Friday, December 5, 2014

Gulai Ayam (Gaya Terengganu)

Assalamualaikum & salam Jumaat...



Masih dengan menu dari Terengganu yang MaDiHaA ubah suai dari resepi gulai ikan aye atau gulai nasi dagang yang dikongsi oleh kak Nor Secubit Garam.  Dah lama kak Nor bagi rempah gulai ni iaitu masa kami gathering awal tahun aritu.  Elok lagi sebab simpan dalam peti sejuk... hehe... Semua jenis rempah2 serbuk MaDiHaA memang simpan dalam peti sejuk.  Rempah2 penumis pula simpan dalam laci kat dapur.  Kalau beli memang dalam peket besar.  Kalau ma datang rumah MaDiHaA dia kata rumah kaklong ni rempah2 boleh masak lembu sekor... hehehehe...

Oklah terus ke resepi ye.  Terasa rindu sangat nak makan gulai ayam style Terengganu ni.  Dah lama tak makan.  Nak makan kenalah masak sendiri kan.  Kalau kawan2 ada stok rempah nasi dagang atau rempah gulai beli dari Terengganu bolehlah cuba resepi ni ye.  InsyaAllah sedap!  Nampak sama macam kari... tapi rasanya sangat berbeza tau... 




GULAI AYAM (GAYA TERENGGANU) 
Adaptasi dari resipi gulai ikan aye : K.Nor@SecubitGaram
Diubah suai oleh MaDiHaA

Bahan:
1/2 ekor ayam ~ dipotong sederhana besar (MaDiHaA buang kulit ayam)
2 biji kentang saiz besar ~ dipotong 4
Bahan2 kuah:
4 sudu besar cili mesin
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1in halia *
1in lengkuas *
1in kunyit hidup * ( * diblend )
3 sudu besar rempah gulai nasi dagang (MaDiHaA guna rempah Dayang Suri pemberiaan dr Kak Nor.. kat Tganu je ada kot)~ boleh guna rempah cap bunga ros kalau tak ada rempah khas utk gulai nasi dagang
2/3 cawan santan fresh/pekat
3-4 cawan air
air asam jawa
nisan/gula melaka
garam
8 bj cili padi
3 biji cili hijau
minyak


 Bahan penumis:
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang


Cara menyediakan
Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan penumis.
Biarkan hingga wangi dan masukkan cili mesin.
Goreng hingga cili menjadi garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
Masak hingga sedikit kering dan masukkan rempah gulai.
Masukkan 1/2 cawan air dan masak lagi hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan ayam & kacau rata biar sampai berubah warna. Masukkan lebihan air dan masak hingga mendidih.
Masukkan santan dan renihkan hingga kuah mendidih sambil sesekali mengacau.
Masukkan kentang, jus asam jawa, nisan/gula melaka, garam dan gula & biarkan mendidih & sesekali dikacau.
Sekiranya kuah terlalu pekat dan tak pecah minyak bolehlah ditambah air panas dan masak semula hingga keluar minyak.
Masukkan cili hijau & cili padi dan masak lagi sekejap dan baru lah dipadamkan api.

Sesuai dimakan dengan nasi putih, nasi kuning, nasi dagang atau dijadikan gulai nasi berlauk.

Selamat mencuba!

4 comments:

Unknown said...

assalam madiha, kaknoor pernah buat jugak resepi macam ni sedap kan wangi dengan segala rempah2 tu, seakan resepi rendang tapi berkuah, sedappp sangat ni..

IeRA said...

Salam singgah..

sedapnya... belum pernah try lg

lieyalatif said...

dok pening lieya nak masak ape kak cuti2 sekolah nieh...budak2 ni kat umah so kene laa adekan stok mknn selalu....

tgk resepi akak ni dah berkobar2 nak buat...tup2 ade rempah gulai nasi dagang plak...alaa lieya takde rempah tu...nanti nak kirim laa ngan kawan balik ganu....leh try resepi akak...

Amie said...

Ya Allah... teringin saya nak merasa sendiri guai ayam gaya terengganu ni Madiha.... sedapnya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...