Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua pengunjung...
Ya Allah... kenapalah mood untuk update blog ni makin suam2 kuku ni..? Tak macam dulu boleh katakan hari2 update. Sebenarnya.. MaDiHaA rasa begitu sedih... rasa down sangat sejak2 Fotopages hilang, lesap & tak dapat dibuka sejak lebih sebulan lalu. Sedihnya rasa nukilan sejak 7 tahun yang lalu hilang sekelip mata. Begitu banyak cerita & gambar2 kenangan keluarga dalam tu hilang sekelip mata! Hati manalah yang tak sedih kan? Segala resepi yang pernah dicuba & gambar2 pun banyak juga yang hilang tak sempat diselamatkan atau dipindahkan ke blog. Semuanya lesap! Hanya gambar2 aktiviti family sebahagiannya masih ada dalam photobucket. Tapi hati ni tetap rasa sedih... hinggakan nak update blog pun rasa hambar je. Haishh... musnah sudah semua kenangan yg ku nukilkan di situ.... Sedang berfikir samada patut atau tidak nak buat blog untuk aktiviti family atau masukkan semuanya dalam blog ni. Tapi rasa macam tak best pulak nak campur blog resepi dengan aktiviti family kan.. Sekarang ni.. hanya kat FB jelah tempat nak simpan semua gambar2 aktiviti family... sob sob sob.. Harap2 blog ni tak terima nasib yang sama macam fotopages tu. Kalaulah blog pun boleh hilang lesap macam FP... menangis tak berlagulah jawapnya...
Oklah.. hari ni nak warm up sikit.. mana tau lepas ni datang rajin sikit nak update lagi & lagi.. Banyak gambar2 terbengkalai ni....
Untuk hari ni... update resepi biasa2 je. Resepi yang tak pernah MaDiHaA masak sebelum ni tapi tiba2 rasa teringin nak mencuba bila en. suami tiba2 beli ikan keli 5 ekor. Ikutkan tekak MaDiHaA tak berapa suka sangat dengan ikan keli atau sebarang ikan air tawar ni.. hehehe... Tapi dek kerana ingin merasa.. makan jugalah sebab MaDiHaA bukan kategori yang tak mau mencuba langsung. Still boleh cuba.. cuma kurang gemar atau kata orang.. tak boleh nak makan banyak la.. hahaha...
Inilah dia masakan yang pertama kali MaDiHaA masak ni.. dah 43 tahun hidup.. first time masak ikan keli salai masak lemak.. Jom tengok resepi ni...
Masak Lemak Cili Padi Ikan Keli Salai
Resepi : MaDiHaA
Bahan2
3 - 4 ekor ikan keli saiz kecil
3 1/2 cawan santan sederhana pekat dari 1 biji kelapa
25 biji cili padi
2 inci kunyit hidup
2 batang serai ~ dititik
garam secukup rasa
1 keping asam gelugur
Cara menyediakan
1. Ikan keli dibersihkan, rendam air asam jawa 30 minit. Cuci bersih, kelar2, potong 2 atau 3. Salai ikan keli sehingga kulit luarnya nampak kering. MaDiHaA masak atas pemanggang ajaib je.. tanpa ditutup.. balik2kan ikan keli & bila nampak ok angkat.
2. Tumbuk halus cili padi & kunyit hidup. Jerang santan, serai, garam & bahan tumbuk hingga mendidih. Masukkan asam gelugur. Sentiasa dikacau kuahnya & masak hingga nampak agak pekat. Masukkan ikan keli salai & masak sambil dikacau perlahan2. Biar kuah pekat & rasa garamnya.
3. Bila dah cukup rasa bolehlan matikan api.
Selamat mencuba!
5 comments:
sedap betul resepi ini, boleh cuba nanti, oh sgt rasa hiba bila dgr gambar byk hilang ye...Allah
Mmg sedihkan kan kak klu hilang mcm tu..yana pnh alaminya..sabar ye kak..
Yana pun xmkn ikan air tawar a.k.a ikan darat..suka mkn ikan laut je.. ikan tawar husben je layan..klu bt ikan keli mcm nii sure mkin tambah nasi beliau hehee
simple je ekk nak buatnyaa... tq kak kongsi resepi :))
sedapkan.. lain rasanya kalu tak salai..dapat lak pedas sikit..ehm makan bertambah2....
thanks madiha blogger femes mai blog kita... fp dah takder lagikan..sedih betoi... banyak kenangan kita semua di sanakan...
Sedap
Post a Comment