Thursday, April 30, 2015

Kuih Bom Keledek

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Pagi ni bumi PJ & KL dibasahi hujan.  Syukur alhamdulillah.. hujan tu rezeki kan. MaDiHaA pun nak mengucapkan rasa bersyukur kerana masih dipinjamkan usia untuk terus bernafas di bumi Allah ini.  Hari ni genap 44 tahun sudah menjadi hambaNYA. Syukur ya Allah di atas segala nikmat & rezeki yang KAU pinjamkan untuk hambaMU ini. Amin amin ya robbal alamin.. Hmm.. so pagi tadi kenalah keluar awal sikit dari biasa kalau tidak nanti lambat pulak anak2 ke sekolah. Alhamdulillah... 7.15 am ngam2 sampai depan sekolah.




Jom pagi ni MaDiHaA kongsi resepi kuih bom keledek yang sedap ni.  Dah lama buat ni sebenarnya.  Lama sangat dok Q tunggu giliran.  Buat kuih bom keledek ni tak perlu risau kuih ni meletop waktu menggoreng.  Memang ia takkan meletop walaupun namanya bom! hehehe... Kali ni MaDiHaA buat guna keledek warna ungu muda... Keledek pemberian ibu saudara. Kawan pakcik yang bagi keledek ni pada pakcik.. katanya keledek dari Banting kalau tak silap.  Bila keledeknya warna ungu muda.. jadi kuihnya pun ada warna ungu2 sikit.  Keledek ni pun ada banyak jenis sebenarnya. Ada warna kuning, putih & ada yang isinya oren. Ada juga yang warna ungu tua macam yang MaDiHaA gunakan waktu buat kuih keria dulu.  Cantik jadinya kuih keria MaDiHaA... ungu terang gitu. 

Ok jom semak resepi...



KUIH BOM KELEDEK 
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan Inti
1 biji kelapa parut yang muda
1 cawan gula merah timbang ~ masak dlm periuk dengan 2 cawan air kemudian ditapis habuknya. 

Gula pasir secukupnya ikut manis yang anda suka)
2 sudu besar kicap pekat (optional ~ ini hanya untuk menggelapkan warna inti)
2 sudu tepung pulut untuk melikatkan inti
2 helai daun pandan

Cara2 menyediakan
1. Tuangkan air gula merah ke dalam kuali dan masak. Campurkan dengan kicap pekat.
2. Campurkan terus kelapa parut & daun pandan.
3. Masak hingga air agak kering.. taburkan tepung pulut ke atas inti rata2 dan gaulkan rata sambil dikacau2. (tujuan masukkan tepong pulut tu supaya inti jadi kental & melekat2.. senang nak guna nanti)
4. Rasakan inti.. jika kurang manis.. boleh tambah gula pasir hingga dpt manis yg anda suka.
5. Biarkan inti agak kering dan bolehlah digunakan.

Bahan Doh
2 1/2 - 3 cawan keledek rebus yg dilecek
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung pulut
air secukupnya lebih kurang 1/2 cawan dicampur dengan 1 sudu kecil garam 




Bahan Salut

Bijan putih + bijan hitam (optional.. taknak campur pun takpe.. guna bijan putih je)

Cara2 menyediakan
1. Bancuh keledek lecek bersama tepung hingga rata. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga rata. Air boleh kurangkan atau tambah ikut jenis keledek.. jadi agak2lah yer hingga dapat doh yang lembut. 

2. Ambil doh sebesar bola pimpong dan leperkan. Masukkan inti dan tutup lalu dibulat2kan. Buat sehingga adunan habis.
3. Salut dengan bijan dan kepal2 supaya bijan melekat elok pada kuih.
4. Goreng dlm minyak yang panas hingga keperangan.


***************************
Gambar kat bawah ni pulak kuih bom keledek yang MaDiHaA buat beberapa tahun yang lepas menggunakan keledek warna kuning. Intinya pula MaDiHaA tak campurkan dengan kicap pekat.. jadi warna intinya tidaklah segelap warna inti kuih bom yang kat atas tadi tu.  Terpulang kalian samada nak letak kicap tu atau tidak sebab kicap pekat tu tidak mengubah rasa pada inti. Hanya mengubah warnanya saja.





 Selamat mencuba ye..

1 comment:

norhidana said...

aduhla sedapnyer... kak, meh la kite berjiran kak...

selamat hari lahir kak... moga sentiasa dlm lindunganNya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...