. halalkan MaDiHaA gunakan resepi ni untuk jualan...


TALAM KELADI TELUR
Resepi asal : Kak Nis
Sumber : Che Mat Gebu

BAHAN A :-)
300 ml santan
65 g tepung beras
1 camca teh tepung gandum (MaDiHaA bubuh 1 sudu besar)
100 g keladi telur, didadu, kukus 3/4 lembut dan lecek sedikit
55 g gula halus
1/4 camca teh garam

BAHAN B :-)
100 ml santan
80 g gula halus (MaDiHaA bubuh 60g je)
2 camca besar tepung beras
20 g tepung jagung
1 biji telur, pukul sedikit
Secubit garam
Sedikit pewarna ungu (violet)

CARA MEMBUATNYA :-)

   1. Panaskan kukusan, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan sedikit minyak (mat guna mentega), balut tutup kukusan dengan kitchen towel.
   2. Bancuh semua bahan A kecuali keladi, kacau rata dan tapis, masukkan keladi dan gaul rata. Tuang ke dalam tin dan kukus selama 15 minit.
   3. Sementara itu satukan semua bahan B dan kacau hingga rata, tapis adunan dan tuang dalam loyang yang berisi bahan A tadi. Tutup permukaan tin dengan aluminium foil, sambung mengukus lagi selama 15 - 20 minit atau hingga permukaan kuih talam masak.
   4. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong. Sapu sedikit minyak pada pisau sebelum memotong kuih.



Nota MaDiHaA : Untuk loyang 10" x 10" MaDiHaA gandakan Bahan A menjadi 2 bahagian & Bahan B menjadi 3 bahagian.


Keladi Telur
Selamat mencuba!

4 comments:

lieyalatif said...

sedapnye kak....terbayang2 kalo buka ni dpt mkn kuih manis gini....huhuhuhu...nak sepiring boleh kak?

Rohah said...

Waa..sedap ni kak...sy dah lama x menalam

Honey said...

Salam Kak Madiha,


Terliur saya tau! Tapi kalau bab kuih melayu ni saya failed la :(

Boleh try recipe kak ni nanti hehe

Fazleyatul Aini said...

sedapnya
saya suka kuih talam
kalau yg lembik2 sket tu sedap. hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...